Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

WACANA

Konsep wacana
- Asmah Hj. Omar wacana = unit bahasa yg melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh
terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku &
lain-lain.
- Hartimurti Kridalaksana wacana = satuan bahasa terlengkap dlm hieraki tatabahsa yg
tertinggi.
- Dapat direalisasikan dlm bentuk karangan yg utuh seperti novel, buku, siri ayat @ perenggan.
- Melibatkan penggunaan bahasa dlm situasi & konteks yg khusus.
- Wacana = jalinan unit bahasa yg tersusun rapi & berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan
bahasa yg utuh.
- Mewujudkan hubungan & perkembangan fikiran yg berlaku secara berturutan & lengkap.
- Memudahkan pemahaman, bcoz idea lengkap,berhubung kait & disusun dgn teratur.

HIERAKI TATABAHASA
Wacana

Ayat

Klausa

Frasa

Perkataan

CIRI WACANA
KOHESI (TAUTAN)
-Merupakan keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dgn unsur linguistik dlm sesebuah
wacana (jalinan yg erat antara kata, frasa & ayat)
-Mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dgn yg lain sehingga membentuk sesuatu
kesatuan
-Wujud hubungan yg saling bertaut antara satu ayat dgn ayat yg lainnya, bukan sahaja dari segi idea,
tetapi juga bahasa
Perkataan dlm first ayat xkan ulang digantikan dgn perkataan lain utk merujuk kpd perkataan tu

-Terbahagi kepada :
By ()
$Kohesi Nahuan
Penanda Rujukan
Cth:
Ayahanda dan bonda tidak memerlukan wang daripada anak-anak. Mereka sudah
cukup selesa.

-Mereka ialah rujukan kpd unsur yg disebut dahulu, iaitu ayahanda & bonda.

Penanda Penggantian
-Penggantian ialah hubungan yg terdapat dalam perkataan & bukan dalam makna.
Cth:
Tatkala menerima dua orang menantu perempuan serentak,isteri kepada Angah dan
Achik, ayahanda dan bonda berasa gembira. Bonda menasihati suri anaknya supaya
menunaikan tanggungjawab mereka.

-isteri kepada Angah dan Achik & suri anaknya menggantikan 2 org menantu perempuan.

Penanda Elipsis/ Pengguguran


-Sebagai substitution by zero [o]. Sesuatu yg wujud tetapi tdk dinyatakan
Cth:

Kampung semakin sepi, [o] semakin kurang penghuni dan kini bukan lagi seperti [o]
yang dahulu.

-kampung digugurkan selepas perkataan sepi & seperti.


-Pengguguran ini adalah utk mengelakkan penggulangan perkataan yg sama.

$KOHESI LEKSIKAL
KOHESI CONTOH

Sinonim Ali seorang yang rajin. Kegigihannya telah


menyebabkan dia beraya ke menara gading.

Lily seorang gadis yang cantik. Dia sangat popular


di kampus kerana dia lawa.

Hiponim/Kolokasi Hutan di kawasan itu ditebang untuk menjayakan


projek pembangunan. Harimau, rusa dan gajah
akan hilang tempat tinggal.

Saya telah membeli meja, kipas dan kerusi.


Semua perabot yang telah saya beli adalah
diperbuat daripada kayu.

Pengulangan kata yang sama Tidak lain yang dicarinya dalam kehidupannya,
melainkan harta, harta dan harta.

