Bencana Alam SPM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.

Pendahuluan:
a. Saban hari, isu bencana alam seperti banjir sering menjadi polemik yang sering meniti dari bibir
ke bibir anggota masyarakat negara kita baik di warung-warung kopi mahupun di Dewan
Parlimen.
b. Kejadian tersebut semakin hari semakin serius bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutup
dengan nyiru.
c. Bencana alam bukan sahaja meragut nyawa dan harta benda malah menyebabkan orang
ramai kehilangan tempat tinggal.
d. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.
e. Oleh itu, punca-punca berlaku bencana alam perlu dikaji sehingga ke akar umbi untuk kebaikan
bersama.
Isi 1
a. Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu malapetaka semula jadi.
b. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami,
kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja.
c. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa.
Isi 2
a. Selain itu, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh
aktiviti harian manusia.
b. Kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya berlaku dengan begitu pantas dalam era
kemodenan manusia ini.
c. Kemusnahan telah mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh yang merupakan impak angkara
manusia sendiri.
Isi 3
a. Di samping itu, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan
.
b. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu
masyarakat lebih awal , membuat latihan untuk menghadapi bencana
atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik .
c. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu
persepsi / bahawa membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja
.
Isi 4
a. Bukan itu sahaja, kejadian bencana alam juga berpunca daripada pemanasan global .
b. Kajian saintis telah membuktikan bahawa pemanasan global telah menyebaba perubahan
iklim global yang drastic.
c. Perubahan perubahan iklim dunia menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan ribut taufan
yang kancang meragut nyawa dan harta benda manusia.
Penutup
a. Konklusinya, punca-punca bencana alam yang dikenal pasti perlu disusuli langkah penyelesaian
yang efektif dan pragmatik.
b. Oleh itu, semua pihak berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk merancang tindakan-
tindakan efisien untuk mengatasi keadaan ini.
c. Tindakan-tindakan tersebut perlu dilaksanakan secara bijaksana umpama menarik rambut di
dalam tepung dan bukannya melepaskan batuk di tangga.
d. Dengan ini, diharapkan agar impak negatif bencana alam dapat diminimumkan.

You might also like