5 6075397240677990438

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pendidikan Moral Nama : _________________________________

Mei Tingkatan : ______________________________


2017

SEKOLAH MENGENAH KEBANGSAAN DATO USMAN AWANG

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN 2
Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, dan


Bahagian D.

2. Uuntuk Bahagian A, jawab di ruang jawapan yang telah di sediakan di muka surat 7.

3. Jawab semua soalan pada Bahagian B, C dan D. Tulis jawapan anda dalam ruangan yang
telah disediakan dalam kertas soalan.

4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan .

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........................................ ............................................. .........................................


(En. Muhamad Ili Hayat) (En. Mohd Nazeef ) (Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias)
Guru Matapelajaran P. Moral Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru Kanan Matapelajaran
SMK TAMAN DATO USMAN SMK TAMAN DATO USMAN SMK TAMAN DATO USMAN
AWANG AWANG AWANG

Kertas ini mengandungi 10 halaman bercetak

BAHAGIAN A
2017 SMK DATO USMAN AWANG [Lihat Sebelah
SULIT
(50 markah)
Arahan: Pilih jawapan yang paling sesuai dan jawab di ruangan jawapan yang telah disediakan

1. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang amanah?

A. Sentiasa berpegang kepada janji


B. Mengamalkan nilai membenci rasuah
C. Menggunakan kuasa yang diberi dengan sewenang-wenangnya
D. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna

2 Kassim sanggup menyambung persahabatan dengan Chong walaupun


Chong pernah memfitnahnya. Apakah sebab utama Kassim berbuat
demikian?

A Kerana dia berfikiran terbuka.


B Kerana dia ingin memaafkan kawannya.
C Kerana dia memberi peluang kepada kawannya.
D Kerana dia seorang yang berdendam.

Hendak Seribu Daya


3
y Tak Nak Seribu Dalih

Y
Peribahasa di atas berkait dengan nilai Y. Y ialah

A kerajinan
B saling faham-memahami
C jaya diri
D berupaya bertindak sendiri

4 Antara pernyataan di bawah yang manakah merujuk kepada nilai berdikari?

A Sanggup memikul tugas sempurna


B Berupaya bakat diri sendiri kejayaan
C Kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
D Kesanggupan melakukan sesuatu diri sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain

5 Kerajaan mengawal penebangan pokok-pokok secara meluas kerana mengamalkan nilai

A sayang kepada negara


B sayang kepada alam sekeliling
C bertanggungjawab
D belas kasihan

2
Soalan 6 dan 7 berdasarkan pernyataan di bawah.

Suzana takut untuk memberitahu ibunya bahawa baju


ibunya telah rosak ketika Suzana sedang menggosok
pakaian dengan seterika.

6 Dalam hal di atas Suzana sepatutnya

A bertanggungjawab
B bertimbang rasa
C mengakui kesalahan diri
D yakin pada diri sendiri

7 Pada pendapat anda, mengapakah Suzana patut mengamalkan nilai di atas?

A Kerana dia mesti mengakui kesilapannya


B Kerana dia mesti menerima hukuman
C Kerana dia harus bercakap benar
D Kerana dia mesti bertanggungjawab

Sabar
X Bertolak ansur
Mengawal diri

8 Apakah nilai X yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di atas?

A Hemah Tinggi
B Toleransi
C Bertanggungjawab
D Kejujuran

Polis : Encik dikenakan kompaun RM50.00


kerana merokok di kawasan hospital.
Encik Q : Alamak, terbanglah duit aku!

9 Kesimpulan yang dapat di buat menerusi dialog di atas ialah

A sesiapa saja hendaklah mematuhi arahan


B sesiapa yang melanggar peraturan akan diberi ganjaran.
C sesiapa yang melanggar undang-undang dianggap bersalah.
D sesiapa sahaja perlu menerima peraturan yang dibuat.

3
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan
P
pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara

10 Nilai P ialah

A Kebebasan beragama
B Toleransi
C Kasih Sayang
D Kepercayaan kepada Tuhan

JALAN P RAMLEE
11 Mengapakah jalan raya tersebut diberi nama
sedemikian?

A sebagai menghargai jasa tokoh


B sebagai ganjaran kepada tokoh yang berjasa
C sebagai peghormatan kepada tokoh yang berjasa
D sebagai menyanjungi tokoh yang berjasa

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Antara pernyataan-pernyataan berikut, pilih pernyataan yang bukan berkaitan


dengan gambar di atas.

A Penebangan pokok boleh menyebabkan kepupusan haiwan.


B Penebangan pokok boleh menyebabkan haiwan diancam bahaya.
C Penebangan pokok boleh memusnahkan habitat haiwan.
D Penebangan pokok boleh menyebabkan haiwan mendapat oksigen yang banyak
oksigen.