KOHEREN (RUNTUTAN)

By ()
-Merupakan kesinambungan idea yg terdapat dlm sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah
teks itu bermakna.
-Merupakan asas dlm pembinaan wacana kerana sesuatu teks dianggap sebagai wacana jika teks
tersebut mempunyai makna.
-Melibatkan beberapa perkara : Keseinambungan idea kemas dan teratur
Isi @ maklumat dijalinkan dgn kemas & rapi
Mempunyai makna yang jelas
*X pergi idea lain, masih menerangkan 1st ayat, ada kaitan d
Cth:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan
teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

-Kesinambungan idea
AIDS gejala penyakit ini masalah ini
Cth:
Wanita itu membeli baju baharu berwarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran
muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

-Setiap ayat mempunyai tautan


-Bukan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami.
-Tidak mempunyai kesinambungan idea

MEMPUNYAI MAKLUMAT
-Terbahagi kpd maklumat baharu dan maklumat lama
-Lama telah dinyatakan pd peringkat awal & diulang dlm konteks berikutnya
-Baharu baru sahaja dinyatakan

MEMPUNYAI PENDENGAR
-Wujud hubungan antara penulis dan pendengar

ASPEK KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA


HUBUNGAN DARI SEGI SEMANTIK
-Melibatkan jalinan makna @ kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
By ()
-Dapat dilihat berdasarkan jalinan antara sesuatu ayat dengan ayat yang lain dan hubungan antara
sesuatu perenggan dengan perenggan yang lain.
Hubungan atau kesinambungan yang berlaku adalah seperti yang berikut:

HUBUNGAN / KESIMPULAN CONTOH


Hubungan sebab dan akibat Dollah sangat malas belajar(S). Dia tidak cerdik(A).
+ BecauseSo Wanita itu selalu memarahi anaknya(S). Anaknya lari dari rumah(A).
Amir rasa pening kepala(S). Dia makan Panadol(S).
Hubungan sebab dan hasil Amir rajin berjoging(S). Dia sentiasa sihat(H).
James sangat rajin bekerja(S). Dia hidup senang-senang(H).
Ayah sentiasa berjimat-cermat(S). Sekarang dia dapat membeli kereta(H).
Hubungan sebab dan tujuan Ali menyikat rambutnya dengan rapi(S). Dia hendak memikat Siti(T).
Farhana rajin menari(S). Dia mahu menyertai pertandingan menari
antarabangsa(T).
Emak menghalau kucing itu(S). Dia tidak mahu kucing itu mencuri
ikannya(T).
Hubungan syarat dan hasil Kamu harus bekerja keras(SY). Tentu kamu akan berjaya(H).
Kita haruslah selalu bersenam(SY). Tentu badan kita akan sentiasa
sihat(H).
Para sakit mestilah rajin makan ubat(SY). Kepatuhan mereka akan
memastikan mereka cepat sembuh(H).
Hubungan latar dan kesimpulan Tiang itu sukar untuk dipotong(L). Tiang itu dibuat daripada besi(K).
Lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah(L) sungguh enak didengar.
Rupa-rupanya, Datuk Ahmad Nawab yang mencipta lagu tersebut(K).
Hubungan perbandingan Ali sungguh kacak. Abang sulungnya lebih kacak.
Kamu sungguh kaya. Namun, kamu tidak sekaya mentua kamu.
Hubungan aditif Saya sudah memotong rumput di halaman rumah. Saya letih dan saya
+ You did something, then mahu tidur.
what, and then what? Kakinya luka kerana terpijak paku. Paku itu pendek dan berkarat.
+ Got Xtra maklumat for (Maklumat tambahan kepada perkataan paku)
something
Hubungan memperkuat isi Esei pelajar itu mantap. Isinya sangat relevan dengan tajuk. Jalinan
+ In detail ideanya juga kemas.
Anak Pavithra sungguh jelita. Rambutnya ikal mayang, pipinya berlesung
pipit dan hidungnya sungguh mancung.

HUBUNGAN DARI SEGI FONOLOGI


- Boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi suara.
-Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana.

By ()
-Intonasi berperanan penting sebagai penanda, pemisah frasa dan pembeza struktur ayat,
contohnya seperti ayat di bawah:
$ Malaysia negara yang damai.
$ Negara yang damai, Malaysia. (A. Penyata)
$ Damai negara Malaysia? (A. Tanya)

HUBUNGAN DARI SEGI LEKSIKAL


-Hubungan leksikal dapat dilihat berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang
disesuaikan dengan maksud yang ingin disampaikan.
-Hubungan dari segi leksikal dapat dilakukan menerusi beberapa cara:
KOHESI CONTOH

Sinonim -Dali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar menyebabkan dia


berjaya ke menara gading.

