Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SOALAN 15.

Jelaskan maksud perkhidmatan awam dan keberkesanannya dalam konteks

Malaysia.

1. Abstrak

Kejayaan pembangunan di Malaysia dalam jangka masa 30 tahun pertama selepas

merdeka banyak bergantung kepada peranan utama yang dimainkan oleh negara. Sektor

awam adalah suatu unsur yang perlu dalam usaha negara bergerak pantas ke arah

pemodenan dan pembangunan yang berasaskan sebuah negara perindustrian. Untuk

melaksanakan peranannya secara yang lebih berkesan dan dapat mewujudkan suatu

impak ke atas pertumbuhan ekonomi, maka peranan birokrasi perlu distukturkan semula

untuk mendokong sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan engine of growth. Ini

tidak sahaja memerlukan perubahan-perubahan struktur dan prosedur, tetapi juga

perubahan-perubahan tingkah laku dalam sistem sokongan birokrasi negara itu sendiri.

Keupayaan pentadbiran kerajaan merupakan salah satu daripada faktor-faktor

terpenting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu pembangunan itu.

Pentadbiran pembangunan atau development administration lazimnya berkait dengan

soal-soal keupayaan pentadbiran kerajaan yang mana ia merupakan unsur yang perlu

dalam penggubalan dasar-dasar pembangunan dan pelaksanaan projek-projek

pembangunan. Ia juga berkaitan dengan strategi untuk meninggikan keupayaan

pentadbiran dan dengan masalah-masalah yang berhubung dengan bagaimanakah

birokrasi awam itu seharusnya dianjurkan untuk mempercepatkan pembangunan.

1
Lantaran itu kebanyakan kejayaan pembangunan sosial dan ekonomi di sesebuah

negara itu antara lain bergantung kepada kualiti, kecekapan dan keberkesanan

pentadbirannya. Dengan lain-lain perkataan , tidak kira bagaimana hebatnya dasar dan

program pembangunan itu dirancangkan, ia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan

tanpa keupayaan pentadbiran yang cekap dan kuat. Secara ringkasnya, pentadbiran

pembangunan bukan sahaja berkait rapat dengan mentadbir pembangunan, tetapi juga

berkait rapat dengan pembangunan pentadbiran itu sendiri di mana suatu usaha dibuat

bagi meninggikan lagi kecekapan dan keberkesanan di dalam sektor awam berkenaan.

Justeru itu, artikel ini akan membincangkan apa yang dimaksudkan dengan

perkhidmatan awam , peranan dan keberkesanan pentadbirannya dakam kontek Malaysia.

2. Definisi Perkhidmatan Awam

Menurut Kamus Dewan, perkhidmatan awam bermaksud segala kegiatan ( usaha )

pemerintah yang ada kaitannya dengan dengan orang ramai. Secara umumnya

perkhidmatan awam dapat ditakrifkan sebagai usaha-usaha kerjasama manusia yang

bertujuan mencapai matlamat atau objektif-objektif tertentu.1

Difinisi perkhidmatan ini berubah dari seorang ke seorang kerana di antara lain

disiplin ini melibatkan sesebuah organisasi dan bukan organisasi. Ada yang mengatakan

ianya disiplin sains dan ada yang mengatakan disiplin sastera. Ada juga yang

mengatakan kedua-duanya sekali, sains dan sastera.

Sebagai contoh, berikut adalah difinisi menurut beberapa orang penulis.


1
Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur;1989, m.s 625

2
a) Satu set yang direka bentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja-kerja / tugas

yang sengaja ditentukan.2 ( Ahmad Atory Hussain )

b) The science or art of reaching a given end with the utmos economy of means.3

( Allcut )

c) The integration and coordination of resources to move effectively toward desired

objectives.4 ( Michael A.Hitt )

d) Management is the art of getting things done through people.5

( Parker Follet )

e) Management is concerned with performance. Economic performancein terms of value

for money; operational performance in terms of efficiency; above all personal

performance in terms of effectiveness.6

( John Scott & Arthur Rochester )

f) Managing is the art of getting things done through and with people in formally

organised groups.7 ( Harold Koontz )

g) A social process entailing responsibility for the effect and economical planning and

regulation of the operations of an enterprise, infulfilment of a given purpose or task,

such responsibility involving.8 ( E.F.L.Brech )

h) Management is the art or skill of directing human activities and physical resources in

2
Ab.Rahim Ahmad & Shahrul Bariah Md.Zin, Pengurusan: Suatu Sudut Pandangan; m.s 8
3
Ibid..,m.s 8
4
Ibid..,m.s 8
5
Ibid..,m.s 8
6
Ibid..,m.s 8
7
Ibid..,m.s 8
8
Ibid..,m.s 9

3
the attaainment of predetermined goals.9

( E.C.Eyre )

Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara ( 132 ), Perkhidmatan Awam

ditafsirkan sebagai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun,

Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Perkhidmatan Pendidikan.10

Berikut adalah penerangan yang lebih lengkap berkaitan definisi yang disebutkan

di atas.

3. PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DAN NEGERI ( PAP & PAN )

KEMENTERIAN

Mengikut pekeliling Am Bil.2/82, Kementerian adalah organisasi yang

diwujudkan untuk menggubal dasar, merancang program-program dan melaksanakannya

di bawah arahan dasar seorang menteri. Ibu pejabat Kementerian mengandungi pejabat

menteri yang dianggotai oleh Menteri ( termasuk timbalan-timbalannya dan Setiausaha

Parlimen ), Ketua Setiausaha dan ketua-ketua agensi di bawahnya. Agensi-agensi

pelaksana adalah termasuk jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun di bawah

kementerian. Ketua Setiausaha Kementerian ialah eksekutif utama yang mempunyai

kuasa pegawai pengawal dan perakaunan di atas agensi-agensi pelaksana kementerian.

Kementerian pula terbahagi kepada dua jenis ;

a) Kementerian Bersepadu

9
Ab.Rahim Ahmad & Shahrul Bariah Md.Zin, Pengurusan;Suatu Sudut Pandangan, m.s 9
10
I-MaPSA,Bahagian Pembangunan Organisasi,JPA

4
Kementerian Bersepadu ialah kementerian di mana unit / bahagian yang tidak

mempunyai kuasa tersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan ketua unit /

bahagian itu tidak menjadi pegawai pengawal di dalam urusan kewangan. Fungsi-

fungsi tersebut adalah dipusatkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian itu. Unit /

bahagian tersebut ada yang dipanggil unit, bahagian, biro dan ketua jabatannya

dipanggil Pengarah, Ketua Pengarah dan lain-lain. Contoh Kementerian Bersepadu

ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.

b) Kementerian Tidak Bersepadu

Kementerian Tidak Bersepadu ialah kementerian yang salah satu unit / bahagiannya

menjalankan fungsi-fungsi bersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan

kakitangan dan ketua unit / bahagian itu adalah menjadi pegawai pengawal dalam

urusan kewangannya. Oleh yang demikian, unit / bahagian tersebut mempunyai

kumpulan kakitangan yang tertentu untuk menjalankan fungsi-fungsi tersebut.

Sungguhpun begitu, tanggungjawab secara amnya dalam fungsi-fungsi tersebut

adalah terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Kementerian. Unit / bahagian

tersebut adalah yang dipanggil unit, bahagian, biro dan jabatan dan ketuanya adalah

dipanggil Pengarah, Ketua Pengarah dan lain-lain. Pada lazimnya unit / bahagian

yang besar-besar dipanggil jabatan. Contoh Kementerian Tidak Bersepadu ialah

Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam

Negeri.

JABATAN

5
Dari segi susunan pentadbiran, jabatan adalah agensi pelaksana bagi sesebuah

kementerian atau pentadbitran negeri. Tugas jabatan adalah tertakluk di bawah objektif

dan dasar kementerian atau pentadbiran negeri, di mana ia diletakkan. Ia tertakluk

kepada peraturan-peraturan dan arahan-arahan daripada Ketua setiausaha Kementerian

atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Di samping itu, jabatan juga mempunyai akta dan

ordinan yang perlu dikuatkuasakan. Di dalam melaksanakan akta dan ordinan untuk kes-

kes tertentu, jabatan dikehendaki merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau /

dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan keputusan.

4. PEMBAHARUAN - PEMBAHARUAN PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Usaha-usaha tertentu telah diambil untuk memperbaiki sistem pentadbiran

daripada tahun 1949 hingga kepada Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sesungguhnya pembaharuan yang dibawa oleh beliau dikatakan sebagai pelengkap

kepada usaha-usaha terdahulu. Semenjak Dr.Mahathir, pembaharuan telah dijalankan

dengan penerapan dan suntikan yang lebih kuat akan nilai-nilai dan sikapsikap baru untuk

menyesuaikan dengan fasa pembangunan yang cepat di tahun-tahun 1980an dan

seterusnya.

a) Organisasi Perbendaharaan dan Bahagian Method:Suatu Pendekatan Prosedur.

