Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

JAWAPAN

JAWAPAN BAHAGIAN 3 D

1. Jangan mencampuradukkan bahan-bahan yang telah ibu letak di atas meja itu, kata
emak kepada kakak.

2. Kedua-dua orang perompak yang berbahaya itu telah ditangkap oleh polis dalam serbuan
di sebuah rumah teres setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.
3. Berbagai-bagai kaedah diambil bagi mengatasi masalah buli yang berlaku di sekolah
sejak akhir-akhir ini.
4. Senarai nama peserta yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara telah
disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
5. Lebai Samad ialah penduduk yang paling tua / tertua di Kampung Bukit Merbah dn beliau
mengetahui sejarah pertubuhan kampung itu.
6. Berdasarkan hujah-hujah bernas yang dikemukakannya, jelaslah penceramah itu begitu
arif tentang perkembangan ekonomi negara.
7. Yang Berhormat wakil rakyat kawasan tersebut telah sudi memberikan/ menyampaikan
kata-kata aluan dalam buku cenderamata program tersebut.
8. Penebangan pokok di kawasan tersebut ditentang keras oleh golongan pencinta alam.
9. Pembinaan kilang memproses makanan ternakan di kawasan berhampiran kampung
tersebut mendapat tentangan daripada penduduk kampung.
10. Cerpen yang saya tulis oleh telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan
mengarang/ mencipta cerpen anjuran Jabatan Peljaran Negeri Melaka baru-baru ini.
11. Hotel damai akan membuat promosi dari masa ke masa untuk menarik para pelancong
mengunjungi hotel mereka.
12. Sesetengah pihak beranggapan bahawa produk pelangsing dapat membantu mereka
menyelesaikan masalah obesity tanpa memikirkan risikonya.
13. Ketika memandang ke bawah dari tingkat tiga puluh pangsapuri itu, Ali berasa gayat dan
pening-pening lalat.
14. Walaupun berbagai-bagai / pelbagai insentif telah diberikan kepada atlet negara, namun
pencapaian mereka di peringkat antarabangsa tetap mengecewakan.
15. Kebanyakan pemaju tidak berpuas hati dengan rumah yang dibina oleh pihak pembina
perumahan kerana kualitinya tidak setara dengan harga yang dibayar oleh mereka .
16. Pihak polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut itu agar tampil untuk
memberikan maklumat yang dikehendaki.
17. Perasaan Nadia berdebar-debar ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia diumumkan.
18. Kerajaan Malaysia dan Singapura telah menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
semangat perpaduan yang terjalin selama ini.
19. Ahli koporat itu berpendapat bahawa anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan
pelajarannya/ pengajiannya ke seberang laut.
20. Rencana itu mengisahkan/ menceritakan .. kegigihan tiga orang belia mengusahakan
lading limau madu di Naka.
21. Stesen televisyen itu telah menerima kritikan kerana menyiarkan/ menayangkan
rancangan yang bertentangan dengan nilai hidup rakyat negara ini.
22. Sikap berani mencuba dan mengemukakan soalan pasti tersemai dalam diri pelajar.
23. Oleh sebab tidak ramai pengusaha yang menternak udang harimau secara besar-besaran,
penawaran hasil laut itu telah berkurangan di pasaran.
24. Iklan merupakan alat komunikasi yang memainkan peranan yang amat penting/
terpenting sebagai penyebar maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan.
25. Pembinaan prasarana seperti lebuh raya di negara ini memberi manfaat kepada pengguna
jalan raya kerana memendekkan / menjimatkan masa perjalanan.
26. Pak Ismail menambat/ mengikat dua ekor kambingnya pada pokok rambutan supaya
tidak merayau-rayau ke dalam kebun orang lain.
27. Pembinaan kilang-kilang baru di luar Bandar di negara ini telah memberikan peluang
pekerjaan kepada belia-belia yang menganggur.
28. Urusan pengesahan sijil hanya boleh dilakukankan oleh ketua-ketua jabatan kerajaan.
29. Surat khabar itu diikat dengan kemas oleh Encik Muthu sebelum dihantar ke pusat kitar
semula.
30. Para pelajar yang menunggang basikal ke sekolah dikehendaki sentiasa berhati-hati dan
mematuhi peraturan lalu lintas.
31. Sewaktu saya kecil sungai itu jernih airnya dan menjadi tumpuan dalam kalangan
pelancong asing tetapi kini sungai itu hitam dan berbau busuk akibat pembuangan sisa
kilang.
32. Nora ingin mengenali pekerja baru di pejabatnya tetapi terkejut apabila mendapati
pekerja itu ialah rakannya sewaktu di universiti.
33. Nelayan dari Thailand sering kali menceroboh perairan kita kerana tidak ada tindakan
keras/ketat oleh pihak berkuasa Malaysia.
34. Roziah sungguh ayu memakai baju kebaya nyonya yang dihadiahkan oleh tunangnya
kepadanya.
35. Ayam-ayam di dalam reban bertempiaran lari apabila musang masuk ke dalam reban
tersebut.
36. Atas kelulusan pihak pentadbir mereka telah memilih tempat yang selesa untuk jamuan
akhir tahun.
37. Encik Robert suka makan kacang panggang dan sosej yang diletakkan dalam roti pada
setiap pagi sebelum pergi bekerja.
38. Hal ini demikian kerana ramai pekerja yang diambil bekerja di kilang kereta itu tidak
mahir dalam bidang automotif.
39. Azah baru sahaja balik daripada berkursus di Brunei dan dia banyak mendapat
pengalaman di sana.
40. Pengetua kesal akan sikap pelajar-pelajar lelaki di asrama yang tidak solat berjemaah di
surau pada setiap waktu maghrib dan isyak.
41. Gajah yang naik minyak merempuhi pagar Zoo Negara dan memijak seorang kanak-kanak
sebelum dapat ditangkap dua jam setengah kemudian.
42. Perasaan marah wujud dalam diri Amin apabila menyeluk saku seluar didapati beg duitnya
telah hilang.

