Penulisan Esei Titas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Penulisan Esei

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki penduduk yang berbangsa majmuk. Tiga
kaum utama yang terdapat di Malaysia ialam kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.
Ketiga-tiga kaum ini telah mendapat pengaruh daripada lain-lain tamadun sebelum
terbentuknya negara Malaysia. Walaupun hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa
dan agama, negara Malaysia telah membuktikan bahawa perpaduan dan keharmonian boleh
dipupuk melalui keistimewaan yang terdapat ada perbezaan kaum masing-masing
termasuklah dari segi adat dan budaya. Interaksi tamadun yang wujud telah berjaya
membuktikan sifat toleransi yang tinggi serta saling menghormati antara satu sama lain yang
ada dalam diri setiap masyarakat terdahulu. Interaksi tamadun berlaku melalui perkongsian
sama ada dari segi nilai, pemikiran, budaya, ekonomi mahupun politik. Setiap tamadun
mempunyai latar belakang yang tersendiri. Walaupun terdapat perbezan yang telah dikenal
pasti antara tamadun-tamadun ini, terdapat juga persamaan yang dikongsi antara Tamadun
Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India.

1
2.0 Sosio budaya

Sosio budaya merupakan hubungan antara masyarakat dan budaya seperti cara hidup dan
adat istiadat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pengaruh tamadun Melayu, tamadun Cina serta
tamadun India di Malaysia dari aspek sosio budaya dapat dilihat melalui agama dan seni bina.
Dalam tamadun Melayu, agama Islam telah menjadi anutan dan pegangan orang Melayu.
Proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat Melayu selepas kemasukan Islam seolah-
olah bertunjang kepada unsur agama dan adat. Sebagai contoh, kelahiran bayi akan
diazankan untuk bayi lelaki dan diiqamatkan untuk bayi perempuan, doa selamat, marhaban,
kenduri pulut kuning dan mencukur (Azhar Mad Aros, 2001) serta majlis bertunang atau
bersanding. Masyarakat Melayu juga meraikan hari-hari kebesaran dan melakukan aktiviti
yang berasaskan agama Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, iaitu meraikan
kemasukan tahun baru dalam kalendar Islam dan sambutan Maulidur Rasul sebagai tanda
meraikan hari kelahiran nabi Muhammad SAW. Bagi masyarakat yang menganuti agama
Islam, masjid merupakan pusat untuk beribadah dan pusat untuk menimba ilmu dunia dan
akhirat.

Pengaruh sosiobudaya dari tamadun Cina boleh dilihat dari segi ajaran dan agama.
Sebagai contoh, Konfusianisme, Buddhisme Cina, Daoisme, Moisme dan Toeisme. Ajaran
Konfusianisme paling banyak diperkatakan dan menjadi teladan bagi masyarakat Cina. Ajaran
ini menekankan nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusiaan
(ren), kesusilaan (vinaya) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Nilai-nilai menjadi panduan
dan diteladani oleh orang-orang yang bermoral dalam kehidupan seharian. Ajaran ini juga
diketengahkan di Malaysia melalui Rukun Negara Malaysia. Dalam Rukun Negara telah
dinyatakan bahawa rakyat perlu setia kepada raja yang memerintah. Manakala, raja juga perlu
mempunyai moral yang baik dan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakyat.

Seterusnya, pengaruh sosio budaya yang boleh diperoleh daripada Tamadun India
kepada Malaysia boleh didapati daripada agama yang dianuti. Terdapat beberapa agama
yang dianuti oleh masyarakat Tamadun India seperti Hinduisme, Islam, Sikhisme, Buddhisme,
Jaina, Bahai dan Zoroaster. Agama Hindu merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh
masyarakat kaum India di Malaysia. Agama Hindu merupakan satu cara hidup yang
diistilahkan sebagai Sanatana Dharma iaitu agama yang kekal abadi. Terdapat enam mazhab
yang bergantung kepada dewa-dewi yang disembah antaranya mazhab Saivisme,
Vaisnavisme, Sakhta, Kaumaram, Ganapatiyam dan Sauram. Dalam agama Hindu, terdapat
beberapa prinsip utama iaitu kewujudan Tuhan yang satu, manusia itu suci, perpaduan
diperoleh melalui percintaan, harmoni dalam beragama seta pengetahuan tentang sungai,

2
kitab dan mantera yang suci. Pengaruh sosio budaya ini boleh juga dilihat melalui seni bina
daripada Tamadun India merangkumi binaan, ukiran gua serta kuil sebagai tempat beribadah.

