Bab 1 SK Brinchang (Pembetulan)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

BAB 1

PROFIL SEKOLAH

1.1 Latar belakang sekolah

1.1.1 Sejarah sekolah

Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Brinchang adalah satu usaha


kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana pendidikan
khususnya di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Kemudahan
ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat
di samping memberikan pendidikan kepada anak-anak di sekitar
kawasan Brinchang.

Pembinaan Sekolah Kebangsaan Brinchang ini dibina pada 1


Julai 2000 dan siap sepenuhnya pada 30 April 2002. Pembinaan
Sekolah Kebangsaan dibina di atas lot yang melibatkan tanah seluas
2.5995 hektar bersebelahan jalan utama dari Brinchang menghala ke
Kea Farm, Cameron Highlands. Pada 13 Jun 2002, Sekolah Brinchang
secara rasminya beroperasi dengan jumlah pelajar sulungnya ialah
seramai 130 orang, 10 orang guru dan 2 staf sokongan. Guru Besar
yang pertama yang mentadbir sekolah ini ialah Tuan Haji Wahib bin
Mustakim yang memulakan tugasnya pada 1 Januari 2002.

Jadual 1:Senarai Nama Guru Besar SK Brinchang


BIL NAMA GURU BESAR TAHUN
1 Tn.Haji Wahid Bin Mustakim 01.01.2002-01.12.2003
2 En. Othman Bin Yusof 01.12.2002-01.04.2008
3 En. Wan Doshah Bin Wan Salleh 01.04.2008-16.04.2009
4 En. Sreedharan A/L C. Krishnan 16.04.2009-30.12.2010
5 En. Adnan Bin Abu Hassan 31.12.2010-27.12.2014
6 En. Omardani Bin Mohd. Nor 28.12.2014-01.03.2016
7 Pn. Dalina Binti Mohamed Ariffin 16.04.2016-sekarang

1
Gambar 1: SK Brinchang, Cameron Highlands

Gambar
2: Pemandangan SK Brinchang,Cameron Highlands

1.1.2 Visi Dan Misi

Sekolah ini telah ditadbir oleh 7 orang Guru Besar yang berkaliber. Visi, misi,
falsafah sekolah dan piagam pelanggan telah dimurnikan. Visi dan misi
sekolah ini adalah bersandarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 20132025 terkandung dalam aspirasi murid di mana
langkah-langkah telah diambil bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia,
beriman, kreatif, inovatif dan berketerampilan akan tercapai dengan jayanya
selari dengan aspirasi KPM.

VISI

Sekolah Kebangsaan Brinchang akan menjadi sekolah terbaik di


Cameron Highlands menjelang tahun 2020

2
Pemimpin sekolah berusaha meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran melalui penyediaan Infrastruktur yang lengkap dan selaras
dengan keperluan pendidikan semasa.Pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran bertaraf pendidikan abad 21, dan menghasilkan yang berdaya
saing dan bersahsiah terpuji.

MISI
Untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid bagi
merealisasikan falsafah pendidikan negara dan mengamalkan budaya
ilmu untuk melahirkan insan cemerlang

Misi ini menyeluruh dan mencakupi semua aspek kecemerlangan insan/murid


ke arah mewujudkan insan cemerlang dan berwibawa. Sekolah sentiasa
membuat penambahbaikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran
dengan membangun potensi individu mengikut potensi minat pelajar untuk
memenuhi aspirasi negara. Semua warga sekolah juga memahami dan
menghayatinya serta menjadi hala tuju organisasi sekolah ini.

1.1.3 Objektif

Sekolah Kebangsaan Brinchang mempunyai objektif yang realistik dan boleh


dicapai. Ia berhasrat menjadi institusi pendidikan yang cemerlang untuk
mendidik generasi baru yang berketerampilan, bermoral dan berilmu dalam
semua aspek bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum, untuk memenuhi
kehendak dan keperluan masyarakat dan negara.

Melahirkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Brinchang yang taat


setia dan bersatu padu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,


berketerampilan dan kesejahteraan

Menyediakan kemahiran untuk keperluan kemajuan negara

3
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Sekolah Kebangsaan Brinchang.

