Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

TUGASAN 1 (muka surat 3)

BIDANG : KRAF
TAJUK : BATIK
PRODUK : ALAS MEJA

TUGASAN:
Calon dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan batik untuk alas meja. Corak
batik hendaklah menggunakan motif flora.

Kajian Folio:
1. Koleksi gambar kraf batik sebagai sumber ilham
a. Bilangan helaian dokumentasi (1-3 helai)
b. Ciri gambar kraf batik sebagai sumber ilham (koleksi)
Berunsurkan batik (semua jenis batik contoh: batik tulis/ canting)
Berunsurkan flora sahaja
c. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto, keratan akhbar, majalah dan
kain batik sebenar

2. Koleksi gambar rekaan alas meja


a. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto, keratan akhbar, majalah dan
sebagainya yang berkaitan dengan alas meja

3. Lakaran reka bentuk alas meja

a. Contoh :

b. Olahan reka bentuk contoh:

.... dan seterusnya

.... dan seterusnya

4. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham


a. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto,keratan akhbar, majalah dan
sebagainya
b. Bilangan helaian dokumentasi (1-2 helai)

5. Lukisan realistik flora yang dipilih


a. Pilih salah satu daripada koleksi gambar flora daripada kajian 4
b. Lukiskan dan warnakan seperti objek yang sebenar

6. Lakaran olahan idea motif untuk reka corak


a. Motif flora yang lengkap : kudup, bunga, daun dan sebagainya
b. Olahan motif flora

7. Kajian reka letak motif untuk rekaan yang dipilih


a. Pilih reka bentuk alas meja yang terbaik dari lakaran kajian 3 untuk
dijadikan reka letak motif
b. Pilih olahan motif (bunga, kudup , daun dan sebagainya) yang terbaik dari
lakaran kajian 6
c. Susun motif-motif tersebut untuk dijadikan corak (sekurang-kurangnya 4)
d. Bilangan rekaletak motif ( 3- 6 lakaran )

8. Kajian warna pada rekaletak yang dipilih


a. Pilih satu rekaletak motif yang terbaik dari lakaran kajian 7
b. Rekaletak motif yang dipilih hendaklah diperbanyakan ( 3 6 lakaran)
c. Buat kajian warna yang berbeza (sekurang-kurangnya 4).

9. Lukisan sebenar rekabentuk alas meja akhir


a. Pilih satu daripada reka letak warna yang terbaik untuk dijadikan karya
akhir
b. Lukis dan warnakan semula seperti dalam kajian warna yang dipilih.

10. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar


a. Karya akhir lukisan sebenar hendaklah dimasukkan ke dalam situasi
sebenar

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan


a. Lukis dan warnakan alat dan bahan yang digunakan dalam proses
penghasilan folio dan artifak .
b. Setiap bahan dan alatan yang digunakan perlu dilabelkan .

12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan
a. Lukis proses kerja penghasilan artifak dari mula hingga akhir mengikut
urutan
b. Setiap lukisan proses dilukiskan gambar tangan
c. Setiap lukisan proses perlu diwarnakan dan dibuat catatan (tulis dengan
tangan / komputer)

CATATAN: Tugasan ini mestilah mengikut spesifikasi yang telah tercatat di dalam
kertas soalan KRSV 2010 halaman 4
TUGASAN 2 (muka surat 5)

BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : BINGKAI CERMIN MUKA

TUGASAN:
Calon dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan bingkai kayu berukir dengan
motif flora.Calon perlu menghasilkan ukiran teknik bunga timbul bersilat.

Kajian Folio:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu


a. Bilangan helaian dokumentasi ( 1-3 helai )
b. Ciri gambar kraf ukiran sebagai sumber ilham (koleksi)
- Berunsurkan ukiran (semua jenis ukiran )
c. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto, keratan akhbar, majalah
dan sebagainya

2. Koleksi gambar pelbagai bentuk bingkai kayu untuk cermin muka


a. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto, keratan akhbar, majalah
dan sebagainya yang berkaitan dengan cermin muka

3. Koleksi gambar ukiran kayu bermotifkan flora


a. Bahan koleksi terdiri daripada sebarang bentuk ukiran yang bermotif flora
(gambar foto, keratan akhbar, majalah)

4. Koleksi gambar silat pada ukiran kayu


a. Bahan koleksi gambar silat pada ukiran kayu terdiri daripada sumber
gambar foto, keratan majalah, akhbar

5. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham


a. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto, keratan akhbar, majalah

6. Lukisan realistik flora yang dipilih sebagai sumber ilham


a. Pilih salah satu daripada koleksi gambar flora daripada kajian 5
b. Lukiskan dan warnakan seperti objek yang sebenar

7. Kajian dan olahan motif untuk ragam hias bingkai cermin


a. Olahan motif flora (kudup, bunga, daun dan sebagainya)

