Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

JALAN 2/23E, TAMAN DANAU KOTA,


53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

LAWATAN KE JOHOR BAHRU

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Tarikh : 4 dan 5 Oktober 2017


Hari : Rabu dan Khamis
Lokasi : Legoland, Johor Bahru.
1.0 PENDAHULUAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Khas merupakan murid-murid yang
memerlukan bimbingan, dorongan dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian mereka sama ada
di rumah atau pun di sekolah. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran untuk mereka
bukan sahaja terhad di dalam bilik darjah,tetapi mereka lebih memerlukan pembelajaran di luar bilik
darjah. Hal ini kerana melalui aktiviti di luar bilik darjah akan memberi lebih rangsangan sensori,
meningkatkan kemahiran pemerhatian, koordinasi, kecerdasan minda dan kecergasan fizikal mereka.
Oleh yang demikian, program lawatan akan memberikan pengalaman yang sebenar tentang perkara-
perkara di persekitaran mereka selain daripada keadaan di rumah dan sekolah. Selain itu, ia juga untuk
memberi pendedahan kepada mereka tentang kebesaran ciptaan tuhan mencipta keindahan muka bumi
yang pelbagai, infrastruktur ciptaan manusia yang memberi kemudahan kepada setiap penggunanya
serta kemajuan teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program lawatan sambil belajar ini, murid yang menyertai akan dapat:

1. Mengetahui ciri-ciri fizikal kawasan pelancongan di Malaysia.


2. Mengetahui keistimewaan taman tema dalam industri pelancongan.
3. Menghargai keindahan negara sepanjang perjalanan.
4. Mempelajari bahawa setiap jenis bentuk mukabumi mempunyai kelebihan dan
keistimewaannya tersendiri.
5. Memupuk semangat mencintai negara dengan menganjurkan lawatan ke destinasi
pelancongan seperti Legoland, Johor Bahru.

3.0 RASIONAL

1. Memperkenalkan negeri Johor.


2. Mengalami dan merasai budaya dan makanan masyarakat Johor.
3. Mengekpresikan diri dengan bahan yang berunsurkan menguji kemahiran berfikir.
4. Merangsang deria kinestik melalui permainan simulasi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

86 orang Murid Pendidikan Khas Integrasi dan murid Pra Sekolah Integrasi SK Danau Kota
5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 4 dan 5 Oktober 2017


Hari : Rabu dan Khamis
Lokasi : Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Bil. Guru &PPM : 24 orang
Bil. Murid : 86 orang

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


(RM)
1. Kutipan Bayaran Murid (RM 150 X 86 orang) 12,900.00
2. Kutipan Bayaran Guru & PPM (RM 200 X 24 orang) 4,800.00
3. Sumbangan PIBG 4,000.00
4. Ko Kurikulum 540.00
5. Tajaan 5232.00
Jumlah (RM) : 27,472.00

6.2 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KOS JUMLAH


(RM)
1. PENGANGKUTAN RM 2500.00 x 2 bas 5,000.00
2. TIKET MASUK LEGOLAND RM 184.00 x 24 guru & PPM 4416.00
RM 146.00 x 86 murid 12,556.00
3. PENGINAPAN (rumah singgah RM 250.00 x 4 buah 1,000
inap)
4. MAKANAN DAN MINUMAN RM 20 x 2 hari x 86 murid 3440.00
RM 20 x 2 hari x 24 guru & 960.00
PPM
5. KESELAMATAN / KECEMASAN RM 100.00 100.00
JUMLAH (RM) : 27,472.00
7.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANAAN

7.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Norhayati Binti Haron


Pengerusi : Pn. Nor Zuraihan Binti Ismail
Penyelaras : Pn. Nadiah Binti Abu Bakar
Setiausaha : Cik. Arifah Farhani Binti Abdul Rahim
Bendahari : Pn. Noor Azira Binti Ghazali

7.2 Jawatankuasa Kecil

Tajaan : Pn. Norzilawati Binti Md Nasir


Pn. Siti Zaimah Binti Abd Rahman
Pn. Nurroihan Binti Alias
Pn. Nooni Kartini Binti Ahmad

Aktiviti Lawatan : En. Mohamad Redzuan Bin Azmi


En. Nazri Bin Mat Noor
Cik. Arifah Farhani Binti Abdul Rahim
Pn. Yusrina Binti Abu Bakar

