Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Sufisme Dalam Filem Dr. Strange about:reader?url=https://www.thepatriots.

asia/archives/6508

thepatriots.asia

Sufisme Dalam Filem Dr. Strange


Ikram Yusof
5-6 minutes

Gambar sekadar hiasan. Gambar milik Den of Geek. Sumber


http://www.denofgeek.com/us/doctor-strange

Umum mengetahui apa itu ilmu Tasawwuf atau sufisme, bagi


mereka yang kurang jelas tentang ilmu Tasawwuf, Tasawwuf
merupakan ilmu tentang penjernihan jiwa, pembangunan spiritual,
dan adab. Bagi mereka yang mempelajari ilmu ini, perkara yang
paling ditekankan ialah adab. Antara banyak-banyak adab, yang
paling ditekan ialah adab kepada guru. Berkata Dzun Nun Al-Misri,
Jika seorang murid meninggalkan adabnya maka dia akan kembali
dari tempat ia datang (kehinaan). Agak clich jika dibawakan cerita
daripada tokoh-tokoh sufi seperti Sheikh Abdul Qadir Jilani, Imam

1 of 5 9/7/17, 12:32 AM
Sufisme Dalam Filem Dr. Strange about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/archives/6508

Ghazali, atau seumpamanya. Oleh itu, saya bawakan kepada anda


nilai-nilai sufisme dari filem Dr. Strange.

Dr. Strange merupakan sebuah filem adiwira Amerika Syarikat


yang ditayangkan pada tahun 2016 lalu. Ramai yang memberi
komen-komen positif tentang filem ini, ada yang suka dengan
aksinya, ada juga yang suka dengan lawak-lawaknya, dan ada juga
yang tertarik dengan kata-kata hikmah dan nilai-nilai murni yang
terkandung dalam filem ini. Ada beberapa bait-bait kata yang
sangat dalam maksudnya dan boleh dijadikan iktibar.

Forget Everything You Think You Know

Sumber gambar: https://moviepilot.com/p/why-doctor-strange-baron-


mordo-is-important-for-the-mcu/4134133

Bait di atas, diungkapkan oleh pembantu Ancient One iaitu guru


kepada Dr. Strange, Boron Mordo. Sebelum Dr. Strange masuk
berjumpa Ancient One, Boron Mordo mengingatkan Strange agar

2 of 5 9/7/17, 12:32 AM
Sufisme Dalam Filem Dr. Strange about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/archives/6508

melupakan apa sahaja yang dia rasa dia tahu. Hal ini selari dengan
ajaran Sufisme iaitu apabila berhadapan dengan guru atau orang
yang alim, jadilah seperti gelas yang kosong, atau dalam erti kata
lain membuka fikiran kita seluas-luasnya dan tidak mudah sentap
bila sang guru memberikan ilmu ataupun nasihat.

Walaupun Boron Mordo menasihati Dr. Strange agar menjaga adab


dihadapan Ancient One sebagai guru, sebaliknya, Dr. Strange
meninggikan egonya dengan mengatakan bahawa ilmu yang
dibawa oleh Ancient One itu karut belaka. Lalu, Ancient One
menunjukkan ilmunya dengan mengeluarkan roh Dr. Strange dari
jasadnya untuk seketika. Selepas itu, Strange bertanya kepada
Ancient One, Mengapa kau melakukan ini(mengeluarkan roh dari
jasad) kepada aku?, untuk menunjukkan banyak benda lagi yang
kau tidak tahu, jawab Ancient One. Barulah, Dr. Strange percaya
dan merayu-rayu untuk menjadi murid Ancient One.

Babak ini selari dengan ajaran Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali,


seorang ulama tasawwuf terkenal. Dalam kitabnya Bidayatul
Hidayah mahupun Ihya Ulumuddin, beliau menggariskan bahawa
penuntut ilmu tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap
golongan intelektual dan guru.

Silence Your Ego

3 of 5 9/7/17, 12:32 AM
Sufisme Dalam Filem Dr. Strange about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/archives/6508

Sumber gambar: http://www.theepochtimes.com/n3/2178205-movie-


review-dr-strange-newest-marvel-movie-unlocks-true-origins-of-avenger-
super-powers/

Dalam satu babak, Dr. Strange berlatih untuk menghasilkan kuasa.


Namun dia masih belum Berjaya seperti rakan-rakan yang lain.
Ancient One menasihatinya, kita tidak boleh paksa arus sungai
tunduk kepada kita. Kita perlu menyerah kepada arusnya, dan
menggunakan kuasanya(arus) untuk keperluan kita. Dr. Strange
masih angkuh dan mengakatakan bahawa ianya tidak masuk akal!

Dengan kuasa Ancient One, dia menghantar Dr. Strange ke


pergunungan Everest. Di sana, Acient One meninggalkan Strange
seorang diri dan sebelum Ancient One berlalu pergi, dia berpesan
Silence you ego, your power will rise (turunkan ego, kuasa
meningkat). Akhirnya, Strange belajar untuk menurunkan egonya.

Dalam sufisme, ego adalah ibu segala penyakit hati dan perlu
disingkirkan. Mawlana Sheikh Hisham Kabbani berpesan kepada
muridnya, kita perlulah menyingkirkan ego daripada hati kita
kerana ego adalah ibu segala akhlak yang buruk. Jika anda
membiarkan keegoaan anda tinggi, anda tidak akan menerima apa-
apa nasihat dari sesiapa jua. Anda akan membangkang dan akan
jatuh di lembah akhlak yang buruk.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semakin tinggi ego anda kepada guru anda,


semakin sedikit ilmu yang anda dapat. Ego hanya akan menjadi
penghalang untuk kita menjadi lebih baik dan menjadi hijab untuk
kita sampai kepada Tuhan. Persoalannya, bagaimana mengikis

4 of 5 9/7/17, 12:32 AM
Sufisme Dalam Filem Dr. Strange about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/archives/6508

sifat ego jika kita seorang yang ego? Anda cari sendiri.

Sumber:

1. Doctor Strange Best Quotes Forget everything that you think


you know.. (n.d.). Retrieved September 06, 2017, from
http://www.moviequotesandmore.com/doctor-strange-best-quotes/

2. Al-Ghazali, I. (2007). Bidayatul Hidayah. Hikmah.

3. Kabbani, H. Ego And The Pull Of Gravity. Retrieved September


06, 2017, from http://naqshbandi.org/teachings/suhbat-association
/sohbats-of-mawlana-shaykh-hisham-kabbani/ego-and-the-pull-of-
gravity/

Comments

comments

5 of 5 9/7/17, 12:32 AM

You might also like