Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGENALAN

Pengenalan

ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa
Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.

ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri
daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer
persegi.

Negara-negara Pengasas ASEAN

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan

Malaysia 8 Ogos 1967


Indonesia 8 Ogos 1967
Filipina 8 Ogos 1967
Singapura 8 Ogos 1967
Thailand 8 Ogos 1967
Brunei Darussalam 7 Januari 1984
Vietnam 28 Julai 1995
Laos 23 Julai 1997
Myanmar 23 Julai 1997
Kemboja 30 April 1999

Sejarah

ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu
sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan Kerajaan Malaysia, Thailand,
Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu
Deklarasi Bangkok. Deklarasi ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN. Pengisytiharan
ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam
Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar
Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).

Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta
kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.

Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan
perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura. Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin
hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto. Pertikaian dan perbalahan
politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini
merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN. Ini diperkukuhkan lagi menerusi
persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak
luar (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.
Matlamat Penubuhan ASEAN

Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini
melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.

Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan
keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang
teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.

Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional,


teknikal dan pentadbiran.

Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri,
meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi
antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf
hidup penduduk.

Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.

Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan

Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal
penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:

ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.

Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.

Deklarasi Konkord ASEAN 1976.

Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.

Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.

Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:

Projek Industri ASEAN 1976.

Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.

Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.

Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992.

Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.

Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah

Sidang Kemuncak Pertama Bali, Indonesia (1976)

Sidang Kemuncak Kedua - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).


Sidang Kemuncak Ketiga Manila, Filipina (1987).

Sidang Kemuncak Keempat Singapura (1992).

Sidang Kemuncak Kelima Bangkok, Thailand (1995).

Sidang Kemuncak Keenam Hanoi, Vietnam (1998).

Sidang Kemuncak Ketujuh Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)

Sidang Kemuncak Kelapan Phnom Penh, Kemboja (2002).

Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama Kuala Lumpur, Malaysia (1997).

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua Bangkok, Thailand (1998).

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga Manila, Filipina (1999).

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat Singapura (2000)

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima Bandar Seri Begawan, Brunei (2001).

Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam Phnom Penh, Kemboja (2002).

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1060-pengenalan.html

You might also like