Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

YAP PUI YEE Refleksi

Subjek hubungan etnik ini merupakan salah satu subjek yang kami
belajar dalam semester 3 Program Pensiswazahan Guru ini.

Melalui subjek ini, saya dapat memahami masyarakat majmuk merupakan


khazanah yang penting untuk negara. Ia melambangkan keistimewaan dan
identiti Malaysia di mana pelbagai kaum hidup bersama-sama dalam satu
masyarakat. Rakyat Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India,
Kadazan, Iban dan lain-lain. Setelah lebih lima puluh tahun Malaysia mencapai
kemerdekaan, budaya setiap kaum secara tidak langsung telah menerap ke
dalam kehidupan harian kita. Contohnya makanan tradisional kaum Melayu nasi
lemak dan makanan tradisional kaum India roti canai merupakan makanan
kegemaran semua kaum. Bahkan ada orang Cina yang membuka gerai menjual
nasi lemak walaupun nasi lemak bukan makanan tradisional kaum Cina. Selain
itu, semakin ramai ibubapa masyarakat Melayu menghantar anak-anak mereka
belajar di sekolah jenis kebangsaan cina. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia
pada masa kini telah boleh menerima budaya serta bahasa kaum lain.

Kesefahaman antara kaum yang berjaya dicapai sememangnya


memerlukan kesabaran serta tolak ansur daripada semua pihak. Saya berasa
bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia merupakan
sebuah negara yang aman damai tanpa rusuhan kaum mahupun perang
saudara. Walaupun berkongsi kehidupan dengan kaum yang berbeza, namun
keharmonian dan penyatuan masyarakat boleh dinikmati oleh setiap rakyat
Malaysia. Saya akan lebih menghargai keharmonian yang kami memiliki ini dan
akan mendidik anak murid saya supaya mereka dapat bergaul mesra dengan
rakan-rakan yang berlainan kaum.

Keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari ini


adalah hasil daripada kesefahaman serta sikap bersatu padu pelbagai kaum.
Perpaduan yang kukuh antara kaum boleh dicapai dengan memupuk sikap
bersatu padu dari zaman kanak-kanak lagi. Cara terbaik untuk merealisasikan
matlamat ini adalah melalui sistem pendidikan yang berkesan.

Setelah menerima tugasan ini, saya melakukan beberapa pendekatan


yang berkesan seperti mencari buku-buku rujukan dan melayari laman web yang
berkaitan dengan tajuk tersebut. Maklumat yang saya diperolehi dari internet,
saya mengolahkan dan menggunakannya sebagai isi dan rujukan. Dengan
segala ilmu yang diperolehi daripada pelbagai sumber, akhirnya saya berjaya
menghabiskan kerja kursus dengan berkesan. Ini kerana segala ilmu yang saya
timba sepanjang tempoh penghasilan kerja kursus ini dapat saya aplikasikan
dalam kerja kursus kami yang lain.Tambahan pula, ilmu ini dapat saya gunakan
pada bila-bila masa sahaja untuk memperolehi faedah. Sebagai guru perlu
mempunyai sifat yang terbaik dan menjadi rolemodel kepada murid-murid agar
mereka dapat menjadi insan yang seimbang dari segi JERIS. Kami berjanji akan
menjadi seorang guru yang berkaliber dan bertangggungjawab agar dapat
memberi jasa dan bakti kepada keluarga, masyarakat dan juga Negara.

Saya bersyukur dan ingin memberi penghargaan dan mengucapkan


ribuan terima kasih kepada En.Haji Megat SAdan bin Megat Salleh kerana
beliau memberi bimbingan kepada kami semasa membuat kerja kursus ini.
Beliau telah berusaha menjelaskan tentang cara menyiapkan tugasan ini.
Dengan adanya penjelasan dan sokongan, saya telah menyiapkan tugasan
tersebut dengan sedaya upayanya dan sempat menyiapkan tugasan ini dalam
masa yang ditetapkan.

Di samping itu, saya juga ingin memberi penghargaan kepada mereka


yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Mereka menghulurkan
bantuan kepada saya tanpa jemu dan ikhlas. Terutamanya bagi rakan-rakan
sekalian, kami saling bantu-membantu dan berkongsi idea untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya
kerana banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan
tugasan ini. Segala kesalahan dijadikan pengajaran dan pengalaman kepada
saya untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Segala sokongan dan dorongan semua pihak saya hargai dan jasa diberi
tidak akan dilupakan. Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.Terima kasih.

You might also like