Hiponim /kolokasi -Faridah menanam pokok bunga raya, cempaka dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Oleh itu, halaman rumahnya nampak indah

dengan pokok-pokok bunga tersebut.
Kehadiran kata -Kami baru sahaja membeli kerusi, meja dan katil. Semua perabot ini
saling berkait diletakkan di ruang tamu.

Pengulangan kata -Tidak lain yang dicarinya dalam kehidupanya, melainkan harta,harta
yang sama dan harta.

Homonim -Bukit yang aku daki itu sangat curam. Aku rasa sungguh letih. Aku
banyak berpeluh sehingga badanku dipenuhi daki setelah peluh kering.

Unsur Bersambut -Cikgu Ghani mengemukakan soalan kepada muridnya. Muridnya


memberikan jawapan.

JENIS PENANDA WACANA


-Penanda wacana penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan
kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.
-Terbahagi kepada:
PENANDA PENGHUBUNG
-Merujuk kepada penanda yang digunakan untuk memperlihatkan kesinambungan idea antara satu
ayat dgn ayat lain.
-Berfungsi utk menghubungkan unsur-unsur linguistik. (kata, frasa @ ayat)
Jenis Penghubung Fungsi Contoh
Penghubung Memberi maklumat Dan, lalu, malahan, selanjutnya,
Tambahan tambahan kepada perkara tambahan pula, apatah lagi,
yang diperkatakan selain itu, di samping itu,
By ()
sebelumnya sehubungan dengan hal itu
Penghubung Menunjukkan pertentangan Tetapi, sebaliknya, biarpun,
Pertentangan maklumat tentang sesuatu meskipun, namun begitu, walau
perkara yg telah diperkatakan bagaimanapun, sungguhpun,
sebelumnya namun demikian, walaupun,
akan tetapi, namun, lain pula
halnya, sama juga dengan,
Penghubung Menjelaskan sebab Oleh itu, oleh sebab itu, maka,
Musabab berlakunya sesuatu kerana, oleh hal yang demikian,
dengan itu
Penghubung Menunjukkan masa @ siri Selepas itu, akhir sekali,
Tempoh berlakunya sesuatu perkara pertama, selanjutnya, seterusnya,
pada waktu itu, kemudian
Penghubung Memberi rumusan terhadap Pendek kata, kesimpulannya,
Kesimpulan perkara yg telah diperkatakan rupa-rupanya, secara ringkasnya,
sebelumnya akhirnya, dengan perkataan lain

Akhirnya boleh guna sbg penghubung tempoh & penghubung kesimpulan


Cth : Akhirnya, masukkanlah tepung. [tempoh]
Akhirnya, dia meninggal dunia. [kesimpulan]

PENANDA RUJUKAN
-Menunjukkan hubungan antara kata dengan perkara yang dirujuk dalam sesuatu wacana.
-Melibatkan rujukan terhadap :
$ RUJUKAN GANTI NAMA DIRI
-Melibatkan kata ganti nama diri orang pertama,kedua, dan ketiga.
Contoh:

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada
pukul empat petang.

-Kami merupakan rujukan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.
$ RUJUKAN GANTI NAMA TUNJUK
-Merupakan perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara.
-Terdiri daripada kata ganti nama tunjuk : ini, itu, sini, situ, dan tersebut.
Contoh:

Salmah tinggal di Johor. Saya juga tinggal di situ.

By ()
-Di situ merupakan kata ganti nama tunjuk untuk tempat tinggal saya.

PENANDA PENGGANTIAN
-Merupakan penggantian suatu unsur dgn unsur lain dlm sesebuah wacana.
-Terdiri daripada tiga jenis :
$ PENANDA PENGGANTIAN NOMINAL
-Merupakan penggantian frasa nama
Ali merupakan seorang pemain bola tampar. Lelaki itu pernah
mewakili daerahnya dalam pertandingan.

