Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

2

SULIT 3757/2

Bahagian A
[75 markah]

Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1 (a) Gambar 1 menunjukkan perbualan antara seorang bapa dengan anaknya.

Gambar 1

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga itu. [6 markah]

(b) Gambar 2 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

Gambar 2

(i) Apakah jenis barang tersebut? [1 markah]


(ii) Jelaskan lima ciri barang di 1(b)(i). [5 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


3
SULIT 3757/2
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.

Harga barangan ditentukan oleh mekanisme harga.


Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi

(i) Apakah sistem ekonomi negara X? [1 markah]


(ii) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut. [6 markah]

(d) Bezakan Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut:
(i) Apakah yang hendak dikeluarkan [2 markah]
(ii) Bagaimana hendak dikeluarkan [2 markah]
(iii)Untuk siapa dikeluarkan [2 markah]

2 (a) Gambar 3 menunjukkan maklumat berkaitan dengan satu daripada sumber


pendapatan Encik Samad bagi tempoh satu bulan tertentu.

Gambar 3

Huraikan dua sumber pendapatan Encik Samad selain daripada yang dinyatakan
diatas. [6 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


4
SULIT 3757/2
(b) Jadual 1 berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Amir pada satu
bulan tertentu.

Butiran RM
Gaji 4 000.00
KWSP 360.00
Cukai Pendapatan 15.00
PERKESO 20.00
Insurans Nyawa 100.00
Faedah Simpanan 100.00

Jadual 1

Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Amir pada bulan tersebut. [7 markah]

(c) (i) Jelaskan maksud belanjawan peribadi. [2 markah]


(ii) Terangkan dua kepentingan belanjawan peribadi kepada individu. [4 markah]

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu persamaan dalam ekonomi.

X + Perbelanjaan = Pendapatan Potongan Wajib

(i) Apakah X? [1 markah]


(ii) Terangkan tiga kepentingan X kepada individu. [5 markah]

3 (a) Terangkan dua peranan isi rumah dalam ekonomi. [4 markah]

(b) Jadual 1 berdasarkan dengan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi Barang X.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)


10 25
20 20
30 15
40 10
Jadual 1

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan barang tersebut.
[ Gunakan skala 2 cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 5 unit pada paksi
kuantiti] [4 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


5
SULIT 3757/2

(ii) Pada kertas graf yang sama di 2(b)(i), lukis keluk permintaan yang baru jika
kuantiti yang diminta bagi Barang X telah bertambah 5 unit pada setiap tingkat
harga. [2 markah]

(iii)Terangkan tiga faktor yang menyebabkan perubahan permintaan tersebut bagi


Barang X. [6 markah]

(c) Bezakan tiga ciri input tetap dan input berubah. [6 markah]

(d) Rajah 1 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ditawar
suatu barang.

(i) Hitung nilai keanjalan harga penawaran barang tersebut.


Gunakan rumus: [2 markah]

Peratus Perubahan Kuantiti Ditawar


Es = ----------------------------------------------------
Peratus Perubahan Harga

(ii) Tafsirkan nilai keanjalan harga penawaran pada 2(d)(i). [1 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


6
SULIT 3757/2

4 (a) Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi


berikut:

(i) Apa yang hendak dikeluarkan [2 markah]


(ii) Bagaimana hendak dikeluarkan [2 markah]
(iii)Untuk siapa hendak dikeluarkan [2 markah]

(b) Bandingkan ciri-ciri barang awam dengan barang percuma. [6 markah]

(c) Jadual di bawah menunjukkan pendapatan, perbelanjaan, dan potongan wajib


Encik Rosham bagi tempoh satu bulan.

Butiran RM
Gaji 3 200
Zakat 80
KWSP 352
Elaun 250
Makanan 800
Cukaipendapatan 10
Ansurankereta 890
Bilsemasa 250
Sewarumah 450

Hitungkan:
(i) Pendapatan boleh guna [5 markah]
(ii) Jumlah tabungan Encik Rosham pada bulan tersebut. [4 markah]

(d) Adakah anda bersetuju bahawa setiap individu perlu menyediakan belanjawan
peribadi? Beri tiga alasan. [4 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


7
SULIT 3757/2
5 (a) Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan suatu barang.

Bezakan perubahan kuantiti barang tersebut bagi kedua-dua rajah di atas.[6 markah]

(b) Jadual di bawah menunjukkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi dua
jenis barang.

JenisBarang KeanjalanHargaPermintaan
Barang A 1.5
Barang B 0.8

Keanjalan harga permintaan Barang A danBarang B adalah anjal.


Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?
Beri enam alasan. [7 markah]

(c) Jelaskan konsep firma. [4 markah]

(d) Beri empat perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah. [8 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


8
SULIT 3757/2

Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

6 Angin monsun yang melanda pantai timur Malaysia dan bencana alam yang berlaku
secara berterusan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Kesannya stok
bekalan ikan negara terjejas menyebabkan pengguna yang panik telah membeli ikan secara
berlebihan. Segelintir pemborong pula menyorok bekalan ikan dengan tujuan meningkatkan
keuntungan. Tindakan tersebut memburukkan lagi keadaan pasaran ikan dalam negara.
Sehubungan itu, persatuan pengguna menjalankan kempen menasihati pengguna
menggantikan pengambilan ikan laut dengan ikan air tawar tetapi kempen tersebut tidak
berjaya. Oleh itu, pihak persatuan mendesak kerajaan meningkatkan import ikan daripada
Thailand untuk mengawal kenaikan harga ikan secara berterusan dan melampau.
Bagi tempoh jangka panjang, kerajaan memodenkan industri perikanan dengan meningkatkan
kapasiti melalui penyediaan peralatan dan kemudahan penangkapan ikan kepada nelayan.
Kerajaan turut membina 1000 bot yang dilengkapi dengan peralatan moden dan diperbuat
daripada bahan komposit untuk penangkapan ikan di laut dalam.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

(a) Berdasarkan ilmu ekonomi yang dipelajari, adakah anda bersetuju dengan tindakan
pengguna tersebut? Beri tiga alasan anda. [4 markah]
(b) Jelaskan kesan tindakan segelintir pemborong terhadap:
(i) Pengguna [4 markah]
(ii) Pasaran ikan tempatan [4 markah]
(c) Mengapakah kempen persatuan pengguna tidak berjaya? [3 markah]
(d) Wajarkah tindakan persatuan pengguna mendesak kerajaan mengawal kenaikan harga
ikan. Beri tiga alasan anda. [4 markah]
(e) Jelaskan dua kebaikan kerajaan meningkatkan import ikan. [2 markah]
(f) Tentukan jenis perbelanjaan kerajaan dalam memodenkan industri perikanan. Beri tiga
alasan. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


9
SULIT 3757/2

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


10
SULIT 3757/2

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT

You might also like