43. Setiap pelajar program motivasi diminta memberikan komen untuk membaiki sebarang
kekurangan program tersebut.
44. Beberapa orang pelancong telah terbunuh dalam serangan bom di hotel itu dua hari lalu.
45. Datuk Hashim telah tiga tahun setengah memegang jawatan pengerusi badan amal
tersebut.
46. Chua telah mendiami rumah itu seorang diri sejak ibu bapanya bermastautin di Eropah
dua tahun lepas.
47. Rancangan televisyen yang menarik itu telah ditamatkan apabila kontraknya berakhir
minggu lalu.
48. Badan Shafiq yang gemuk itu menyebabkan sukar baginya mencari baju yang sesuai di
kedai tersebut.
49. Sebagai sebuah negara pengeluar kereta yang masih baru, Malaysia mesti bersiap
bersedia menyaingi negara maju yang telah lama dalam bidang tersebut.
50. Perasaan seram yang saya alami ketika melalui kawasan perkuburan untuk balik ke rumah
sebenarnya turut dialami oleh orang lain juga.
51. Kerani di pejabat itu sangat sombong dan suka menengking budak pejabatnya jika
pekerja itu silap menghantar fail yang dimintanya.
52. Makluman ini adalah untuk orang ramai yang mengidap penyakit berkaitan pernafasan.
53. Majlis bermaaf-maafan diadakan selepas semua guru dan pelajar berkumpul di dewan
besar.
54. Perompak itu ditangkap oleh pihak polis ketika dia sedang tidur di rumah rakannya yang
tidak tahu apa-apa.
55. Oleh sebab bas rosak semua penumpang terpaksa turun menunggu bas dibaiki oleh
mekanik.
56. Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik kerana banyak vitamin dan serat daripadanya.
57. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai didikan agama menyebabkan anak-
anak terlibat dalam gejala sosial.
58. Pertanda yang bekerja di penjara Kajang sering melihat sesetengah banduan yang
dihukum gantung sampai mati terjelir lidahnya.
59. Di tepi pondok itulah berlakunya pembunuhan ngeri terhadap nenek tua yang sebatang
kara.
60. Semua kasut di tepi tangga kami susun agar mudah diambil oleh peserta apabila majlis
selesai.

JAWAPAN 3C

1. Pak Majid kelihatan bersedih lagi kerana asyik teringatkan arwah isterinya yang
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

2. Golongan siswazah menganggur digalakkan supaya menceburi bidang keusahawanan untuk


merancakkan ekonomi negara.

3. Rancangan hiburan berbentuk realiti mendapat sambutan dalam kalangan remaja


sehinggakan sanggup berhabis duit untuk mengundi calon kegemaran mereka.

4. Konflik antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang mendasari drama ini adalah cukup
dramatik.

5. Kerajaan Malaysia telah mengehadkan kemasukan buruh asing demi kesejahteraan rakyat
di negara ini.

6. Ibu bapa perlu mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak, terutamanya
apabila mereka memasuki alam remaja.

7. Pulau Pinang yang terkenal sebagai Pulau Mutiara mempunyai banyak tempat pelancongan
yang menarik untuk dikunjungi.

8. Berdasarkan kajian yang dijalankan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut terdiri


daripada golongan berpendapatan rendah.
9. Pihak syarikat akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan
mengikut jadual.

10. Peraduan menulis esei wajar diperbanyak untuk meningkatkan kemabiran pelajar
mengungkapkan buah fikiran dalam bentuk tulisan.

11. Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan atlet kurang upaya dalam beberapa
acara yang dipertandingkan pada Sukan Komenwel yang lalu.

12. Pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan ringgit pada setiap tahun untuk
menjalankan kempen antidadah dan membiayai pusat-pusat serenti.

13. Anak yang berbudi pekerti tidak akan bercerita tentang keburukan keluarganya kepada
orang lain.

14. Kerajaan harus mengehadkan permit kafe siber bagi menyejahterakan masyarakat umum.

15. Penggunaan bahasa Melayu pasar oleh sesetengah rakyat di negara ini khususnya
generasi muda kian berkurang dari semasa ke semasa.

