Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Potensi Kawasan Pinggir Laut Kepada Kegiatan Ekonomi Negara

pantai teluk cemmpedak,kuantan,


pahang

POTENSI KAWASAN PINGGIR LAUT KEPADA KEGIATAN


MANUSIA.

Kawasan pinggir laut berpotensi dimajukan sebagai:

1. Pusat Pelancongan

Kawasan pinggir pantai berpasir, air yang jernih


serta kaya dengan pelbagai spesies hidupan dan
tumbuhan laut menjadi tumpuan pelancong ketika
bercuti.

Antara kawasan pinggir pantai yang terkenal


sebagai pusat pelancongan ialah Pantai Cahaya
Bulan (Kelantan), Pantai Cerating dan Pantai
Teluk Cempedak (Pahang), Port Dickson (Negeri
Sembilan) dan Batu Feringgi (Pulau Pinang).
Pulau-pulau seperti Pulau Perhentian
(Terengganu), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau
Langkawi yang mempunyai taman laut yang cantik
juga menarik pelancong ke Malaysia.

2. Pusat Perikanan
Kawasan pinggir pantai telah menyediakan peluang
pekerjaan terutamanya kepada penduduk yang
tinggal di pinggir laut. Pekerjaan sebagai
nelayan merupakan pekerjaan tradisi yang
diwarisi sejak turun-temurun. Oleh itu banyak
perkampungan nelayan di sepanjang pinggir pantai
di Malaysia.

Antaranya ialah Bachok dan Tumpat di Kelantan;


Kuala Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu;
Pulau Ketam dan Kuala Selangor di Selangor.

3. Pusat Pelabuhan

Kawasan pinggir laut yang terlindung dari tiupan


angin kencang menjadi lokasi yang paling sesuai
untuk mendirikan pelabuhan. Contohnya Pelabuhan
Klang di Selangor, Pelabuhan Pasir Gudang dan
Tanjung Pelepas di Johor serta Pelabuhan Kuantan
di Pahang.Kewujudan pelabuhan ini telah membantu
memperkembangkan lagi aktiviti perdagangan,
iaitu urusan eksport dan import.

4. Pusat Perlombongan

Kawasan perairan laut yang kaya dengan mineral


petroleum dan gas asli seperti di perairan Laut
China Selatan di negeri Terengganu dan Sarawak
menyebabkan kawasan pinggir lautnya berpotensi
dibangunkan dengan kegiatan perlombongan. Malah
wujud kegiatan perindustrian petrokimia di
bandar-bandar baru seperti Kertih (Terengganu),
Miri dan Lutong serta Bintulu (Sarawak).

5. Kawasan Perumahan

Lazimnya kawasan pinggir pantai/laut menjadi


pilihan golongan elit untuk membina perumahan
kos tinggi yang terdiri daripada rumah bungalow
dan kondominium mewah. Hotel mewah juga
didirikan di kawasan pinggir pantai yang
bertujuan menarik pelancong.

http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.my/2011/08/potensi-kawasan-pinggir-laut-kepada.html

4. Sumber kayu bakau


(a) Kawasan paya air masin di kawasan pinggir laut merupakan
sumber kayu bakau. Contohnya disekitar muara Sungai Perak,
Sungai Bernam, Sungai Rajang dan Sungai Baram serta sekitar
Sandakan.

You might also like