Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 1249/1


SEJARAH [set2]
KERTAS 1
OGOS
1jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan. Padamkan tanda yang telah dibuat. Kenudian hitamkan jawapan
yang baharu

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
2

1 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.

Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi

Apakah sistem tulisan tersebut?


A Hieroglif
B Ideogram
C Cuneiform
D Piktograf

2 Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?


A Perluasan pengaruh
B Pertukaran teknologi
C Penyebaran agama Hindu
D Perkembangan bidang penulisan

3 Sejak tahun 100 Masihi, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang.
Apakah kepentingan Alam Melayu kepada India masa itu?

A Pusat keagamaan
B Pusat kesusasteraan
C Pembekal tenaga buruh
D Pembekal rempah ratus

4 Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai moksya. Mereka berbuat demikian supaya

A dilahirkan semula
B diberi pengampunan
C dimasukkan ke syurga
D disatukan dengan tuhan

5 Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?


A Kekayaan hasil pertanian
B Kekayaan hasil hutan
C Kemahiran membina kapal
D Kebolehan membina terusan

6 Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?
A Pertahanan laut kuat
B Pelabuhan yang strategik
C Persaingan antara kerajaan
D Kemerosotan hasil pertanian

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
3

7 Peperangan al-Basus yang berlaku pada zaman Jahilliah menunjukkan masyarakat Arab
mementingkan

A Agama
B darjat
C puak
D kawasan

8 Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada
6 Ogos 610 Masihi ( 17 Ramadhan ).
Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah
tersebut?

A Mengekalkan persamaan taraf sesama manusia


B Penyatuan umat di bawah satu akidah
C Pembelaan terhadap agama
D Membaca untuk meningkatkan ilmu

9 Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah?

I Diiktiraf sebagai penduduk Madinah


II Bebas menjalin hubungan dengan pihak luar
III Terlibat dalam pentadbiran negara
IV Dijamin keselamatan selagi setia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas Perang Badar berakhir.

Mengampunkan tawanan perang


Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

A Suku yang bertelagah berdamai


B Islam diterima dengan kerelaan
C Kebebasan beragama diamalkan
D Pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
4

11 Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?

A Menjamin kesinambungan pemerintahan


B Meneruskan tradisi masyarakat Arab
C Mendapat sokongan orang bukan Islam
D Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

12 Mengapakah Khalifah Umar al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Gabenor semasa
pemerintahan beliau?

A Mempergiat usaha penyebaran Islam


B Memperkukuh perpaduan penduduk
C Memperluas kawasan pemerintahan
D Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah

13 Menurut catatan China, perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650
Masihi.
Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan

A kewujudan pusat pendidikan Islam


B peranan pedagang menyebarkan Islam
C kemunculan sebuah kerajaan Islam
D perkembangan kesusasteraan Islam

14 Apakah persamaan pendapat tokoh berikut tentang cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

John Crawford
Emanuel Gadinho Eredia
Snouck Hugronje
A Melalui kegiatan perdagangan
B Menerusi aktiviti penaklukan
C Mengislamkan pemerintah
D Menjalankan perkahwinan siasah

15 Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.
Undang-Undang Pahang
Undang-Undang Kedah
Undang-Undang Perak

Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?

A Melicinkan sistem pentadbiran


B Menyekat pengaruh asing
C Memantapkan sistem pendidikan
D Mengeratkan hubungan diplomatik

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
5

16 Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.

Terdapat sukatan pelajaran


Dilaksanakan secara kelas
Pengajaran mengikut tahap
Maklumat tersebut berkaitan dengan

A sekolah pondok
B sistem madrasah
C pembelajaran di masjid
D pengajaran di istana

17 Jadual berikut berkaitan dengan penciptaan mesin di England.

Tahun 1770
Tokoh John Hargreaves
Mesin Yang Dicipta Spinning Jenny

Apakah kegunaan mesin tersebut?


A Memintal benang
B Menjana kuasa
C Mengepam air
D Melebur besi

18 Bandar berikut muncul pada Zaman Kemuncak Pertengahan ( 1300-1600 Masihi ) di Itali.
Venice
Milan
Florence

Apakah faktor kemunculan bandar tersebut?


A Keseragaman undang-undang
B Perluasan wilayah kekuasaan
C Kemajuan perdagangan
D Kekayaan sumber alam

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
6

19 Jadual berikut berkaitan dengan kemasukan kaum imigran ke Tanah Melayu.

Abad Isu
Awal abad ke-20 Pertambahan kemasukan imigran dari China dan
India ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Apakah kesan pertambahan tersebut?


A Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan
B Peningkatan penempatan setinggan
C Kewujudan masyarakat majmuk
D Perkembangan pertanian sara diri

20 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernakular Melayu pada akhir abad
ke-19?
A Terbuka kepada semua golongan
B Ditadbir oleh golongan ulama
C Dinaungi golongan pembesar
D Pendidikan terhad di peringkat rendah

21 Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.