1.1.4 Falsafah dan Nilai

Sekolah ini berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai


asas pegangan sekolah iaitu:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.1.5 Piagam Pelanggan

Sekolah ini juga mempunyai piagam pelanggan yang sangat jelas dan
efisien. Piagam pelanggan Sekolah Kebangsaan Brinchang adalah menjurus
kepada usaha merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan
2020 dan Pengisian Wawasan Pendidikan Negara melalui perkhidmatan
cemerlang untuk melahirkan warga yang berupaya mengangkat martabat
bangsa dan negara di mata dunia bersendikan sains dan teknologi yang
berorientasikan kemanusiaan. Pemantapan aspirasi ini dicapai melalui iklim
sekolah cemerlang.

Iklim sekolah cemerlang adalah:-

Memperkemaskan pengurusan penempatan murid-murid ke sekolah


terutama di bandar Brinchang untuk mencapai perpaduan kaum.

4
Memastikan agihan guru-guru ke kelas-kelas mengikut pengalaman
dan kepakaran.
Memastikan semua murid Islam dan murid Tahun 6 boleh mengerjakan
solat lima waktu dengan sempurna dan berkebolehan menghafaz 21
ayat lazim dengan bacaan tajwid.
Memastikan PSS nadi dalam penerapan budaya ilmu dan kemahiran
belajar.
Mempergiatkan fungsi makmal komputer dan pusat akses sebagai
pusat maklumat pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan terkini
kepada murid, guru dan masyarakat.
Memastikan majlis permuafakatan sekolah berkesan peranannya
dalam usaha menuju ke arah ketiadaan kecacatan salahlaku dan
dadah dalam kalangan murid dalam menjayakan tahun bersih bagi
pendidikan.
Berusaha menyemai sifat penyayang, innovatif, kreatif dan positif guru
dalam menangani karenah anak didik.
Berusaha mempertingkatkan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah
Rendah khususnya mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
dari segi kualiti dan kuantiti.
Memupuk dan memperkembangkan budaya penyelidikan berasaskan
sekolah dalam kalangan guru bagi mempertingkatkan kecemerlangan
pendidikan setempat.
Mengeratkan dan memperkemaskan fungsi jawatankuasa kurikulum di
peringkat sekolah dengan menggemblengkan pelbagai tenaga
kepakaran.
Mengamalkan dasar pintu terbuka kepada semua lapisan anggota
perkhidmatan pendidikan dan masyarakat untuk menyelesaikan
pelbagai urusan pendidikan yang berkaitan.
Memastikan aspek keselamatan, keceriaan dan kesihatan
dipertingkatkan untuk mewujudkan sekolahku rumahku.
Mengadakan penyeliaan berkala terhadap sekolah yang
berorientasikan pendekatan penilaian rakan sebaya dan penilaian
kritikal.
Memperkemaskan pengurusan kokurikulum untuk melahirkan bakat-
bakat yang berkualiti dalam sukan dan permainan serta menghasilkan
kepimpinan yang berkesan dalam badan-badan beruniform menuju ke
arah matlamat Malaysia Cergas,

5
1.1.6 Lencana Sekolah

Setiap sekolah mempunyai lencana yang melambangkan identiti


sekolah tersebut. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Brinchang
yang mempunyai lencana yang tersendiri dengan moto Ketekunan
Nadi Kecemerlangan

Rajah 1: Lencana Sekolah Kebangsaan Brinchang

Pengertian warna:
Warna kuning
Warna kuning melambangkan
pemerintahan beraja di negeri
Pahang

Warna hijau Warna hijau bermaksud keunggulan


serta ikatan yang teguh dan kukuh
dalam warga sekolah di samping
melambangkan Agama Islam.

Warna biru muda Biru muda bermaksud keunggulan


serta ikatan yang teguh dan kukuh
dalam warga sekolah di samping
melambangkan Agama Islam
Warna jingga Warna jingga bermaksud keceriaan
dalam kelas dan di luar kelas bagi
mewujudkan suasana yang kondusif.

Warna hitam dan putih Warna hitam dan putih bermaksud


bendera negeri Pahang.

a) Pengertian bentuk dan gambar lencana:

Bulatan luar menggambarkan


permuafakatan antara semua warga
sekolah dan masyarakat di sekitar

6
kawasan Brinchang.

Daun melambangkan kedudukan


sekolah yang terletak di tanah tinggi.

Topi empat segi melambangkan


destinasi dalam bidang pendidikan
menuju puncak kejayaan.

