Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

. .


.
.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Ya Allah,ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami,dosa guru2 kami dan dosa semua
kaum muslimin dan muslimat, Ya Allah satukanlah hati kami,rapatkanlah ukhuwah diantara
kami,kuatkanlah diri kami menghadapi segala bentuk ujian dan dugaan , bantulah kami memperbaiki
amal kami,akhlak kami,dan tanggungjawab kami supaya ianya lebih baik dari yang sebelumnya.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,

Kami merafakan rasa kesyukuran kepada-MU kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Hari Keluarga dan Majlis Makan Malam IIUM Schools SDN BHD ini. Kami bermohon
kehadrat-MU semoga Engkau jadikan majlis ini wadah untuk kami bersatu, bekerjasama dan lebih
mengenali demi membangunkan dan terus memajukan syarikat kami ini di bawah pemimpin kami
& yang dihormati.Dari itu ya Allah, berkatilah majlis kami pada malam yang mulia ini
permudahkanlah segala urusan kami agar syarikat kami IIUM Schools Sdn Bhd terus maju dan
cemerlang sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia.

You might also like