Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN

TERNAKAN

1.1 Pengenalan
Keperluan pengeluaran ternakan yang berbeza memerlukan cara pengurusan yang berbeza.
Tumbesaran dan pengeluaran haiwan sangat bergantung kepada iklim, corak permakanan, taraf
kesihatan dan baka.
Pemakanan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan, memenuhi keperluan
tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan.
Selain pengurusan makanan, pengurusan kesihatan yang sistematik dapat mengurangkan kadar
kematian, menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan mengurangkan kos pengeluaran.
Ternakan hendaklah dipilih daripada baka yang cepat membesar dan kuantiti hasil tinggi, resistan
terhadap penyakit, cepat mengeluarkan hasil dan toleran terhadap persekitaran.

1.2 Iklim
1.2.1 Unsur iklim
Suhu, hujan atau kelembapan dan cahaya adalah unsur-unsur iklim yang mempengaruhi ternakan.

Suhu
Purata suhu badan kebanyakan ternakan adalah antara 36C hingga 41C dan berbeza-beza
mengikut jenis ternakan serta aktiviti yang dilakukan.
Pada suhu yang terlalu rendah, ternakan tidak dapat mengawal keseimbangan suhu badannya
dan ini akan menganggu semua proses metabolisme dalam badan ternakan. Ternakan akana mati
kesejukkan atau kepanasan.

Kelembapan
Pertumbuhan dan pengeluaran ternakan yang optimum memerlukan kelembapan yang berbeza-
beza mengikut jenis dan sepsis ternakan.
Pada kelembapan yang terlalu rendah ternakan akan kehilangan air dari badanya (pengwapan).
Pada kelembapan yang terlalu tinggi pula wap air di udara akan disedut semasa pernafasan. Paru-
paru akan dipenuhi wap air yang menganggu proses pernafasan ternakan.

Cahaya
Cahaya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam pertumbuhan dan pengeluaran ternakan
iaitu dalam aspek pembiakan ternakan.
Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan
malam.
Kesan pancaran cahaya amatahari bergantung kepada faktor seperti keluasan bahagian badan
ternakan yang terdedah kepada cahaya matahari, tempoh pendedahan, warna dan tebal bulu
badan ternakan.

1.2.2 Kesan iklim ke atas Pengeluaran Ternakan


Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi
ternakan.
Terdapat dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan iaitu :
1. Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan.
2. Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan

Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan


a. perlakuan semasa meragut

Sumbangan:
1 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Suhu yang tinggi dan pancaran matahari yang terik mengurangkan selera makan dan
ketahanan badan ternakan semasa meragut. Ini menyebabkan jangka masa meragut ternakan
akan berkurangan.
b. pengambilan makanan
Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan ternakan mengambil air belebihan
berbanding makanan.
Pada suhu rendah ternakan akan menambahkan pengambilan makanan untuk memenuhi
keperluan kenaikan kadar metabolisme tubuh.
c. Tumbesaran
Suhu persekitaran yang menurun, ternakan perlu menggunakan makanan yang diambil untuk
bekalan haba tubuh. Penukaran makanan kepada simpana lemak dan pembentukan rangka
tubuh akan berkurangan, kadar tumbesaran akan terjejas.
Apabila suhu meningkat ternakan akan mengalami tekanan haba yang menyebakan kurang
selera makan. Ini akan mengurangkan kadar tumbesaran ternakan.
d. Pengeluaran hasil
Suhu persekitaran 20 - 34C dan kelembapan 60 - 98% mempengaruhi pengeluaran hasil
ternakan.
Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan tekanan dan akibatnya proses fisiologo
tubuh terganggu yang boleh mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan
penghasilan susu.
e. Pembiakan
Suhu persekitaran yang tinggi akan menjejaskan kesuburan ternakan, kematian embrio dan
merencatkan janin. Keadaan lembap akan memudahkan anak ternakan yang baru dilahirkan
menghidapi gangguan sistem pernafasan.

Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan


a. Penghasilan bahan makanan ternakan
Taburan hujan yang tinggi akan menggalakkan pertumbuhan foraj yang banyak dan subur di
padang ragut. Ini akan membekalkan makanan yang banyak kepada ternakan.
Iklim yang lembap pula akan menggalakkan pertumbuhan kulat (Aspergillus flavus) pada
maakanan ternakan dan jika ternakan termakan makanan yang dicemari oleh kulat ini
ternakan akan mengalami keracunan alatoksin.
b. Serangan parasit dan penyakit ternakan
Suhu dan kelembapan yang tinggi sering menimbulkan jangkitan mikrob pada ternakan.
Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini boleh
menyerang sistem pencernaan ternakan semasa meragut.
c. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan
Hasil ternakan seperti susu, daging dan telur perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang
sesuai supaya tidak rosak. Apabila kelembapan udara tinggi, mikroogranisma akan membiak
dan menjalankan proses penapaian kesannya susu dan daging segar akan busuk atau
berkulat.

Cara mengurangkan kesan himpitan iklim


Tekanan akibat himpitan iklim dapat dikurangkan melalui :
1. mengadakan perumahan yang sempurna
2. menanam pokok naungan
3. mengamalkan ragutan pada waktu malam
4. memilih baka yang toleran terhadap haba
5. memberi makanan bernutrien tinggi

Mengadakan perumahan yang sempurna


Perumahan yang sempurna melindungi ternakan daripada iklim melampau seperti suhu, hujan,
tiupan angina, cahaya matahari dan kelembapan, serangan musuh, mengawal pemberian

Sumbangan:
2 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
makanan, mengawal penyakit dan parasit, memgawal pergerakkan, mengawal pembaian secara
bebas dan memudahkan rawatan.
Ciri sistem perumahan yang sempurna ialah
a. ruang lantai yang mencukupi
b. pengaliran udara dalam reban
c. kedudukan banguanan dengan prasarana
d. bekalan cahaya
e. mudah dibersihkan

Menanam pokok naungan


Tekanan haba dapat dikurangkan melalui penanaman pokok naungan terutama yang mempunyai
knopi besar di kawasan meragut. Selain melindungi pancaran terik matahari, pokok akan
membebeaskan oksigen dan memberikan teduhan semasa ternakan berehat.

Mengamalkan ragutan waktu malam


Pada waktu malam, suhu sekitar lebih sejuk ini akan mengurangkan tekanan semasa haiwan
Meragut. Justeru ternakan meragut lebih banyak berbanding pengambilan air. Tumbesaran
Ternakan lebih baik kerana kesan himpitan iklim telah dapat dikurangkan.

Memilih baka yang toleran haba


Pemilihan baka yang tahan tekanan haba boleh dihasilkan daripada kacukan baka tempatan
dengan
baka iklim sederhana. Contoh baka Kedah Kelantan dikacukan dengan baka Frisien. Anak
yang
dihasilkan mewarisi ciri ketahanan tekanan haba ( diwarisi dari baka Kedah Kelantan ) dan
pengeluaran susu yang lebih tinggi ( diwarisi dari baka Frisien ).

Memberi makanan bernutrien tinggi


Lazimnya setiap ternakan memerlukan karbohidrat, mineral, vitamin dan protein. Oleh itu
makanan
yang diberi mestilah mengandungi semua unsur pemakanan yang diperlukan dengan kadar
yang
seimbang, formulasi makanan sesuai dengan peringkat umur ternakan

1.3 Pemakanan

Sumbangan:
3 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Peakanan seimbang ialah pemberian sajian makanan yang mengandungi semua kelas makanan
yang diperlukan oleh haiwan dalam kuantiti dan kadar yang betul untuk keperluan tenaga dan fisiologi
tubuh.
Perumusan makanan hendaklah berasaskan kos bahan yang murah, kemampuan meningkatkan
pencapaian ternakan dan kandungan bahan kering.
Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat satu rumusan pemakanan ialah
a. kandungan nutrien dalam bahan makanan
b. keperluan harian untuk sesuatu nutrien
c. jumlah makanan yang diambil
d. prestasi ternakan.

1.3.1 Kepentingan pemakanan

1. Mengekalkan kesihatan
Tiga faktor penting berkait dengan taraf kesihatan ternakan ialah agen penyakit, persekitaran
dan pemakanan.
Ternakan memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul untuk
mengelakkan keadaan hiper atau hipo.
Air dan lemak diperlukan untuk membantu mengawal suhu badan ternakan. Air, mineral dan
vitamin sangat diperlukan kerana semua makanan ini adalah komponen yang mempengaruhi
tindakbalas kimia biokimia tubuh.

2. Memenuhi keperluan pertumbuhan


Pertumbuhan ialah pertambahan saiz tubuh atau pertamabahan sabarang bahagian yang
terlibat dalam pembesaran. Proses pertumbuhan amat memerlukan karbohidrat, protein,
kalsium, kuprum, zink dan pelbagai vitamin.
Lemak membantu pembentukan lapisan baru pada kulit, kalsium membantu pembentukan tisu
tulang, natrium dan air membantu pembentukan bahan interselular

3. Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan.


Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang
lebih daripada biasa.
Fosforus yang mencukupi dalam diet ruminant akan mempercepatkan umur kematangan seks,
mengatur kedatangan estrus dengan teratur, mempercepatkan kebuntingan, menambah
kesuburan.

1.3.2 Kelas makanan


Kelas makanan terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, air dan bahan
aditif.
Karbohidrat, protein dan lemak diperlukan dengan banyak untuk memberi tenaga dan keperluan
tumbesaran. Vitamin dan mineral hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit .

1. Karbohidrat
Karbohidrat adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, nitrogen dan
oksigen.
Karbohidrat diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi
badan, tumbesaran dan pengeluaran susu.
Sumber karbohidrat didapati daripada gula, molasses dan kanji.
Kekurangannya menyebabkan kadar tumbesaran terencat, berat badan menurun,
pembiakan terganggu, tempoh pengeluaran susu pendek, toleransi terhadap parasit dan
penyakit merosot

Sumbangan:
4 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
2. Lemak
Lemak merupakan sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen
dan oksigen.
Sangat diperlukan sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu
di bawah kulit sebagai penebat haba dan sebagai pelarut bagi vitamin A, D, E dan K.
Sumber lemak boleh didapati daripada minyak dan daging hancur.
Kekurangan lemak menyebabkan ternakan letih lesu, kurus, tidak tahan sejuk .

3. Protein
Protein adalah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen, nitrogen,
Sulfur dan kadangkala mengandugi fosforus dan ferum.
Protein diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan
pengeluaran
Susu,membentuk enzim dan antibody, hormon dan hemoglobin bagi sistem imun tubuh,
juga
merupakan pembekal tenaga.
Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya, kacang panjang, daging hancur dan
ikan.
Kekurangannya menyebabkan marasmus (kurus dan lemah ), peka kepada aflatoksin,
terencat
Tumbesaran, kecekapan penukaran makanan menurun dan rendah kadar pembiakan.

4. Mineral
Mineral merupakan bahan tak organik untuk menjalankan fungsi badan dengan sempurna.
Mineral terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu garam mineral yang terkandung dalam tisu
badan, garam terlarut dalam bendalir badan dan garam mineral dalam tulang dan gigi.
Sumber mineral boleh didapati dalam dua bentuk iaitu campuran atau batu garam.
Campuran yang biasa diberi mengandungi Tricalsium phosphate (TCP), trace elemen dan
garam biasa.