Arif Tan
4
Raman Ranjit

13 Menjadi Tentera

Keempat-empat sahabat tersebut mempunyai nilai sanggup berkorban untuk negara,


Iaitu

I rela berkhidmat untuk negar


II sentiasa mengharumkan nama negara
III bekerjasama antara mereka
IV sedia berhidmat untuk negara
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

14 Ciri-ciri yang diamalkan oleh orang yang bersifat keadilan ialah

A mempertingkatkan sesuatu secara objektif


B tidak mementingkan diri sendiri
C tidak putus asa dan berpuas hati
D tidak pilih kasih dan berat sebelah

Adil seperti hakim


Bijak seperti kancil

15 Pilih ciri-ciri yang diamalkan berdasarkan pernyataan di atas

I Bertindak mengikut perasaan


II Membuat penyelidikan dengan terperinci
III Memberi keputusan yang saksama
IV Keputusan tidak dipengaruhi oleh emosi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16 Bilakah kita patut mengata tidak?

A Apabila rakan mengajak kita menyertai aktiviti sukan.


B Apabila rakan mengajak kita ke perpustakaan.
C Apabila rakan mengajak kita menyertai aktiviti gotong-royong.
D Apabila rakan mengajak untuk melakukan perbuatan yang negatif.

5
Orang Melayu Menyambut Hari Raya Puasa
Orang Cina Menyambut Tahun Baru Cina
Orang India Menyambut Deepavalli

17 Keterangan di atas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk

A mengamalkan agama masing-masing.


B mengamalkan kepercayaan masing-masing.
C mengamalkan adat resam masing-masing.
D mengamalkan kebudayaan masing-masing.

18 Kebebasan perlu dikawal untuk mengelakkan berlaku kemudaratan kepada

I diri sendiri
II masyarakat
III negara
IV kepercayaan.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Mempertahankan sesuatu yang diyakini benar + bukti nyata = X

19 Apakah kesimpulan pada situasi di atas?

A X: tindakan rasional
B X: tindakan toleransi
C X: tindakan berdikari
D X: tindakan keadilan

20. Antara berikut, yang manakah bukan cara untuk meningkatkan harga diri?

A. Mempunyai pegangan agama yang kukuh


B. Menjalinkan hubungan mesra dengan anggota masyarakat
C. Mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi
D. Membanding bezakan kelebihan yang ada pada diri dan orang lain

21 Ayah telah
menghadiahkan seekor
kucing kepada
Pilih tindakan Karen yang menunjukkan Karen
amalan nilai kasih saying.

A membiarkan kucing itu kelaparan.


B mengurungnya di dalam sangkar
C membelai dan menjaganya dengan baik
D memberikan kepada rakan lain.
6
22 Yang berikut yang manakah bukan ciri-ciri toleransi ?

A saling memahami
B saling menghormati
C mementingkan diri
D berfikiran terbuka

23 Mesin fotostat telah rosak ketika digunakan oleh Aiman. Apakah tindakan yang sepatutnya
dilakukan oleh Aiman?

A Meninggalkan mesin fotostat begitu sahaja.


B Melaporkan kerosakan kepada bahagian pengurusan.
C Mencuba membaiki kerosakan tersebut.
D Menuduh orang lain yang merosakkan mesin tersebut.

24 Setiap kelakuan di bawah menunjukkan nilai hemah tinggi, kecuali

A Rosli bertutur secara sopan dan lemah lembut kepada semua orang, tidak kira yang tua
atau yang muda.
B Rafidah tidak menggunakan kata-kata kesat dalam pertuturannya.
C Zunainah suka bermegah-megah apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.
D Yong Chai duduk dengan sopan di hadapan tetamu.

25. Sesuatu masalah atau konflik boleh diselesaikan dengan

A berkongsi masalah dengan ramai orang


B membawa masalah tersebut kemuka pengadilan
C berbincang untuk mencari jalan penyelesaian masalah
D menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

RUANGAN JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 6. 11. 16. 21.


2. 7. 12. 17. 22.
3. 8. 13. 18. 23.
4. 9. 14. 19. 24.
5. 10. 15. 20. 25.

7
Bahagian B
(20 Markah)

Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.

No. Penyataan Benar/Salah


1. Kesederhanaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan
atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
2. Harga diri bermaksud keupayaan dan keyakinan seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas serta kewajupan dengan sempurna.
3. Ketika menghulurkan bantuan kepada orang lain, kita hendaklah
mengharapkan balasan.
4. Sebagai anak, kita bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan
untuk memuliakan ibu bapa.
5. Kita dibenarkan mempertikaikan kepercayaan dan pantang larang
kaum lain.
6. Jika kita mengamalkan peribahasa hangat-hangat tahi ayam, tentu
kita berjaya mencapai apa yang kita hajati.
7. Gunakanlah masa yang terluang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
8. Orang yang berakhlak dan berhemah tinggi sentiasa berterima kasih
dan menghargai setiap pemberian dengan senang hati.
9. Membebaskan burung-burung dari sangkar merupakan sikap sayang
kepada alam sekitar.
10. Kita bukan hanya mengenang budi ibu dan ayah kita tetapi wajar
mengenang budi orang lain.

