Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Alam sekitar termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup yang

terdapat secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa
komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah ia merupakan unit landskap
yang berperanan sebagai system semula jadi tanpa campur tangan manusia, termasuk
flora dan fauna, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
seperti gempa bumi, letupan gunung api, tsunami dan lain-lain. Ia juga merupakan
sumber semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu
seperti iklim, air, udara, sinaran, cas elektrik, kemagnetan, serta tenaga yang tidak
terlibat hasil daripada aktiviti manusia.

Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian
kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu
suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak
dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan
menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar
di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan
alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini
menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas. Antara
kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada
pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan
sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan
fauna.

Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia.
Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih.
Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai
terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap
yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-
jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit
Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan sakit
perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih.

Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat
ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko.
Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ia
mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan
negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan pelancongan yang
berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan sasaran pemuliharaan.
Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang betul iaitu pelancongan eko
yang dilaksanakan dengan rapi dapat melindungi sumber alam semula jadi dan pada
masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada
perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tempat pelancongan
yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman Negara yang terletak di Pahang,
Terengganu dan Kelantan, hutan hujan tropika di Sabah, gunung yang tertinggi di Asia
Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain. Terdapat juga
banyak pulau-pulau di Malaysia, contohnya Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau
Pangkor dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kadar pelancong asing
melancong ke Malaysia dan ekonomi negara kita juga akan naik juga.

Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok


membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara
menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen tinggi
amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia tidak
menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan pembangunan yang
tidak terhad. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara, contohnya
kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan sebagainya. Keadaan yang semakin serius
ini mengakibatkan kualiti udara terjejas menjadi kurang berqualiti. Dalam keadaan ,
sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti
penyakit seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya
jangkitan penyaki yang merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun
ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu SARS (Severe Acute Respiratory
Syndrome) pada November 2002 dan H1N1 (Virus Influenza A) pada tahun 2006. Hal
ini memang dapat dielakkan jikalau semua pihak memberi kerjasama dengan
menjalakan pembangunan dengan sistematik.

Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem
yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air.
Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran
hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air
dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan
kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam
dan dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang
batu yang mencemarkan alam sekitar.

You might also like