Kerja Kursus/Assignment PP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

1.

0 PENGENALAN

Nama perniagaan ini ialah Tadika Rainbow. Tadika ini menawarkan pendidikan
secara pratikal dan tidak formal serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui
pendekatan bermain sambil belajar. Tadika Rainbow akan beroperasi pada hari
Isnin hingga jumaat dan beroperasi pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5.45 petang
Tadika Rainbow. Jenis perniagaan adalah milikan tunggal dan dimiliki oleh Jacky
Ker di alamat No1, jalan EJ1/6,Taman Ehsan Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor dan
dijangka akan dibuka pada 22 disember 2016. Tadika merupakan tempat yang
memberi program pendidikan prasekolah yang memberi pendedahan pengetahuan,
kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Perniagaan yang akan dijalankan adalah perkhidmatan sekolah


tadikal(prasekolah) iaitu pemberian pendidikan kepada kanak -kanak . Perniagaan
dan lokasi ini dipilih kerana mudah dikunjungi oleh orang ramai kerana sistem
jalan raya yang baik. Seterusnya, di situ juga mempunyai kemudahan tempat letak
kereta untuk kemudahan ibu bapa semasa menghantar dan mengambil anak- anak
mereka .

Berdasarkan analisis penubuhan Tadika Rainbow merupakan pilihan yang


baik kerana dua buah tadika yang beroperasi di situ tidak menyediakan kelas untuk
kanak-kanak OKU( orang kurang upaya). Ini dapat memberikan peluang kepada
ibu bapa yang mempunyai anak OKU memasuki ke Prasekolah bagi menyesuaikan
diri atas persekolahan pada masa depan. Terdapat dua pesaing iaitu Tadika Multi
Pintar terletak Taman Ehsan jaya dengan jarak lebih kurang 300 meter dari kawasan
projek dan satu lagi Tadika Sumo lebih kurang 700 meter dari kawasan projek.

1
Taman Ehsan jaya merupakan kawasan perumahan yang dibina pada tahun
2008 dan jaraknya lebih kurang 15km dari Johor Bahru.Di Taman Ehsan Jaya
terdapat 25000 orang 35000 orang penduduk. Kurangnya penawaran sekolah
tadika di lokasi yang dinyatakan telah menimbulkan idea untuk menubuhkan
perniagaan ini. Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk
mendapatkan pembiayaan dan pelaburan untuk menjalankan perniagaan tadika
Rainbow di Taman Ehsan jaya, Johor Bahru.

2
2.0 OBJEKTIF

Rancangan perniagaan ini disediakan bagi membentangkan rancangan perniagaan


perniagaan Tadika Rainbow. Rancangan perniagaan ini merangkumi aspek
pengurusan dan pentadbiran, operasi , sumber manusia dan kewangan. Visi bagi
Tadika Rainbow adalah menawarkan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang . Seterusnya bagi misi adalah memberi pendidikan
yang baik untuk setiap kanak-kanak yang bersekolah di situ . Objektif rancangan
perniagaan ini disediakan adalah untuk memohon pembiayaan daripada pihak bank
sebanyak RM250,000 bagi melaksanakan projek membuka sekolah Tadika
Rainbow dan menyediakan kelas khas untuk kanak-kanak OKU yang berumur 4- 6
tahun. Tempoh pembiayaan adalah sebanyak 5 tahun. Perniagaan Tadika Rainbow
menganggarkan kos pelaburan keseluruhan adalah RM300,000 dan sebanyak
RM50,000 adalah dari pada modal pemilik. RM150,000 menjadi kos
pengubasuaian dan kos RM 21548 digunakan untuk membeli aset tetap.

Kos operasi yang perlu digunakan dalam sebulan ialah RM13,711,


sebanyak RM1500 digunakan untuk bayaran sewa manakala RM6800 digunakan
untuk dijadikan pembayar gaji upah bagi tiga tenaga pengajar dan seorang pekerja
bahagian pembersihan . Kos yang akan dibayar kepada bank setiap bulan adalah
RM4792 dalam tempoh 5 tahun.

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan


pembiayaan daripada bank. Seterusnya, yang kedua adalah untuk mendapatkan
sumber modal untuk membeli peralatan yang perlu digunakan dalam perniagaan.