5. Vitamin
Vitamin ialah sebatian organik yang mengandungi unsure karbon, hydrogen dan oksigen.
Vitamin dikelaskan kepada larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak ialah vitamin A, D,
E
dan K. Vitamin B kompleks dan C adalah vitamin larut air.
Sumber vitamin boleh terbina sendiri dalam badan ternakan ( vitamin B kompleks dan K )
dan
melalui pemberian makanan.
Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri dan kekurangannya menyebabkan fungsi
badan
terganggu.

6. Air
Air berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan-bahan ke seluruh anggota badan. Air
diperlukan untuk mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan,
pengeluaran susu, tindakbalas biokimia dan membantu kesegaran sel badan.
Haiwan ternakan boleh bertahan tanpa bekalan air dalam tempoh 24 jam.
Sumber air boleh didapati daripada bekalan air bersih yang disediakan untuk diminum
atau
melalui air yang terkandung dalam makanan seperti rumput basah
Kehilangan air daripada badan haiwan berlaku melalui urin, tinja, perpeluhan, pernafasan,
pengeluaran telur dan susu.

7. Aditif

Sumbangan:
5 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Aditif ialah bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan.
Aditif terbahagi kepada kumpulan:
a. Antibiotik dan probiotik
b. Antioksidan dan antikulat
c. Vitamin dan mineral
d. Agen pewarna, pigmen dan hormon.
1.3.3 Sistem Pencernaan
Pencernaan ialah satu proses penguraian bahan makanan daripada bentuk kasar kepada bentuk yang
mudah diserap oleh sel haiwan.
Proses penguraian makanan ini melibatkan aktiviti mekanikal (pengunyahan dan gerak peristalsis usus
), aktiviti kimia ( tindakbalas enzim untuk menukarkan bahan makanan) dan aktiviti mikrob ( proses
fermantasi mikrob untuk menghasilkan protein, vitamin dan tenaga).
Struktur sistem pencernaan haiwan dapat dikelaskan kepada dua kelas iaitu haiwan ruminan dan
haiwan bukan ruminan.

Sistem pencernaan ruminan


Haiwan ruminan ialah haiwan yang meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk
dikunyah berulangkali.
Perut haiwan ruminan terbahagi kepada empat ruangan iaitu rumen, retikulum, omasum dan
abomasum.

1. Rumen
Bahagian perut yang terbesar. Apabila makanan ditelan makanan ini akan disimpan di dalam
rumen.
Makanan yang disimpan ini akan menjalani proses fermantasi (selulosa) menghasilkan protein
dan vitamin.
2. Retikulum
Organ pencernaan yang menyimpan air yang diminum oleh ternakan ruminan. Cecair di dalam
reticulum digunakan untuk membasahkan bahan makanan supaya memudahkan regurgitasi
atau pemuntahan bahan makanan belum cerna ke dalam mulut untuk dikunyah.
Retikulum juga memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum.
3. Omasum
Organ pencernaan yang menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus dan ditelan. Di
dalam omasum bahan makanan yang masih kasar diasingkan supaya tidak dapat memasuki
abomasum digaul sehingga sebati dan air dalam bahan makanan tersebut diserap semula.
4. Abomasum
Merupakan perut sebenar kerana proses pencernaan yang sebenar berlaku di dalamnya.
Abomasum mengeluarkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan rennin.
Asid hirdoklorik digunakan untuk membunuh bacteria dan protozoa yang menganggu fungsi
tubuh. Enzim pepsin memangkin hidrolisis protein kepada polipetida. Enzim rennin membantu
menguraikan susu.

Sistem pencernaan bukan ruminan


Organ sistem pencernaan bukan ruminan terdiri daripada paruh, esophagus, tembolok, proventrikulus,
hempedal, duodenum, usus, sekum dan kloaka.
Ayam menggunakan paruh untuk mematuk makanan. Air liur di dalam mulut akan membasah dan
melembutkan makanan. Enzim ptyalin dalam air liur menukarkan kanji kepada gula.
Melalui esophagus makanan yang ditelan disimpan sementara di dalam tembolok sebelum dihantar ke
dalam proventrikulus (perut sebenar).
Pada hujung proventrikulus terdapat hempedal yang mempunyai dinding yang kasar dan berotot untuk
mengisar makanan kepada butiran halus seterusnya di disalurkan ke usus untuk dicerna.
Proses pencernaan dilakukan oleh tindakan enzim yang dirembeskan oleh kelenjar pada dinding usus,
rembesan pankreas dan hempedu.
Bahan tidak dicerna dikumpulkan di dalam sekum sebelum dikeluarkan sebagai tinja melalui kloaka.

Sumbangan:
6 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
1.3.4 Bahan Makanan Ternakan
Makanan ternakan boleh diberikan dalam bentuk kering, segar dan berkelembapan tinggi (high
moisture). Sumber makanan ternakan dapat digolongkan kepada foraj dan kosentrat

Foraj
Foraj ialah tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan untuk ternakan ruminan. Foraj terdiri daripada
rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

1. Kekacang
Kekacang mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak
kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara. Ini menjadikan kekacang sangat
sesuai sebagai makanan kerana dapat meningkatkan aktiviti mikrob dalam sistem pencernaan.
Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.
2. Rumput ternak
Merupakan suber makanan ruminan yang murah dan bermutu. Pemilihan rumput ternak yang
sesuai mestilah mengandungi protein, mineral dan tenaga yang tinggi, kandungan serabut
rendah, bebas daripada unsur keracunan, duri, daun yang tajam dan rasa yang tidak digemari
ternakan.
Rumput ternak terbahagi kepada jenis kelompok (Guinea, Napier dan Setaria ) dan jenis
menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal).

Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara pastura atau foder.

1. Pastura
Pastura ialah rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut. Kadar muatan (bilangan
ternak
yang optimum untuk seuatu kawasan ragutan) adalah sangat penting untuk mengawal
pertumbuhan dan pengeluaran ternakan.
Pengamalan ragutan pusingan dan pembajaan juga dapat mengawal pertumbuhan rumput
ternak.
Untuk mengekalkan mutu nutrien rumput ternak perlu satu program pembajaan.
3. Foder
Foder ialah rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut.
Foder boleh diberikan dalam bentuk segar atau awetan.
Foder awetan terdapat dalam bentuk :
a. rumput kering
disediakan secara menjemur atau menggunakan pegering tiruan (mengurangkan
kandungan air suaya rumput tahan disimpan lama)
b. silaj
foder yang tinggi kandungan airnya diperam dalam keadaan anaerob menggunakan silo.
Mutu silaj dipengaruhi oleh udara, panjang keratin, kandungan air dan kandungan gula
dalam rumput.
Mutu silaj yang baik adalah seperti berikut :
i. nilai pemakanan hampir menyamai bahan asal
ii. berwarna hijau kekuningan
iii. pH kurang daripada 4.5
iv. disukai ternakan.

Konsentrat
Konsentrat ialah makanan ternakan yang mengandugi fiber yang rendah tetapi tinggi nutriennya.
Konsentrat didapati daripada bijirin, sisa industri, sisa makanan dan bahan tambahan
makanan.,Konsentrat diberikan dalam bentuk until, wafer, kiub atau serbuk. Konsentrat hendaklah
ditambah dengan molas untuk meningkatkan selera dan nilai pemakanan.

Sumbangan:
7 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Rumput baik pilih
Rumput pastura yang sesuai ditanam dipilih berdasarkan ciri berikut :

1. Pengeluaran hasil yang tinggi


Oleh kerana kos makanan dianggarkan sebanyak 70% daripada kos keseluruhan maka bekalan
rumput
yang berterusan adalam sumber makanan yang paling murah.
Penternak mestilah menguatamakan rumput yang memberikan hasil tertinggi seperti Napier dan
Guinea.

2. Nilai nutrien yang tinggi


Penanam rumput yang membekalkan tenaga metabolisme yang tinggi dan kaya dengan nutrien
hendaklah diutamakan.

3. Kadar tumbesaran dan pertumbuhan semula cepat


Pertumbuhan semula yang cepat membolehkan sistem ragutan secara pusingan dapat diamalkan
dengan sempurna oleh penternak.

4. Cepat tindakbalas terhadap baja nitrogen


Kadar cepat tindakbalas nitrogen ini membolehkan ternakan mendapat bekalan nitrogen yang
mencukupi untuk membantu pertambahan berat badan ternakan.

5. Jenis Saka
Pemilihan pastura jenis saka penting supaya kos penanaman semula dan amsa menunggu untuk
pastura matang dapat dikurangkan, hasil juga boleh dipungut berterusan dan ini menjamin bekalan
yang
sentiasa ada dan mencukupi.

6. Ketahanan tinggi
Rumput yang baik mestilah tahan suhu tinggi, keadaan kering, dipijak, diragut, kelembapan tinggi
dan
serangan perosak. Rumput yang tahan faktor itu akan mempunyai kemandirian yang tinggi.

7. Kecernaan yang baik


Kandungan air dan struktur tisu lembut yang ada di dalam foraj memudahkan pencernaan oleh
haiwan.
Kandungan lignin yang minimum juga memudahkan rumput dicerna.

8. Kadar daun kepada batang tinggi


Daun adalah bahagian yang paling digemari ternakan kerana ia rapuh dan mudah diragut
berbanding
bahagian batang.

9. Digemari ternakan
Rumput yang digemari ternakan mempunyai daun yang lembut, segar, berperisa dan disukai oleh
ternakan serta rapuh untuk memudahkan pengunyahan.

1.3.5 Catuan Makanan Ternakan

Sumbangan:
8 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Catuan makanan ternakan ialah pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan
mengikut keperluan dan kuantiti yang betul.
Keperluan terhadap formulasi makanan bergantung kepada bentuk pengeluaran, peringkat umur, jenis
baka dan persekitaran.
Dalam menentukan satu formulasi makanan, sumber makanan yang diberi mestilah dikira dari segi
tenaga metabolisme, kandungan protein, mineral dan aditif, kebolehdapatan dan kos penyediaan.
Selain catuan makanan ternakan, makanan tambahan juga sangat diperlukan. Makanan tambahan
perlu diberi mengikut peringkat pengeluaran ternakan seperti :
betina sedang bunting
betina sedang menyusukan
penggemukan
penjantan yang sering digunakan
anak yang baru cerai susu

Nisbah penukaran makanan


Nisbah penukaran makanan (NPN) ialah unit pengeluaran yang diperolehi daripada satu unit
pengambilan makanan.
Bagi ternakan daripada baka yang baik, makanan yang diambil dapat ditukarkan kepada pertambahan
berat badan dengan cekap.
Kualiti makanan yang baik juga dapat menukarkan pertambahan berat dengan cekap.
Tujuan mengira nisbah penukaran makanan ialah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu ternakan.
Pada satu peringkat umur ternakan, jumlah makanan yang diberi tidak banyak mendatangkan
perbezaan pada pertambahan berat badan

NPM = Jumlah makanan diberi


-------------------------------
Jumlah pertambahan berat badan

Contoh pengiraan
Berat permulaan = 1.0 kg
Berat akhir = 1.2 kg
Berat makanan diberi = 450 g
NPM = 450
200
= 2.25
Ini bermakna 2.25 g makanan dapat ditukarkan kepada daging sebanyak 1 g

Sumbangan:
9 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
1.4 Kesihatan
Kesihatan sangat penting untuk tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. Sihat dapat diertikan
sebagai keupayaan badan menjalnkan fungsi tubuh dan mengekalkan kesimbangan badan.
Kesihatan dipengaruhi oleh pemakanan, pathogen dan parasit, genetik, keracunan dan persekitaran.