Secara ringkas, ketiga-tiga tamadun Melayu, Cina dan India menggalakkan penerapan
nilai yang baik mengikut ajaran agama masing-masing. Agama Islam dan agama Hindu sama
menekankan konsep ketuhanan kecuali agama Buddha. Agama Islam menekankan kepada
konsep tauhid. Manakala, agama Hindu dan Buddha mempercayai akan kelahiran semula
dan juga karma.

3.0 Ekonomi

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, masyarakat Melayu, Cina dan India ketiga-
tiganya mengamalkan amalan ekonomi sara diri. Masyarakat Melayu telah menjalankan
aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber ekonomi utama kerana masyarakat Melayu
kebanyakannya tinggal di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Dalam Tamadun
Melayu, agama Islam telah menjadi tunjang kepada aktiviti yang dilakukan seharian. Ekonomi
dalam bahasa Arab bermaksud iqtisad yang berasal daripada perkataan qasd yang
bermaksud pertengahan dan bersederhana dalam sesuatu perkara. Maka, jelaslah bahawa
masyarakat tamadun Melayu bersikap sederhana dalam menjalankan ekonomi. Syariat
menjadi asas pembangunan bagi negara yang mengamalkan ajaran Islam, termasuklah
Tanah Melayu. Konsep ekonomi yang digunakan oleh tamadun Melayu menekankan unsur
yang bersih daripada riba dan penipuan juga masih digunakan sehingga hari ini. Setiap urusan
perniagaan dan perdagangan dijalankan mengikut syarak dan menitikberatkan aspek halal
dan haram.

Pengaruh ekonomi dari Tamadun Cina boleh dilihat melalui aktiviti pertanian serta sistem
pengairan yang telah masyarakat dalam tamadun ini lakukan. Pada zaman Dinasti Chou
Timur, terdapat kemajuan dalam teknik pengeluaran pertanian apabila mereka telah
menggunakan peralatan pertanian yang diperbuat daripada besi. Besi mula digunakan
sebagai alatan pertanian sebelum digunakan untuk membuat senjata. Penggunaan alatan
besi ini telah meluaskan sistem pengairan, sistem pembajakan dan kawalan air yang telah
dijalankan dengan sungguh berkesan sehingga banyak hasil pertanian diperoleh. Sistem
buruh dan sistem cukai yang diguna pakai di Malaysia juga merupakan pengaruh yang
diperoleh dari Tamadun Cina. Pada zaman Dinasti Chou Barat, telah wujudnya satu sistem
pertanian yang di panggil Well-field System apabila tanah dibahagikan kepada sembilan
bahagian dengan lapan bahagian diushakan oleh petani untuk diirnya sendiri sementara yang
kesembilan diserahkan kepada tuan tanah yang memerintah. Oleh yang demikian,
sebahagian petani yang mengusahakan tanah adalah terikat dengan sistem buruh paksa dan
cukai.

3
Ekonomi Tamadun India juga telah memberi pengaruh pada Malaysia dari segi
penanaman bijirin. Dalam sistem ekonomi Tamadun India terbahagi kepada dua. Pertama,
siste ekonomi sara diri. Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan penting
dalam perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mempunyai pengetahuan
yang luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk membajak, menyemai, menuai
menerusi Rig Veda. Di samping bercucuk tanam, mereka juga terlibat dalam penternakan
binatang. Mereka menternak lembu, kambing, biri-biri dan kuda sebagai pengangkutan bijirin.
Menjelang akhir zaman Vedik (1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber
makanan yang penting. Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu.
Barli dan gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah makanan sekunder.
Terdapat beberapa persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga tamadun ini dari segi
ekonomi adalah penggunaan mata wang yang memudahkan urusan jual beli dan juga
pengenalan sistem cukai. Sistem cukai lazimnya diperkenalkan dengan tujuan sebagai
sumber pendapatan tamadun tersebut.