3
3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
Perniagaan ini didaftarkan pada 22 Oktober 2016 .Idea penubuhan perniagaan ini
bermula dengan modal permulaan sebanyak RM300 000, pengkaji memilih
membuka perniagaan tadika di situ kerana di Ehsan Jaya tidak mempunyai Tadika
yang mencukupi untuk menampung penduduk yang banyak dan tidak ada satu
tadika mempunyai kelas untuk kanak kanak OKU.

Nama syarikat Tadika Rainbow


Nombor pendaftaran perniagaan F123456
Alamat Syarikat No 1 ,Jalan Ehsan Jaya 1/6 Taman Ehsan
Jaya ,81100 Johor Bahru ,Johor
Alamat surat-menyurat No 1 ,Jalan Ehsan Jaya 1/6 Taman Ehsan
Jaya ,81100 Johor Bahru ,Johor
Nombor Telefon 07-0123456
Alamat e-mel TadikaRainbow@outlook.com
Alamat Laman Web http://www.TadikaRainbow.com
Bentuk Perniagaan industri pendidikan
Bentuk Pemilikan Perniagaan milikan tunggal
Kegiatan utama dan sampingan Memberi pendidikan prasekolah kepada
kanak- kanak dan juga kanak kanak oku
yang berumur 4-6
Tarikh Pendaftaran 22 oktober 2016
Modal Permualaan RM300,000
Nama Bank SME BANK
Jenis Akaun AKAUN SEMASA
Nombor Akaun 0011-01-004322-1
Tagline PENDIDIKAN YANG BAIK DAPAT
MELAHIRKAN ANAK YANG
CEMERLANG
Kedudukan perniagaan sekarang
Keluasan Premis Perniagaan 20X 70 bertingkat

4
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Penuh Jacky Ker


Nombor Kad Pengenalan 851007-01-5101
Tarikh lahir 7 Oktober 1985
Umur 31
Jantina Lelaki
Status Perkahwinan Bujang
Alamat tetap No.35,Jalan EJ1/6 ,Taman Ehsan
Jaya ,81100 Johor Bahru, Johor
Nombor telefon 011-25833239
Latar belakang akademik Ijazah pendidikan
Kursus yang pernah diikuti Aliran Sastera
Pengalaman bekerja Sebagai cikgu separuh masa di sekolah
Tadika Pintar
Kemahiran -Kefasihan bertutur dalam Bahasa
Melayu, Inggeris dan Cina
-dapat menjalin hubungan
mesra antara guru dengan pelajar.
-mempunyai kemahiran
komunikasi yang hebat
-mampu membawa pelajar untuk
belajar dalam suasana yang ceria
-mempunyai disposisi yang cemerlang
-berkebolehan menilai kekuatan dan
kelemahan murid
-berupaya membina minda pelajar
yang cemerlamg akademik
-berupaya membentuk perwatakan
murid dengan pelbagai keteguhan nilai
diri

5
5.0 LATAR BLEKANG PROJEK
Perniagaan Tadika Rainbow adalah dalam bidang pendidikan. Tadika sebagai
tempat prasekolah dan pemberian pendidikan kepada kanak- kanak yang berumur
4 6 tahun secara pratikal dan tidak formal . Ia amat penting bagi persediaan untuk
kanak kanak ini menyesuaikan diri dengan kanak kanak lain dan hidup berdikari.
Tadika Rainbow akan beroperasi di Taman Ehsan Jaya yang berhampiran dengan
Desa Cemerlang dan Desa jaya di Taman Ehsan Jaya amat disesuai untuk
membuka perniagaan tersebut kerana Tadika di situ tidak mencukupi untuk
menampung permintaan yang ada .

