Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Nama saya ialah Kalaivaani A/P Rajandran dari opsyen Pendidikan Khas PISMP
semester enam. Saya telah menghasilkan tugasan kerja kursus untuk kursus WAJ 3131
Kurikulum persatuan ini dengan berjaya menempuhi segala cabaran yang saya hadapi
sepanjang pelaksanaan tugasan saya ini. Akhirnya saya dapat juga menyiapkan sebuah
kerja kursus yang baik untuk mengimbas semula segala pengajaran yang telah diajar untuk
kami supaya menjadi seorang bakal guru yang berjaya dalam bidang perguruan untuk
mengukuhkan di sekolah-sekolah rendah bagi memenuhi hasrat PIPP. Saya ingin
mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
sudi menolong saya dalam pelbagai cara demi menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali saya amat bersyukur kepada Tuhan. TanpaNya sudah pasti saya
tidak akan dapat menyiapkan tugasan yang amat berfaedah dan berpengetahuan ini. Saya
telah berjaya menghadapi segala halangan dan cabaran yang timbul sepanjang tugasan
saya ini atas berkat Beliau.

Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada


pensyarah bimbingan saya iaitu Pn Salina Binti Omar. Beliau telah banyak membantu saya
untuk melaksanakan tugasan saya ini dengan cemerlang dan sempurna. Beliau telah
memberi penerangan dengan teliti kepada saya dan beliau juga sentiasa memberi panduan
yang cukup penting dalam melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkaitan dengan
persatuan ini dalam kelas. Segala tunjuk ajar dan pedoman beliau telah banyak membantu
saya dalam menyiapkan tugasan saya ini dengan berjaya. Oleh yang demikian, saya ingin
mengambil kesempatan emas ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada
beliau.

Selain ini, saya juga bertanggungjawab untuk berterima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa saya atas dorongan mereka yang penuh dengan kasih sayang. Ibu bapa saya telah
banyak memberikan sokongan kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-
rakan saya yang banyak berkerjasama dengan saya. Kami telah berkongsi segala maklumat
yang kami perolehi antara satu sama lain.

Akhir sekali, saya ingin mengatakan bahawa ramai pihak yang telah banyak
membantu saya sepanjang pelaksanaan tugasan kerja kursus saya ini dan akhirnya saya
telah pun berjaya menyiapkan tugasan saya tepat pada hari yang ditetapkan. Sekali lagi,
saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like