Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Khas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS

KALI PERTAMA

Panitia Mata Pelajaran : Pendidikan Khas

Tarikh : 13 Februari 2012

Masa : 1.00 PM

Tempat : Bilik Sumber Pendidikan Khas SK Seri Langkap

Pengerusi : En. Ahmad Nizar Bin Abdul Kadir

Kehadiran (Bilangan) : 16 orang

Nama Yang Hadir : En. Fathan Bin Muhammad


Pn. Sakinah Binti Ariff Johor
Cik Nor Shamira Binti Kamarudin
Cik Zainariah Binti Abdul Gani
En. Amin Bin Hamzah
Cik Hayati Naimi Binti Hamdan
Cik Emi Suhaida Binti Abd. Kodir
Pn. Intan Baizura Binti Zubir
Cik Nadiah Binti Yusuf
Pn. Arfah Binti Abd. Raub
Cik Hashida Binti Abdullah
Pn. Norizan Binti Mohamed Isa
Cik Nuraini Binti Zaili

Nama Yang Tidak Hadir : Pn. Habibah Binti Shamsuddin (Cuti Rehat)
Cik Nor Fiza Binti Baharudin (Taklimat Praktikum)
Cik Nor Mazlin Binti Abdul Latif (Taklimat Praktikum)
Pn. Saidatul Syima Binti Khusnin (Cuti Bersalin)

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Mukadimah dan ucapan aluan Tuan Pengerusi.
Makluman
1.2. Tuan Pengerusi mengucapkan selamat pengantin
baru kepada Pn. Nor Intan Baizura yang baru
sahaja melangsungkan perkahwinan pada 5
Februari yang lalu.

1.3. Tuan Pengerusi membacakan jadual aktiviti


Pendidikan khas Daerah Hilir Perak 2012.

2. Kelas dan Jadual Waktu


2.1. Pengerusi membacakan semula senarai kelas
berserta guru yang terlibat sebagai guru kelas, iaitu seperti
berikut:-
- Amanah (Pn. Sakinah)
- Budiman (Cik Nor Shamira) Makluman
- Cekal (Cik Nor Mazlin)
- Dedikasi Cik Zainariah
- Jujur (Cik Nor Fiza)
- Ikhlas (Cik Hayati Naimi)
- Harmoni (Cik Emi Suhaida)
- Kreatif (Pn. Nor Intan Baizura)
Pengerusi mengharapkan agar semua guru kelas
menjalankan tugas yang telah ditetapkan sebaik mungkin. Tindakan: Semua
Ini kerana tugas guru kelas akan membantu dalam Guru kelas
pemarkahan SKT.

2.2 Mengenai jadual waktu bagi guru-guru yang sedang


melakukan praktikum, ia tidak akan diubah lagi. Malah Tindakan :
sebarang kemusykilan mereka boleh melakukan Pn. Nor Intan
pertukaran jadual waktu dengan guru yang masuk kelas Cik Hayati
berkenaan pada waktu pencerapan dibuat oleh pensyarah Cik Emi Suhaida
atau guru pembimbing. Pendidikan Khas SKSL pada masa
ini masih kekurangan seorang lagi guru. Apabila cukup
guru (guru x) maka masalah jadual waktu kita akan selesai
sepenuhnya.

3. Panitia Matapelajaran
3.1 Jumlah kesemua matapelajaran bagi Kelas Pendidikan
Khas SKSL adalah 6 subjek, iaitu:-
- 3M (BM, BI, Math) Makluman
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Seni Visual
- Kemahiran Hidup (masakan, jahitan, perkebunan)
- Pendidikan Islam dan Moral
- Sains

3.2 Fail Panitia bagi setiap matapelajaran hendaklah


disediakan. Guru-guru yang dilantik untuk menyediakan
bahan dalam fail adalah :
- 3M (En. Amin) Tindakan:
- Sains Alam Sekitar (Cik Shamira) Guru-guru panitia
- Pendidikan Jasmani (En. Fathan)
- Kemahiran Hidup (Cik Nor Fiza)
- Pendidikan Seni Visual (Cik Nor Mazlin)
- Pendidikan Islam (Pn. Sakinah)
- Pendidikan Moral (Pn. Habibah)