Rehal melambangkan bahawa


agama adalah tonggak kehidupan
yang dapat mengikat satu ikatan
yang menjadi pegangan kukuh, tekad
yang jitu dan semangat yang kental
menuju kecemerlangan.

Buku yang terbuka melambangkan


bahawa ilmu yang sentiasa dipelajari
dan diamalkan dalam kehidupan.

1.1.7 Moto Sekolah

Moto Sekolah Kebangsaan Brinchang ialah:

Keazaman Untuk Kejayaan

1.1.8 Lagu Sekolah

Lagu sekolah merupakan lagu wajib dinyanyikan semasa perhimpunan rasmi.


Berdasarkan lirik lagu ini, setiap warga sekolah perlu memainkan peranan
dalam kemenjadian murid ke arah kejayaan.
7
KEAZAMAN UNTUK KEJAYAAN

Sekolah Tertinggi di Cameron


Highlands
Tersergam megah dan indah
Udara segar dan nyaman
Menggalu-alukan kami semua

SK Brinchang
Pasti berjaya
Ketekunan nadi
Kecemerlangan
Rajah 2: Lagu Sekolah
Motto sekolah kita
Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang,gemilang,terbilang

1.1.9 Struktur Organisasi

Sekolah Kebangsaan Brinchang mempunyai struktur organisasi yang


menjelaskan tanggungjawab setiap anggota organisasi. Berikut adalah
struktur organisasi sekolah.

GURU BESAR PIBG

Perkhidmatan, Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Penolong Kanan Kokurikulum
Pentadbiran & Kewangan Murid
Pengurusan Kurikulum Bekalan dan Pembangunan
Pekhidmatan Panitia Pendaftaran &
Kehadiran Guru & Jadual Waktu Perhubungan Data, Bangunan & Perabot
Kakitangan Transisi Tahun 1 Daftar Murid Perkhidmatan Swasta
Perjawatan Kelas Intervesi/Pemulihanan Kehadiran Murid
- Staf Akademik Kelas Prasekolah Pertukaran Murid Pengawal Keselamatan
- Kakitangan Kem Kecemerlangan Sijil & Surat Akuan
Pejabat Perancangan Strategik PIGB Cucian & Membersih Kawasan
- Kakitangan Penilaian & Peperiksaan Badan Kebajikan Staf Unit Beruniform
Swasta Hal Ehwal Murid
Kewangan Ujian Dalaman Skim Pinjaman Buku Tunas Kadet Remaja Sekolah

8
Suwa UPSR Teks (SPBT) Pengakap Kanak-Kanak
Wang Kerajaan LINUS Tahun 1 Biasiswa/Tabung Pandu Puteri Tunas
LPBT PROTIM Kebajikan Kelab / Persatuan
Yuran Laporan Nilaian Prestasi Pendidikan Pencegahan
Utiliti Tahunan Dadah Persatuan Bahasa Melayu
Panjar Wang Runcit Pusat Sumber Sekolah Kantin Sekolah Persatuan Bahasa Inggeris
J J/kuasa Kurikulum Rancangan Makanan Persatuan Sains & Matematik
Sekolah Perpustakaan Tambahan (RMT) Persatuan Agama Islam
Radio & Televisyen Program Susu Sekolah Kelab Rukun Negara
Akademik Pendidikan (PSS)
Kesihatan dan Rawatan Sukan & Permainan
Motivasi Projek Nilam
Program Perpustakaan Bergerak dan Pramenengah
Bola Sepak
Kecermerlangan Bank Soalan Bimbingan & Kaunseling
Bola Jaring
Latihan & Perkembangan Makmal Komputer Dakwah, Kerohanian &
Sepak Takraw
Staf Bilik Komputer Surau
Olahraga & Merentas Desa
Kursus Bahan Sumber Pendidikan Program Sek. Selamat
Rumah Sukan
/Seminar/Bengkel Penyeliaan & Pemantauan Bidang Aktiviti Murid
Motivasi Bidang Fizikal Bngunan Rumah Merah , Rumah Biru
Perancangan Strategik Guru Bidang Sosial Rumah Hijau , Rumah Kuning
PPSMI Bidang Bencana Alam
Buku Latihan/Kerja Murid Bidang Persekitaran & Keagamaan
Pendidikan Bersepadu
Sekolah Sihat Lokasi
Nasyid
3K Lembaga Disiplin Sekolah Musabaqah/Bercerita/Tilawah/
Kelas 3K Badan Disiplin & Hafazan
Tandas 3K Pengawas
Majlis Sukan Sekolah
Pusat sumber Sekolah
Makmal Komputer &
ICT