Organisasi Perbendaharaan dan Bahagian Kaedah ( OPBK) ( Treasury Organisation

and Method Division-O&M Division ) telah ditubuhkan pada tahun 1949 selepas

pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dianggap sebagai suatu

usaha pembaharuan pentadbiran yang pertama di tanah Melayu yang dilaksanakan

6
oleh kolonial Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Tiga tugas utama yang

diamanahkan kepada OPBK ialah:

i) menjalankan tinjauan survey organisasi method / kaedah dan staf di sekreatariat-

sekreatariat dan jabatan-jabatan untuk meninggikan kecekapan

ii) menasihatkan ketua-ketua jabatan mengenai organisasi dan penstafan, prosedur

perkeranian, meningkatkan mutu prestasi dan aliran kerja

iii) melatih staf atau kakitangan yang bertugas di dalam OPBK

Peranan OPBK sedikit sebanyak telah berjaya memperbaiki jentera kerajaan antara tahun

1950 hingga 1955. Sistem maklumat telah dapat diurus dengan baik. Pengurusan dapat

diperbaiki melalui pengenalan sistem-sistem kerja yang baru. Bagaimanapun OPBK

hanya mencapai kejayaan yang terhad oleh kerana terlalu berpusat kepada

perbendaharaan.

b) Pusat Latihan Kakitangan / Staf Kerajaan

Pusat Latihan Staf yang ditubuhkan pada tahun 1957 bertujuan memberikan

latihan kepada kakitangan untuk meningkatkan kecekapan. Jenisjenis latihan yang

utama ialah Latihan Perkeranian dan Penyeliaan, Kursus-kursus Peringkat Eksekutif

bagi Pegawai Bahagian I dan II, dan Kursus Pentadbiran dan Pengurusan. Kejayaan

yang dicapai oleh pusat ini juga terhad. Ini disebabkan pusat ini merupakan satu-

satunya pusat yang menjalankan latihan yang mengandungi bidang yang luas meliputi

bidang perkeranian, penyeliaan, pentadbran dan pengurusan. Selain itu, kemudahan

tempat tinggal yang tidak mencukupi yang mengakibatkan latihan ditawarkan kepada

mereka yang dicalonkan dan tidak kepada mereka yang dinilai dari segi keutamaan.

7
Latihan juga tidak boleh dilakukan secara mendalam akibat kekurangan instruktor

yang berkelayakan untuk menjadi tenaga pengajar.

c) Teknik Bilik Gerakan ( Operation Room Tecnique )

Dalam tahun-tahun 1960-an, pemimpin-pemimpin Perikatan sedar bahawa

terdapat satu keperluan yang mendesak untuk memperbaiki kehidupan masyarakat

luar bandar. Tujuannya adalah untuk menambahkan sokngan dan taat setia orang

Melayu kepada kerajaan dan parti UMNO. Keutamaan diberikan kepada

pembangunan luar bandar bagi kemudahan fizikal infrastruktur dan perkhidmatan

sosial.

Kejayaan yang besar dalam Teknik Bilik Gerakan ini ialah peranannya sebagai

mekanisme untuk memperbaiki komunikasi dan penyelarasan dalam organisasi

perancangan. Teknik ini juga telah dapat meniupkan semangat bekerjasama di antara

pegawai-pegawai generalis dan teknikal. Kesannya, mereka telah menganggap

pembangunan luar bandar sebagai satu objektif bersama dengan setiap orang

menyumbangkan peranannya. Sistem ini juga telah dapat memupuk hubungan antara

pegawai awam dan ahli politik.

Teknik baru ini juga dapat memberi perangsang kepada sistem jawatan kuasa

tersebut yang telah dapat memperbaiki penyelarasan dan kerjasama dan

mengintegrasi perancangan. Kenyataan bahawa Malaysia telah mengalami

kemakmuran ekonomi telah membantu kepada kejayaan teknik tersebut.

8
Walaupun teknk tersebut berjaya dalam mencapai matlamat-matlamat output

program namun ia didapati kurang berkesan untuk mencapai matlamat yang

berorientasikan budaya.

