Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cerita Lagenda

Nama Siol Kandis berasal daripada sebuah pokok kandis yang terdapat di
kampung tersebut. Buah pokok kandis boleh dimakan dan rasanya adalah
masam manis. Dahulu, kampung ini dipenuhi dengan hutan tua di mana
terdapat banyak pokok besar dan tinggi. Penduduk pada masa itu rata-ratanya
melakukan aktiviti seperti mencari lokan, memancing dan menjala di sungai.
Ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, mereka sering terdengar bunyi siulan dan
beranggapan bahawa bunyi itu datangnya daripada lembaga hutan. Terdapat
juga anggapan lain yang mengatakan bahawa bunyi siulan tersebut adalah hasil
daripada bunyi angin yang bergeser dengan pokok-pokok yang terdapat di hutan
tersebut. Disebabkan itu, penduduk kampung menamakan kampung tersebut
Kampung Siol Kandis.

You might also like