3.3 Senarai bulan untuk aktiviti setiap panitia adalah


seperti berikut:
- Februari (KH-Kebun Bumi Hijau) Tindakan:
- Mac (Pendidikan Jasmani Sukaneka 1M1S) Guru-guru panitia
- April (Sains Sosial dan Alam Sekitar)
- Mei ( Kemahiran Hidup Hari Usahawan)
- Jun (Hari Kanak-kanak-Cik Nadia)
- Julai (Panitia Pendidikan Islam dan Moral)
- Ogos Bulan Kemerdekaan
- September (Peperiksaan)
4. Pencerapan
4.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan
beliau adalah melibatkan buku tulis murid. Semua guru
matapelajaran perlu memastikan buku dan lembaran kerja Tindakan:
murid lengkap dan disemak. Bagi tahap 1, beliau Guru-guru
menyarankan penggunaan fail dan lembaran kerja. matapelajaran
Sebaliknya bagi tahap dua pula, beliau menggalakkan
penggunaan buku latihan sains yang telah pun diedarkan
bagi setiap kelas.

5. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


5.1 Semua guru diberi tempoh sehingga 30 Mac 2012 Tindakan:
untuk menyelesaikan RPI yang pertama bagi Guru-guru
matapelajaran yang diajar. Manakala RPI yang kedua pula matapelajaran
adalah pada 30 September 2012.

6. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


6.1 Semua guru perlu menghantar RPH masing-masing Tindakan:
kepada Guru Besar. Tidak perlu lagi menghantar kepada Semua guru
PK Pendidikan Khas kecuali ketika ketiadaan Guru Besar.

6.2 Guru-guru diminta memasukkan TOV ke dalam buku


RPH berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
2011 yang lalu.

7. Ujian Bulanan
7.1 Ujian bulanan akan diadakan sebanyak tiga kali Tindakan:
sepanjang tahun, iaitu pada bulan Mac, Jun dan S/U peperiksaan
September.

7.2 Tiada sebarang peperiksaan dijalankan pada bulan


Oktober atau November 2012.

8. Penempatan kelas Aisyah Yusuf


8.1 Pengerusi meminta suara ramai mengenai tahap
kemampuan Aisyah dalam menerima pengajaran di Kelas
Amanah. Cik Hayati sebagai Guru Bahasa Melayu
menyatakan bahawa tahap penguasaan murid berkenaan Tindakan:
amat lemah. Beliau tidak dapat mengenal huruf sebaliknya Guru Kelas
hanya boleh menyalin tanpa memahami apa yang ditulis. Amanah dan guru
Kelas Cekal
8.2 Pn. Sakinah menerangkan bahawa Aisyah tidak
mampu menulis namanya sendiri. Sebaliknya, pada kulit
luar setiap buku beliau, tertera nama orang lain.

8.3 Tuan pengerusi mencadangkan agar beliau


ditempatkan di Kelas Cekal bersama-sama dengan murid
kelas berkenaan yang sama tahap kecerdasan mental
dengan beliau.

9. Masalah murid perempuan


9.1 Murid-murid perempuan ada yang telah mencapai usia
baligh. Jadi, guru kelas diingatkan supaya berjumpa ibu
bapa murid dan memaklumkan tentang masalah yang Tindakan:
mungkin dihadapi oleh murid berkenaan ketika didatangi Guru kelas dan
haid bulanan mereka. PPM

9.2 Murid-murid perempuan perlu memakai pakaian yang


sopan dan tidak menjolok mata. Guru kelas perlu
berjumpa dengan ibu bapa untuk memaklumkan tentang
pakaian murid perempuan seperti yang sepatutnya di
sekolah.

10. Hal-hal lain


10.1 Masalah paip air di kelas Pra Sekolah Pendidikan
Khas, telah pun selesai.

Mesyuarat tamat jam 2.15 petang.

Ucapan Penangguhan Pengerusi Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak Oleh:

.
(Pn. Sakinah Binti Ariff Johor) (En. Ahmad Nizar Bin Abdul Kadir)
Setiausaha Pengerusi

You might also like