1.4.1 Kepentingan Kesihatan Ternakan


1. Mengurangkan kadar kematian
Ternakan di peringkat anak masih belum mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan
pelbagai
pathogen, parasit dan gangguan persekitaran. Oleh itu kesihatan sangat perlu dijaga supaya
kadar kematian ternakan dapat dikurangkan.
Amalan sanitasi dapat memastikan ternakan terhindar daripada penyakit dan wabak.
2. Mencapai keupayaan tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum
Ternakan yang sihat dapat menukarkan makanan kepada tenaga lemak dan susu. Penukaran
bentuk ini penting untuk tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum.
3. Mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain
Sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi dengan baik hanya pada ternakan
yang
sihat. Oleh itu kesihatan penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
4. Mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimum
Makanan yang diambil oleh ternakan perlu dicerna dan diserap oleh badan untuk ditukar
kepada keperluan tubuh. Dalam keadaan tidak sihat seperti cirit birit, segala makanan yang
diambil akan keluar semula sebagai najis. Ini menandakan ternakan tidak upaya membuat
penukaran makanan.

1.4.2 Penyakit Ternakan


1. Tiada selera makan
2. Cirit birit
3. Suhu badan tinggi
4. Mata kuyu dan berair
5. Tidak aktif
6. Pengeluaran berkurangan
7. Bulu kasar dan kusut
8. Penurunan berat badan

Tiada selera makan


Tanda tiada selera makan perlu dikenal pasti untuk mengesan serangan penyakit yang sedang
dialami. Jika simtom tiada selera makan disertai dengan cirit atau sebarang pengeluaran mukus
yang berlebihan menunjukkan ternakan sedang sakit.

Cirit birit
Cirit birit ialah pembuangan tinja yang kerap ataupun perkumuhan tinja yang lembut atau cair.
Cirit
birit berlaku akibat pemakanan tidak sesuai, pencemaran peralatan dan sumber makanan atau
minuman, jangkitan cacing, radang usus disebabkan bacteria, virus atau protozoa dan
keracunan
makanan.Ternakan akan lemah, lesu, hilang selera makan dan sakit abdomen.

Sumbangan:
10 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Suhu badan tinggi
Suhu maksimum badan normal pada ternakan ayam ialah 43 C, kambing 40.5 C dan lembu
39.5 C. Jika suhu melebihi paras tersebut ternakan akan mengalami keadaan demam dengan
suhu
badan tinggi. Pengesanan kenaikan suhu badan boleh dilakukan dengan memasukkan
thermometer
ke dalam dubur atau meletakkannya di celah kepak.

Mata kuyu dan berair


Apabila mata ternakan kuyu atau mengeluarkan mukus yang melebihi paras biasa menandakan
ternakan sedang sakit. Ternakan yang sihat mempunyai mata yang bersinar.

Tidak aktif
Jika ternakan sering duduk atau baring, sukar berjalan atau berjalan dalam keadaan tidak
seimbang
dan sering tertinggal daripada kumpulannya, ini menunjukkan ternakan tersebut sedang sakit.
Gangguan ini akan menyekat pergerakkanya dan menjadikan ternakan tidak aktif.

Pengeluaran hasil berkurangan


Pengeluaran susu, telur atau keupayaan membuat kerja yang menurun adalah simtom ternakan
sakit. Simtom ini dapat dikesan jika penternak membuat catatan pengeluaran harian.

Bulu kasar dan kusut


Ternakan yang sihat mempunyai bulu yang kemas, berkilat dan bersih. Ternakan yang
mempunyai
bulu yang kusut dan kasar biasanya mengalami gangguan jangkitan cacing atau kekurangan
mineral
dalam makanan.

Penurunan berat badan


Penurunan berat badan dapat dikesan apabila timbangan dibuat dan dicatatkan. Penurunan
berat
badan yang berterusan atau mendadak menandakan ternakan sedang sakit.

Punca penyakit ternakan


1. Serangan pathogen dan parasit
Parasit ialah organisma yang menumpang hidup dan mendapat faedah daripada perumah.
Parasit terdapat dalam dua bentuk iaitu Endoparasit dan Ektoparasit.
a. Endoparasit
Endoparasit ialah organisma yang hidup dalam badan ternakan terutama pada sistem
pencernaan. Endoparasit boleh menyerang usus, hati, peparu, pembuluh darah dan sistem
pencernaan ternakan.
Terdapat empat kumpulan endoparasit yang sering menyerang ternakan ruminan iaitu :
i. nematod seperti Hemonchus contortus
ii. sestod (cacing pita) seperti Hemoniesia expansa
iii. trematod seperti Faciola sp
iv. protozoa seperti koksidia dari sepsis Eimeria zurnii
b. Ektoparasit
Ektoparasit pula ialah organisma yang terdapat pada kulit dan memudaratkan ternakan
yang dijangkiti. Antara kesan jangkitan ektoparasit ialah berat badan menurun.
Patogen ialah mikroorganisma yang hidup secara pasif pada ternakan. Contoh patogen ialah
bacteria, virus, protozoa dan kulat.

Sumbangan:
11 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
2. Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien akan menyebabkan kurang daya ketahanan badan dan akhirnya
menyebabkan penyakit.
Ternakan memerlukan makronutrien dalam jumlah yang lebih besar berbanding mikronutrien.

3. Kecederaan fizikal
Kecederaan fizikal disebabkan oleh :
a. pemangasaan sejenis
b. serangan binatang liar
c. terjatuh
d. tertusuk benda tajam
Kecederaan fizikal yang biasa dialami ialah luka kulit luar. Ternakan yang mengalami
kecederaan
fizikal yang tidak serius perlu diasingkan daripada kumpulan sehingga sembuh.

4. Kecacatan kongenital
Kecacatan konginetal atau cacat sejak lahir meliputi kecacatan bentuk tubuh, bilangan
anggota yang abnormal dan kebutaan. Kecacatan konginetal juga disebabkan oleh
kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom semasa peringkat janin. Ternakan ini tidak
ekonomik untuk diternak dan perlu dihapuskan.

5. Pencemaran makanan dan minuman


Makanan dan minuman yang tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada
ternakan. Pencemaran makanan boleh disebakan oleh bahan beracun semula jadi seperti
keracunan mimosin, hydrogen sianida dan oksalat atau anasir luar.

Pencegahan dan pengawalan penyakit


Penyakit perlu dicegah dan dikawal supaya tidak merebak dan menjadi wabak. Langkah pencegahan
dan pengawal penyakit yang boleh diambil ialah :
1. Kuarantin
Kuarintin ialah menahan sementara atau mengasingkan ternakan yang dibawa masuk
daripada negara asing ke dalam satu tempat khas untuk mencegah kemasukan penyakit
eksotik ke Malaysia.
Antara penyakit eksotik yang sangat dilindungi ialah antraks, rabies, rinderpest, equine
ensefalitis dan sebagainya.
Kuarantin dijalankan ke atas semua jenis haiwan import kecuali daripada negara Brunei,
Singapura, United Kingdom, Eire, Northern Ireland, Australia dan New Zealand.
Bidang kuasa kuarantin dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian
Pertanian Malaysia.

2. Penghapusan
Jika serangan agak kronik ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan. Penghapusan
dilakukan secara membunuh dan bangkai ditanam atau dibakar dalam insinerator bagi
mengelakkan patogen merebak kepada ternakan lain.

3. Pemvaksinan
Pemvaksianan ialah pemberian vaksin kepada ternakan. Vaksin ialah suatu bahan antigen
yang digunakan untuk merangsang perkembangan antibody bagi memberikan keimunan
terhadap penyakit tertentu.
Vaksin dihasilkan daripada kultur bacteria atau virus yang telah hilang kemudaratannya tetapi
sifat antigen masih dikekalkan.
Pemvaksinan boleh dijalankan secara :

Sumbangan:
12 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
a. pemberian melalui mulut
b. calaran pada otot
c. suntikan subkuteneus
d. dicampur dalam makanan
Pemvaksinan digunakan untuk mengawal :
a. penyakit kuku dan mulut
b. Salmonelosis
c. Brucelosis
d. Puru
e. Sampar
f. Bronkitis

4. Penggunaan baka yang resistan


Setiap baka ternakan mempunyai ketahanan tersendiri terhadap iklim, patogen dan parasit.
Jika baka import hendak digunakan, sebaiknya baka ini dikacukkan dengan baka tempatan
untuk menghasilkan baka yang resistan kepada halangan yang sedia ada.

5. Pengawalan vektor
Vektor ialah organisma seperti lalat, tikus, lipas dan burung yang membawa mikroorganisma
berparasit. Akibatnya penyakit akan berjangkit daripada seekor ternakan kepada ternakan
yang lain atau kepada manusia.
Kawalan vektor dijalankan dengan mengamalkan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan
ubat pencegah.

6. Amalan sanitasi
Amalan sanitasi atau menjaga kebersihan hendaklah dilakukan pada peringkat sebelum
memasukkan ternakan, semasa menternak dan selepas musim menternak
a. Sebelum memasukkan ternakan
Reban, peralatan dan ruang yang boleh dijadikan perumah oleh parasit atau patogen
hendaklah dibersihkan. Selepas dibersihkan jalankan program pembasmian kuman.
b. Semasa menternak
Reban sentiasa bersih daripada tinja, air kencing atau sisa makanan. Air kencing dan
tinja haiwan akan membebaskan gas ammonia dan hydrogen sulfid yang boleh
menganggu sistem pernafasan. Sisa makanan juga boleh menarik perhatian haiwan
pembawa penyakit seperti tikus dan lalat.
c. Selepas musim menternak
Bersihkan reban daripada tinja, sisa makanan dan kotoran lain. Peralatan yang telah
digunakan, dibersihkan dan disimpan dalam satu tempat simpanan.
7. Penakaian
Penakaian ialah pengasingan ternakan berpenyakit daripada kelompok ternakan
(mengelakkan penyakit berjangkit).

8. Pemberian makanan seimbang


Makanan yang diberikan mestilah mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang
betul. Apabila ternakan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, tubuh badannya akan
dapat menghasilkan antibody untuk melawan penyakit.

Bahan untuk merawat penyakit


Ternakan yang sakit perlu menerima rawatan dengan segera. Tindakan ini boleh mengelakkan penyakit
ternakan daripada menjadi kronik dan mengakibatkan kematian.
Kaedah rawatan meliputi :
1. Antiseptik
Antiseptik merupakan bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan bacteria
penyebab penyakit. Antiseptik digunakan secara luaran dan dalaman.