Kekuatan merupakan aspek positif yang wujud dalam organisasi yang


membantu mencapai pencapaian objektif organisasi. Kekuatan untuk Tadika
Rainbow adalah mempunyai sistem pendidikan yang baik kepada pelajar dan
mempunyai kelas untuk kanak- kanak OKU. Kekuatan lain yang ada pada
perniagaan ini ialah Tadika Rainbow menawarkan perkhidmatan pendidikan khas
bagi golongan istimewa . Kelemahan merupakan faktor negatif yang wujud dalam
organisasi yang membawa kegagalan kepada pencapaian organisasi. Kelemahan
yang ada ialah tempat yang kecil untuk kanak kanak bermain. Dalam mengatasi
kelemahan ini ,pihak pengurus akan cuba mengorganisasikan penggunaan tempat
dengan lebih cekap . Seterusnya , peluang adalah faktor luaran yang membolehkan
organisasi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Peluang kepada
perniagaan ini ialah bilangan penduduk Taman Ehsan Jaya yang ramai , peluang ini
akan dapat meningkatkan permintaan terhadap Tadika Rainbow. Ancaman kepada
perniagaan ini ialah tadika pesaing yang telah lama beroperasi berbanding Tadika
Rainbow . Ini akan menyebabkan ibu bapa akan berasa kurang yakin terhadap
perkhidmatan Tadika Rainbow kerana Tadika Rainbow ialah sebuah tadika yang
baru beroperasi . Walaupun begitu, pemilik percaya dengan usaha promosi yang
agresif dan perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan dapat mengatasi ancaman
tersebut.

6
Tadika Rainbow menawarkan pendidikan prasekolah biasa dan untuk OKU kepada
kanak-kanak berumur 4-6.Persaing di situ meletakan harga untuk sebulan bagi
seorang kanak adalah RM380 - RM 450. Tadika Rainbow menetapkan harga bagi
kanak-kanak biasa adalah RM400 dan untuk kanak-kanak OKU adalah RM 500.
Perniagaan ini amat sesuai untuk dilakukan kerana di situ tidak mempunyai tadika
yang menawarkan kelas bagi kanak-kanak OKU . Selain itu, kurangnya pesaing di
Taman Ehsan Jaya . Kos bagi melaksanakan perniagaan ini adalah RM300,000.
Pada masa yang akan datang pengkaji ingin menbuka cawangan di beberapa tempat
di daerah Johor Bahru .

7
Perkara Jumlah
Aliran Masuk
Hasil yuran RM 75 000

Jumlah Hasil RM 75 000


Aliran Keluar
Kos Operasi dan
Penyelenggaraan (sebulan)
Gaji pekerja 6800
Kos Utiliti 619
Pengangkutan -

Bayaran Pinjaman Bank 4792

(Termasuk Bayaran
Faedah)
Sewa Kedai 1500
-

Jumlah Belanjaan RM 13,711


Aliran Tunai Bersih
(Jumlah Hasil Jumlah RM 75,000-RM 13,711
Belanja) =RM 61,289

Jadual Aliran Tunai Bersih

8
6.0 RANCANGAN ORGANISASI

Perniagaan ini didaftarkan pada 22 Oktober 2016 .Idea penubuhan perniagaan ini
bermula dengan modal permulaan sebanyak RM300,000, pengkaji memilih
membuka perniagaan tadika di situ kerana di Ehsan Jaya tidak mempunyai Tadika
yang memcukupi untuk menampung penduduk yang banyak dan tidak ada satu
tadika mempunyai kelas untuk kanak kanak oku.

6.1 Carta organisasi Tadika Rainbow

JACKY KER
(Pengurus)

Puan Lee See Yun Puan Lee Yun Yun Puan Lee Mam Yee
Tenaga pengajar Tenaga pengajar Tenaga pengajar
(6 tahun) (OKU) (5 tahun)

Puan Lee li yun


(Pekerja
pembersihan)

6.2 SENARAI KAKITANGAN ORGANISASI

BIL JAWATAN BILANGAN BEKERJA


1 Pengurus 1
2 Bekalan tenaga pengajar 3
3 Pekerja pembersihan 1
JUMLAH 5

9
6.3 JADUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pengurus Merangka dan menjalankan


aktiviti promosi yang sesuai
Memastikan semua peralatan
yang perlu digunakan disediakan
Menjaga kebajikan pekerja
Memastikan kanak-kanak dapat
pendidikan yang baik
Membuat pembayaran gaji
Mengajar kanak kanak
berumur 4 tahun
Membuat ranangan pemasaran

Tenaga pengajar Bertanggungjawab memastikan


keselamatan pelajar yang dalam
Tadika Rainbow
Memberikan pendidikan yang
sesuai kepada pelajar
Menyediakan bahan yang sesuai
untuk belajar
Pekerja pembersihan Menjaga kebersihan Tadika
Rainbow
Menyediakan tempat yan bersih
dan sesuai untuk belajar bagi
kanak kanak