5. KEBERKESANAN PERKHIDMATAN AWAM DALAM KONTEKS

MALAYSIA

a) Meningkatkan Sistem-Sistem Kerja dan Prosedur-Prosedur

Sistem kad kebuk punch card dan sistem perakam masa clock-in system

telah diperkenalkan oleh Dr.Mahathir pada tahun 1981 sebaik sahaja beliau

menjadi Perdana Menteri. Semua kakitangan kerajaan diwajibkan merakamkan

waktu pergi ke tempat kerja pada pukul 8.00 pagi dan pulang pada pukul 4.15

petang. Sistem ini diperkenalkan untuk memperbaiki kehadiran kerja, kecekapan

dan keberkesanan dalam perkhidmatan awam. Beberapa buah agensi kerajaan dan

badan-badan berkanun seperti universiti ( staf akademik ), sekolah-sekolah dan

agensi-agensi kecil dikecualikan daripada amalan ini. Keberkesanan sistem ini

sebagai satu cara untuk meninggikan kecekapan perkhidmatan awam diakui oleh

lebih 91 peratus responden. ( lihat jadual 1 )

Penggunaan tanda nama semasa bertugas merupakan suatu idea yang praktikal

yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir. Pengenalpastian melalui pemakaian tanda

nama ini bukan sahaja membolehkan orang ramai mengenali pegawai kerajaan

yang menguruskan sesuatu urusan mereka tetapi juga membolehkan komunikasi

dan interaksi di antara kakitangan kerajaan itu sendiri. Pemakaian tanda nama

juga merupakan suatu alat untuk mengenalpasti pegawai yang menyeleweng

9
daripada menjalankan tugas ataupun korupsi. Lebih kurang 90.6 peratus

responden bersetuju supaya kakitangan kerajaan memakai tanda nama.

Pusingan Kawalan Mutu atau Quality Control Circles merupakan satu lagi

teknik yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir. Satu pekelilng bertarikh 14 Mac

1983 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan INTAN telah diberi

tanggungjawab sebagai sekreatariat bagi menjalankan program itu. QCC ini

adalah satu cara bagi kakitangan bawahan menganalisis masalah dan

menyarankan penyelesaian kepada pihak pengurusan. Bagaimanapun teknik ini

hanya mencapai 41 peratus kejayaan kerana kurangnya minat, kesesuaian masa,

kurangnya fasilitator yang berkesan dan kurangnya sessitiviti pihak pengurusan.

Semua agensi dikehendaki menyediakan manual prosedur kerja dan

menugaskan seorang pegawai untuk menyelaraskan kerja itu. Sehingga April

1987, manual prosedur kerja telah dilaksanakan sepenuhnya di tiga puluh agensi

persekutuan. Sehingga akhir tahun 1990, program tersebut begitu berjaya untuk

meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan awam.

Satu lagi sistem kerja yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir ialah sistem fail

meja atau deskfile system bagi memperbaiki pengurusan pejabat. Tujuannya

adalah untuk mempercepatkan proses perkhidmatan-perkhidmatan tertentu oleh

agensi-agensi kerajaan. Dalam hal ini MAMPU telah mengeluarkan garis

panduan mengenai sistem fail untuk agensi-agensi berkenaan dalam bulan Jun

1986. Keberkesanan sistem ini telah mendapat penlaian positif sebanyak 68

peratus daripada responden.

10
JADUAL 1
Keberkesanan Sistem Kerja dan Prosedur N:433

Sistem Kerja & Prosedur Penilaian Positif Penilaian Negatif


peratus peratus

Sangat Berkesan Berkecuali Kurang Tidak


Berkesan Berkesan
Berkesan
Punch Card
( Kad Kebuk ) 33.0 58.1 2.6 6.3 -
Name Tag
( Tanda Nama ) 39.4 51.2 3.2 5.8 0.5
Kawalan Mutu Kerja
( QCC ) 5.6 35.0 31.9 22.8 4.7
Prosedur Kerja 16.4 54.7 13.6 13.3 2.6
Pengukuran
Produktivi 7.3 38.5 30.3 18.5 5.4
11
Sumber : Data Tinjauan

b) Memperbaiki Perkhidmatan Kepada Orang Ramai

Pentabiran Dr.Mahathir telah menekankan bahawa jabatan yang berurusan

dengan orang ramai perlulah menghalakan sumber dan tenaga mereka ke arah

memperbaiki kualiti perkhidmatan agar dapat menaikkan imej kerajaan di mata

rakyat. Satu daripadanya ialah memperbaiki sistem kaunter. Untuk itu, pada tahun

1982,satu konsep baru perkhidmatan kepada orang ramai telah diperkenalkan.