Rajah 3: Strruktur Organisasi Sekolah Kebangsaan Brinchang

9
Jadual 2: Sumber Manusia Yang Menggerakkan Sekolah
Bil Jawatan PPP/ Subjek Jumlah
1. Guru Besar 1
2. Penolong Kanan 1
3. Penolong Kanan HEM 1
4. Penolong Kanan Kokurikulum 1
5. Guru Media 1
6. Guru Data 1
7. Guru Sains 1
8. Guru Bahasa Melayu 2
9. Guru Matematik 2
10. Guru Bahasa Inggeris 2
11. Guru Pemulihan 1
12. Guru Pendidikan Islam 3
13. Guru Prasekolah 1
14 Guru Bestari 1
JUMLAH 19

Sumbangan staf sokongan SK Brinchang tidak dapat dinafikan dalam


membangunkan sekolah. Mereka merupakan tulang belakang sekolah
terutama dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran khasnya dalam kerja-kerja yang melibatkan urusan-urusan
pejabat dan tugas-tugas khas. Kekuatan dan penggunaan sumber
manusia ini dapat dilihat berdasarkan agihan perjawatan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Kedudukan Staf Sokongan Mengikut Gred Jawatan


Bil Jawatan Gred Jumlah
Jawatan
1. Pembantu Pengurusan Murid N17 1
2. Pembantu Am Pejabat N1 1
3. Juruteknik Komputer FT17 1
4. Pembantu Tadbir N17 1

1.1.10 Lokasi Sekolah

SK Brinchang terletak sejauh 6 km dari bandar Tanah Rata.


Penghubung antara bandar Tanah Rata dan Tringkap, berhampiran
dengan Kea Farm yang menjadi tumpuan para pelancong untuk

10
membeli sayur dan buah-buahan segar.

Gambar 3: Foto Satelit SK Brinchang

Rajah 4 :
Pelan
Lakaran
Lokasi SK Brinchang

1.1.11 Kemudahan di Sekolah

Sekolah Kebangsaan Brinchang mempunyai pelbagai kemudahan


dan infrastruktur yang lengkap, cantik, teratur dan bersih. Sekolah ini
mempunyai dua blok bangunan yang bercantum dan mempunyai bilik-
bilik khas seperti yang berikut:

Jadual 4: Kemudahan Yang Terdapat di SK Brinchang


BILIK BILANGAN

11
Pejabat Pentadbiran 1
Bilik Guru Besar 1
Bilik Guru Penolong Kanan 3
Bilik SPBT (buku teks) 1
Bilik Mesyuarat 2
Bilik Pemulihan 1
Bilik Seni 1
Bilik Muzik 1
Bilik Darjah 6
Kantin 1
Bilik Setor 4
Pusat Sumber Sekolah 1
Bilik Kesihatan 1
Dewan Tertutup 1
Gelanggang permainan 1
Surau 1
Bilik J-Qaf 1
Prasekolah 1

1.1.12 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Sekolah ini mempunyai hubungan komuniti yang positif antara pihak


sekolah dan agensi luar. Agensi-agensi ini banyak menyumbang
tenaga, kemudahan dan kepakaran kepada pihak sekolah dalam
menjayakan ke arah kecemerlangan sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan
Guru diterajui oleh Encik Arifin bin Yakub dan dibantu oleh Encik
Adlan bin Hassan. Manakala seramai tujuh (7) orang ahli telah dilantik
sebagai ahli jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa dan guru-
guru. Guru besar SK Brinchang dilantik sebagai penasihat persatuan.
Beliau dan barisan YDP PIBG yang lain telah banyak menyumbang
tenaga dan memberi sokongan ke atas pentadbiran sekolah. Mereka
telah memimpin rakan-rakan seperjuangan secara bekerjasama dan
mengamalkan sikap bertoleransi.

Paduan tenaga dan pandangan hasil kombinasi guru dan ibu


bapa yang seimbang ini dapat membentuk satu rangkaian kerjasama
yang padu dalam memastikan PIBG benar-benar berfungsi sebagai
jambatan penghubung antara guru, ibu bapa dan masyarakat ke arah
kecemerlangan sekolah.