$ PENANDA PENGGANTIAN VERBAL


-Merupakan penggantian frasa kerja
Saya belum menyiapkan projek seni.Saya akan melakukannya
selepas kelas sejarah.

$ PENANDA PENGGANTIAN KLAUSA


-Merupakan penggantian klausa

Abu pulang ke kampung semalam. Abu ke sana bersama-sama


adiknya.

PENANDA LEKSIKAL
-Mmelibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana
-Melibatkan unsur pengulangan kata :

$ PENGULANGAN UNSUR YANG SAMA


-Setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
Contoh:

Ibu amat menyayangi Abu. Kami juga amat menyayanginya.

-Dalam ayat di atas berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan amat
menyayangi.

$ PENGULANGAN SINONIM
-Pengulangan kata yang mempunyai makna yang sama.
Suatu ketika dahulu, wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini, wanita itu
dianggap sebagai perempuan murahan.
-Wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang bersinonim
(sama makna).

$ PENGULANGAN HIPONIM/KOLOKASI.
-Merupakan pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus
dengan makna yang umum, iaitu makna yang umum merangkumi makna yang
khusus.
By ()
-Melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea,
topik, situasi atau konteks.
Contoh:
Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kenderaan dari luar negara.
Antara kenderaan yang diimport ialah kereta, bas dan lori.

-Kenderaan telah merangkumi makna yang khusus bas, kereta dan


lori.

Hutan menjadi tempat tinggal haiwan buas. Harimau, singa dan beruang
merupakan contoh yang jelas.

-Kata yang melibatkan haiwan seperti harimau, singa, dan beruang adalah
berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama , iaitu haiwan buas.

PENANDA ELIPSIS/PENGGUGURAN
-Pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
Pemuda itu kelihatan resah. [o] Tidak tahu arah mana yang harus
ditujuinya.
-Frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua kerana telah diketahui oleh pembaca berdasarkan
konteksnya.

ADD ONS
Aspek yg tergolong dlm analisis wacana :
$ Situasi
$ Intonasi ayat
$ Hubungan semantik

RETORIK
KONSEP RETORIK
-Merupakan seni penggunaan bahasa yg mengandungi aspek tatabahasa yg betul & penguasaan
bahasa yg baik dalam menyampaikan idea.
-Tujuan retorik:
# Mempengaruhi
# Memujuk
# Meyakinkan pembaca ttg sesuatu perkara.

By ()
JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI RETORIK
RETORIK PEMERIAN
-Merupakan teknik penggunaan bahasa yg berbentuk penjelasan tentang sesuatu idea.
-Bertujuan utk menyampaikan fakta dan maklumat yg lengkap kpd pembaca @ pendengar.
-Terdiri drpd 2 jenis :
# Pemerian yg bersifat objektif (faktual)
# Pemerian yg bersifat imaginatif (abstrak)
-Ciri-ciri:
# Pemerian dilakukan secara objektif,tepat dan jelas
# Menghasilkan gambaran secara realistik berdasarkan deria (konkrit)
# Bahasa yang digunakan secara jelas dan tersusun
# Tiada ulasan peribadi (pandangan orang @ unsur penilaian)
# Bersifat deskriptif (disampaikan secara huraian) dan informatif (bersifat pemberitahuan)

CTH:
Memerihalkan tempat
Bangunan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan cantik. Dindingnya diperbuat daripada bahan
yang terpilih dan dihiasi pula dengan gambar burung berwarna-warni.

Memerihalkan orang
Pagi ini Cikgu Nazri kelihatan bergaya sekali. Beliau memakai baju berwarna biru bernama
Arrow. Berkasut hitam. Kemudian, beliau menyarungkan kot berwarna hitam jenama Ralph Lauren.
Teman saya, Lee Yi Chyi, masih bujang, berusia 19 tahun, mempunyai paras seperti seorang artis
Korea. Kulitnya putih, tingginya 1.6 meter dan beratnya 55 kilogram. Rambutnya sederhana
panjang dan licin. Ketika berjalan, langkahnya nampak yakin dan tidak terburu-buru.