10
6.4 IMBUHAN DAN INSENTIF KAKITANGAN

Jawatan Gaji(RM) Elaun KWSP(RM) Jumlah(RM)


makan(RM)
Perusaha 2000 150 240 2390
Tenaga 1500 150 180 1830
pengajar 5
tahun

Tenaga 1500 150 180 1830


pengajar 6
tahun
Tenaga 1700 150 204 2054
pengajar
OKU
Pekerja 1200 150 156 1506
pembersih
Jadual gaji pekerja

Bayaran gaji akan dibuat pada hari pertama setiap bulan termaksud KWSP dan Elaun .

Insentif

Cuti sakit

Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan ataupun kemalangan


semasa bekerja, pihak Tadika Rainbow akan member cuti bergaji di samping
member rawatan perubatan secara percuma.
Cuti tahunan
Pihak Tadika Rainbow akan memberi cuti tahunan kepada pekerja salam dua
minggu ataupun 14 hari.
Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukan pretasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji.
Pihak Tadika Rainbow juga akan member gaji bons pada setiap hujung tahun
bergantung kepada peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.

11
6.5 SUSUN ATUR ORGANISASI

tingkat
pejabat

Tempat makan
TANDA
S

Tempat bermain

Kelas pelajat OKU

Tingkat satu

tandas

Kelas 6 tahun tingkat

Kelas 5 tahun Kelas 4 tahun

Tingkat dua

12
6.6 SENARAI PERALATAN PEJABAT

Jenis Kuantiti Harga Jumlah


diperlukan seunit (RM)
(RM)

Meja 5 60 300

Computer 4 2099 8396

Kerusi 7 40 240

Almari 1 399 399

Hawa dingin 3 1299 3897

Jumlah 13,232

6.7 BELANJAWAAN ORGANISASI


Bil Butiran Kos (RM)

1 Gaji kakitangan pengurusan -

2 Gaji pekerja 6800

3 Caruman KWSP dan elaun makan 1614

4 Bayaran air 200

5 Bayaran elektrik 300

6 Bayaran jalur lebar 119

7 Bayaran telefon -

8 Alat tulis 150

JUMLAH 9183

13
6.8 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PEKERJA

Latihan merupakan satu pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran kakitangan agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan.
Latihan ini akan diberikan pada masa pekerja baru bekerja dengan konsep latihan sambil
bekerja iaitu memberikan peluang pada pekerja untuk mempelajari selok belok di tempat
kerja melalui usaha sendiri.Selain dari itu, latihan di luar tempat kerja lazimnya diadakan
di luar waktu bertugas pekerja dalam organisasi.Pihak organisasi akan menghantar tenaga
pengajar untuk mengikuti khusus-khusus di luar organisasi bagi meningkatkan teknik
pengajaran dan pembelajaran pada kanak kanak dari semasa ke semasa .

14
7.0 RACANGAN PEMASARAN

7.1 ANALISIS PASARAN

Tadika Rainbow menawarkan program pendidikan prasekolah yang memberi


pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun dan kanak kanak OKU . Kawasan tersebut sesuai
dijadikan tepat perniagaan kerana jumlah tadika yang beroperasi di situ tidak dapat
menampung permintaan yang ada. Tempat letak kereta yang luas disediakan bagi
ibu bapa yang menghantar anak mereka sendiri ke Tadika Rainbow .

7.1.1 SASARAN PASARAN

Sasaran pengguna merupakan penduduk tempatan di Taman Ehsan Jaya dan ibu
bapa yang mempunyai kanak kanak OKU . Selan itu, penduduk di Taman Desa
Jaya dan Taman Desa Cemerlang juga sebagai sasaran pengguna .

