Garis Panduan Lawatan Murid

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA il bes ty Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengan arenas Jala Tun Ab Rath a sates 80604, Johor Bahru Laman Web wwnw.jpnjohor.moe.gov.my. Johor Darl Te'zim me ienlcoromosencny Rujukan Kami : JPNJ.PP(31)100-1/1/1 Jid.4(110) Tarikh 24 Ogos 2017 Semua Ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor ‘Semua Pengetua / Guru Besar, Sekolah-sekolah Negeri Johor Tuan, PEMATUHAN KEPADA PERATURAN PERMOHONAN LAWATAN MURID. Saya dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut. 2 Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, penganjuran lawatan untuk murid- murid sekolah yang berunsurkan pendidikan adalah digalakkan bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan biasa. 3. Pengetua dan Guru Besar mesti mengambil tanggungjawab utama bagi memastikan bahawa hal berkaitan keselamatan murid semasa program lawatan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan. Dalam melaksanakan program lawatan, semua sekolah diingatkan supaya sentiasa mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran seperti yang dinyatakan di bawah: 3.1. Garis Panduan Permohonan Melancong di Bawah Peraturan Melancong Sekolah 1957 (The Schoo! (Tours) Regulations 1957) 3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000: Lawatan Pendidikan Murid Pada Hari Persekolahan 3.3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan. 34 35 36 37 38 39 3.10 3.11 3.12 Surat Siaran Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Rujukan : KP (BS) 8543/41/Jid.114/ (15) bertarikh 3 November 2013 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004: Panduan Penglibatan Murid-murid Sekolah Dalam Program atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi Selain Daripada Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2007: Garis Panduan Lawatan Murid Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2009: Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program Lawatan di Luar Waktu Persekglahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2011: Garis Panduan Penglibatan Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Siaran Jabatan Pelajaran Johor Rujukan : JPNJ.PP(31)/100- 5/3/(17) bertarikh 23 November 2011: Pematuhan Peraturan Lawatan Murid Sekolah Surat Siaran Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Rujukan : KP. 1587/17/H/JLD.18(sk7)(20)(1) bertarikh 13 April 2012: Garis Panduan Permohonan Bertugas Rasmi di Luar Negara Bagi ‘Semua Penjawat Awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 5 Tahun 2016 : Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah Surat Siaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor Rujukan JPNJ.PKHD(26)/500-1/17(31) bertarikh 13 Disember 2016: Tatacara Urusan Permohonan Kelulusan Keluar Negara Dan Permohonan Cuti Bagi Jabatan Pendidikan Negeri Johor 4. Bersama-sama ini juga disertakan Garis Panduan Asas Permohonan Lawatan Murid sekolah-sekolah Negeri Johor. Garis panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan lawatan di samping menjadi asas kepada pematuhan peraturan-peraturan lawatan seperti dinyatakan di Para 3 di atas, 5. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa serta merta Jabatan Pendidikan Negeri Johor menetapkan supaya semua sekolah mematuhi garis panduan tersebut. Kegagalan sekolah untuk mematuhi perkara-perkara yang digariskan dalam surat siaran ini akan menyebabkan permohonan lawatan yang dikemukakan tidak dapat diluluskan, 6. _ Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian, “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut pesintah; sk. - Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor abehawotan Garis Panduan Asas Permohonan Lawatan Murid ‘Semasa mengemukakan permohonan lawatan murid, sekolah hendaklah mematuhi garis panduan asas berikut bagi memastikan urusan permohonan dapat diproses dan diberi makium balas dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) 1. Lawatan sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali setahun, 2. Setiap lawatan sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan. 3. Permohonan hendaklah menggunakan format borang yang boleh dimuat turun dari laman sesawang JPN Johor. 