12
Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan setiap tahun dijadikan
sebagai platform untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan,
laporan kewangan, pemilihan jawatankuasa baharu, pembentangan
usul dan cadangan serta dijadikan medan guru besar untuk
menyampaikan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sambutan ibu bapa terhadap Mesyuarat Agung Persatuan ibu bapa
dan Guru (PIBG) amat menggalakkan sekaligus membuktikan bahawa
kepimpinan sekolah ini mendapat sokongan padu daripada ibu bapa
dan masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, PIBG SK Brinchang menjadi tunjang


kepada kemajuan sekolah di samping berperanan menyokong dan
membantu membina kemajuan sekolah agar tercapai misi dan visi
sekolah. Senarai penuh ahli jawatankuasa PIBG boleh dilihat di seperti
yang berikut:

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PIBG SK Brinchang

Yang Dipertua PIBG : En. Ahmad kamil bin Ibrahim


Naib Yang Dipertua : En. Ariffin bin Yakub
Setiausaha : Pn. Rosmawati binti Abdul Kadir @ Ismail
Bendahari : En. Muhamad Ariff bin Shahifullah
AJK Ibu bapa : En. Abdul Rahim bin Ani
: En. Rosdi bin Rahmat
: En. Nasir bin Busu Panjang
: Pn. Hermawati binti Mohd Halil
: Pn. Asmar Diyana binti Alias
AJK Guru : En. Mohd Fairul bin A. Bakar
: Pn. Nurul Aim Shuhada binti Ibrahim
: Pn. Parames A/P Karuppannan
: En. Mohd Amiru Idham Bin Johari
Juruaudit : Pn. Rusiati Akma binti Shahrom
: Pn. Norhafizah binti Zainal Abidin

1.2 Data / Statistik


1.2.1 Enrolmen Murid

Enrolmen murid di Sekolah Kebangsaan Brinchang adalah seramai

13
158 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, kaum Asli, kaum Cina
dan kaum India.

Jadual 5: Perincian Enrolmen Murid SK Brinchang


MELAYU CINA INDIA ASLI LAIN- JUMLAH
LAIN
PRASEKOLAH 21 3 - 24
1 CEMERLANG 19 - - 2 4 25
2 CEMERLANG 19 - 1 9 1 30
3 CEMERLANG 12 - - 7 - 19
4 CEMERLANG 18 - - 4 - 22
5 CEMERLANG 13 - - 2 1 16
6 CEMERLANG 16 - 1 5 - 22
JUMLAH 113 - 2 32 6 158

1.2.2 Bilangan Staf


Sekolah Kebangsaan Brinchang mempunyai 22 orang kakitangan
yang terdiri daripada seorang guru besar, tiga penolong kanan, 14
orang guru dan 4 staf sokongan, 4 pekerja pembersihan dan 4 orang
pengawal keselamatan.

Jadual 6 : Statistik Guru Mengikut Gred Bagi Tahun 2017


GRED JUMLAH
DG 44 1
DG41/42 13
DG34 2
DG32 2

Jadual 7: Statistik Staf Sokongan Mengikut Gred Bagi Tahun 2017


PERJAWATAN GRED JUMLAH
Pembantu Tadbir - -
Pembantu Pengurusan Murid N17 2
Pembantu Operasi N11 1

Jadual 8: Statistik Staf Sokongan Swasta Bagi Tahun 2017


BIDANG TUGAS JUMLAH
Pembantu Pembersihan Swasta 4
Pengawal Keselamatan Swasta 4

1.2.3 Pencapaian Akademik

14
Pencapaian dalam UPSR pada tahun 2016, telah mencatat satu
kejayaan di mana SK Brinchang telah mencatat GPS sekolah kepada
2.03 dan peratus kelulusan sebanyak 77.78%. Bilangan calon yang
memperolehi 5A adalah seramai 3 orang.