Sumbangan:
13 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Antiseptik luaran digunakan untuk merawat luka atau kudis (iodin dan benzyl benzoate).
Antiseptik dalaman pula digunakan untuk merawat infeksi usus dan urinary.
2. Antibiotik
Antibiotik ialah sebatian kimia hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bacteria bagi tujuan
menghalang pertumbuhan mikrob lain.
Antibiotik digunakan sebagai dadah terapi, mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit
yang teruk dan bahan penggalak pertumbuhan ternakan.
Antibiotik boleh diberikan secara suntikan atau sebagai bahan aditif dalam makanan.
3. Racun cacing
Racun cacing atau anthehelmintik perlu diberikan bagi kawalan serangan cacing terhadap
ternakan khasnya yang meragut bebas. Contoh seperti albendazol, fenbendazol, ivermektin
dan levamisol.
Terdapat lima kaedah pemberian iaitu :
a. pemberian secara mulut
Dilakukan sebelum musim hujan, awal musim kemarau, ternakan bunting 4 bulan dan
anak berumur 4-6 minggu. Alat yang digunakan ialah drenching gun dan kaedah ini
sesuai bagi perladangan komersial dalam sistem feed lot.
b. suntikan melalui kulit atau otot
Alat yang digunakana ialah jarum suntikan yang diisi dengan racun cacing.
c. Aditif dalam bahan makanan
Racun cacing atau vaksin pencegah cacing dicampurkan dalam bahan makanan
ternakan.
Aditif akan dicampur ke dalam konsentrat bagi tujuan mengelakkan kerosakkan,
menambah vitamin dan mineral serta mengawal jangkitan penyakit.
d. Genut
Genut yang mengandungi racun cacing diikat pada pokok dalam kawasan ternakan
meragut. Ternakan akan menjilat genut untuk mendapatkan garam dan pada masa yang
sama menelan racun cacing.
Kaedah ini sesuai digunakan bagi kawasan sistem ekstensif dan perladangan komersial.
e. Kapsul lepas lambat
Racun cacing yang terkandung dalam kapsul diberikan melalui mulut dan masuk ke dalam
sistem pencernaan ruminan. Kapsul akan hadam dan racun cacing yang terkandung di
dalamnya akan membunuh cacing secara perlahan.
f. Racun parasit luar
Racun parasit luar ialah bahan kimia ayang digunakan untuk mengawal dan membunuh
endoparasit . Penggunaan racun parasit luar boleh dilakukan secara :
i. semburan
ii. celupan
iii. sapuan
iv. suntikan
v. mandian
Contoh racun parasit luar ialah Retenone, benzyl benzoate, Asuntol dan BHC (benzin
Heksaklorida).

Sumbangan:
14 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
1.5 Genetik
Genetik ialah kajian tentang baka dan ciri organisma diwarisi. Ciri yang boleh diwarisi
terkandung di dalam gen. Gen ialah sebahagian juzuk daripada sel dalam benda hidup
yang menentukan baka.
Apabila sepasang ternakan menjalani program pembiakbakaan, anak yang akan
dilahirkan mengandungi gen kedua-dua induknya.

1.5.1 Ciri Ternakan yang Dikehendaki


Pembiakbakaan ternakan dilakukan untuk memperoleh ternakan yang mempunyai ciri-ciri
yang dikehendaki. Antara ciri-ciri ternakan yang dikehendaki ialah :
1. Cepat membesar
Ternakan perlu membesar dalam masa yangs ingkat. Ini dapat mengurangkan kos
makanan dan penjagaan. Ciri ini juga membolehkan ternakan cepat dipasarkan dan
tempoh pusingan penternakan disingkatkan.
2. Cepat megeluarkan hasil
Ciri ternakan yang baik adalah cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan
telur.
Contoh lembu tenusu akan mula mengeluarkan hasil susu selepas beranak pertama.
Tempoh masa beranak pertama dan selang masa beranak yang singkat
menunjukkan lembu ternakan yang dikehendaki.
3. Berupaya melahirkan banyak anak
Keupayaan melahirkan banyak anak, kadar bunting, peratus kematian anak semasa
dilahirkan rendah dan tempoh bunting semula yang cepat ciri baka baik yang perlu
dipertimbangkan.
4. Hasil tinggi
Hasil yang tinggi meliputi pengeluaran daging, susu atau telur. Baka yang
menghasilkan berat dewasa yang tinggi akan menjadi keutamaan pilihan.
5. Hasil berkualiti
Hasil karkas (meliputi bahagian yang boleh dimakan, nisbah daging dengan tulang
dan jumlah daging yang dihasilkan) yang tinggi adalah ciri yang perlu diutamakan.
Contoh hasil telur yang berkualiti dapat ditentukan melalui ciri luaran dan mutu isi
telur.
6. Kecekapan penukaran makanan yang baik
Ternakan yang mempunyai kecekapan penukaran makanan yang baik secara tidak
langsung telah menjimatkan kos pengeluaran penternak. Ini kerana makanan
ditukarkan kepada bentuk hasil seperti telur, daging dan susu.
7. Resistan terhadap penyakit
Baka ternakan yang baik semestinya resistan terhadap penyakit terutamanya
penyakit yang disebakan oleh serangan parasit. Baka Brahaman, LID dan
Draughtmaster baka yang resistan terhadap endoparasit.
8. Toleran terhadap persekitaran
Tekanan persekitaran seperti pancaran cahaya matahari yang berlebihan, tekanan
haba serta suhu dan kelembapan tinggi memerlukan baka tertentu untuk diternak.
Contoh baka kambing Saanen toleran terhadap cahaya matahari berlebihan, baka
lembu Kedah-Kelantan toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi.

Sumbangan:
15 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
1.5.2 Memperbaiki Baka yang Sedia Ada
Dalam usaha memperbaiki baka yang sedia ada, terdapat dua kaedah pembiakbakaan yang lazim
digunakan oleh penternak. Kaedah tersebut ialah :

1. Pembiakbakaan kacuk
Pembiakbakaan kacuk ialah pembiakan antara ternakan daripada dua baka yang berlainan.
Contoh lembu baka Bos indicus dikacukkan dengan baka Bos taurus untuk mendapatkan
genotip gabungan daripada kedua-dua baka.
Kelebihan pembiakbakaan kacuk ialah :
a. menghasilkan anak yang mempunyai pencapaian yang lebih baik daripada induk
b. menghasilkan anak yang mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding
purata prestasi induk. Keadaan ini dipanggil heterosis
c. mempunyai ciri kemandirian yang lebih tinggi.

2. Pembiakbakaan seturunan
Pembiakbakaan seturunan ialah pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya.
Hasil daripada pembiakbakaan seturunan, anak akan mewarisi 50% genotip F1, 75% genotip
induk pada generasi F2, 87.25% genotip induk pada generasi F3, 93.7% genotip induk pada
generasi F4. Akhirnya 98.87% genotip pada generasi F5.
Kelebihan pembiakbakaan seturunan ialah :
a. mengekalkan ciri dalaman baka
Setelah kacukan seturunan sebanyak lima generasi genotip asal hampir diperolehi secara
tidak langsung ciri dalaman baka telah dapat dikekalkan
b. mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
Melalui pembiakbakaan seturunan generasi F5 mempunyai ciri luaran seragam kerana
genotip yang terkandung adalah menyamai antara satu sama lain
Kekurangan pembiakbakaan seturunan ialah :
a. pengurangan kecergasan
Oleh kerana pembiakan ini melibatkan keluarga rapat, anak daripada generasi berikutnya
mengandungi genotip yang resesif. Gen resesif ini akan menyebabkan pengurangan
kecergasan terhadap anak-anak yang dilahirkan.
b. penurunan keupayaan membiak
Pembiakbakaan seturunan juga akan menyebabkan keupayaan membiak yang semakin
menurun. Fenomena ini disebabkan oleh gen yang diwarisi oleh anak pada generasi
berikutnya.

1.5.3 Pembiakan Ternakan


Haiwan mempunyai sistem pembiakan yang berlainan berdasarkan jantina. Haiwan jantan
menghasilkan sperma dan betina menghasilkan ovum.

Sistem pembiakan jantan

Organ Fungsi
Testis Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis
Mengeluarkan hormone testoteran
Skrotum Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis
Epididimis Menatang, memekat dan menyimpan sperma
Sebagai saluran keluar sperma daripada testis
Vas deferens Sebagai salur keluar sperma daripada epididimis
Pundi sperma Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan
sperma
Sumbangan:
16 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Kelenjar prostat Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral
Kelenjar Cowper Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan ureta
Uretra Saluran keluar semen
Zakar Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina

Sistem pembiakan betina

Organ Fungsi
Ovari Mengeluarkan ovum
Mengeluarkan hormon estrogen dan progestron
Oviduktus Menghubungkan uterus dengan ovari
Menerima ovum
Tanduk rahim Tempat ovum yang tersenyawa bergerak ke uterus
Uterus Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan
Menampung perkembangan zaigot
Menyediakan nutrien untuk perkembangan zaigot
Merembes hormone prostaglandin
Serviks Menyalurkan sperma ke dalam uterus
Saluran kelahiran anak
Mengeluarkan lender semasa estrus
Tempat pemancutan semen
Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting
Faraj Menyalurkan semen
Saluran kelahiran
Vulva Mengelilingi bukaan faraj dan uretra

Tanda biang
Biang atau estrus ialah fasa kesediaan betina untuk dikahwini. Tanda estrus pada lembu betina dapat
dikesan melalui perlakuan dan keadaan faraj.
Tanda biang yang diperlihatkan melalui pelakuan ialah :
1. Membenarkan dirinya dipanjat
Pada kebiasaannya pada peringkat kemuncak estrus, lembu akan berdiri setempat dan membiarkan
dirinya di panjat.
2. Kerap kencing
Lembu betina akan kerap kencing walaupun kuantiti urinya sedikit.
3. Sentiasa menegakkan ekor
Lembu yang estrus akan kerap menegakkan ekornya.
4. Mengasingkan diri
Lembu yang estrus akan mengasingkan diri daripada kumpulannya
5. Kurang selera makan
Selera makan lembu estrus akan berkurangan sehingga peringkat akhir estrus.
6. Gelisah dan membising
Lembu yang estrus akan kelihatan gelisah dan sentiasa membising memanggil pasangannya.
Tanda biang yang diperlihatkan melalui keadaan faraj ialah :
1. Pengeluaran mukus
Lendir atau mukus akan sentiasa meleleh keluar daripada faraj dan bertukar menjadi pekat.
2. Vulva merah dan bengkak
Vulva lembu yang estrus akan menjadi merah dan membengkak

Teknik pembiakan
Haiwan dapat dibiakan secara in-vivo atau in-vitro. In-vitro ialah kaedah pembiakan yang
menggunakan radas makmal dan boleh dilakukan di luar uterus.
Pembiakan secara in-vitro memerlukan kepakaran manusia untuk melakukannya.
Sumbangan:
17 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Teknik pembiakan in-vitro merangkumi permanian beradas, pemindahan embrio dan persenyawaan
luar-pemindahan embrio (IVF-ET).
Teknik pemindahan embrio
Teknik pemindahan embrio ialah embrio dipindahkan daripada penderma terpilih dan dimasukkan ke
dalam uterus penerima untuk dibuntingkan.
Teknik IVF-ET
Teknik IVF-ET ialah oosit diambil daripada uterus dan disenyawakan di dalam makmal. Setelah
berkembang, embrio akan dimasukkan ke dalam uterus betina terpilih untuk dibuntingkan.