4, Pengetua / Guru Besar menjadi pihak pertama yang menyemak sama ada permohonan memenuhi syarat permchonan lawatan atau tidak. Jika memenuhi syarat, baharulah ditandatangani dan dihantar ke JPN Johor. 5. Bagi lawatan ke luar Negeri Johor, borang permohonan mesti dihantar ke JPN Johor 5 minggu (LIMA MINGGU) sebelum tarikh lawatan. 6. Bagi lawatan dalam Negeri Johor, sekolah perlu mengemukakan 4 salinan borang permohonan dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk proses kelulusan 7. Bagi lawatan ke luar negara, permohonan mesti dihantar ke JPN Johor 3 bulan (TIGA BULAN) sebelum tarikh lawatan 8. Bagi lawatan ke luar Negeri Johor, sekolah mestilah mengemukakan borang permohonan yang mencukupi iaittu 6 set borang (asas) dan tambahan 1 borang bagi setiap negeri yang dilawati berserta 1 kertas kerja. 9. Untuk lawatan ke luar negara, sekolah perlu mengemukakan 4 set borang permohonan disertakan dengan 2 kertas kerja yang telah diluluskan oleh Pengetua / Guru Besar 10. Setiap permohonan mestilah diperakukan oleh Pengetua / Guru Besar, dicap rasmi dan tandatangan asal bagi setiap borang. 11.Bagi lawatan ke luar Negeri Johor, bilangan guru pengiring adalah mengikut nisbah 10 murid : 1 guru. Bagi murid pendicikan khas 3 murid : 1 guru, Guru Pengiring wanita mesti ada bersama walaupun hanya seorang sahaja murid perempuan yang turut serta dalam lawatan. 12. Bagi lawatan ke luar negara, bilangan guru pengiring adalah mengikut nisbah 5 murid : 1 guru (sekolah rendah) dan 8 murid : 1 guru (sekolah menengah). 13. Bilangan maksimum peserta bagi sebuah bas adalah 44 orang termasuk guru pengiring 14. Jika melibatkan lebih dari sebuah bas, permohonan hendaklah dikemukakan dalam borang berasingan (Nama guru bertanggungjawab, guru pengiring, nama peserta, maklumat kewangan, dan rumusan taburan _ peserta hendaklah diasingkan mengikut bas). 15.Program lawatan mesti sentiasa mengambil kira soal keselamatan murid Bagi lawatan ke tempat-tempat tidak sesuai seperti aktiviti dalam air, jungle trekking, flying fox, night welk, wall climbing dan mendaki gunung adalah tidak digalakkan serta dilarang. Namun kebenaran dari beberapa aktiviti di atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya permohonan disertakan jl penyelamat yang ditktiraf dengan kadar nisbah 10 murid : 1 penyelamat. Siji Penyelamat yang disahkan hendaklah disertakan bersama _borang permohonan. 16. Sebarang pertukaran atau tambahan peserta adalah tidak dibenarkan, kecuali dengan sebab yang munasabah. 17. Jika berlaku perubahan tarikh melibatkan bulan yang berbeza, sekolah perlu mengemukakan permohonan baharu, 18.Bagi lawatan sekolah berbentuk jemputan atau tajaan yang diterima dalam masa yang singkat, sekolah tetap perlu mematuhi prosedur lawatan sedia ada. JPN Johor akan memberikan kerjasama dari segi kelulusan dan pihak sekolah diminta mengemukakan salinan surat jemputan / tajaan yang diterima sebagai bukti 19. Bagi lawatan ke luar negara, guru-guru pengiring tertakluk kepada Garis Panduan Permohonan Bertugas Rasmi Luar Negara Bagi Semua Penjawat Awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (Rujukan surat KP.1587/17/HIJLD. 18(8k7)(20)(1) bertarikh 13 April 2012. 20.Guru Pengiring bagi lawatan ke luar negara hendaklah mengisi borang Lampiran A (Menghadiri Persidangan, Seminar, dan Lawatan Rasmi ke Luar Negeri) dalam 3 salinan dan dihantar ke Unit Perkhidmatan JPN Johor disertakan dengan kelulusan permohonan lawatan murid bagi proses seterusnya 24. Perlu diambil ingatan, walaupun permohonen lawatan murid ke luar negara telah diluluskan oleh JPN Johor, kelulusan akhir bergantung kepada kelulusan permohonan guru pengiring untuk ke luar negara olen Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. 22.Sekolah dilarang sama sekali meminda dokumen kelulusan yang telah dikeluarkan oleh JPN Johor.

You might also like