Pembandaran Di Batu Pahat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PEMBANDARAN DI

BANDAR BATU PAHAT

NAMA : TERRY LEE CHUIN YAO


TINGKATAN : 2.5
NAMA GURU : EN. ABDUL JABBAR
Konsep Pembandaran
Pembandaran ialah proses yang melibatkan perubahan ruang akibat daripada
perubahan sosial, pemodenan dan tumpuan penduduk.
Pembandaran mengakibatkan tumpuan penduduk yang tinggi di kawasan bandar,
perubahan kegiatan ekonomi penduduk daripada guna tanah pertanian kepada
perindustrian, perniagaan dan perdagangan, dan perubahan cara hidup yang lebih
moden.
Proses pembandaran akan melibatkan perubahan berikut:

Perluasan bandar Perubahan landskap

Cara hidup Perubahan akibat Perubahan jumlah


masyarakat proses pembandaran penduduk

Perubahan kegiatan ekonomi


Faktor-faktor Mempengaruhi Pembandaran
Di Batu Pahat
Sumber
Di Bandar Batu Pahat terdapat beberapa kawasan yang berkembang hasil daripada
kawasan perlombongan.Kawasan di Tasik Y dan Kampung Minyak Beku telah
berkembang hasil daripada perlombongan bijih besi.

Pertanian

Pembukaan ladang-ladang getah yang luas pula menggalakkan perkembangan


kawasan-kawasan seperti Jalan Pasar dan Taman Mewah.Kawasan-kawasan tersebut
asalnya berfungsi sebagai pusat pengumpulan, tetapi terus berkembang menjadi proses
hasil-hasil penangkapan ikan, berburu komersial dan hasil-hasil pertanian yang
lain.Akhirnya,kawasan-kawasan tersebut mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi.

Perikanan

Beberapa kawasan di Bandar Batu Pahat merupakan kawasan perikanan. Penduduk


bertumpu ke kawasan ini dan membentuk perkampungan nelayan.Perkampungan
nelayan berkembang dari semasa ke semasa dan akhirnya menjadi kawasan,contohnya
di Jalan Pantai dan Jalan Minyak beku.

Dasar Kerajaan

Peranan kerajaan mewujudkan Bandar baru dengan fungsi tertentu juga menggalakkan
pembandaran di Batu Pahat.Contohnya,Chuan Seng Hardware di Jalan Dato Syed Esa
dan Hock Chang Kedai Besi di Taman Banang.

Migrasi

Penghijrahan penduduk dari luar Bandar ke Bandar telah menambahkan jumlah


penduduk Bandar.Penghijrahan penduduk disebabkan oleh faktor tarikan luar Bandar
dan faktor tarikan di Bandar.Antara tarikannya ialah peluang pekerjaan yang banyan
terdapat di Bandar.
Kesan-Kesan Pembandaran Di Batu Pahat
Proses pembandaran yang pesat di sesebuah Negara telah mendatangkan pelbagai
kesan positif dan negatif.Antara kesan positif dan negatif pembandaran adalah seperti
berikut:

Kesan Positif
Proses pembandaran dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan.Peluang pekerjaan
boleh didapati dalam pelbagai sektor,contohnya dalam sektor perkilangan, perniagaan,
perdagangan, perkhidmatan dan pentadbiran.Pembukaan kawasan perkilangan di
kawasan perindustrian Sri Gading di Bandar Batu Pahat.

Proses pembandaran telah menambahkan kemudahan infrastruktur di Bandar


Batu Pahat .Di bandaraya Batu Pahat terdapat sistem pengangkutan yang baik seperti
teksi dan bas.
Kesan Negatif
Proses pembandaran juga telah mendatangkan kesan negatif di Bandar Batu
Pahat.Dalam kita akan mengkaji kesan negatif proses pembandaran di Batu Pahat.

Proses pembandaran yang pesat dan tidak terkawal telah menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas.Sistem lalu lintas yang kurang cekap dan keadaan jalan yang
sempit menyukarkan perjalanan di bandar.Kesesakan sangat ketara terutama pada
waktu puncak iaitu para pekerja pergi ke pejabat dan pulang dari pejabat.Kesesakan
lalu lintas juga berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan.Keadaan ini dialami di
kawasan-kawasan besar di Batu Pahat.

Pertambahan penduduk yang ramai telah menyababkan pertanbahan bilangan


kenderaan di bandar.Kenderaan-kenderaan tersebut membebaskan gas seperti karbon
monoxida, sulphur dioksida, hidrokarbon dan oksida nitrogen yang menyebabkan
pencemaran udara.Gas-gas tersebut sangat bahaya kepada kehidupan
manusia.Pencemaran bunyi pula berlaku daripada kenderaan.
Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah
Pembandaran Di Negara Malaysia

Dalam bab ini murid akan didedahkan kepada langkah-langkah untuk mengurangkan
masalah pembandaran.Masalah pembandaran dan langkah-langkah mengatasinya
adalah seperti berikut:

Pembuangan sisa Kekurangan tempat


pepejal tinggal
Masalah
Memperbaiki sistem 1.Petempatansemula
pembuangan sisa
Pembandaran dan
setinggian
pepejal Langkah-langkah 2.Membina tempat
Mengatasinya kediaman

Pencemaran Kesesakan lalu lintas

1.Penguatkuasaan undang- 1.Pengangkutan bersepadu


undang 2.Menambahkan kenderaan awam
2.Bandar dalam taman 3.Melebarkan Jalan
3.Kempen 4.Kempen

Senarai Rujukan
1.Buku teks Geografi Tingkatan 2
2.Rujukan
3.Google Street View
4.Google Images
5.bukutelepon.cybo.com

You might also like