8
Bahagian C
(20 Markah)
Isi tempat kosong dalam pernyataan di bawah dengan jawapan yang sesuai.
hemah tinggi amanah kesejahteraan pegangan
cemerlang konflik keikhlasan produktiviti
bertanggungjawab kesungguhan

1. Seseorang pekerja mestilah menjaga imej syarikatnya dan mencurahkan bakti dengan penuh
.

2. Prinsip akhlak atau nilai moral perlu menjadi..dan garis


panduan bagi seseorang semasa melakukan sesuatu pekerjaan.

3. Encik Samsudin seorang pekerja yang berpegang teguh pada etika kerja. Dia sama sekali
tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan imej syarikat kewangan
tempat dia bekerja. Dia ialah seorang yang ...

4. Individu yang mengamalkan sikap amanah merupakan individu yang


.

5. Nilai bertanggungjawab dapat memupuk sikap dalam


pekerjaan.

6. Sikap bertanggungjawab penting untuk mewujudkan budaya kerja yang


bagi sesebuah organisasi.

7. Pekerja yang melakukan sesuuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dapat membantu


meningkatkan syarikat.

8. Sikap bertoleransi perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat untuk mewujudkan
hidup.

9. Sikap saling menghormati pendapat dan perasaan orang lain amat penting dalam
penyelesaian sesuatu..

10. Pelajar yang mempunyai nilai.. akan sentiasa menilai


kelakuan diri dan cuba mengatasi kelemahan diri agar dirinya berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian.

9
Bahagian D
(10 Markah)
Jawab semua soalan.

Abang : Adik, jangan tangkap burung itu dengan jerat. Kita perlu
menyayangi burung.
Adik : Kenapa bang... ? Burung bukannya manusia.
Abang : Bukan begitu. Burung juga makhluk ciptaan Tuhan. Kita perlu
memeliharanya dengan baik.
Adik : Tapi bang...kalau tak mahu dijerat boleh ke saya melastik burung?
Abang : Itu tindakan yang agak keterlaluan.Bayangkan adik ditangkap dan
dijerat. Adik suka tak?
Adik : Tak suka.
Abang : Semua benda hidup adalah ciptaan Tuhan dan kita tidak boleh
menganiaya makhluk Tuhan.
Adik : Oh begitu. Saya minta maaf bang...Saya tidak akan menganiaya
makhluk lain.

(a) Huraikan dua nilai yang perlu ada pada watak Adik.
i) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
[4 markah]

(b) Setelah mendengar penjelasan daripada Abang, Adik meminta maaf atas kesalahannya.
Nyatakan satu nilai yang ditunjukkan oleh Adik.
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
[1 markah]
(c) Huraikan tiga faedah memelihara spesies burung dan tumbuhan ciptaan Tuhan.
i) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
iii) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
[3 markah]

(d) Terangkan dua cara terbaik untuk melindungi spesies burung dan tumbuh-tumbuhan hutan.
i) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


Skema Jawapan
10
Bahagian A

1. C 2. C 3. A 4. C 5. C
6. C 7. A 8. B 9. C 10. D
11. A 12. C 13. D 14. D 15. D
16. D 17. D 18. A 19. A 20. D
21. C 22. C 23. B 24. C 25. C

Bahagian B

1. Betul 6. Salah
2. Betul 7. Betul
3. Salah 8. Betul
4. Betul 9. Salah
5. Salah 10. Betul

Bahagian C

1. keikhlasan 6. cemerlang
2. pegangan 7. produktiviti
3. amanah 8. kesejahteraan
4. bertanggungjawab 9. konflik
5. kesungguhan 10. hemah tinggi

Bahagian D

1 (a ) Nilai Kasih Sayang- Perasaan cinta yang mendalam terhadap makhluk ciptaan tuhan
Nilai Kesederhanaan- Melastik burung ialah tindakan yang keterlaluan dan manusia tidak
patut menganiaya makhluk Tuhan

(b) Nilai Hemah Tinggi

(c) i. Agar spesies burung dan tumbuhan tidak pupus


ii. Agar spesies burung dan tumbuhan dapat dilihat oleh generasi akan datang
iii. Agar spesies dan tumbuhan ini menjadi kebanggaan negara sebagai kahazanah

(d) i. Kempen kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan spesies terncam


ii. Penguatkuasaan undang-undang- denda dan dipenjara.

11

You might also like