Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENILAIAN

BBM berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang telah saya hasilkan perlu
dibuat penilaian. Ia bertujuan untuk menguji keberkesanan BBM tersebut dan mengenal pasti
setiap kelemahan yang terdapat pada BBM tersebut. penilaian ini dijawab melalui Google
Forms. terdapat 5 soalan yang perlu di jawab oleh responden.BBM yang dihasilkan mestilah
berkaitan dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan dan mencapai objektif pembelajaran.

Gambar 1

Gambar 1 menunjukkan jumlah responden yang menjawa borang maklum balas


keberkesanan BBM yang berasakan TMK. Jumlah responden yang menjawab maklumbalas
tersebut adalah seramai 7 orang iaitu daripada opsyen RBT. Majoriti responden daripada
opsyen Reka Bentuk Teknologi adalah kerana, BBM ini dihasilkan untuk murid yang mengambil
mata pelajaran RBT.

Gambar 2
Gambar 2 menunjukkan soalan yang pertama yang perlu dijawab oleh responden iaitu
keberkesanan BBM tersebut digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdanP).
Soalan ini dibuat adalah bagi memastikan proses PdanP berjalan lancar dan mencapai objektif
pembelajaran ataupun tidak. Daripada carta bar tersebut, seramai 4 daripada 7 orang
responden bersetuju bahawa BBM yang dihasilkan berkesan jika digunakan semasa PdanP.

Gambar 3

Gambar 3 menunjukkan soalan yang kedua iaitu mampukah BBM yang dihasilkan
meningkatkan kefahaman murid. Seramai 6 responden sangat bersetuju dengan soalan
tersebut. BBM yang dihasilkan adalah sangat interaktif dan menarik. Perkataan yang digunakan
mudah untuk difahami dan tidak terlalu panjang. Ia membantu murid untuk mengingat dan
memahami sesuatu tajuk. Penerangan yang terdapat pada BBM tersebut dibantu dengan audio
iaitu suara latar bagi membantu murid audio atau murid yang menghadapi masalah
pendengaran.

Gambar 4

Gambar 4 menunjukkan soalan yang ketiga. Soalan tersebut adalah adakah BBM
tersebut boleh digunakan oleh murid sekiranya mereka membawanya ke rumah. BBM yang
dihasilkan tidak begitu kompleks. Ia mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat. BBM
tersebut juga memunya manual penggunaan bagi membantu individu yang mempunyai
masalah dalam menggunakannya. Ikon ikon yang terdapat pada BBM tersebut biasa dilihat dan
digunakan oleh mana mana multimedia yang ada.
Gambar 5.

Setiap pengajaran yang disampaikan kepada murid mestilah dibuat penilaian. Ia bagi
memastikan objektif pembelajaran dicapai oleh setiap murid. Gambar 5 menunjukkan seramai 5
orang responden sangat setuju dengan adanya kuiz di dalam BBM membantu guru membuat
penilaian terhadap pencapaian murid. Kuiz ini bukan sahaja membantu guru dalam menilai
pencapaian murid. Ia juga membantu guru dalam membuat penambahbaikan dengan mengenal
pasti setiap kelemahan yang terdapat pada BBM dan pengajaran.

Gambar 6

BBM yang dihasilkan ini digunakan untuk 2 waktu iaitu selama 60 minit. BBM ini
mendapat persetujuan 5 orang responden bahawa BBM ini boleh mencapai objektif
pembelajaran berdasarkan gambar 6. Secara tuntasnya, BBM yang dihasilkan ini mempunyai
pelbagai impak yang positif kepada murid tahun 5. Hal ini kerana, BBM ini membantu dalam
meningkatkan kefahaman. Bukan itu sahaja, murid juga boleh membuat ulangkaji mata
pelajaran menggunakan BBM ini. Elemen multimedia seperti audio, animasi, gambar video dan
grafik membantu murid dalam menarik minat dan kefahaman sesuatu tajuk.

You might also like