Pembayaran berkaitan berbagai-bagai yuran atau lesen yang dahulunya dibayar di

jabatan yang berbeza, kini boleh dibayar di satu pusat pembayaran. Konsep ni

dipanggil Pusat Perkhidmatan Setempat atau One-Stop Counter Service. Berbagai

program telah diperkenalkan ke arah mencapai hasilnya. Berikut adalah jadual

beberapa perkhidmatan kepada orang ramai dan keberkesanannya.

11
Ahmad Atory Hussain,Reformasi Pentadbiran Di Malaysia; UPD, 1998. m.s 337

11
JADUAL 2
Keberkesanan Perkhidmatan Kepada Orang Ramai N:433

Perkhidmatan Penilaian Positif Penilaian Negatif


peratus peratus

Sangat Berkesan Berkecuali Kurang Tidak


Berkesan Berkesan Berkesan
Pusat Bayaran
Setempat 53.1 30.4 14.7 1.6 0.3
Pusat Perkhidmatan
Setempat 39.5 38.7 19.7 1.8 0.3
Pusat Lesen
Setempat 32.4 34.9 29.9 2.5 0.3
Kotak Cadangan 6.5 35.5 24.9 27.1 6.0
Sistem Giro 17.1 39.2 34.5 7.5 1.5
Khidmat Kaunter
Ramah Mesra 20.3 56.9 14.7 7.1 1.0
Sumber : Data Tinjauan12

6. KEJAYAAN YANG DICAPAI MELALUI PERKHIDMATAN AWAM

Kejayaan ekonomi Malaysia yang mengkagumkan semenjak tahun 1989 hingga

1997 adalah disebabkan oleh kejayaan pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan

oleh pentadbiran Dr.Mahathir. Walaupun ada faktor lain yang membantu kejayaan ini

seperti pendidikan yang baik, perpaduan antara kaum dan kestablan politik, namun

apa yang diperkatakan dalam tugasan ini ialah tanpa adanya satu jentera pentadbiran

yang bergerak dan melaksanakan dasar-dasar atau projek pembangunan, maka segala

bentuk pembangunan sukar dijadikan kenyataan. Malaysia begitu bernasib baik

kerana mempunyai sistem pentadbiran yang cekap hasil daripada gabungan dan

kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Seperti yang diperkatakan tadi bahawa kejayaan ekonomi Malaysia banyak

bergantung kepada pentadbiran yang cekap. Antara kejayaan hasil pentadbiran yang
12
Ahmad Atory Hussain, Reformasi Pentadbiran Di Malaysia, UPD,1998. m.s 347

12
cekap ialah kadar kemiskinan di Semenanung Malaysia telah berkurangan daripada

satu kadar yang tinggi iaitu 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 15 peratus dalam

tahun 1990. Pada tahun 1995-1996, kadar itu menurun lagi kepada 9 peratus.

Pendapatan isi rumah di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada RM264

dalam tahun 1970 kepada RM1,163 dalam tahun 1990. Di Malaysia Timur,

pendapatan isi rumah di Sabah meningkat daripada RM513 kepada RM1,148 dalam

masa 1976-1990, manakala di Sarawak, ia bertambah daripada RM427 kepada

RM1,208 dalam tempoh yang sama. Pendapatan per kapita rakyat Malaysia juga

bertambah daripada RM1,937 dalam tahun 1970 kepada RM4,268 pada tahun 1990.

Pendapatan per kapita bertambah lagi daripada RM10,058 dalam tahun 1995 kepada

RM11,118 pada tahun 1996.

Kadar pengangguran menurun dengan cepatnya daripada 7.4 peratus dalam tahun

1970 kepada 3.6 peratus dalam tahun 1990. Kadar inflasi juga menurun daripada 12

peratus pada tahun 1970 kepada 3.6 peratus pada tahun 1996. Masalah kemiskinan

dan pengangguran terjadi kerana sikap malas dan memilih kerja sesetengah rakyat.

Dianggarkan terdapat hampir 2 juta orang pekerja asing di Malaysia di mana satu juta

daripadanya masuk secara haram.

Kadar KNK Malaysia juga bertambah tinggi daripada RM21,548 juta dalam tahun

1970 kepada RM79,109 juta dalam tahun 1990. Direkodkan juga bahawa kadar KNK

dari tahun 1988 hingga 1990 ialah 9 peratus hingga 10 peratus merupakan satu kadar

yang tertinggi di dunia pernah direkodkan.