8. Lakaran olahan idea reka bentuk bingkai cermin


a. contoh
9. Reka letak motif pada bingkai
a. Pilih rekabentuk bingkai yang terbaik dari kajian lakaran 8
b. Pilih olahan motif (bunga , kudup, daun ) yang terbaik dari kajian 7 untuk
menghasilkan reka letak motif pada bingkai cermin
c. Hasilkan 3-6 lakaran reka letak motif

10. Lukisan sebenar bingkai cermin


a. Pilih satu daripada bentuk-bentuk reka letak yang terbaik yang dihasilkan
dari kajian lakaran 9 untuk dijadikan karya akhir
b. Lukiskan semula dengan saiz yang lebih besar sebagai karya akhir( boleh
menggunakan warna )

11. Lukisan persembahan menunjukkan fungsi bingkai cermin dalam situasi


sebenar
a. Karya akhir lukisan sebenar hendaklah dimasukkan ke dalam lukisan
persembahan situasi sebenar

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan


a. Lukis dan warnakan hanya bahan yang digunakan dalam proses
penghasilan artifak .
b. Setiap bahan dan alatan yang digunakan perlu dilabelkan

13 Lakaran proses dan teknik pernghasilan serta catatan


a. Lukis proses kerja penghasilan artifak dari mula hingga akhir mengikut
urutan
b. Setiap lukisan proses dilukiskan gambar tangan
c. Setiap lukisan proses perlu diwarnakan dan dibuat catatan (tulis dengan
tangan / komputer)

CATATAN: Tugasan ini mestilah mengikut spesifikasi yang telah tercatat di dalam
kertas soalan KRSV 2010 halaman 6. Anggaran saiz bingkai cermin
ialah 6 cm hingga 10 cm.
TUGASAN 3 (MUKA SURAT 7)

BIDANG : REKA BENTUK


TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : PLAK

Tugasan: Calon dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu rekabentuk


plak bertemakan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Folio kajian
1. Koleksi pelbagai gambar plak sebagai sumber ilham
a. Bilangan helaian dokumentasi (1-3 helai)
b.Ciri gambar plak sebagai sumber ilham (koleksi)
c. Bahan koleksi terdiri daripada gambar foto, keratan akhbar, majalah
lain-lain
d. Bahan koleksi ditampal untuk dokumentasi folio

2. Kajian reka bentuk plak


a.Contoh :

1 2 3
3. Kajian reka bentuk muka taip untuk kapsyen
a. Jenis-jenis muka taip untuk kapsyen ( 4-6 jenis muka taip)
Nama sekolah
Majlis Anugerah Cemerlang 2010,
Pelajar terbaik
b. Bahan boleh diperolehi dari sumber cetakan komputer

4. Lakaran olahan idea reka bentuk plak


a. Pilih satu daripada kajian reka bentuk plak ,contoh kajian lakaran 2
kemudian diolah sehingga menjadi seperti contoh plak pada muka surat 8
kertas soalan

5. Lakaran olahan idea reka bentuk muka taip


a. Pilih salah satu jenis muka taip dari kajian reka bentuk dan buat olahan
idea untuk kapsyen

6. Lakaran rekaletak muka taip


a. Pilih satu reka bentuk plak yang terbaik dari kajian lakaran 4
b. Pilih satu rekabentuk olahan muka taip yang terbaik kajian 5
c. Lakarkan beberapa reka letak mukataip pada reka bentuk plak yang dipilih
-2 dimensi

7. Lukisan 3-dimensi rekabentuk plak yang dipilih


a. Pilih rekabentuk plak terbaik (dari lakaran 6) dan hasilkan dalam bentuk
lukisan 3-dimensi
8. Kajian warna pada reka bentuk plak yang dipilih
a. Perbanyakan lukisan 3 dimensi reka bentuk plak yang dipilih dan hasilkan
kajian warna ( 3-6 kajian warna)

9. Lukisan sebenar rekabentuk plak yang dipilih


a. Lukis semula reka bentuk plak yang dibuat dalam kajian 8 yang terbaik
dan warnakan

10. Lukisan Persembahan dalam situasi sebenar


a.Karya akhir lukisan sebenar hendaklah dimasukkan ke dalam lukisan
persembahan situasi sebenar

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan


a. Lukis dan warnakan alatan dan bahan yang digunakan dalam proses
penghasilan artifak .
b. Setiap bahan dan alatan yang digunakan perlu dilabelkan

12.Proses dan teknik pernghasilan serta catatan


a. Lukis proses kerja penghasilan artifak dari mula hingga akhir mengikut
urutan
b. Setiap lukisan proses dilukiskan gambar tangan
c. Setiap lukisan proses perlu diwarnakan dan dibuat catatan (tulis dengan
tangan / komputer)

CATATAN: Tugasan ini mestilah mengikut spesifikasi yang telah tercatat di dalam
kertas soalan KRSV 2010 halaman 8

You might also like