Professional Documents
Culture Documents
Portfolio BIG Ceramah
Portfolio BIG Ceramah
TARIKH :
5 OGOS 2015
TEMPAT :
BALAI ILMU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KM 7.75 JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM
ANJURAN :
GURU-GURU PELATIH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA KE-3
TAHUN 2015
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2014
PENGENALAN
Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang wajib diikuti oleh guru-guru
pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam
perancangan semester kokurikulum institut. Program Bina Insan Guru (BIG)
Fasa Ke-2 melibatkan semua guru pelatih yang berjumlah 64 orang dari kelas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Cina,
Pendidikan Seni Visual dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua (TESL) Ambilan Jun 2014. Pelaksanaan BIG bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada guru pelatih bahawa peranan guru kepada sekolah serta
kepentingan komuniti kepada sekolah. Seseorang guru harus memegang
tanggungjawabnya agar dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) berhasrat untuk memberi pendedahan
kepada guru pelatih mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu
majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang lengkap
dalam bidang pengurusan termasuk etika dan protokol majlis, BIG kali ini juga
memberi pendedahan dan bimbingan tentang cara menguruskan majlis
dengan cekap dan sempurna.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru pelatih dapat:
1. Memberi pengetahuan tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran
sosial.
2. Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol,
etiket dan komunikasi.
3. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang
pengurusan Majlis.
4. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan
mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.
5. Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial dan keyakinan diri dalam
mengendalikan majlis rasmi dan tak rasmi.
6. Meningkatkan kefahaman tentang amalan-amalan protokol semasa majlis
berlangsung.
7. Meningkatkan kefahaman dan berkeyakinan terhadap gaya, penampilan
dan tatahias.
8. Mengetahui cara membentuk penampilan diri yang professional.
9. Mengetahui elemen-elemen yang penting untuk melaksanakan tugas
dengan cekap.
10. Menanam serta membina perasaan yakin kepada diri sendiri dan dapat
menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan majlis.
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Pada 15 Julai 2015 iaitu hari Rabu, taklimat Bina Insan Guru (BIG) telah
diberikan oleh Encik Mohd Razali Bin Hashim, penyelaras BIG Unit Kokurikulum
dan Encik Mohd. Faizal bin Ghazali, penyelaras BIG Semester 3 kepada para guru
pelatih PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2014 pada pukul 4.00 petang di astaka
IPTHO. Seramai 64 orang guru pelatih yang terdiri daripada opsyen Bahsa Cina
(BC), Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) telah menghadiri taklimat tersebut.
Ceramah BIG kali ini berkaitan dengan Etiket Sosial dan Protokol. Encik Mohd
Razali Bin Hashim telah memberikan beberapa cadangan kepada kami untuk
menjayakan program BIG kali ini. Encik Razali juga mengingatkan kami bahawa
BIG adalah program wajib yang perlu disertai oleh semua guru pelatih dan
sekiranya kami gagal untuk mengikuti program BIG ini, kami berkemungkinan
besar untuk gagal dalam BIG kali ini.
Jawatankuasa pelaksanaan BIG kali ini telah dilantik secara sukarela dalam
kalangan guru pelatih Semester 3 yang terdiri daripada setiap opsyen. Saudari
Nurul Azureen binti Mohd Fazzle dari opsyen BC secara sukarela menjadi
pengerusi bagi program kali ini, saudara Chuah Kae Yang daripada opsyen PSV
pula telah dilantik sebagai Naib Pengerusi manakala saudara Awangku Ahmad bin
Awang Bujang daripada opsyen TESL telah dilantik menjadi setiausaha. Encik
Mohd Razali telah memberi mandat kepada pengerusi untuk menubuhkan sebuah
jawatankuasa program BIG 3 Fasa 1 2015 bagi memastikan kelancaran program
ini. Setiap AJK dipilih daripada setiap opsyen dan mereka bertanggungjawab untuk
melaksanakan tugasan supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.