7.1.2 SAIZ PASARAN

Lokasi perniagaan ini adalah luas kerana mempunyai beberapa taman seperti
Taman Desa Jaya dan Taman Desa Cemerlang . Kawasan ini mempunyai anggaran
sebanyak 25000 hingga 35000 orang penduduk

15
7.1.3 SENARAI PERSAING

Nama Kedai Kelebihan Kelemahan


Tadika Multi Pintar - Mempunyai nama - Tidak mempunyai
yang baik dalam kelas untuk oku
Taman Ehsan Jaya - Tidak
- Mempunyai pelajar menggunakan
yang ramai kaedah
- Mempunyai cikgu perhubungan awam
yang baik
Tadika Sumo - memberi pentapan - Bahasa lain tidak
dalam bahasa sangat mengambil
Inggeris berat
- Mempunyai cikgu - Tidak memberi
yang baik pendidikan kepada
kanak kanak oku
- Kos yang tinggi
Jadual : Kekuatan dan kelemahan persaingan

7.2 JADUAL RAMALAN JUALAN

Setiap bulan dianggarkan terdapat 25 pelajar bagi setiap kategori kanak kanak yang
berumur 4 , 5 dan 6 tahun dan terdapat 15 pelajar OKU bagi sesi pagi . Seterusnya , bagi
sesi petang 25 pelajar bagi setiap kategori kanak kanak yang berumur 4 , 5 dan 6 tahun
dan 15 pelajar OKU bagi sesi petang .Kos yang perlu dibayar oleh seorang pelajar yang
berumur 4 hingga 6 tahun adalah RM350 dan yuran yang untuk seorang kanak kanak
OKU adalah sebanyak RM450 . Oleh itu , ( 150 x RM 400) + ( 30 x RM500 ) = RM75000 .

Pada bulan Januari permulaan persekolahan dikenalkan yuran lebihan sebanyak RM120
bagi kos beli buku teks , uniform sekolah dan kos yang digunakan untuk membeli bahan
pelajaran . Bagi pelajar OKU yuran yang dikenakan adalah RM200 .

(150 x RM120 )+ (30x133.33 ) = RM22000

16
Bulan Hasil(RM)
Januari 97000
Februari 75000
March 75000
April 75000
May 75000
Jun 75000
July 75000
Ogos 75000
September 75000
Oktober 75000
November 75000
December 75000
Jumlah 922,000
Jadual Ramalan Jualan

7.3 STRATEGI PEMASARAN

7.3.1 PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tadika Rainbow adalah perkhidmatan pemberian


pendidikan kepada kanak kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun . Seterusnya , Selain
daripada pemberian pendidikan kepada kanak kanak 4 hingga 6 tahun juga memberi
pendidikan khas kepada kanak kanak OKU .

17
7.3.2 PROMOSI

Promosi ialah aktiviti aktiviti yang memberitahu , menarik dan mempengaruhi pengguna
tentang kebaikan keluaran dan cuba memujuk pengguna sasaran untuk membeli
perkhidmatan atau barang yang dikeluarkan. Tadika Rainbow menggunakan kaedah papan
iklan bagi memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan dan menyebarkan maklumat
tentang Tadika Rainbow. Selain itu , Tadika Rainbow menggunakan kain rentang sebagai
cara promosi bagi menarik perhatian penduduk di sekeliling Taman Ehsan Jaya. Tadika
Rainbow juga mengedarkan risalah risalah di kawasan berhampiran .

7.3.3 HARGA

Harga bagi seorang kanak kanak bersekolah di Tadika Rainbow adalah diletak mengikuti
harga pasaran dan harga yang berpatutan . Harga yang ditetapkan bagi kanak-kanak biasa
adalah RM400 dan bagi kanak - kanak OKU adalah RM500 , harga tersebut adalah lebih
rendah berbanding dengan persaing yang dikaji . Persaingan Tadika Multi Pintar
menetapkan yuran mereka pada harga RM380 untuk setiap kanak kanak yang berumur
4 hingga 6 tahun .

7.3.4 SALURAN PENGEDARAN

Saluran agihan yang sesuai digunakan adalah pengeluar terus kepada pengguna , Saluran
ini amat disesuai untuk digunakan kerana perkhidmatan ini terus kepada ibu kanak- kanak
bagi mengambil keputasan adakah ingin menghantar anak anak mereka ke sekolah
tersebut , dan boleh terus mendapat kan maklumat tentang tadika melalui pengurus .

7.4 BELANJAWAN PEMASARAN

Belanjawan Pemasaran Harga (RM)


Papan iklan 2,000
Kain rentang 1225
Risalah 200
3425

18
8.0 RANCANGAN OPERASI

8.1 SENARAI PERKHIDMATAN YANG DIKELUARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah memberi pendidikan prasekolah kepada kanak -


kanak yang berumur 4 6 tahun serta pendidikan khas kepada kanak kanak OKU supaya
mereka dapat menyesuaikan diri mereka apabila naik ke sekolah rendah .