Pertama kali dalam sejarah, kakitangan kerajaan telah mendapat bonus tahunan

sejak tahun 1990 hingga tahun 2006. Kadar upah dan gaji kakitangan juga telah

13
dinaikkan lebih 20 peratus bagi pemegang jawatan dalam kerajaan sejak tahun 1990.

Kadar pemberian bonus minimum yang diberikan pada tahun 1995-1996 ialah

RM700 bagi golongan rendah untuk semua kumpulan. Manakala selepas tahun

tersebut pemberian bonus sebulan gaji atau minimum sebanyak RM1000 juga telah

dilaksanakan. Pada bulan Julai 2007 yang lalu, kakitangan awam juga telah diberikan

kenaikkan gaji sehingga 35 peratus bergantung kepada gred gaji terkini. Segala

tuntutan kakitangan awam cuba dipenuhi oleh kerajaan memandangkan pentingnya

sumbangan kakitangan kerajaan kepada pembangunan negara.

Dalam semua ketentuan, Panel ( Jawatan Kuasa Panel Mengkaji Produktiviti dan

Pembaharuan Pentadbiran ) yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi

Perkhidmatan Awam sedar akan cabaran yang mendepaninya. Satu dasar ekonomi

yang baru yang dinamakan Rancangan Pembangunan Nasional telah diperkenalkan

dan ianya mengandungi sebahagian prinsip asas DEB, satu penekanan untuk

menyesuaikan dengan persekitaran baru selaras dengan matlamat-matlamat yang

dibentuk di dalam Wawasan 2020 di mana satu era yang akan mengandungi unsur-

unsur globalisasi, era teknologi canggih, era maklumat, internet, satelit Malaysia dan

sebagainya.

7. KESIMPULAN

14
Pembaharuan pentadbiran di Malaysia telah dijalankan dengan menggunakan

suatu pendekatan bersepadu integrated agar dapat mengatasi kelemahan yang

terdapat di setiap model tertentu jika digunapakai secara bersendirian. Pentadbiran

Dr.Mahathir tidak mengabaikan akan perlunya menggunakan pendekatan pembinaan

institusi atau institution building, iaitu satu pendekatan yang telah ditekankan oleh

Tun Razak dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Pendekatan-pendekatan

struktur, prosedur, kelakuan dan institusi telah melengkapi satu sama lain dalam

banyak pembangunan-pembangunan pembaharuan.

Pembaharuan-pembaharuan yang terdapat dalam masa kepimpinan Dr.Mahathir

berlaku dalam satu jangka masa yang begitu kuat keyakinan negara. Contohnya,

tidak ada rekod yang menunjukan pentadbiran beliau menjemput penasihat luar

sebagai juru perunding atau pakar untuk membantu dalam usaha pembaharuan seperti

mana yang pernah berlaku di zaman Tun Razak. Ini menunjukkan bahawa

Dr.Mahathir berkeyakinan penuh terhadap kemampuan JPA dan MAMPU sebagai

agen pembaharuan yang mana merupakan tenaga penggerak utama dalam

pembaharuan pentadbiran Malaysia.

Dengan adanya beberapa darjah kawalan politik ke atas Perkhidmatan Awam,

tekanan-tekanan mungkin diletakkan ke atas birokrasi untuk memperbaharui prosedur

dan sikap yang ketat supaya mereka dapat bekerja dengan lebih cekap.

Semasa era Tun Razak, pegawai kerajaan bebas menjalankan pelaksaan dasar

tanpa campur tangan politik. Walau bagaimanapun, konsep ini telah tercabar dengan

beberapa amalan yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Dr.Mahathir.

Beberapa contoh yang dapat dilihat ialah kenaikan pangkat pegawai yang tidak

15
banyak kaitan dengan SSB. Oleh sebab ahli-ahli politik yang membuat keputusan ke

atas pelbagai dasar, maka terdapat banyak ketidakstabilan dalam hal-ehwal rombakan

kabinet dan perlantikan ahli-ahli politik dalam pelbagai agensi kerajaan. Unsur yang

tidak sihat sebegini tentunya menjadi tidak begitu menggalakkan kerana pengaruh-

pengaruh dan pilih kasih dari politik menjadi begitu signifikan sekali. Manakala

mereka yang tidak dipunyai oleh golongan elit berkuasa akan diketepikan atau

diasingkan daripada proses pembuatan keputusan dalam birokrasi awam tersebut.

16

You might also like