Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soto Ayam Orang Johor

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

I ekor ayam potong 4


1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah


3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Cara Menyediakan Soto Ayam Johor


Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga
kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.

Bahan Buat Sambal Cili


Sumber : Cik Matahariku
Segenggam cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu makan gula pasir
Kicap lemak manis Jalen ( ikut suka jenama apa)
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)

Blend semua bahan sekali dengan kicap.Masukkan sedikit air sahaja.Kicap tu dah boleh
larutkan gula cili dan bawang putih dalam blender tu nanti.Boleh jugak goreng dulu cili dan
bawang putih, kemudian blend.

Bahan Tambahan Lain:


Taugeh celur
Daun sup hiris
Daun bawang hiris
Bawang goreng
Kacang tanah goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil kentang
Mee hoon celur
Nasi Impit potong kecil

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam Johor


Sumber : Cik Matahariku

7-9 biji kentang digoreng


2 pokok daun sup - mayang halus
Bawang goreng ( anggaran satu paket sederhana bawang goreng )
2 biji telur ( untuk menggoreng begedil yang sudah di bulat-bulatkan)
Garam
Serbuk lada putih
Boleh letak daging atau ayam kisar kalau suka

Cara Menyediakan Begedil


Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum
digoreng.Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek dengan mudah.Masukkan juga
semua bahan seperti bawang goreng, daup sup.Boleh gunakan alu lesung batu bila nak
lecek kentang tu.Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
Bila kentang dah sebati dengan semua bahan,bolehlah buat bebola kentang.Ikut kita
nak besar mana.Kalau saiz bebola kentang kecil, lagi senang nak ngap kan.muehee.
Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara.Simpan
dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit
garam.Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.

Amacam.Dah boleh buat sendiri kan? Untungnya kalau kita belajar atau buat sendiri resepi
soto ayam ni kita boleh ikut rasa yang kita nak kan.Nak pedas ke, nak banyak atau sikit
ayamnya ke, semua ikut kita.

Selamat mencuba dan boleh kongsikan kepada rakan jika anda buat sedap dan menjadi..:)

You might also like