8.2 CARTA ALIRAN PROSES

Membuat
pengumunan Orientasi
Pembayar
pendaftaran Pendaftaran kepada ibu
yuran
pelajar pada bapa
bila masa

Carta aliran pendaftaran pelajar baharu

Langkah pertama adalah pihak sekolah akan membuat pengumunan masa pendaftaran dan
maklumat tentang kursus pendidikan yang ditawarkan di Tadika Rainbow menggunakan
kaedah kaedah promosi seperti kain rentang , papan iklan dan risalah yang diedarkan
kepada penduduk di Taman Ehsan jaya dan kawasan berhampiran. Seterusnya, pada hari
tersebut pendaftaran dibuka bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka bersekolah
di Tadika Rainbow, memberikan nombor kepada ibu bapa yang datang dan menyediakan
borang yang perlu diisi . Selain itu, ibu bapa perlu membayar yuran seperti yuran
pendaftaran, yuran buku dan yuran pelajaran . Pada hari pertama persekolahan, pihak
pengurusan tadika akan memberi taklimat kepada ibu bapa bersama untuk mengetahui cara
atau teknik mengajar yang digunakan oleh tenaga pengajar di Tadika Rainbow .

19
8.3 KAPASITI PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Tadika Rainbow akan menyediakan satu kelas bagi setiap tingkat umur iaitu umur
4, 5 dan 6,satu kelas boleh manampung 15 pelajar .Tadika Rainbow juga
menyediakan satu kelas untuk pelajar OKU yang boleh menampung 10 orang
pelajar bagi sesi pagi . Bagi sesi petang ,Tadika Rainbow menyediakan satu kelas
bagi setiap tingkat umur iaitu umur 4, 5 dan 6,satu kelas boleh manampung 15
pelajar.Tadika Rainbow juga menyediakan satu kelas untuk pelajar OKU yang
boleh menampung 10 orang pelajar. Oleh itu , jumlah pelajar adalah 140 pelajar .

8.4 PERALATAN MESIN DAN PERALATAN

Jenis Kuantiti Harga Jumlah


diperlukan seunit (RM)
(RM)
Meja dan kerusi 16 80 1280
Computer 2 2099 4198
Projector 2 1799 3599
Papan putih 4 60 240
Hawa dingin 6 1299 7794
Bahan mengajar 10 20 200

20
Permainan 30 10 300

17611

8.5 RANCANGAN PEKERJA OPERASI

Masa beroperasi Tadika Rainbow adalah pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari . Masa
rehat bagi pekerja adalah pada pukul 12.00 pm sampai 1.00 petang . Bagi sesi petang adalah
1.30 petang hingga 5.45 petang .

Jawatan Gaji(RM) Elaun KWSP(RM) Jumlah(RM)


makan(RM)
Pengurus(umur 2000 150 240 2390
4 tahun )
Tenaga 1200 150 156 1506
pengajar(umur
5 tahun)
Tenaga 1200 150 156 1506
pengajar(umur
6 tahun )
Tenaga 1500 150 195 1845
mengajar
( OKU)
Pekerja 900 150 117 1167
pembersihan
Jumlah 6800 750 864 8075

21
8.6 SENARAI PEMBEKAL PERALATAN

Pembekal Peralatan
( Courts ) Perabot
Lot NO. K10 ,Giant Hypermrket Plentong ,
No 3 , Jalan Masai Lama , Mukim
Pelantong ,81750 , Masai , Johor ( Courts )
Pembeka Chun Ming
Block A , 01-12 , Jalan EJ 1 /3 , Taman peralatan tulis, bahan mengajar
Ehsan Jaya , 81100 Johor Bahru , Johor
GIANT PELANTONG Permainan kanak kanak
3, Jalan Masai Lama, Taman Perindustrian
Plentong, 81100 Masai, Johor, Malaysia

8.7 BELANJAWAN OPERASI

BIL BUTIRAN KOS(RM)