Rajah 5: Keputusan UPSR SK Brinchang (2010-2016) mengikut


Peratus

15
Rajah 6: Keputusan UPSR SK Brinchang (2010-2016) mengikut
GPS.

1.2.4 Pencapaian Kokurikulum dan Sukan

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan


insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual
(JERI), SK Brinchang turut berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum dan sukan. Bermula tahun 2015, SK. Brinchang
telah berjaya menghantar wakil dalam acara merentas desa peringkat daerah
seramai tiga orang peserta dan berjaya memperoleh sepuluh kedudukan yang
terbaik dalam daerah. Begitu juga, dalam pertandingan catur peserta SK
Brinchang dapat tempat keempat dalam daerah. Walaupun, pencapaian ini
tidak begitu memberangsangkan namun ianya menjadi pembakar semangat
kepada warga SK Brinchang untuk berusaha dengan lebih giat lagi pada masa
hadapan.

16
1.2.4 Kejayaan-Kejayaan Sekolah Sehingga Kini

Kejayaan yang diperolehi oleh sekolah ini merupakan hasil usaha semua
warga sekolah walaupun barisan pentadbir silih berganti. Peranan dan
tanggungjawab utama sekolah bukanlah hanya ditumpukan kepada
penyampaian ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran semata-mata.
Sebaliknya semua guru bertanggungjawab melahirkan murid-murid yang
memberikan sumbangan ke arah kehidupan yang harmonis, bersatu padu,
bertoleransi, berdisiplin, mempunyai sahsiah yang baik serta mempunyai
sikap menghayati nilai-nilai murni berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Jadual 9: Anugerah Pencapaian SK Brinchang 2010-2016


BIL ANUGERAH TAHUN
1 Anugerah Prestasi Mata pelajaran Matematik 2009
UPSR
2 Anugerah Prestasi Cemerlang Mata pelajaran 2010
Sains UPSR 2010 : 100%
3 Anugerah Khas Peringkat Pencapaian Prestasi 2011
Akademik
4 Anugerah Peningkatan Sekolah 3 Tahun Bilangan 2012
Pelajar 5A dan Gred Purata Sekolah UPSR
5 Anugerah Bintang PERPUSPA: 4 Bintang 2013
Anugerah Sekolah Contoh Daerah Cameron
Highlands Dalam Aktiviti Amalan Memberus Gigi
6 Setiap Kali Selepas Waktu Rehat Bagi Semua 2014
Murid Sekolah
7 Anugerah Kitar Semula Sekolah-Sekolah 2015
Peringkat Kebangsaan
8 Anugerah Kantin Terbaik Daerah Cameron 2016
Highlands
9 Anugerah Kelas Amalan PA 21 Peringkat Daerah 2016
Cameron Highlands
10. Anugerah Tandas Terbaik Daerah Cameron 2016
Highlands

17
1.2.5 Projek dan Program

Di bawah kepimpinan guru besar Puan Dalina Binti Mohamed Ariffin, beliau
telah menetapkan arah dan hala tuju yang betul kepada organisasinya. Dalam
membentuk visi, misi dan objektif organisasinya, beliau ternyata mempunyai
wawasan yang tinggi dalam meramal situasi yang akan datang supaya dapat
menentukan tindakan dan keperluan sumber sebelum menilai perancangan
yang dibuat. Hasilnya beberapa kejayaan dan anugerah diterima sepanjang
perkhidmatan beliau. Banyak kejayaan yang diperolehi terutama dalam bidang
kurikulum melibatkan pencapaian cemerlang dalam peperikasaan UPSR di
samping kejayaan dalam bidang kokurikulum. SK Brinchang kini tercatat
sebagai sekolah terbaik antara 24 buah sekolah rendah dalam daerah
Cameron Highlands dan menjadi pilihan Pejabat Pendidikan Daerah Cameron
Highlands untuk membawa nama Cameron Highlands ke peringkat negeri.
Antara projek SK Brinchang yang mewakili daerah Cameron Highlands ialah:

a. Pertandingan Sudut PPDA


b. Pertandingan Mussolla
c. Bilik Darjah Abad Ke -21

Selain daripada itu, projek lain yang diamalkan dan menjadi sebahagian
daripada budaya di SK Brinchang ialah:
a. Program Minda Pagi
b. Ladap Guru
c. Bengkel Membina BBM LINUS
d. Sudut LINUS
e. Profesional Learning Community (PLC)
f. Kelas Tahanan
g. Mentor mentee
h. Program Ziarah Cakna
i. Ceramah Motivasi Guru
j. Kelas Marathon UPSR

18

You might also like