Pengawanan semula jadi


Pengawanan semula jadi atau in-vivo ialah penjantan dan betina induk dibiarkan bersama semasa
tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.
Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan.
Kelebihan
a. Tidak memerlukan kepakaran manusia
Kepakaran manusia tidak diperlukan untuk menjalankan proses permanian kerana pejantan
dan betina akan melakukannya sendiri.
b. Penternak tidak perlu mengesan estrus
Pejantan akan mengesan lembu betina yang estrus dan terus menjalankan pengawanan
semula jadi.
Kelemahan
a. Baka pejantan terpilih sukar ditentukan
Oleh kerana pengawanan semula jadi ini tiada pengawasan baka pejantan terpilih yang
dikehendaki adalah sukar untuk ditentukan.
b. Kadar pejantan dengan betina terhad
Kemampuan sekor pejantan untuk mengawan dengan betina adalah terhad mengikut faktor
masa. Pejantan diperlukan dengan banyak jika bilangan betina adalah banyak.
c. Boleh menimbulkan kerakusan pejantan yang menyebabkan kecederaan betina
Pengawanan semula jadi boleh menjadikan pejantan rakus dan mengakibatkan kecederaan
kepada induk betina.
d. Seekor pejantan hanya dapat melakukan proses permanian pada seekor betina pada
satu masa.
Jika bilangan betina banyak proses pemanian semula jadi memerlukan masa yang panjang
e. Data pembiakan sukar ditentukan
Oleh kerana pejantan bebas bergaul dengan induk betina, pengawanan semula jadi berlaku
dengan bebas dan data pembiakan sukar ditentukan
f. Penghasilan baka baru memerlukan kos yang tinggi terutama melibatkan baka luar
negeri
Penternak perlu menanggung kos untuk membeli, membawa dan meyelenggara baka pejantan
import.

Permanian beradas
Permanian beradas ialah satu kaedah pembiakan dengana cara menyuntik semen daripada pejantan
terpilih ke dalam uterus induk terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette / French Gun.
Permanian beradas memberi banyak kelebihan, antaranya ialah :
a. Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan
Anak yang dilahirkan dapat dikenalpasti keturunannya dan sifat-sifat yang dikehendaki juga
dapat ditentukan.
b. Baka baru dapat dihasilkan dengan lebih mudah dam murah
Oleh sebab semen boleh didapati secara beku, semen dari pejantan terpilih yang mungkin
didapati di luar negara dapat disuntik ke uterus betina tempatan.
c. Mengurangkan masalah kecederaan induk betina akibat kerakusan baka pejantan
d. Kos pengenadalian murah

Sumbangan:
18 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Melalui kaedah ini, baka pejantan tidak perlu disimpan, hanya memadai menyimpan semen
beku.
e. Penggandaan pembiakan lebih cepat berlaku.
Semen beku daripada seekor pejantan dapat disuntik kepada beberapa ekor betina pada satu-
satu masa.
Walaupun begitu teknik ini masih mempunyai kelemahan, antaranya ialah :
a. Memerlukan kemahiran teknik menyuntik
Kemahiaran ini faktor penentu kejayaan kaedah ini.
b. Memerlukan kemahiran memerhatikan estrus.
Esterus berlaku dalam tempoh yang singkat antara 8 hingga 12 jam.
c. Sesetengah kecacatan baka pejantan hanya dapat dikesan setelah semennya digunakan
untuk beribu betina.

Amalan permanian beradas melibatkan dua proses utama iaitu persediaan semen dan penyuntikan
semen.
Penyediaan semen melibatkan beberapa langkah iaitu :
1. Penyediaan semen
Semen ialah lendir yang dipancutkan oleh pejantan semasa ejakulasi. Semen berwarna
kekuningan, likat dan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bersel (sperma) dan bahagian
cecair.
Kuantiti semen bagi setiap ejaklulasi bergantung kepada jenis haiwan, tahap kesuburan dan tahap
kesihatan.
a. Mengumpul semen
Terdapat dua acara mengumpul semen daripada pejantan terpilih
i. mengurut
Pengumpul semen perlu memasukkan tangan ke dalam usus hujung dan mengurut pundi
sperma sehingga ejakulasi berlaku. Teknik mengurut kelenjar vaskular sesuai untuk
ternakan
keceil seperti ayam
ii. Menggunakan faraj palsu
Faraj palsu terdiri daripada suatu silinder getah keras berukuran 35 hingga 40 cm.Pada
bahagian dalamnya disaluti dengan lapisan getah lembut. Pada satu hujung faraj palsu
disediakan silinder pengumpul.
Faraj palsu perlu dipam sehingga saiznya sesuai dengan saiz zakar pejantan. Air suam
42 45 C diisikan supaya suhu dalam faraj palsu menyamai suhu dalam faraj.
iii. Diagnos mutu semen
Diagnos ialah proses mengenal pasti kualiti semen dan dapat dikesan melalui :
a. pemeriksaan status kualiti fizikal semen
sukat isipadu semen yang dikumpulkan
bandingkan warna semen - terima semen berwarna kelabu, putih, krim dan kuning
uji kelikatan semen- terima semen yang alirannya sederhana perlahan, perlahan dan
sangat perlahan
uji kandungan pencemaran
periksa morfologi sperma- terima sperma normal
b. mengira peratus sperma hidup
pemeriksaan dan penilaian motaliti semen hidup sperma pada suhu 37 C
pemeriksaan dan penilaian motaliti semen pada suhu 4 C
pemeriksaan dan penilaian motaliti semen beku

b. mencairkan semen
Semen yang telah dikumpul perlu dicairkan sebelum disimpan atau disuntik kepada induk
betina.
Tujuan mencairkan semen ialah untuk mendapatkan isipadu semen yang lebih banyak dan
cairan
Sumbangan:
19 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
yang sesuai untuk permanian.
Semen yang dicairkan dengan menggunakan bahan seperti :
@ pencair sitrat kuning telur
@ pencair posfat kuning telur
@ susu segar
@ santan kelapa
Pemilihan bahan yang digunakan sebagai pencair adalah berdasarkan :
# berdaya mengekalkan keupayaan persenyawaan bagi jangka masa lama
# mudah dan murah untuk disediakan
# mudah didapati
# tidak memberi kesan negatif terhadap induk betina

i. Bancuhan dengan karioawetan


Semen yang diterima mestilah melebihi 115.6 juta sperma bagi setiap satu ml. Oleh itu
semen
perlu dicairkan dengan bahan khas supaya setiap straw semen terisi 0.25 ml atau 0.5 ml
semen
yang mengandungi 23 juta sperma. Semen disukat menggunakan alat hemositometer.

c. Menyimpan semen
i. Mengisi semen ke dalam straw
Semen boleh diisi ke dalam straw secara manual, semi automatik dan automatik. Straw yang
telah diisi dicetak pengenalannya seperti nama pejantan, no kod pejantan, tarikh
pengeluaran.
ii. Kariobekuan dalam cecair nitrogen
Semen yang telah diisi ke dalam straw dimasukkan ke dalam blok aluminium dan direndam
dalam
cecair nitrogen yang bersuhu -120 C selama sembilam minit. Selepas semen membeku
keluarkan dan simpan dalam tangki nitrogen yang bersuhu -196C.
d. Penyuntik semen
Penyuntikan semen ialah proses memasukkan semen ke dalam serviks.
i. Pemilihan induk betina
Induk betina yang dalam keadaan estrus dikenal pasti Kemudian induk itu dipasungkan.
ii. Mengenyah beku semen
Proses mengenyah beku ialah proses mengeluarkan semen sejukbeku daripada tangki cecair
nitrogen dan dibiarkan semen dalam straw mencair semula. Proses ini dilakukan dengan
merendam semen beku ke dalam air suam bersuhu 35 C. Selepas semen cair, masukkan
straw
ke dalam pistolette
iii.Menyuntik semen ke dalam serviks
Masukkan tangan kiri ke dalam dubur lembu betina sehingga kedudukan serviks
dapat dikesan
Apabila kedudukan serviks telah dikenal pasti rasa dengan jari kedudukan uterus dan
tanduk uterus
Bersihkan bibir faraj
Masukkan pistolette ke dalam faraj menggunakan tangan kanan dengan
kecondongan
30 sehingga hujung pistolette terkena serviks
Suntik semen perlahan-lahan ke bahagian uterus dan bahagian tengah serviks
Bersihkan semua peralatan selepas diguna
Lepaskan lembu daripada pasung dan beri makanan kepadanya.

BAB 2 PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN


Sumbangan:
20 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
2.1 Perladangan Sebagai Suatu Perladangan
Perladangan ialah suatu perusahaan untuk mengeluarkan hasil pertanian. Kejayaan perladangan
dipengaruhi oleh faktor modal, pekerja, tanah, teknologi dan pengurusan.
Perniagaan ialah satu urusan yang melibatkan penjualan atau pembelian barangan dan perkhidmatan
untuk mendapatkan keuntungan maksimum dan memenuhi tanggungjawab social.
Oleh itu perladangan sebagai perniagaan melibatkan pengurusan aktiviti pertanian yang melibatkan
penjualan, pembelian dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan maksimum.

2.1.1 Prinsip Pengurusan Ladang


Empat langkah dalam prinsip pengurusan ladang ialah :

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

PENGAWALAN

PENILAIAN

Perancangan
Perancangan adalah proses menentukan matlamat, membuat jangkaan masa hadapan dan merangka
strategi bagi mencapai matlamat atau menghadapi risiko.
Perancangan penting dalam perniagaan untuk mengekalkan daya saing, mengkaji kelemahan dan
kekuatan organisasi ladang, menyediakan pelan tindakan alternatif serta menggunakan sumber
organisasi dengan efisien.
Empat langkah membuat perancangan :

LANGKAH 1
Menetapkan objektif, contoh : sara diri atau komersial

LANGKAH 2
Mentaksir kedudukan semasa prospek perladangan
Mengkaji : kehendak pengguna, harga pasaran, persaingan, permintaan

LANKAH 3
Mentaksir keadaan persekitaran ; keadaan cuaca, bentuk muka bumi, bekalan tenaga buruh,
infrastruktur, kestabilan polotik

LANGKAH 4
Merangka pelan tindakan ; setelah selesai menjalankan langkah 1, 2 dan 3 pelan tindakan perlu
dirangkan supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Pelaksanaan
Pelaksanaan adalah proses mengaplikasi aktiviti yang telah dirancang. Perkara yang penting samasa
pelaksanaan adalah pemerolehan sumber pengeluaran yang mencukupi pada masa dan tempat yang
sesuai.

Sumbangan:
21 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Pengawalan
Pengawalan adalah proses memastikan sumber pengeluaran dan aktiviti dirancang serta diguna secara
tetap. Tujuan pengawalan ialah untuk mencapai matlamat organisasi di samping mencegah dan
memperbetulkan sebarang penyelewengan. Pengawalan dilakukan dengan memeriksa rekod fizikal dan
rekod kewangan ladang.
Proses pengawalan dapat digambar seperti rajah di bawah

Menilai prestasi Tindakan pembetulan dan


Pencegahan
penyelewengan
Menentukan piawai

Kajian semula piawaian Membanding dan


menganalisis

Penilaian
Penilaian adalah proses mengkaji status sesuatu projek sebelum dan selepas sesuatu bidang usaha
dijalankan. Penilaian sering dilakukan secara mengira anggaran aliran tunai. Anggaran aliran tunai
dibuat dengan mengira wang tunai yang mengalir masuk dan mengalir keluar. Aliran masuk dikenali
sebagai pendapatan dan aliran keluar disebut perbelanjaan.
Jadual di bawah menunjukkan satu contoh penilaian secara aliran tunai:

Aliran wang tunai


Tahun 0 1 2 3 4 5
Pendapatan (RM) - 7 000 7 200 7 500 8 000 8 400
Perbelanjaan (RM) ( 15 000 ) ( 5 000 ) ( 4 700 ) (4 900 ) (5 100 ) ( 5 200 )
Untung (RM) ( 15 000 ) 2 000 2 500 2 600 2 900 3 200

Daripada jadual di atas modal yang dikeluarkan oleh peladang untuk memulakan perniagaannya
ialah
RM 15 000. Pada tahun pertama, pendapatan yang diperolehi ialah RM 7 000 dan perbelanjaannya
ialah RM 4 000 . Keuntungan yang diperoleh adalah RM 2 000. Pada tahun kelima, pendapatan
peladang dan keuntungan terus meningkat kepada RM 8 400 dan RM 3 200.
Selepas membuat penilaian, peladang boleh membuat keputusan sama ada meneruskan, menukar,
membubar atau mengubahsuai bidang usaha.