4.0 Pendidikan

Pengaruh dari Tamadun Melayu kepada Malaysia dalam pendidikan ialah subjek Pendidikan
Islam yang telah diwajibkan Pendidikan dalam masyarakat Melayu terbahagi kepada dua iaitu
formal & tidak formal. Pendidikan formal berteraskan pengajian Islam seperti tauhid, fiqah,
akhlak, tafsir dan sebagainya di institusi pendidikan seperti masjid, pondok, madrasah.
Pendidikan tidak formal pula ialah pengetahuan yang diperolehi secara tidak langsung dalam
kehidupan bermasyarakat seperti kemahiran berfikir, berbudi bahasa, menghasilkan teknologi,
pertukangan, pembuatan kraftangan dan sebagainya. Selain itu, pendidikan pondok masih
digunakan sehingga kini. Perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah yang meliputi
bidang usuluddin, fiqah dan tasawuf. Aktiviti ilmu dan pendidikan berlangsung di pondok,
rumah-rumah maulana atau ulama, masjid, madrasah dan surau. Buktinya, pendidikan ini
telah melahirkan ulama melayu seperti Nuruddin Al- Raniri dan Sirat Al-Mustaqim.
Tamadun Cina merupakan tamadun terawal melaksanakan sistem peperiksaan yang
masih kita amalkan sehingga hari ini. Tamadun Cina terdahulu mementingkan pendidikan dan
berpendapat bahawa pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin orang-orang
yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sesebuah
negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya di samping penguasaanya
terhadap hal-hal adat dan moraliti. Peperiksaan awam dalam tamadun China terdiri daripada
3 tahap, iaitu Hsiu Tai, Chun Jen dan Chin Shih. Masyarakat Cina terdahulu menitikberatkan
pendidikan dan ini boleh dibuktikan dengan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut.
Antaranya, hukuman mati dikenakan kepada calon yang meniru. Selain itu, calon dikurung

4
dalam bilik selama 3 hari untuk menulis jawapan. Peraturan yang ketat dan sistem
peperiksaan yang telus ini dianggap terbaik oleh masyarakat Cina.

Dalam tamadun India, bidang pendidikan mula dititikberatkan pada Zaman Vedik.
Agama Hindu menjadi asas dan keagamaan menjadi keutamaan pendidikan pada zaman ini.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha dipelajari untuk menyediakan
manusia bagi meghadapi hari selepas mati. Segala hukum agama dipelajari supaya dapat
hidup dengan sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Namun, hanya kaum
lelaki sahaja yang diberi peluang untuk menerima pendidikan. Lama-kelamaan, institusi
pendidikan ditubuhkan. Masyarakat yang menerima pendidikan pada masa tersebut perlu
menghafal pelbagai buku agama dan mempelajari karya saintifik dan falsafah. Kemudian,
matlamat pendidikan diubah dengan harapan untuk meningkatkan ilmu sains dan juga
mengatasi buta huruf selain mendapat jawatan dalam kerajaan.

Secara ringkas, ketiga-tiga tamadun mementingkan pendidikan dan menganggap


pendidikan sebagai pembentukan peribadi dan wadah untuk meningkatkan taraf diri.
Perbezaan yang terdapat pada tamadun-tamadun ini dari segi pendidikan adalah cara
pelaksanaan pendidikan. Tamadun Melayu melaksanakan pendidikan di pondok, tamadun
Cina menjalankan peperiksaan di istana dan tamadun India menjalankan pendidikan di
institusi pendidikan yang ditubuhkan.

5
5.0 Penutup

Interaksi yang melibatkan pelbagai tamadun ini berlaku secara positif di Malaysia. Interaksi
antara tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India telah mencorakkan lagi budaya
yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, interaksi ini juga telah menerapkan sikap
toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat. Persamaan yang terdapat pada setiap tamadun
tersebut meneguhkan lagi ikatan antara tamadun. Perbezaan yang diterima oleh setiap
masyarakat membuatkan keunikan Malaysia lebih terserlah. Oleh hal yang demikian,
masyarakat haruslah bangga dan lebih mendalami sejarah Malaysia.

(1291 patah perkataan)

6
Rujukan

________________. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

________________. (2012). Sistem Pendidikan Tamadun China. Diakses pada 25 Februari


2017 daripada http://welcome-to-tamadunchina.blogspot.my/2012/04/sistem-
peperiksaan.html

Malar Muthiah. (2011). Ekonomi Masyarakat India. Diakses pada 24 Februari 2017 daripada
https://www.slideshare.net/MalarMuthiah/ekonomi-masyarakat-india-8720457

Mohd Liki Hamid. (T.T). Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua. PTS Professional

Mohd Razimi Husin. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Yew Chee Wai dan rakan. (2012). Sejarah. Selangor: Sasbadi. Sdn. Bhd.

You might also like