Tahun Kejayaan
1895 Menewaskan China
1905 Menewaskan Rusia

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

A Pengukuhan sistem pertahanan


B Perluasan semangat nasionalisme
C Kemunculan semangat nasionalisme
D Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

22 X dalam rajah berikut adalah pertubuhan nasionalisme tahap awal di Burma.

Ditubuhkan pada tahun 1906


X

Menggunakan isu kasut

Apakah X?
A Liga Antipemisahan
B Persatuan Belia Budhha
C Liga Pembebasan Rakyat AntiFasis
D Parti Daboma Asiayone

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
7

23 Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British.

Buah pala dari Makasar


Jatuh sebiji ke dalam dulang
Diberi pencen kepada pembesar
Jawatan diwarisi turut hilang
Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?

A Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis


B Menghapus sistem pemilikan hamba
C Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional
D Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

24 Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?

Kekurangan makanan
Kesengsaraan Hidup Semasa
Pendudukan Jepun Kekurangan ubat-ubatan

Kekejaman pentadbiran

A Mendapatkan bantuan luar


B Menolak penguasaan kuasa asing
C Menyerah nasib kepada penjajah
D Membentuk sistem politik tersendiri

25 Akhbar berikut digunakan oleh Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu
pada tahun 1930-an.

Al-Imam
Neracha
Saudara

Apakah isu yang dimuatkan dalam akhbar tersebut?

A Peranan golongan pembesar


B Mengkritik kelemahan raja
C Penghapusan amalan perhambaan
D Menggalakkan pendidikan Inggeris

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
8

26 Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.

Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut?

A Membebaskan golongan hamba


B Menyingkir golongan kapitalis
C Menyemai sikap antikuasa asing
D Menghapuskan pemerintahan diktator

27 Apakah peranan buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih
di Negeri Sembilan?

I Menasihati Undang
II Memimpin Suku
III Mengetuai Perut
IV Melantik Lembaga

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28 Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) ditubuhkan pada tahun 1946?

A Mengeratkan perpaduan antara kaum


B Menentang pelaksanaan Malayan Union
C Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
D Mengimbangi kemajuan ekonomi antara rakyat

29 Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.


Mengapakah orang Melayu menentang prinsip kerakyatan tersebut?
A Menggugat kedudukan raja
B Memusnahkan status quo
C Pembentukan pelbagai budaya
D Penghapusan ekonomi tradisional

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
9

30 Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan berikut?

Tahun Rundingan
1949 Rundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum atau Communities
Liaison Commitee (CLC)

A Pengehadan bilangan kaum imigran


B Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia
C Penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
D Penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Desa ( RIDA )

31 Tokoh berikut memberi sumbangan dalam pentadbiran negara sebelum merdeka

Dato Mahmud Mat


Dato E.E.Thuraisingam
Dr. Lee Tiang Keng
Apakah sumbangan mereka?

A Menganggotai Sistem Ahli


B Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
C Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
D Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid

32 Pada bulan April 1961, parti Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim, Singapura.
Mengapakah kemenangan parti tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew?

A Kuasa British kukuh


B Proses kemerdekaan tergugat
C Kemajuan ekonomi tergendala
D Perpaduan kaum terjejas

33 Idea pembentukan Malaysia dikemukakan sejak awal abad ke-19.


Mengapakah idea tersebut dipersetujui British?

A Mengurangkan kuasa raja-raja


B Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
C Menghapuskan pengaruh komunis
D Mengehadkan kemasukan imigran

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
10

34 Rajah berikut merujuk bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Bidang kuasa Hal ehwal luar negeri


kerajaan
Persekutuan Keselamatan dalam negeri

Apakah X?

A Pelajaran
B Perhutanan
C Hiburan awam
D Perancangan bandar

35 Rajah berikut menunjukkan komponen Parlimen negara kita.

Dewan Dewan
Negara Rakyat

Parlimen Malaysia

Apakah X?

A Yang di-Pertuan Agong


B Yang Dipertua Negeri
C Majlis Raja-Raja
D Jemaah Menteri

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
11

36 Rancangan Malaya Pertama di laksanakan pada tahun 1956 hingga 1960.


Apakah matlamat rancangan tersebut

A Membangunkan kawasan luar bandar


B Menyusun semula sistem pendidikan
C Memajukan sektor perindustrian berat
D Memperkukuhkan sistem pertahanan negara

37 Kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ melalui Dasar Pertanian Negara
( DPN )
Apakah tujuan program tersebut?

A Membuka petempatan baru


B Menambah peluang pekerjaan
C Memperkemas sistem pemasaran
D Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

38 Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku. Antara yang
berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?

A Perang Dingin
B Perang Saudara
C Perang Dunia Pertama
D Pembentukan Pakatan Bertiga

39 Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971.
Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk

A mengekalkan keamanan dunia


B meningkatkan perhubingan sosio budaya
C mengekalkan perdamaian antara Negara Islam
D meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT
12

40 Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang
ditandatangani pada tahun 1919.

Apakah bukti tuduhan tersebut?

A Memperbesar angkatan tentera


B Menakluk wilayah Itali
C Menyertai Kuasa Bersekutu
D Mengamalkan pemerintahan dictator

1249/1 @2017 Hak Cipta JPN Selangor [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like