Dokumen Standard Reka Bentuk Dan Teknologi Tahun 5

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 38

DRAF

01 APRIL 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TAHUN LIMA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TAHUN LIMA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Cetakan Pertama 2015
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia 2015

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-
apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara-cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Reka Bentuk dan Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN
KANDUNGAN MUKA
SURAT
Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendahuluan 1

Pendekatan Modular Berasaskan Kurikulum Standard 2

Reka Bentuk dan Teknologi sebagai Mata Pelajaran 2

Matlamat 3
Objektif 3

Fokus 3
Organisasi Kandungan 4
Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 5
Pengendalian Aktiviti dan Penilaian 7
Pentaksiran Berasaskan Sekolah 9
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 12
Keselamatan 13

Peruntukan Masa RBT 13

Pendekatan Modular 13
Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 5 15
Pemetaan Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 5 25
Pemetaan Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 4, 5 dan 6 26
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

? KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


? KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
? KELUHURAN PERLEMBAGAAN
? KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
? KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

PENDAHULUAN
yang berpengetahuan dan berketerampilan.
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang
(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah saling menyokong antara satu sama lain bagi
(KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu
tertentu iaitu:
1. Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah a. Komunikasi;
Rendah. b. Kerohanian, Sikap dan Nilai;
a. Matlamat Pendidikan Prasekolah: c. Kemanusiaan;
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam d. Sains dan Teknologi;
semua aspek perkembangan, menguasai e. Perkembangan Fizikal dan Estetika; dan
kemahiran asas dan memupuk sikap positif f. Keterampilan Diri.
sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.
b. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:
Untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu.
Perkembangan ini meliputi aspek- aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk
pendidikan yang bersifat holistik perlu
diperkasakan untuk memenuhi tuntutan
pendidikan serta menangani cabaran kehidupan
masa kini dan masa depan.

2. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang


dicadangkan bagi membangunkan modal insan

1 Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR


DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

PENDEKATAN MODULAR BERASASKAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI MATA


KURIKULUM STANDARD PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar
dalam bentuk pernyataan standard kandungan, standard sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata
pembelajaran dan tahap penguasaan yang perlu dicapai pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan
oleh murid. murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam
1. Standard Kandungan bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.
Pernyataan spesifik tentang perkara yang patut
diketahui oleh murid dan boleh dilakukan dalam Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan
suatu tempoh persekolahan yang merangkumi penekanan pada standard kandungan dan standard
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan
dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
2. Standard Pembelajaran Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan
pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard elemen merentas kurikulum seperti Teknologi Maklumat
Kandungan dan Standard Pembelajaran dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas
diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh
murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul.
Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif.

3. Tahap Penguasaan
Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap
kelompok standard kandungan dan standard
pembelajaran yang ditetapkan

2
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan


mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan
murid yang kritis, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran


Kurikulum Standard RBT berkebolehan:
1. mengamalkan peraturan keselamatan bengkel
dan amalan kerja yang selamat;
2. menguasai proses mereka bentuk untuk
menghasilkan produk;
3. mengetahui teknologi dalam bidang teknikal,
teknologi pertanian dan sains rumahtangga;
4. berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin
dan perisian serta menggunakannya dengan teknik
yang betul dan beretika;
5. melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen berdaya usaha dalam mereka bentuk dan
merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, kurikulum ini menghasilkan produk berkualiti;
juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja- buat- 7. menggunakan TMK dan mengaplikasi asas
sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta keusahawanan; dan
sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi 8. berkemahiran menjanakan idea untuk
melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan menyelesaikan masalah.
mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
FOKUS
MATLAMAT
Kurikulum Standard RBT berteraskan kemahiran mereka
Kurikulum Standard RBT adalah untuk membolehkan bentuk menggunakan teknologi dengan
murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas menggabungjalinkan pelbagai bidang pengetahuan dan
kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan kemahiran iaitu teknikal, teknologi pertanian dan sains

