JJ

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cabaran besar dalam melaksanakan pendidikan sejarah dengan berkesan ialah

penerimaan masyarakat pelbagai kaum mengenai kandungan mata pelajaran


sejarah yang diajar di sekolah. Bagi kaum asal, mereka menuntut kandungan
sejarah yang diajar perlu mengiktiraf kedudukan masyarakat peribumi sebagai asas
kepada kandungan mata pelajaran sejarah. Manakala bagi kaum minoriti, mereka
pula menuntut lebih banyak kandungan yang berkaitan dengan sejarah
masyarakat mereka terutama peranan yang dimainkan dalam pembinaan sebuah
negara bangsa. Oleh itu pendidikan sejarah adalah unsur penting yang digunakan
bagi pembinaan sebuah masyarakat yang dinamik di negara-negara yang
mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah murid- murid


sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sejarah
dapat menyemai bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan
murid. Hal Ini sekaligus bagi mendedahkan murid kepada sejarah pembangunan
negara bermula dari peringkat umur yang rendah. Pelbagai unsur patriotisme boleh
diselitkan dalam sukatan Sejarah agar melalui proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam
diri murid. Peranan yang dimainkan oleh dalam subjek sejarah ialah sebagai
pemangkin kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara
lebih-lebih lagi negara yang berbilang kaum.

Penghayatan terhadap nilai-nilai sejarah yang kurang disemai dalam diri


individu berikutan kerana sifat itulah, maka sejarah dan pendidikan Sejarah
sering berubah. Perubahan yang berlaku ini secara tidak langsung mewujudkan
cabaran, halangan dan permasalahan sepanjang pelaksanaan itu di buat sehingga
pihak atasan mengambil inisiatif memartabatkan pendidikan Sejarah sebagai
subjek wajib di sekolah menengah mulai tahun 1989. Namun langkah
pelaksanaan perlu diatur sebaik mungkin kerana sejarah itu digunakan untuk
merancang perubahan kehidupan yang bersifat futuristik. (Ismail Said, 2010).
Sesungguhnya perkembangan pendidikan Sejarah pada hari ini kesan daripada
penyelesaian masalah demi masalah yang bangkit semasa pelaksanaannya.
Para guru di Malaysia dalam mendepani arus globalisasi dan pencapaian
matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju menjelang tahun 2020. Di
bahu guru diletakkan harapan besar untuk bersedia dalam membantu negara
mengembangkan budaya, tamadun ilmu dan mereka cipta. Hussien (2003),
menyarankan bahawa perlu ada penegasan mengenai peranan guru melihat
persoalan tersebut secara strategik supaya matlamat akhir pendidikan yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan dibawah
konsep negara bangsa acuan bangsa Malaysia.

Penjelasan mengenai pentingnya guru menguasai pengetahuan dan kemahiran


memberi justifikasi bahawa kedua-dua elemen tersebut adalah penting yang perlu
dikuasai guru bagi menjana perubahan seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan.
Freire (1996), memberi logik yang mudah apabila guru tahu dan berkemahiran, apa
sahaja inovasi yang mereka lakukan, segalanya dapat dilakukan dengan baik kerana
mempunyai keupayaan dalam bidang tersebut dan pastinya inovasi tidak akan
menjadi isu kepada mereka. Apabila murid mengalami masalah dalam proses
pembelajaran, guru harus mencari cara jalan penyelesaian yang sesuai seperti alat
bantu mengajar yang sesuai supaya objektif dapat dicapai dengan berkesan.

You might also like