Agihan Duit Kwapm 2016

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PERDA

14000 BUKIT MERTAJAM


SEBERANG PERAI TENGAH

Kod Sekolah : PBA 0026


Tel.:04-5306039
_______________________________________________________________________
Ruj.Kami: SKBBP.(HEM)700/1-3/1/7(8)
Tarikh : 9 OGOS 2016

Kepada;
Ibubapa waris / Penjaga
..........................................
SK Bandar Baru Perda
14000 Bukit Mertajam

Tuan,

PENYERAHAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN


(TUNAI) SESI PERTAMA TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan tuan/puan telah terpilih untuk menerima
Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Sesi Pertama yang akan diadakan seperti
berikut :

Nama Program : Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar


Miskin (KWAPM) Sesi Pertama
Tarikh / Hari : 12 Ogos 2016 / Jumaat
Masa : 10.30 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tertutup SKBBP

3. Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa majlis agihan tersebut:


i. Salinan sijil lahir/kad pengenalan murid.
ii. Salinan kad pengenalan ibu/bapa/pemjaga yang sah sahaja.
Iii Surat makluman ini.

4. Tanpa salinan dokumen tersebut pihak sekolah tidak dapat menyerahkan bantuan seperti
diatas. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


.....................................................

You might also like