2.2 Perancangan Untuk Memulakan Ladang


Perancangan untuk memulakan ladang merangkumi penyediaan belanjawan bidang usaha dan
rancangan operasi ladang seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Sumbangan:
22 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Perancangan Memulakan Ladang

Merancang Belanjawan Merancang Operasi Ladang

Mengkaji Harga Pasaran Hasil Menyedia Pelan Susun Atur Ladang

Mengenal pasti Sumber Pengeluaran Menyedia Jadual Kerja

Menentukan Kos Sumber Pengeluaran Menyedia Rekod Fizikal dan Kewangan

Menyediakan belanjawan adalah tugas utama yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu
bidangusaha. Belanjawan yang telah disediakan perlu dipatuhi sedapat mungkin mengikut keuntungan
yang dianggar dapat dicapai. Apabila sesuatu bidang usaha itu telah dilaksanakan, pengusaha perlu
menganalisis dan membandingkannya dengan data kewangan sebenar untuk menilai prestasi bidang
usahanya.

2.2.1 Belanjawan Bidang Usaha


Belanjawan ladang ialah rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya
bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan maksimum.
Belanjawan ladang juga merupakan perancangan yang menunjukkan perbelanjaan pendapatan,
keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur.
Seseorang peladang yang menyediakan belanjawan akan mendapat faedah seperti :
Membuat perbandingan anatara beberapa alternative bidang usaha
Membuat perkiraan yang lebih sistematik
Mengelakkan sesuatu perkara penting tertinggal
Mengawal kewangan bidang usaha
Mengurangkan risiko kerugian
Menganggar kesan sesuatu teknologi atau tindakan dan seterusnya membantu peladang
memilih teknologi atau tindakan yang sesuai.

Maklumat Yang Perlu Untuk Menyediakan Belanjawan Ladang


Sebelum menyediakan belanjawan, pengusaha perlu menentukan beberapa maklumat yang berkaitan
dengan perbelanjaan dan pendapatan.

1. Harga pasaran beberapa hasil


Pengusaha perlu mendapatkan harga pasaran beberapa hasil di pelbagai peringkat pemasaran seperti
harga di ladang, harga borong dan harga runcit.Harga pasaran boleh diperoleh daripada beberapa
agensi seperti Pertubuhan Peladang kawasan (PPK), Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA)
serta pemborong dan pengguna.

2. Sumber pengeluaran yang ada


Sumber pengeluaran terdiri daripada tanah, pekerja, modal dan pengurusan. Setiap sumber
pengeluaran perlu ditentukan cara perolehan atau pemilikan, kos yang ditanggung dan cara mengatasi
sumber yang terhad.

TANAH PEKERJA

Sumbangan:
23 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
FAKTOR PENGELUARAN

MODAL PENGURUS

Tanah merupakan kawasan atau ruang yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu bidang usaha
perladangan. Tanah diperlukan bagi penyediaan tapak semaian, kawasan penanaman, premis
pentadbiran, kandang ternakan, kilang dan pelbagai infrastruktur. Tanah boleh dibeli, meyewa atau
memohon tanah kerajaan.
Pekerja merujuk kepada usaha manusia secara fizikal atau mental yang terlibat dalam proses
pengeluaran. Buruh terbahagi kepada kumpulan mahir, separa mahir dan tidak mahir. Sumber buruh
boleh diperoleh daripada keluarga, buruh tempatan atau buruh asing.
Modal ialah sumber kewangan atau asset yang digunakan untuk membantu proses pengeluaran.
Modal merangkumi bahan mentah, stok yang dimiliki, wang, bangunan, mesin dan jentera.
Pengurusan ialah pihak yang mentadbir dan mengambil risiko daripada perancangan perniagaan yang
telah disediakan.
Pengurus yang efektif mestilah mempunyai ciri-ciri seperti :
Sanggup bekerja lebih masa
Bijak mengenal dan merebut peluang peka terhadap peluang perniagaan dan sentiasa
bersikap kreatif dan inovatif
Berpandangan jauh berada selangkah di hadapan daripada pesaingnnya untuk melihat
potensi dan peluang perniagaan yang ditinggalkan oleh orang lain
Berkebolehan mengurus mempunyai tahap ilmu mengurus yang tinggi
Tegas dan berdisiplin tegas dan mengikut peraturan serta bersungguh-sungguh dalam
melakukan kerja

3. Kos sumber pengeluaran


Kos setiap sumber pengeluaran ditentukan mengikut cara perolehan seperti sewa, beli, pinjaman atau
berkongsi.
Jadual di bawah adalah contoh kos sumber pengeluaran mengikut cara perolehan.

Sumber pengeluaran Cara perolehan Kos


Sewa RM 2 000.00 / musim
Tanah Beli RM 100,000.00 / hektar
Pinjaman institusional 7 % setahun
Modal Sendiri -
Berkongsi -
Gaji bulanan RM 500. 00
Pekerja Upah tenaga hari RM 15.00 / tenaga hari

Menghitung anggaran pendapatan


Anggaran pendapatan ialah pendapatan yang dijangkakan akan diperoleh oleh peladang bagi satu
jangka masa pengeluaran. Angggaran pendapatan dikira berdasarkan rumus berikut :

Anggaran pendapatan
= angggaran hasil diperoleh x harga seunit

Contoh Pengiraan Anggaran Pendapatan :


Bidang usaha : Timun
Keluasan : 1 hektar
Angggaran hasil : 22 000 kg/hektar
Anggaran harga : RM 0.40 /kg
Sumbangan:
24 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Angggaran pendapatan = anggaran hasil diperoleh x harga seunit
= 22 000 kg x RM 0.40
= RM 8 800.00

Menghitung anggaran perbelanjaan


Anggaran perbelanjaan ialah kos yang dijangkakan dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang
usaha. Anggaran pendapat meliputi kos tetap dan kos berubah.
Kos berubah ialah kos yang beubah secara langsung dengan tingkat output. Kos berubah akan menjadi
sifar apabila pengeluaran ladang dihentikan.
Kos tetap merupakan bayaran terhadap penggunaan input tetap. Kos tetap mesti ditanggung oleh
peladang walaupun pengeluaran dihentikan.
Anggaran perbelanjaan dikira berdasarkan rumus berikut :
Anggaran perbelanjaan = kos berubah + kos tetap
Jadual di bawah menunjukkan kos berubah dan kos tetap bagi bidang usaha tanaman timun sehektar.

Kos berubah
Item Kuantiti Harga seunit Amaun (RM)
Kos bahan input
(a) Biji benih 1.5 kg 100.00 150.00
(b) Baja tahi ayam 5 tan 120.00 600.00
(c) Baja NPK 12:12:17:2 20 beg 43.00 860.00
(d) Kapur 3 tan 100.00 300.00
(e) Racun perosak
(f) Plastik Silver Shine 40 gulung 70.00 2 800.00
(g) Kayu penyokong 650 batang 2.00 1 300.00
(h) Dawai no. 10 3 gulung 100.00 315.00
(i) Dawai no. 18 15 gulung 43.00 645.00
Jumlah 7 367.00

Kos Input tenaga hari (th) / RM 15.00


15.00
(a) Penyediaan tanah dan batas Kontrak 230.00
(b) Merata dan membaiki batas 6 th 90.00
(c) Menanam 8 th 15.00 120.00
(d) Membuat junjung 20 th 15.00 300.00
(e) Menyelenggara sistem 10 th 15.00 150.00
pengairan
(f) Membaja 8 th 15.00 120.00
(g) Meracun rumput 8 th 15.00 120.00
(h) Meracun serangga 12 th 15.00 180.00
(i) Menjalarkan pokok 6 th 15.00 90.00
(j) Memungut hasil 50 th 15.00 750.00
JUMLAH 2 150.00
Kos Tetap

Item Kuantiti Harga seunit (RM) Amaun (RM)


(a) Cukai tanah 15.00
(b) Susut nilai sistem pengairan 120.00 120.00
JUMLAH 135.00

Berdasarkan jadual di atas anggaran perbelanjaan bagi bidang usaha timun untuk kawasan seluas satu
hektar ialah
Sumbangan:
25 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Anggaran perbelanjaan = Kos Berubah + Kos Tetap
= Kos bahan input + kos input tenaga hari + kos tetap
= (RM 7 367.00 + RM 2 150.00 ) + RM 135.00
= 9 652.00

Menghitung keuntungan
Keuntungan ialah pendapatan yang diperoleh setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan. Keuntungan
terbahagi kepada untung kasar dan untung bersih. Cara mengira untung kasar adalah berdasarkan
rumus berikut :

Keuntungan kasar = Pendapatan Kos berubah

Contoh
Jenis bidang usaha : timun
Anggaran hasil : 20 000 kg
Anggaran harga : RM 0.50 / kg

Keuntungan kasar = Pendapatan Kos berubah


Keuntungan kasar = ( 20 000 kg x RM 0.50 /kg) - (RM 7 367.00 + 2 150.00)
= RM 10 000.00 - RM 9 517.00
= RM 483.00

Rumus untuk mengira untung bersih ialah :

Keuntungan bersih = Pendapatan Jumlah kos

Contoh
Jenis bidang usaha : timun
Anggaran hasil : 20 000 kg
Anggaran harga : RM 0.50 / kg
Kos bahan input = RM 7 367.00
Kos buruh tenaga hari = RM 2 150.00
Kos tetap = RM 135.00
Keuntungan bersih = Pendapatan Jumlah Kos
Keuntungan bersih = (20 000 kg x RM0.50/kg) (RM 7 367.00 + RM 2 150.00 + RM
135.00)
= RM 10 000.00 - RM 9 652.00
= RM 348.00

Sumbangan:
26 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Menghitung kos luar jangka
Kos luar jangka ialah perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu
ditanggung. Kebiasannya pengusaha memperuntukkan 10% daripada jumlah kos sebagai kos luar
jangka.
Kos luar jangka berkemungkinan disebabkan oleh serangan penyakit, bencana alam dan kenaikan
mendadak harga barang.