1 Kos air 200
2 Kos elektrik 300
3 Kos jalur lebar 119
4 Kos alat tulis 150
5 Gaji pekerja operasi 6800
6 Mesin dan peralatan operasi 500
Jumlah 8069

22
9.0 RANCANGAN KEWANGAN
9.1 KOS PELAKSANAAN PROJEK

Bil Jenis Perbelanjaan/ Pelaburan Jumlah


(RM)
1. Belanjawan permulaan:
Deposit Kedai 4,500.00
Deposit Utiliti 2,000.00
Daftar perniagaan 100.00
Lesen Perniagaan 50.00
Pendaftaran Sijil Pengesahan halal -
Dokumentasi dan guaman 1,000.00
Latihan dan Kursus -
Ubahsuai Kedai 150,000.00

JUMLAH 157,650
2. Kos Aset Tetap:
Perabot 1520
Mesin dan Peralatan Pejabat 7797
Mesin dan Peralatan Operasi 500
Kelengkapan pejabat 11 ,731

JUMLAH 21,548
3. Modal Pusingan:
Belian bahan mentah -
Belanja pentadbiran dan pengurusan
Gaji pekerja 6800
Caruman KWSP 864
Elaun makanan 750
Bayaran utiliti 619
Belanja am 150
Insurans -
Sewa 1500
Promosi 3,425

JUMLAH 14,108
Jumlah Kos Projek 193,306

Jadual 9.1 Kos Projek

23
9.2 SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

Sumber Dana Jumlah Pembiayaan Keseluruhan

Modal pemilik 50,000 16.67%

Pinjaman bank 250,000 83.33%

JUMLAH 300,000 100%

Jadual 9.2 Rancangan Pembiayaan Projek

Jumlah pinjaman : RM 250,000.00


Nama bank : Bank Rakyat
Tempoh pinhaman : 5 tahun
Kadar bunga : 3% setahun

Tahun Bayaran Jumlah Bayaran Jumlah Baki Pinjaman


Bulanan Tahunan Bayaran
Terkumpul
2017 4792.00 57504.00 57504.00 230016.00
2018 4792.00 57504.00 115008.00 172512.00
2019 4792.00 57504.00 172512.00 115008.00
2020 4792.00 57504.00 230016.00 57504.00
2021 4792.00 57504.00 287520.00 0

Jadual 9.3 Pembayaran Balik Pinjaman

24
9.3 UNJURAN PENYATA ALIRAN TUNAI

Butiran Tahun Tahun Tahun


2017 2018 2019
Baki b/b - 866,002 1,561,202

Modal permulaan:
Tunai ditangan 5,000 - -
Tunai dibank 45,000 - -
Jumlah tunai 50,000 866,002 1,146,206

Penerimaan Tunai:
Jualan tunai 922,000 922,000 922,000
Pinjaman 250,000 - -

Jumlah penerimaan 1222,000 922,000 922,000


Jumlah Tunai dan Penerimaan 1272,000 1,788,002 2,483,202

Pembayaran tunai:
Gaji 81,600 81,600 81,600
Caruman KWSP 10,368 10,368 10,368
Elaun 9000 9000 9000
Sewa premis 18,000 18000 18000
Belanjawan permulaan 157,650 - -
Faedah atas pinjaman 7500 7500 7500
Bayaran balik 50,004 50,004 50,004
pinjaman
Belanja utiliti 7428 7428 7428
Mesin dan peralatan 7797 - -
perabot
Mesin dan peralatan 500 - -
operasi
Perabot 1520 - -
Kelengkapan pejabat 11731 - -
Kos penyelenggaran - - -
peralatan
Belanja am 1800 1800 1800
Belian bahan mentah - - -
Promosi 41,100 41,100 161,796
Belanja-belanja lain - - -

Jumlah Belanja Tunai 405,998 226,800 226,800


Lebihan / (Kurangan) aliran 866,002 1,561,202 2,256,402
tunai
Aliran Tunai Terkumpul 866,002 1,561,202 2,256,402

25
Jadual 9.4 Penyata kewangan proforma

9.4 UNJURAN PENYATA PERDAGANGAN

Perniagaan Tadika Rainbow


Unjuran Penyata Perdagangan

Butiran Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019


Jualan Perkhidmatan 922,000 922,000 922,000
Kos Barang Untuk Dijual: -. - -
Stok awal