3
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
rumahtangga. Kurikulum ini memberi penekanan Tajuk Penerangan
kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran Organisasi dan Tajuk ini memberi pendedahan
mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi Keselamatan kepada murid terhadap suasana
membolehkan murid menghasilkan produk yang Bengkel bengkel RBT di sekolah rendah.
berkualiti. Asas Murid dapat mengenal pasti struktur
ORGANISASI KANDUNGAN Teknologi organisasi bengkel, peraturan dan
Kurikulum Standard RBT Tahap II, diorganisasikan Reka Bentuk keselamatan bengkel semasa
kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan mereka berada di dalam bengkel.
Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan Dalam tajuk ini murid diberi
Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. kemahiran memasang dan
Keenam-enam tajuk ini merangkumi tiga domain membuka kit model berfungsi secara
pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk elektromekanikal serta mereka dan
tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu membina model berfungsi. Standard
daripada yang mudah kepada yang sukar. Bagi domain kandungan ini membolehkan murid
psikomotor, murid melaksanakan aktiviti amali seperti membaca dan memahami manual,
kerja-buat-sendiri, penyelenggaraan, penghasilan projek mengenal pasti fungsi komponen,
dengan mengikut prosedur kerja yang betul dan kemahiran
beretika. Manakala bagi domain afektif, murid memasang
didedahkan kepada aspek nilai-nilai murni semasa menggunakan alatan tangan dengan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. cara yang betul, mereka dan
Proses kerja dalam RBT lebih menekankan membina model berfungsi. Aspek
pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi penyimpanan komponen dan
penghasilan sesuatu projek. Murid yang mengikuti keselamatan juga ditekankan dalam
kurikulum standard RBT akan lebih terdedah kepada tajuk ini.
aspek mereka bentuk dan menggunakan bahan serta Reka bentuk eksperimental
teknologi semasa menghasilkan projek. Proses merangkumi aspek pengetahuan
penerangan setiap tajuk adalah seperti berikut: dan kemahiran yang akan menguji
murid dari pelbagai aspek seperti:
a. menyatakan masalah
berdasarkan situasi;
b. pengumpulan maklumat;
c. menjana idea kreatif;
d. membuat lakaran projek;
e. mengenal pasti jenis alatan;
4
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Tajuk Penerangan Tajuk Penerangan


f. proses pembinaan, pengujian alatan, kerja mencampurkan nutrien,
dan penambahbaikan; dan penanaman dan penjagaan tanaman
g. membuat persembahan dan yang sistematik.
pendokumentasian. Sains Rumah Dua tajuk utama yang ditekankan
Penghasilan Bagi standard kandungan ini, murid Tangga dalam Standard Kandungan Sains
Projek dapat menghasilkan projek Rumah Tangga ialah penghasilan
menggunakan: artikel dan penyediaan sajian. Topik
a. bahan bukan logam dengan litar penghasilan artikel merangkumi
elektrik; proses mengenalpasti alatan dan
b. bahan logam dan bukan logam bahan jahitan, menyusun atur pola,
dengan litar elektronik; dan menggunting, menjahit dan
c. bahan logam dan bukan logam menghias artikel. Manakala melalui

Teknologi Standard Kandungan Teknologi PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN


Pertanian Pertanian menyentuh kaedah PEMBELAJARAN
menanam biji benih halus atau kasar Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang
yang meliputi aktiviti penyediaan biji berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang
benih, bahan, alatan dan akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid.
penjagaannya. Murid juga Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid
didedahkan kepada teknik melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk
mengubah anak benih ke dalam menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan
bekas serta penanaman dengan dalam kehidupan seharian.
menggunakan kaedah Hidroponik
Takung yang meliputi persediaan

5
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran: plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin yang
1. membuat lakaran projek; tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas
2. mereka bentuk dan menghasilkan projek; bebola dan roda boleh juga digunakan. Penggunaan
3. membuat penyambungan litar elektrik dan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat
elektronik; menanamkan sifat berjimat cermat dan berinovasi
4. mengaplikasi kaedah penanaman; semasa murid menghasilkan projek. Dengan ini, murid
5. menghasilkan artikel; akan lebih sedar akan sumber yang ada di sekeililing
6. menyediakan sajian; mereka dan berupaya memanfaatkan penggunaannya.
7. menyelenggara peralatan; dan
8. mempraktikkan budaya keusahawanan. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan
Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti
didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini murid dapat dijana dan diperkembangkan ke arah
yang hendak dikuasai. Dengan itu, guru seharusnya pembentukan jati diri yang seimbang.
dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu
dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid. Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam
Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, termasuk :
temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan 1. membanding beza bentuk-bentuk asas dalam
mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan persekitaran;
kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu 2. menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam aktiviti
objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz membina bentuk produk;
kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah 3. menjana idea kreatif dan inovatif;
mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka 4. mentafsir lukisan kerja;
supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan 5. menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan
untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih interaktif. masalah dan menghasilkan projek;
6. membuat keputusan, memilih projek, alatan
Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai tangan dan bahan yang diperlukan; dan
dan sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat 7. mengaplikasikan teknologi dalam pertanian.
cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan
aktiviti pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan kitar Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan
semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh, kotak, dalam pengajaran dan pembelajaran RBTsebagai salah satu
botol plastik, cengkerang, reja kayu dan reja paip unsur penting untuk merangsang daya intelek murid