RETORIK PEMUJUKAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa utk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain utk
melakukan tindakan seperti yg disarankan oleh penutur.
-Dibahagi kpd :
# PEMUJUKAN RASIONAL
-Melibatkan penghujahan yg logik & tepat
-Bersifat intelek

CTH:
Kami menawarkan perkhidmatan pakej pelancongan yang istimewa untuk semua lapisan
masyarakat. Pakej yang kami sediakan meliputi harga tambang yang murah, destinasi pelancongan
yang terkenal dan penginapan yang selesa.

# PEMUJUKAN TIDAK RASIONAL


By ()
-Melibatkan emosi

CTH:
Mencari tempat untuk bersantai? Di Golden Beach Resort,Kuantan, anda pasti dapat mencapai
impian itu. Keindahan pantai dan pasir yg putih menggamit kedatangan anda. Marilah berkunjung
ke sini.
Jom kembali langsing dan cantik. Produk kami sudah terbukti berkesan. Adayang Berjaya turun
8 kilogram dalam seminggu. Wow, Robert Pattison tergila-gilakan anda lepas ini! Cubalah produk
kami.
-digunakan dlm iklan, kempen @ rayuan
-Ciri-ciri:
# Mementingkan kehalusan berbahasa (Menggunakan bahasa yg manis, menarik,
berkesan)
# Menggunakan aspek psikologi dlm berbahasa utk mempengaruhi audiens supaya
mengubah pendirian
# Bnyk menggunakan kata penguat
CTH: sangat berkesan, lebih tinggi mutunya, amat berguna
# Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa

Kadang kala terdpt unsur jaminan & ganjaran


Wujud propaganda ketika mempromosikan produk(iklan) seperti membuat bandingan dgn
barangan syarikat lain utk menggambarkan produk sendiri lebih bagus

RETORIK PENCERITAAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa utk memaparkan perisitwa mengikut turutan tertentu.
-Digunakan dlm cerpen, novel, autobiografi, kisah pengembaraan,diari, autobiografi, drama &
bibliografi.
-Dibahagikan kpd :

# Penceritaan Fakta
CTH:
Lee Dong hae dilahirkan pada 15 October 1986. Dia merupakan seorang artis koreadan juga
salah satu ahli dalam kumpulan terkenal, Super Junior. Dia telah mengeluarkan banyak album
bersama kumpulan dan cawangannya yang lain seperti Super Junio M dan Super junior H. Dia
juga terlibat dalam bidang lakonan di Korea dan juga Taiwan. Dia diminati ramai orang dari
seluruh dunia. (Biografi Lee Dong Hae)
# Penceritaan Fiksyen
CTH:
Izah tunduk sendirian. Khayalannya mengimbau jauh. Sifat-sifat pengasihmu akan
memudarkan bakat kecemerlanganmu. Jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan
terhadap dirimu Izah.

-Berbentuk tulisan @ lisan.


By ()
-Mengandungi empat prinsip berikut:
# Kesatuan (Tema)
# Pertautan (Plot @ jalinan cerita)
# Penekanan (Penyusunan istimewa utk menarik perhatian khalayak)
# Gaya bahasa yg menarik
-Ciri-ciri:
# Mempunyai permulaan, konflik, klimaks dan pengakhiran
# Bersifat imaginatif dan kreatif
# Bersifat ekspresi kerana sedikit kebebasan tatabahasa
# Mengandungi koheren & kohesi
# Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
# Menggunakan gaya bahasa yg menarik & indah

RETORIK PENDEDAHAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa yg mengandungi takrifan yg disertai dgn contoh @
bandingan.
-Digunakan dlm taklimat @ kertas kerja.
-Merupakan proses mendedahkan, menghuraikan, menyingkap & menunjukkan sesuatu perkara
dg jelas & terperinci.
-Ciri-ciri:
# Manjelaskan konsep @ istilah
# Menghuraikan sesuatu topik secara objektif
# Menggunakan teknik pentakrifan & analisis (got use ialah, adalah & merupakan)
# Huraian jelas & maklumat berdasarkan fakta sebenar
# Memindahkan idea @ maklumat drpd seseorg kpd audiens dgn berkesan