16. Mohamed Adib menghadiahi ibunya telekung ketika ibunya hendak berangkat ke Mekah
untuk menunaikan fardu haji.

17. Pengurus kedai itu menggalakkan para pekerjanya menghiaskan kedai mereka agar
kelihatan lebih cantik berbanding kedai-kedai lain yang berhampiran.

18. Pihak berkuasa tempatan telah mengekhaskan pusat rekreasi itu untuk para pengunjung
beristirahat.

19. Pihak penganjur Kejohanan Olahraga Daerah mengumumkan bahawa upacara perasmian
penutupan ditangguhkan kerana hujan lebat.

20. Masyarakat Arab jahiliah terlalu taasub kepada pemimpin yang seketurunan dengan
mereka.

21. Semua wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menggembleng tenaga untuk
menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di Acheh selepas tragedy tsunami.

22. Rakyat Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat-sifat peramah dan
bertatatertib.

23. Penduduk kampung itu berpandangan bahawa subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan
membawa banyak manfaat kepada mereka.

24. Selain kegiatan pembalakan hutan turut membekalkan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai
khasiat tinggi.
25. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan
sejagat.

26. Bandar Putrajaya akan menjadi destinasi yang penting pada pelawat ke Malaysia.

27. Kebaikan internet memang tidak dapat dinafikan kerana dengan sentuhan jari sahaja
seseorang itu berjaya memperoleh pelbagai pengetahuan serta mengetahui ehwal semasa.

28. Sebahagian besar pengusaha kraf tangan di negara ini tidak berupaya menembusi
pasaran antarabangsa.

29. Kerajaan sudah mengambil langkah dan menumpukan komitmen untuk memajukan sector
pertanian agar setanding dengan sector perindustrian.

30. Penggunaan bahasa Melayu sudah meluas tetapi masalah yang sering diperkatakan
mengenainya ialah pencemaran bahasa yang semakin menjadi-jadi.
31. Kursus masakan yang diadakan pada setiap petang hari sabtu dijalankan oleh guru-guru
Kemas.

32. Pada abad kelima belas negeri Melaka telah diserang dan dijajah oleh Portugis.

33. Pencapaian akademik golongan pendidikan khas perlu diberi perhatian untuk membantu
kanak-kanak istimewa.

34. Kerajaan Amerika menganggap masalah ponteng sekolah sebagai serius sejak
kebelakangan ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

35. Berdasarkan kajian yang dibuat kebanyakan penjenayah remaja yang ditahan didapati
terbabit dengan kesalahan tidak hadir ke sekolah.

36. Sebanyak 67 peratus daripada remaja yang tidak hadir ke sekolah didapati positif
apabila dilakukan ujian air kencing yang membuktikan mereka mengambil dadah.

37. Pondok rehat di taman bunga itu telah disalahgunakan oleh pelajar-pelajar sebagai
tempat mereka bermain judi dan ponteng sekolah.

38. Melati telah menjadi saksi dalam kes bicara pembunuhan kejam seorang egen insurans.

39. Banyak orang telah menderma barang-barang yang buruk dan tidak sesuai sewaktu
kempen membantu mangsa ombak tsunami tahun lalu.

40. Hari anugerah cemerlang yang diadakan pada setiap tahun di semua sekolah adalah untuk
menghargai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

41. Sorakan gemuruh rakan-rakan Safiah menguatkan semangatnya berlari lebih pantas bagi
memenangi perlumbaan tersebut.

42. Setelah mengikuti sesi latihan renang dengan gigih selama dua bulan akhirnya Najwa
berjaya merangkul pingat emas peringkat kebangsaan.
43. Sindikit memalsukan pasport Malaysia terbongkar apabila seorang daripada ahlinya
ditangkap polis semalam.

44. Surat yang ditandatangani oleh pemohon itu hendaklah dihantar kepada pengurus
syarikat dengan segera.

45. Seorang pesuruhjaya asing telah terbunuh di rumahnya malam tadi tetapi motif
pembunuhan belum diketahui.

46. Mereka yang menghisap rokok boleh membahayakan orang lain.

47. Konduktor bas itu telah memarahi pekerja asing yang membuat bising di dalam bas.

48. Pak Abu masih pandai berbahasa Jepun kerana dia meneruskan pelajaran ke Jepun
selepas Jepun kalah.

49. Semua peserta yang dipanggil temu duga telah melepasi ujian kelayakan yang diadakan
sebulan lalu.

50. Persaraan pengetua sekolah saya yang terkenal dengan sikap prihatin telah diadakan di
dewan besar sekolah.

51. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa remaja sebab mereka terpengaruh
dengan budaya Barat.

52. Pelajar bestari negara Nur Amalina ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

53. Tentera penceroboh telah menyeksa tawanannya dengan mengurung mereka di dalam bilik
sempit tanpa memberi sebarang makanan.

54. Datuk Jins Shamsudin telah menulis prakata dalam buku terbaharu karya Siti Sarah.

You might also like