Rumus untuk mengira kos luar jangka ialah :

Kos luar jangka = 10 x Jumlah Kos


100

Contoh :
Kos luar jangka = 10 x RM 9 6 52.00 = RM 965.20
100

Menghitung pulangan setiap ringgit dilabur


Pulangan setiap ringgit yang dilabur ialah pendapatan yang diperoleh daripada setiap ringgit yang
dilaburkan oleh pengusaha.
Pulangan setiap ringgit dilabur dikira berdasarkan rumus :

Pulangan setiap ringgit dilabur = Jumlah pendapatan


Jumlah perbelanjaan

Contoh pengiraan pulangan setiap ringgit dilabur dalam bidang usaha timun
Jumlah pendapatan = (24 000 kg x RM 0.50/kg) = RM 12 000.00
Jumlah perbelanjaan = Jumlah kos + Kos luar jangka
= RM9 652.00 + RM965.20 = RM10 617.20
Pulangan setiap ringgit dilabur bidangusaha timun = Jumlah Pendapatan = 12 000 = 1.13
Jumlah Perbelanjaan = 10 617.20
Daripada contoh di atas, bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan peladang akan memperoleh
pulngan
sebanyak RM1.13.
Menyediakan belanjawan
Belanjawan ladang boleh disediakan seperti format berikut :

Item Kuantiti Harga seunit Amaun (RM)


(RM)
PENDAPATAN KASAR = HASIL X HARGA
JUMLAH
KOS BERUBAH
JUMLAH

KOS TETAP
JUMLAH
JUMLAH KOS = KOS TETAP + KOS BERUBAH
KOS LUAR JANGKA = % DIJANGKA X JUMLAH KOS
JUMLAH PERBELANJAAN = JUMLAH KOS + KOS LUAR JANGKA
KEUNTUNGAN = PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN
PULANGAN SETIAP RINGGIT DILABUR = JUMLAH PENDAPATAN
JUMLAH
PERBELANJAAN

Sumbangan:
27 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Belanjawan lengkap melibatkan anggaran perbelanjaan pendapatan dan pulangan setiap ringgit yang
dilabur bagi setiap bidang usaha yang dijalankan dalam ladang
Jadual di bawah menunjukkan satu contoh belanjawan lengkap tanaman timun bagi keluasan satu
hektar

Belanjawan bidang usaha timun sehektar


Item Kuantiti Harga seunit Amaun (RM)
(RM)
PENDAPATAN KASAR 24 000 kg 0.50 12 000.00
Kos bahan input
(a) Biji benih 1.5 kg 100.00 150.00
(b) Baja tahi ayam 5 tan 120.00 600.00
(c) Baja NPK 12:12:17:2 20 beg 43.00 860.00
(d) Kapur 3 tan 100.00 300.00
(e) Racun perosak - - 397.00
(f) Platik Silver Shine 40 gulung 70.00 2 800.00
(g) Kayu penyokong 650 batang 2.00 1 300.00
(h) Dawai no.10 3 gulung 105.00 315.00
(i) Dawai no. 18 15 gulung 43.00 645.00
JUMLAH 7 367.00
Kos input tenaga hari (th) /RM15.00
(a) Penyediaan tanah dan batas Kontrak 230.00
(b) Merata dan membaiki batas 6 th 15.00 90.00
(c) Menanam 8 th 15.00 120.00
(d) Membuat junjung 20 th 15.00 300.00
(e) Menyelenggara sistem pengairan 10 th 15.00 150.00
(f) Membaja 8 th 15.00 120.00
(g) Meracun rumpai 8 th 15.00 120.00
(h) Meracung serangga 12 th 15.00 180.00
(i) Mmenjalarkan pokok 6 th 15.00 90.00
(j) Memungut hasil 50 th 15.00 750.00
JUMLAH 2 150.00
Kos tetap
(a) Cukai tanah 15.00
(b) Susut nilai sistem pengairan RM120.00/tahun 120.00
JUMLAH 135.00
JUMLAH KOS 9 652.00
KOS LUAR JANGKA (10%) 965.20
JUMLAH PERBELANJAAN (7 367.00 + 2 150.00 + 135.00 + 965.20 ) 10 617.20
KEUNTUNGAN (RM 12 000.00 10 617.20) 1 382.80
PULANGAN SETIAP RINGGIT DILABUR = 12 000.00 = 1.13
10 617.20
Oleh itu, bidang usaha yang meberi pulangan setiap ringgit dilabur yang lebih tinggi wajar dipilih.
Belanjawan separa digunakan untuk membuat keputusan terhadap satu perubahan kecil pada bidang
usaha. Contoh dalam bidang usaha timun, pengusaha ingin menukar penggunaan dawai no. 18 kepada
tali raffia.

Item Kuantiti Harga seunit RM


(a) Dawai no. 18 3 gulung RM 105.00 315.00
(b) Tali rafia 10 gulung RM 4.50 45.00
PERBEZAAN 270.00

Daripada jadual di atas didapati penggunaan tali rafia lebih menguntungkan kerana dapat menjimatkan
perbelanjaan sebanyak RM 270.00. Walau bagaimanapun dawai no.18 boleh digunakan selama enam
kali penanaman tetapi tali rafaia terhad kepada satu atau dua kali penanaman sahaja.

2.2.2 Rancangan Operasi Ladang


Sebelum melaksanakan bidangusaha, rancangan operasi ladang hendaklah dibuat dahulu. Rancangan
operasi ladang meliputi penyediaan pelan susun atur ladang, jadual kerja dan format rekod berkaitan.

Pelan susun atur ladang


Sumbangan:
28 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Pelan susun atur ladang ialah satu lakaran untuk menggambarkan kedudukan bagunan, kawasan
tanaman dan infrastruktur lain di ladang. Susun atur ladang ditentukan berdasarkan lokasi, keperluan
dan pengendalian trafik.

Menyediakan jadual kerja


Jadual kerja ialah satu bentuk panduan melaksanakan kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Jadual kerja mengandungi maklumat jenis kerja, tarikh mula, tarikh tamat, tindakan dan catatan.

Menyediakan format rekod berkaitan


Peladang perlu menyediakan rekod fizikal dan kewangan untuk mengawal operasi ladangnya.
Penyediaan rekod ladang berguna untuk :
Merancang susunan ladang pada masa hadapan
Rekod, input, penggunaan tenaga buruh dan hasil pengeluaran beguna untuk peladang
menyesuaikan
sesuatu bidang usaha, mengurus tanah dan penjadualan kerja dengan lebih cekap.
Petunjuk kemajuan ladang
Prestadi ladang dapat dikesan daripada data rekod ladang dan peladang dapat mengenal pasti
kelemahan atau kekuatan yang terdapat dalam pengfurusan operasi ladangnya.
Sokongan mendapatkan pinjaman
Peladang yang ingin membesarkan saiz operasi aldangnya mungkin memerlukan pinjaman
daripada
institusi kewangan. Semasa mengemukakan permohonan pinjaman, butiran daripada rekod fizikal
dan
kewangan akan diteliti oleh institusi kewangan bagi mengetahui prestasi sebenar ladang tersebut.

REKOD LADANG

REKOD FIZIKAL REKOD


KEWANGAN

Rekod Tanaman

Rekod Ternakan Rekod


Pendapatan

Rekod Tenaga Buruh Rekod


Perbelanjaan

Rekod Hasil Ladang

Sumbangan:
29 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Rekod fizikal ialah catatan tentang barangan dan perkhidmatan yang digunakan untuk pengeluaran
sesuatu hasil ladang. Rekod fizikal mencatatkan segala operasi ladang yang tidak melibatkan
kewangan. Rekod fizikal terbahagi kepada rekod tanaman, rekod ternakan, rekod tenaga buruh dan
rekod hasil ladang.
Rekod kewangan yang perlu disediakan oleh peladang ialah rekod pendapatan dan rekod
perbelanjaan.
Jadual di bawah menunjukkan contoh format rekod fizikal dan contoh format rekod kewangan.

Contoh format rekod fizikal rekod tanaman


TARIKH ITEM KUANTITI HARGA CATATAM

Contoh format rekod harian ayam pedaging


Baka : No. Reban :
Tarikh Memasukan ayam : Bil. Masuk :
Bilangan Pemberian makanan (kg) Pengeluaran Nota
Mati Takai Baki Jumlah Purata Purata NIsbah
Hari Setiap berat (kg) penukaran
ekor makanan
1
2
3
4
5
6
7

Contoh format rekod pengeluaran telur

Gred telur Bilangan Jumlah


Tarikh A B C D pecah/cacat
1
2
3
4
5
6
7

Contoh firmat rekod kewangan rekod jualan ternakan

NAMA LADANG :
KUMPULAN TERNAKAN :
TARIKH MASUK :

TARIKH NO. TAG JANTINA BERAT HARGA PEMBELI CATATAN

Sumbangan:
30 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
BADAN (KG) JUALAN (NAMA DAN
ALAMAT)

Contoh format pendapatan atau perbelanjaan

Tarikh Item Kuantiti Harga/unit Jumlah (RM)

Contoh format rekod kewangan Penyata Jualan dan Belian Tunai

JAN FEB MAC APRIL MEI JUN


ITEM RM RM RM RM RM RM
Jualan tunai
Belian tunai
Baki akhir tunai

Merangka rancangan operasi ladang

Melakar pelan susun atur ladang

Menyediakan jadual kerja

Menyediakan format rekod berkaitan


2.3 Pelaksanaan Operasi Ladang
Pelaksanaan operasi ladang melibatkan aktiviti pemerolehan sumber pengeluaran, operasi permulaan
ladang, pengurusan sumber pengeluaran, mengurus rekod dan memasarkan hasil.

2.3.1 Pemerolehan Sumber Pengeluaran


Sumber pengeluaran terdiri daripada tanah, modal, pekerja dan pengurusan. Sumber pengeluaran yang
mencukupi dan berterusan membolehkan sesuatu bidang usaha itu mendapat keuntungan dan
menjamin kemandirian bidang usaha.

Tanah
Tanah ialah sumber semulajadi yang terdapat di permukaan bumi, dalam perut bumi atau lautan. Tanah
adalah asset tidak alih dan tidak mengalami susut nilai. Nilaian tanah akan berubah berdasarkan lokasi,
jenis keggunaan, infrastruktur dan jenis pegangan.
Sumber tanah untuk tujuan perladangan boleh diperoleh secara :
Memohon tanah kerajaan
Membeli tanah bergeran
Memajak atau menyewa tanah
Membeli ladang yang telah diusahakan

Modal
Modal ialah wang tunai atau gabungan wang tunai dan asset tetap yang digemblengan untuk
membiayai urusniaga atau perladangan. Modal terbahagi kepada modal fizikal dan modal kerja. Modal
Sumbangan:
31 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
fizikal meliputi jentera, bangunan pentadbiran ladang, tanah dan kilang. Modal kerja meliputi wang,
bahan mentah dan stok.
Modal boleh diperoleh daripada :
Simpanan sendiri seperti wang pencen dan wang simpanan
Harta pusaka
Pinjaman
Perkongsian
Jualan asset
Subsidi kerajaan seperti subsidi baja, benih dan bantuan tanaman.

Pekerja
Pekerja ialah sekumpulan manusia yang mempunyai keupayaan mental, fizikal dan kemahiran untuk
dimanfaatkan bagi proses pengeluaran.

Kategori pekerja

Kategori pekerja Huraian Contoh


Pekerja mahir Pekerja yang telah memperoleh Jurutera, pengurus ladang
kelayakan ikhtisas, latihan
khusus dan pengalaman yang
luas dalam bidang tertentu
Pekerja separa mahir Pekerja yang bermobiliti Juruteknik, mandur
sederhana dan menjalankan
tugas mengikut arahan
Pekerja tidak mahir Pekerja yang tidak bermobiliti Pemetik buah kelapa sawit,
dan melakukan kerja yang operator traktor empat roda
mudah

Sumber pekerja dalam perladangan dapat diperolehi melalui :


Tenaga kerja keluarga
Sumber tenaga kerja daripada keluarga sesuai jika saiz ladang yang diusahakan tidak besar.
Pekerja upahan
Pekerja upahan boleh didapati daripada pekerja tempatan atau pekerja asing. Sesuai bagi
bidang usaha yang bersaiz besar
Kekurangan pekerja boleh diatasi dengan cara :
Menambah pekerja upahan bergantung kepada keperluan tugasan
Melakukan kerja secara kontrak
Menjayakan bidang usaha yang memerlukan kurang tenaga buruh
Menggunakan jentera atau mekanisasi.

