Mesyuarat Kurikulum 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK SRI LAYANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL.1/2017

TARIKH: 30 DISEMBER 2017 (JUMAAT)


MASA : 8.00pagi-12.00tgh
TEMPAT: Bilik Gerakan SMK Sri Layang

Kehadiran

1. Pn.Normala Bt Ahmad :Pengetua


2. Pn Rodiah Bt Zakaria : GPK1
3. Cik Azila Bt Abd Razi : GPK HEM
4. Pn.Rohana Bt Baharim : KB Sains
5. En.Rohaimi Bin Anuar : KB Kemanusiaan
6. Pn.Nor Syah Fizawati Bt Mohd Sanusi : KB Votek
7. Pn.Siti Hafisah Bt Zakaria : KP Geog/Eko/Perdagangan
8. Pn.Khairul Nasiha Bt Ishak: KP Pen.Islam
9. Pn Sharul Azeliza Bt Muhmmad
10. Pn.Nur Muhaini Bt Romeli : Kaunselor
11. Pn Zanani Bt Mohd Noor : S/Usaha

Tidak Hadir :

1. Cik Norhaliza Bt Jais : GPK Kokurikulum (Pemeriksa Kertas SPM)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua guru ke Mesyuarat kurikulum Bil/1 sesi 2017.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit mesyuarat Bil.4/2016 telah disahkan dengan pindaan

Pencadang:Pn Khairul Nasiha Bt Ishak


Penyokong:En Rohaimi B Anuar

Asal Pindaan
3..1.1 Analisa Analisis
3.1.6 Analisa Analisis
3.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

3.1 Semakan Visi dan Misi Sekolah

Setiap kelas perlu mempamerkan Visi dan Misi sekolah ,dan pelajar serta guru
perlu menghayati kedua-duanya.

Tindakan : Guru Tingkatan

3.2 Penjelasan Dasar dan Program Khas Kurikulum

3.2.1 Program Orientasi Tingkatan 1 dan 4 dijalankan pada hari pertama dan
kedua persekolahan selepas waktu rehat.

3.2.2 Semua program SPM yang akan dilaksanakan mestilah melibatkan pelajar-
pelajar tingkatan 4 juga .Antaranya (i) Bengkel JUJ (ii) Modul Skor A (iii)Jejak
Gemilang untuk PT3 dan SPM Rujuk Buku Pengurusan 2017.

3.2.3 Cadangan program Perkampungan Ilmu untuk SPM dan PT3.


Antaranya (i) perkhemahan di Rumah Rehat Bentong yang akan diadakan
sebelum SPM.
(ii) menjemput penceramah dari luar
(iii) latihtubi
3.2.4 Setiap panitia perlu merancang program peningkatan prestasi SPM dan PT3.

Tindakan : K/P , Guru M/P , GPK 1

3.3 Agihan Tugas-tugas Kurikulum

3.3.1 Setiausaha Kurikulum : Pn Zanani Bt Mohd Noor

3.3.2 Setiausaha SPM : Cik Azila Bt Abd Razi

3.3.3 Setiausaha PT3 : Pn Rohana Bt Baharim

3.3.4 Lantikan Guru Tingkatan Rujuk kepada Buku Pengurusan

3.3.5 Pertukaran Ketua Panitia Rujuk Buku Pengurusan 2017

Makluman
3.4 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2016

Telah dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum kali ke 4/2016 - Rujuk minit mesyuarat
Kurikulum Bil.4/2016.

Makluman
3.5 Pengurusan Headcount

3.5.1 Penetapan TOV

Penetapan TOV untuk tingkatan 1 dan 4 adalah daripada ujian bulan Mac 2017 ,
manakala untuk tingkatan 2 ,3 dan 5 adalah daripada keputusan peperiksaan akhir
tahun
Makluman/Tindakan:Guru M/P,GPK1

3.5.2 Penetapan Pengurusan Kurikulum Berdasarkan Headcount

Rujuk Analisis Peperiksaan Akhir tahun 2016

Makluman

3.6 Pengurusan PBS

3.6.1 Lantikan setiausaha PBS yang baru iaitu Pn Muhaini Bt Romeli


menggantikan Cik Azila Bt Abd Razi.

3.6.2 Buku latihan PBS untuk semua mata pelajaran untuk tingkatan 2 dan 3 ada
dijual di koperasi sekolah dan pelajar-pelajar bolehlah membeli buku-buku
tersebut di koperasi sekolah semasa rehat.

3.6.3 Buku kerja sains untuk tingkatan 1-5 juga dijual di koperasi.

Makluman/tindakan : Guru Koperasi, Guru M/P

3.7 Pengoperasian Mata Pelajaran Berkesan

3.7.1 Akan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum kali ke 2

Makluman
3.8 Anggaran Perbelanjaan

3.8.1 Ketua Panita setiap mata pelajaran diminta membuat anggaran perbelanjaan
untuk panitia masing-masing.
Tindakan:K/P

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Pencerapan akan dilakukan sebanyak 3 kali setahun termasuk pencerapan


kendiri.

4.2 Bilik Bahasa telah dijadikan dewan peperiksaan awam untuk SPM dan PT3.

4.3 Pelaksanaan bacaan 10 minit setiap Khamis diselang-seli antara Bahasa


Inggeris dan Bahasa Melayu.

4.4 RPT untuk setiap m/p mesti disediakan oleh setiap guru mp.

4.5 Guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk tingkatan
1,2,3 perlu membuat ujian mendengar untuk melatih pelajar.

Makluman/Tindakan : Guru BM/BI

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh:


Setiausaha
Mesyuarat Kurikulum
SMK Sri Layang
Tarikh:30/12/2016

ZANANI/SU/mesy.kurikulum Bil1/2017

You might also like