CTH:
Skuba ialah singkatan daripada self contain underwater breathing apparatus. Iaitu alat penafasan
bawah air yang mempunyai kandungan oksigen 21% dan 79% nitrogen.
Gagasan 1Malaysia menjadi gagasan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Gagasan ini diilhamkan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan diterima sebagai prinsip dan amalan hidup rakyat
Malaysia.

RETORIK PENGHUJAHAN

-Merupakan seni penggunaan bahasa dlm penulisan @ ucapan yg mempunyai usul, gagasan @ usul
dan gagasan yg disokong dgn hujah yg kuat.
-Juga dikenal sbg pemujukan rasional @ yg bersifat intelek.
-digunakan dlm perdebatan, pembicaraan, bahas, forum & penulisan yg bersifat akademik seperti tesis
& kajian ilmiah.
-Ciri-ciri:
# Disampaikan dgn jelas & berkesan

By ()
# Menggunakan teknik penyampaian secara deduksi, induksi @ analogi
# Memerlukan khalayak bersetuju & yakin akan pendapat yang dikemukakan
# Mengemukakan bukti yg mengandungi alasan yg logik

CTH:
Malaysia patut dijadikan negara pertanian. Dengan cara ini, Malaysia dapat mengurangkan kadar
pengimportan bahan makanan. Pada masa yang sama kadar pengaliran wang ke luar negara dapat
dikurangkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjsam untuk memastikan matlamat tersebut direalisasikan.
Suara sahaja belum menjamin meningkatnya bilangan pembuat dasar wanita. Segala-galanya perlu
disusuli dengan perancangan yang rapi dan teliti. Pada tahun 1985, kerajaan Malaysia telah menyokong
saranan 30% wanita dalam bidang pembuat dasar.

RETORIK PENERANGAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa yg memberi penjelasan ttg sesuatu perkara dgn terperinci drpd
satu langkah kpd satu langkah yg lain. (step by step)
-Ciri-Ciri:
# Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada yang menarik.
# Penggunaan bahasa formal dgn pemilihan diksi yg tepat, jelas & bernas.
# Maklumat boleh disampaikan secara lisan & tulisan

CTH:
Sebelum memulakan tutorial, pastikan anda mempunyai fail data SPSS dan ikut langkah-langkah yang
berikut:
a) Buka fail menu
b) Seterusnya klik pada arahan transform> automatic recode di bar menu.
c) Klik pada pemboleh ubah s1

TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA


Teknik Ciri-Ciri Ayat

By ()
Deduksi -Merupakan penulisan yg dimulai Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap
dgn suatu penyataan umum & pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-
kemudian diikuti dgn pernyataan undang. (umum) Mereka sewenang-wenangnya
khusus. melanggar lampu isyarat, memotong keneraan lain
-Juga sebagai perenggan piramid di garisan berkembar. Mereka juga suka memandu
terbalik kenderaan dengan laju hingga melepasi had laju
yang ditetapkan. Tindakan demikian menyebabkan
mereka sukar mengawal kenderaan, lalu
mengakibatkan kemalangan jalan raya. (khusus)