Di samping itu, pihak jawatankuasa juga telah berbincang untuk memilih
penceramah yang perlu dijemput bagi menyampaikan ceramah pada hari tersebut.
Taklimat ringkas ini telah berakhir pada pukul 5.30 petang.
Disediakan oleh,
___________________
(AWANGKU AHMAD BIN AWANG BUJANG)
Setiausaha
Program Bina Insan Guru 3 Fasa 1 2015
Laporan Ceramah BIG
Ceramah program Bina Insan Guru telah diadakan pada hari Rabu, 5 Ogos
2015 bertempat di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun
Hussein Onn. Ceramah bermula tepat pada pukul 8.30 pagi. Antara tutor yang
hadir ialah En Zahidi bin Khamis, Puan Syamsina Zahurin binti Shamsuddin dan
Cik Liew Pee Lian.
Selain itu, beliau juga ada menerangkan tentang tatatertib ketika berada di
meja makan iaitu tidak gelojoh dan menggunakan peralatan yang betul semasa
makan. Seseorang itu juga tidak boleh mengeluarkan bunyi ketika meminum sup
seterusnya elakkan mencungkil gigi dan menggaru di khalayak ramai. Beliau juga
turut berkongsi tentang cara atau perlakuan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap
orang yang menghadiri majlis makan yang rasmi dan formal. Antara tips yang telah
diberikan ialah sebelum makan makanan yang diedarkan oleh pelayan, kita perlu
meminum air yang telah disediakan. Minuman ini merupakan hidangan kepada
tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan dan kebiasaanya minuman yang
dihidangkan ialah jua atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih
daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang
tidak dihidangkan.
En. Roslan juga menerangkan tentang cara penggunaan napkin dan
peralatan yang terdapat di atas meja makan. Perkara ini merupakan benda baru
bagi hampir semua peserta yang hadir pada pagi tersebut dan semua guru pelatih
mengambil sepenuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Bagi
penggunaan napkin, napkin itu perlulah diletakkan di atas paha dengan cara
memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit. En Roslan turut
berkongsi cara sebenar penggunaan peralatan dan kedudukannya di atas meja.
Penceramah menerangkan semua perkara dengan terperinci dan jelas, stail
ceramah yang santai tetapi padat serta ringkas sangat membantu kami untuk
memahami setiap maklumat yang disampaikan.
Gambar 12: Sesi ceramah slot ketiga oleh En. Abd Raof bin Ibrahim
Setelah selesai slot ketiga ceramah yang telah diberikan oleh Encik Abd
Raof, majlis diteruskan lagi dengan majlis penutupan. Majlis tersebut telah dihadiri
oleh tutor Puan Syamsina Zahurin binti Shamsuddin dan En. Abd Raof bin Ibrahim
sebagai VIP. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
IPGM. Seterusnya, bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Akmal Fahmi Bin Asmuni.
Setelah selesai bacaan doa tersebut, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video
montaj sepanjang program ceramah berlangsung.
Gambar 18: Ucapan pengerusi Program BIG Fasa Ke-3 Nurul Azureen
Majlis pada pagi itu diteruskan lagi dengan ucapan penutupan daripada En.
Abd Raof bin Ibrahim selaku VIP pada majlis itu. Dalam ucapan beliau, beliau telah
mengucap tahniah kepada semua guru pelatih PISMP Semester 3 kerana telah
berjaya menganjurkan sesi ceramah dan melaksanakan satu lagi tugasan dalam
BIG Fasa Ketiga. Beliau mengatakan bahawa sesebuah majlis dan aktiviti tidak
akan berjaya sekiranya tiada kerjasama dan usaha yang gigih daripada semua
guru pelatih dan juga ahli jawatankuasa yang terlibat. Beliau juga telah
menasihatkan kami agar menekankan aspek protokol ketika mengendalikan
sesebuah majlis kerana protokol menentukan kejayaan dan kelancaran sesebuah
majlis tersebut.
Gambar 20: Penyampaian cenderamata kepada VIP dan tutor