Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LEW XUE YIN

256741

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Usaha-usaha penyatupaduan ke arah mengukuhkan kesepaduan sosial adalah tanggungjawab


bersama pelbagai pihak. Bincangkan bagaimana pihak-pihak berikut memainkan peranan dalam
usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

(a) Kerajaan

Kerajaan merupakan tulang belakang kepada sesebuah negara. Oleh itu, satu usaha yang
berkesan sewajarnya dijalankan demi memupuk perpaduan mayrakat pelbagai etnik di
negara ini. Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep yang telah diperkenalkan oleh
Perdana Menteri kita sendiri bertujuan untuk memupuk semangat perpaduandi samping
mewujudkan suasana yang aman dan makmur. Selain itu, pihak kerajaan juga telah
menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). JPNIN
memainkan peranan yang amat penting terhadap perpaduan di negara kita ini. Ia
merupakan dasar yang dirangka ke arah perpaduan dan keharmonian masyarakat di
Malaysia. Akhir sekali, dasar kerajaan telah dirangka untuk memberi penekanan dalam
bidang sosioekonomi. Dasar kerajaan adalah bertujuan untuk mengawal tindak-tanduk
politik yang boleh memecahkan perpaduan etnik ,di samping menjaga keharmonian
masyarakat di negara ini.

(b) Bukan kerajaan

Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan


berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
Pertubuhan NGO seperti ini pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan
proses hubungan etnik di Malaysia. Darri aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan
di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpin
daripada pelbagai etnik. Contohnya, kepimpinan Majlis Belia Malaysia. Melalui dialog
dan seminar daripada NGO tersebut, secara tidak langsung akan dapat memupuk
hubungan antara etnik.
(c) Anggota masyarakat

Masyarakat kini sewajarnya bersikap terbuka dan mewujudkan sikap penerimaan di


kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang
lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati
sebagai rakyat dalam satu negara. Antara peranan anggota masyrakat untuk
menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini adalah dengan mengadakan
rumah terbuka untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia. Mereka akan
menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis
sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Selain itu, konsep
rukun tetangga yang dijalankan di setiap kawasan perumahan juga membolehkan rakyat
mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing , di samping Jawatankuasa
Rukun Tetangga ini menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka.
Contohnya, Hari Keluarga dan gotong-royong.

You might also like