Umum(AT) Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap


ibu bapa. (umum) Sebagai bukti, ibu bapa tidak
Khusus pernah menghubungi pihak sekolah untuk
(AH) bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke
sekolah atau tidak. Mereka juga tidak pernah
memeriksa sama ada anak mereka membuat kerja
rumah atau tidak. Terdapat ibu bapa yang langsung
tidak pernah berkomunikasi dengan anak-anak
mereka tentang hal persekolahan. Mereka
menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi
masalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah.
(khusus)
Induksi -Merupakan penulisan yg dimulai Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab untuk
dgn suatu penyataan khusus & mengatasi masalah ini sepenuhnya kepada pihak
kemudian diikuti dgn pernyataan sekolah. Terdapat ibu bapa yang langsung tidak
umum. pernah berkomunikasi dengan anak-anak mereka
tentang hal persekolahan. Mereka tidak pernah
memeriksa sama ada anak mereka membuat kerja
rumah atau tidak. Mereka juga tidak pernah
menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan
sama ada anak mereka hadir ke sekolah atau tidak.
Khusus (khusus) Oleh itu, kes ponteng sekolah yang
(AH) semakin berleluasa berpunca daripada sikap ibu
bapa. (umum)

Umum(AT)
Pemandu suka memandu kenderaan dengan laju
hingga melepasi had laju yang ditetapkan. Tindakan
sedemikian menyebabkan mereka sukar mengawal
kenderaan lalu mengakibatkan kemalangan jalan
raya. Mereka sewenang-wenangnya melanggar
lampu isyarat dan memotong kenderaan lain di
garisan berkembar. (khusus) Sikap pengguna jalan
raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan
rayalah yang menjadi faktor utama kemalangan
jalan raya di Malaysia. (umum)

Analogi -Merupakan satu cara mengusulkan Potensi kita untuk berjaya dalam melakukan
sesuatu gagasan dgn memberinya aktiviti mencari gali petroleum dan gas cecair asli di
bandingannya dgn suatu perkara luar negara adalah besar. Kita maklum bahawa telah
lain yg mempunyai kaitan yg erat. sekian lama Petronas Berjaya mencari gali bahan
(Bandingannya dpt mengukuhkan tersebut di negara ini dan Berjaya mengeluarkan
usul itu agar dipercayai audiens.) bahan tersebut di kawasan perairan beberapa buah
-Juga dikenali sbg kaedah negeri di negara ini. Di samping itu, kita juga
perbandingan. telah membuktikan bahawa pencarian bahan fosil

By ()
tersebut di Dubai telah berjaya. Jadi, peluang kita
untuk berjaya dengan cemerlang jika kita mahu
melangkah ke negara-negara lain untuk tujuan itu
adalah cerah.

Kita percaya pasukan hoki negara memiliki


kemampuan untuk muncul sebagai pasukan terbaik
dalam pertandingan di peringkat Asia Tenggara dan
Asia. Keyakinan itu berdasarkan pencapaian baik
pasukan tersebut dalam beberapa pertandingan dua
tahun kebelakangan ini. Oleh itum peluang untuk
mereka menang adalah cerah.
Elektik -Merupakan gabungan antara teknik Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap
induksi dan teknik deduksi. ibu bapa. (umum) Sebagai bukti, ibu bapa tidak
-Isi penting dikemukakan dahulu, pernah menghubungi pihak sekolah untuk
diikuti huraian & diakhiri dgn bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke
kesimpulan. sekolah atau tidak. Mereka juga tidak pernah
memeriksa sama ada anak mereka membuat kerja
Umum (AT) rumah atau tidak. Terdapat ibu bapa yang langsung
tidak pernah berkomunikasi dengan anak-anak
mereka tentang hal persekolahan. Mereka
menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi
Khusus (AH)
masalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah.
(khusus) Tegasnya, kita tidak dapat menafikan
bahawa sikap samba lewa ibu bapa terhadap
Umum (AS) masalah ini menyebabkan masalah ini semakin
berleluasa. (umum)

Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap


pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-
undang. (umum) Mereka sewenang-wenangnya
melanggar lampu isyarat, memotong keneraan lain
di garisan berkembar. Mereka juga suka memandu
kenderaan dengan laju hingga melepasi had laju
yang ditetapkan. Tindakan demikian menyebabkan
mereka sukar mengawal kenderaan, lalu
mengakibatkan kemalangan jalan raya. (khusus)
Keadaan inilah yang menyebabkan kemalangan
jalan raya kerap berlaku di Malaysia. (umum)

By ()

You might also like