Belian - - -

(-) Stok akhir - - -

Jumlah kos barang dijual - - -

Untung Kasar 922,000 922,000 922,000

Jadual 9.5 Format unjuran penyata perdagangan

26
9.5 UNJURAN PENYATA PENDAPATAN

Perniagaan Tadika Rainbow


Unjuran Penyata Pendapatan

Butiran Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019


Untung kasar 922,000 922,000 922,000

Campur :
Hasil - - -

[untung kasar + hasil] 922,000 922,000 922,000


Tolak :
Belanja
Gaji 81,600 81,600 81,600
Caruman KWSP 10,368 10,368 10,368
Elaun 9000 9000 9000
18,000 18,000 18,000
Sewa premis
Belanjawan permulaan 157,650 - -
Faedah atas pinjaman 7500 7500 7500
Bayaran balik pinjaman 50,004 50,004 50,004
Belanja utiliti 7428 7428 7428
Belanja am 1800 1800 1800
Promosi 41,100 41,100 41,100
Belanja-belanja lain

JUMLAH BELANJA 384,450 226,800 226,800

Untung Bersih 537,550 695,200 695,200

Jadual 9.6 Format unjuran penyata pendapatan

27
9.6 UNJURAN KUNCI KIRA-KIRA

Perniagaan CGBH
Unjuran Kunci Kira-kira

Butiran Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019


Aset Semasa
Tunai 866,002 1,561,202 2,256,402
Stok Akhir - - -
Bank - - -
Jumlah aset semasa 866,002 1,561,202 2,256,402

Aset Tetap
Perabot 1520 1520 1520
Mesin dan peralatan operasi 7797 7797 7797
Mesin dan peralatan pejabat 500 500 500
Kelengkapan pejabat 11,731 11,731 11,731
Jumlah aset tetap 21,548 21,548 21,548

Jumlah Aset 887,550 1,582,750 2,277,950

Liabiliti semasa
Pemiutang 100,000 637,550 1,332,750

Liabiliti jangka panjang


Pinjaman bank 250,000 250,000 250,000

Jumlah Liabiliti 350,000 887,550 1,582,750

Ekuiti pemilik:

Modal
+ Untung Bersih 537,550 695,200 695,200
- Ambilan
Jumlah Ekuiti 537,550 695,200 695,200
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 887,550 1,582,750 2,277,950
Pemilik
Jadual 9.7 Format unjuran kunci kira-kira

28
KESIMPULAN

Secara keseluruhan, perniagaan Tadika Rainbow mempunyai keupayaan untuk berdaya


saing dan berkembang maju dengan penawaran perkhidmatan yang unik berbanding
dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing. Keunikan Perkhidmatan dapat
menarik minat pegguna dimana perkhidmatan mempunyai pendidikan khas yang
ditawarkan kepada kanak-kanak OKU .

Tadika Rainbow mempunyai potensi untuk meluaskan pasaran ke seluruh negeri


Johor. Pada masa yang sama, perusaha mempunyai kekuatan untuk menguruskan
perniagaan dan memberikan keyakinan kepada pihak berkepentingan terhadap perniagaan
yang dijalankan.

Tadika Rainbow bertujuan untuk menyakinkan ibu bapa kanak kanak bahawa
Tadika Rainbow boleh memberikan pendidikan yang baik untuk anak mereka. Visi Tadika
Rainbow adalah menawarkan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang cemerlang. Misi perniagaan Tadika Rainbow adalah memastikan pendidikan yang
ditawarkan adalah baik .

Untuk mencapai misi dan visi, Tadika Rainbow juga membuat pengiklanan melalui
papan tanda, risalah dan kain rentang. Penggunaan kaedah ini dapat menyebarkan
maklumat tentang Tadika Rainbow kepada penduduk tempatan .

Cadangan saya adalah saya berharap bahawa penduduk di Taman Ehsan Jaya dapat
membuat keputusan yang baik atas memilih Tadika Rainbow. Seterusnya, berharap
bahawa pihak bank akan meluluskan pembiayaan bank terhadap Tadika Rainbow .

29
LAMPIRAN

Lokasi Tadika Rainbow

30
Lokasi peta Tadika Rainbow

Tadika
Rainbow

Logo Tadika Rainbow

Persaigan Tadika Rainbow

31

You might also like