Penginapan : Pn. Norhaida Binti Mohamad


Pn. Munirah Binti Mokhtar
Pn. Sarinah Binti Abdullah

Pembahagian Kumpulan : Pn. Nadiah Binti Abu Bakar

Makanan : Pn. Noor Azira Binti Ghazali


Pn. Liza Binti Ramli
Pn. Nor Azura Binti Abu Hassan
Pn. Nik Nabilah Binti Nordin

Kebersihan : Pn. Hafizatul Shahana Binti Jamari


Pn. Nasiha Binti Ismail

Pengangkutan : Cik. Nur Aliyah Binti Azeme


Pn. Norhamidah Binti Azizan

Keselamatan & Kebajikan : Pn. Normala Binti Morkam


En. Mohamad Faizal Bin Nordin

Dokumentasi : Pn. Norazilla Binti Abdullah


8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA TEMPAT / AKTIVITI

7:00 7:45 pagi Berkumpul di SKDK /Sarapan Pagi


Bertolak ke Johor Bharu

12:00 tengah hari Dijangka tiba di Johor Bharu


Makan tengah hari
1:00 petang Melawat Muzium Sultan Abu Bakar
Melawat Masjid Sultan Abu Bakar
4 Oktober
2017 Mendaftar masuk ke homestay
Rabu 5:00 petang Minum petang
Berehat
Makan malam
8:00 malam
Bertolak ke Danga Bay

10:00 malm Bertolak pulang ke homestay


Tidur

7:00 pagi Sarapan pagi

08.30 pagi Lawatan ke Themepark ( Legoland)


5 Oktober
2017
Khamis 12:00 tengah hari Makan tengah hari
Bertolak pulang ke SK Danau Kota
2:00 petang
Solat di Ayer Hitam
7:00 petang
Dijangka tiba
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
9.1 FASA PERANCANGAN
9.1.1 Mengumpul maklumat tentang aktiviti lawatan yang akan dijalankan
9.1.2 Menganalisis maklumat tentang aktivit lawatan yang akan dijalankan
9.1.3 Membentuk ahli jawatankuasa (AJK) lawatan
9.1.4 Menyediakan kertas kerja lawatan dan mohon kelulusan dari pihak pentadbiran

9.2 FASA PERSEDIAAN


9.2.1 Menyerah tugasan kepada jawatankuasa kecil
9.2.2 Membentang perancangan program kepada jawatankuasa
9.2.3 Membuat perbincangan pemasaran
9.2.4 Memaklumkan kepada semua guru, PPM dan murid mengenai lawatan yang akan
dilaksanakan tarikh, tempat dan sasaran.
9.2.5 Mengedarkan surat penyertaan / kebenaran kepada murid/ibubapa
9.2.6 Mengenalpasti bilangan penyertaan guru, PPM dan murid.

9.3 FASA PELAKSANAAN


9.3.1 Memastikan semua AJK melaksanakan tugas masing-masing
9.3.2 Memastikan kesihatan dan keselamatan murid untuk mengikuti lawatan
9.3.3 Memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut masa yang ditetapkan

9.4 FASA PELAPORAN


9.4.1 Membuat Post Mortem aktiviti lawatan
9.4.2 AJK dokumentasi akan menyediakan laporan sebelum, semasa dan selepas
aktiviti lawatan secara bertulis dan diserahkan kepada guru besar untuk penilaian

10.0 PENILAIAN PROGRAM


10.1 Menilai perkembangan sosial dan emosi murid terhadap aktiviti diluar bilik darjah
bersama rakan sebaya.
10.2 Menilai nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh murid semasa aktiviti lawatan
dijalankan samada terhadap rakan sebaya, guru, PPM mahupun haiwan yang terdapat
disitu.
11.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru dari sudut akademik
mahupun hubungan sosial kepada pelajar pendidikan Khas SK Danau Kota. Melalui ini juga pelajar
dapat mengalami sendiri pengalaman untuk membentuk ilmu yang dipengaruhi oleh persekitaran
mereka. Semoga lawatan ini akan memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

(NADIAH ABU BAKAR) (NOR ZURAIHAN BINTI ISMAIL)


Penyelaras Guru Penolong Kanan
Program Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Danau Kota
Sekolah Kebangsaan Danau Kota

Disahkan Oleh :

..
(NORHAYATI BINTI HARON)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Danau Kota
53300 Kuala Lumpur

You might also like