Pengurusan
Pengurusan melibatkan kerja merancang, mengawal, memimpin dan membuat keputusan. Bidang
pengurusan melibatkan pengurusan sumber manusia, kewangan, asset, peralatan, teknologi dan
pemasaran.
Proses pengurusan merangkumi aktiviti :
Merancang proses menetapkan matlamat, membuat jangkaan dan membentuk strategi
Memimpin proses membimbing, mendorong dan memberi nasihat untuk mencapai matlamat
yang telah ditentukan.
Mengawal proses memastikan input pengeluaran digunakan dengan efisien. Aktiviti
mengawal dapat dilakukan secara memeriksa rekod kewangan, inventori dan sumber manusia
Membuat kepututusan proses memilih pelbagai alternative yang telah dirancang. Membuat
keputusan yang betul adalah penting bagi menentukan kejayaan sesuatu bidang usaha.

Sumbangan:
32 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Sumber pengurusan

Bidang pengurusan Sumber pengurusan Contoh


Sumber manusia Pekerja mahir Pengurus
Kewangan Pekerja mahir Pegawai kewangan
Pekerja separa mahir Kerani kewangan
Aset Pekerja separa mahir Penyelenggara stor
Teknologi Pekerja separa mahir Juruteknik
Pemasaran Pekerja mahir Pengurus jualan

2.3.2 Langkah Operasi Permulaan


Operasi permulaan melibatkan tiga langkah iaitu :

Menyediakan kawasan
Penyediaan kawasan adalah langkah pertama dalam operasi ladang. Proses menyediakan ladang
merangkumi kerja membersih, mengukur, merata dan menyediakan tapak.

Membina struktur ladang


Struktur ladang terdiri daripada stor simpanan baja, pagar, jalan, jambatan, reban ayam dan kolam air.
Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membina struktur ladang ialah :
Jenis struktur
Jenis struktur perlu dipertimbangkan sama ada struktur kekal, sementara, konkrit atau kayu.
Susun atur
Susun atur melibatkan keperluan dan pengendalian trafik. Contoh bagunan pentadbiran
ladang didirikan berhampiran jalan raya utama supaya mudah dihubungi dan memberikan satu
pandangan yang menarik.

Menyediakan infrastruktur
Infrastruktur ialah kemudahan yang menyokong operasi ladang seperti bekalan elektrik, bekalan air
paip dan kemudahan perhubungan komunikasi. Bekalan elektrik diperlukan untuk menjana alat elektrik.
Bekalan air paip untuk menyiram tanaman dan nurseri.

2.3.3 Aspek Pengurusan Ladang


Terdapat empat aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian :

Pekerja
Semua kumpulan pekerja sama ada kumpulan pengurusan, pentadbiran atau buruh mestilah
mempunyai jalinan kerja yang mesra dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi. Pihak
pengurusan hendaklah berusaha untuk meningkatkan profesionalisme dan kehendak social pekerja.

Jentera
Jentera ialah satu alat yang dapat membantu peladang meningkatkan produktiviti, mengurangkan
bilangan tenaga buruh dan mencepatkan kerja. Jentera perlu dikendali dan diselenggara dengan betul
untuk mengurangkan keroskan. Sebuah jentera hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mengelakkan
pembaziran kerana kos pembelian jentera yang mahal.

Tanaman
Pengurusan tanaman yang cekap akan meningkatkan hasil dan menambahkan keuntungan ladang.
Aspek pengurusan tanaman yang perlu diuruskan ialah :

Kawalan penyakit dan perosak

Sumbangan:
33 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Tanaman perlu dikawal daripada penyakit dan perosak dengan menggunakan pelbagai
kaedah kawalan .
Pembajaan
Baja perlu diberikan kepada tanaman mengikut aturan dan sukatan yang betul
Kawalan rumpai
Rumpai perlu dikawal untuk mengurangkan persaingan mendapatkan baja dan tempat
pembiakan serangga perosak. Rumpai boleh dikawal menggunakan herbisid atau ditebas.
Mengadakan pengairan dan saliran
Pengairan diperlukan untuk menyirami tanaman dan saliran diperlukan untuk mengurangkan
air yang bertakung dalam kawasan tanaman.
Pengutipan hasil
Pengutipan hasil perlu dijalankan mengikut tempoh kematangan sesuatu tanaman.

Ternakan
Aspek yang perlu diberi perhatian ialah :

Pemberian makanan dan minuman


Makanan yang diberi mestilah mengikut catuan makanan seimbang dan bekalan air bersih
yang mencukupi
Rawatan dan pencegahan penyakit
Program pemvaksinan, pemberian antibiotik, penakaian dan amalan sanitasi perlu dijalankan
untuk merawat atau mencegah penyakit.
Penggunaan baka yang baik
Baka yang baik akan memberi pulangan yang tinggi di samping mengurangkan kos
pengurusan
Perumahan yang sesuai
Perumahan sangat penting untuk tempat berteduh, tempat memberi makan dan rawatan.
Pengutipan hasil
Pengutipan hasil seperti telur dan susu perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil
yang segar dan berkualiti.

2.3.4 Rekod Pengurusan


Rekod pengurusan ialah catatan berkaitan aktiviti mengurus asset, sumber manusia, kewangan,
peralatan, teknologi dan pemasaran. Kesemua catatan ini dicatatkan dalam rekod fizikal dan rekod
kewangan.
Rekod pengurusan membantu pengusaha dalam pelbagai aspek seperti :

Merancang masa depan ladang


Data terdahulu mengenai kadar hasil, amalan perladangan, kuantiti input yang digunakan dan
harga hasil membantu merancang ladang pada masa hadap[an
Mengira pendapatan bersih
Rekod mengenai input fizikal, buruh, pengeluaran dan jualan boleh meramalkan pendapatan
bersih ladang
Mengubahsuai ladang
Rekod fizikal dan kewangan boleh digunakan untuk mengesan sebarang masalah dan
kelemahan bidang usaha. Jika didapati bidang usaha tidak menguntungkan, pengubahsuaian
bidang usaha dapat dibuat dengan berkesan.

Rekod fizikal
Rekod fizikal ialah catatan input pengeluaran, kelengkapan ladang dan penggunaan buruh. Rekod
fizikal yang perlu disediakan oleh peladang meliputi modal kerja, rekod modal tetap tanaman, ternakan,
tenaga buruh dan hasil ladang. Tujuan setiap rekod disimpan ialah bagi membantu peladang
meningkatkan keuntungan dan pengeluaran.

Sumbangan:
34 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Contoh rekod fizikal pengeluaran ayam pedaging

Umur Berat badan Kenaian berat Makanan yang Penambahan Nisbah penukaran
mingguan badan mingguan dimakan makanan makanan
(gm) (gm) mingguan mingguan mingguan
(gm) (gm) (gm)
1 120 80 151 151 1.26
2 320 200 309 460 1.44
3 545 225 400 860 1.58
4 920 375 703 1563 1.70
5 1295 375 837 2400 1.85
6 1670 375 850 3250 1.95
7 1970 300 887 4137 2.10
8 2270 300 925 5062 2.23

Contoh rekod fizikal penggunaan tenaga buruh

Tarikh Jenis kerja Bil Tenaga Buruh Bil Hari Bekerja Kadar upah Kos
(RM/tenaga hari) (RM)
16.4.2004 Penyediaan - - - 230.00
tanah dan
batas (kontrak)
17.4.2004 Merata dan 3 2 15.00 90.00
membaiki
batas
19.4.2004 Menanam 4 2 15.00 120.00
21.4.2004 Membuat 5 4 15.00 300.00
junjung
25.4.2004 Membaja 5 2 15.00 150.00
27.4.2004 Memungut 5 10 15.00 750.00
hasil

Sumbangan:
35 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
3.1 MEKANISASI LADANG

Hasil Pembelajaran :
Setelah mempelajari topik ini, murid akan dapat :
Menyatakan pengertian mekanisasi ladang
Menyatakan dan menerangkan faedah-faedah mekanisasi ladang
Menghuraikan faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang
Menghuraikan penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti tanaman dan ternakan
Mengenal pasti dan membandingbeza jenis sistem pengairan titisan dengan pengairan
percikan.
Memasang dan menyelenggara sistem pengairan titisan dan percikan.

Pengenalan
Penggunaan cangkul dan pembajak yang ditarik dengan kerbau merupakan evolusi mekanisasi dalam
kerja perladangan. Pada hari ini manusia menggunakan traktor, jentera dan pelbagai mesin canggih
untuk membantu membuat kerja perladangan.
Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja
perladangan seperti pemugaran tanah, pengawalan perosak dan rumpai, pembajaan dan pemungutan
hasil.

3.1.1 Faedah Mekanisasi Ladang


Faedah yang boleh didapati dengan menggunakan mekanisasi ladang adalah seperti berikut :
a. Menjimatkan masa
b. Menjimatkan tenaga pekerja
c. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
d. Menepati masa
e. Memudahkan kerja

Menjimatkan masa
Apabila mekanisasi digunakan dalam pertanian, jam bekerja dapat dikurangkan. Seorang buruh yang
bekerja tanpa mikanisasi, mungkin mengambil masa selama empat jam untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan. Melalui penggunaan jentera, tugasan tersebut dapat disiapkan kurang daripada empat jam
dan buruh tersebut telah menjimatkan masa.

Menjimatkan tenaga pekerja


Jika sesuatu beban tugas disempurnakan secara insani, bilangan tenaga kerja yang diperlukan lebih
tinggi berbanding menggunakan mekanisasi.
Sumbangan:
36 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com
Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
Penggunaan mikanisasi dapat menghasilkan kerja dengan lebih berksan seperti gemburan tanah,
penyiraman dan penanaman. Apabila sistem pengairan percikan digunakan untuk menyirami tanaman,
kadar siraman adalah lebih sekata berbanding dengan menggunakan tenaga manusia.

Menetapi masa
Peladang perlu menepati masa supaya tanaman sesuai dengan musim dan cuaca. Pengeluaran yang
dihasilkan dalam amsa yang ditetapkan juga dapat mengelakkan kerugian dan kerosakan. Dengan
penggunaan mekanisasi segala kerja dapat dirancang dan dijalan dalam masa yang telah dijadualkan.

Memudahkan kerja
Penggunaan mekanisasi akan mengurangkan beban dan seksa kerja. Contohnya kerja-kerja
pemugaran tanah boleh dipermudahkan dengan menggunakan bajak putar.

3.1.2 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Penggunaan Mekanisasi Ladang


Faktor yang perlu dipertimbangkan oleh peladang dalam penggunaan mekanisasi ladang adalah seperti
berikut:
a. Fizikal tanah
b. Kos
c. Teknikal

Fizikal tanah
Fizikal tanah meliputi topografi, keluasan tanah dan jenis tanah

Sumbangan:
37 Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009
http://panatiasp.weebly.com

You might also like