6
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap web, mengakses pangkalan data dan berkomunikasi
perkembangan individu. Sebagai contoh semasa proses secara elektronik.
mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia ada,
mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN
menghasilkan produk. Selain itu, murid juga boleh
menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada
baharu mereka pada masa hadapan. penguasaan kemahiran, ukuran pencapaiannya boleh
dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang secara berperingkat. Aktiviti ini juga boleh dijalankan
relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. secara tersendiri. Gabungan beberapa aktiviti yang
Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti dijalankan boleh menghasilkan projek yang bersesuaian.
berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka,
bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran Pengendalian aktiviti dan penilaian dicadangkan
tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati mengikut peringkat-peringkat berikut:
menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi 1. Perancangan
kebiasaan dalam pengendalian pengurusan kehidupan a. merancang aktiviti atau projek;
murid. b. merancang bahan dan alatan; dan
c. merancang kaedah pengajaran dan
Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat pembelajaran
dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, 2. Penyampaian
bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan a. memotivasikan murid dalam melaksanakan
kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara aktiviti;
koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk b. tunjuk cara kemahiran;
semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga c. memberikan arahan sebelum, semasa dan
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran. selepas aktiviti;
d. melaksanakan aktiviti; dan
Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran e. menyelia dan membimbing.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid perlu 3. Penilaian
digalakkan menggunakan kemahiran TMK dalam a. menilai pengetahuan, kemahiran dan nilai;
pembelajaran mereka seperti pengumpulan, pemilihan dan b. menilai aktiviti; dan
c. menilai hasil kerja.
pemprosesan maklumat. Dengan ini, kemahiran TMK
murid boleh diperkembang melalui kemahiran
menggunakan perisian dan CD-ROM, melayari laman

7
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini merupakan 6. menjalankan kerja mengikut turutan yang betul;
aktiviti contoh untuk membolehkan murid menguasai 7. mengemaskan alatan dan bahan yang telah
sesuatu kemahiran. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti digunakan;
boleh dilakukan secara individu atau secara 8. membersihkan alatan dan menentukan
berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa perkara bilangannya cukup sebelum disimpan; dan
harus diambil kira oleh guru seperti jumlah alatan dan 9. membersihkan tempat kerja dan diri.
bahan, peruntukan masa, bilangan dan kebolehan
murid. Justeru, guru perlu menyedari bahawa: Penilaian merupakan sebahagian daripada proses
1. kumpulan murid mempunyai pelbagai kebolehan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan
supaya mereka saling membantu untuk menguasai pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian
pelbagai kemahiran; dijalankan secara berterusan. Maklumat daripada
2. aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya dapat penilaian yang berterusan ini dapat membantu guru
diselesaikan dalam dua waktu; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
3. aktiviti murid termasuk waktu mengemaskan alatan Justeru, guru boleh merancang dan mengambil tindakan
dan tempat kerja; dan susulan ke arah mempertingkatkan perkembangan
4. aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri individu dan pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi
daripada gabungan standard kandungan. mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui:
1. pemerhatian;
Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2. amali;
dapat dilaksanakan dengan sempurna, guru 3. lisan; dan
bertanggungjawab memastikan murid: 4. penulisan.
1. mengadakan perbincangan tentang langkah-
langkah menjalankan kerja; Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk
2. sentiasa mengamalkan langkah-langkah menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid
keselamatan; sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid.
3. memilih alatan dan bahan yang sesuai dan Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua
menggunakannya dengan cara yang betul; standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian
4. bekerja secara koperatif semasa menjalankan yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep
aktiviti dalam kumpulan masing-masing; lulus atau gagal. Sebaliknya, penilaian hendaklah
5. sedar akan kos alatan dan bahan dengan menekankan sama ada seseorang murid telah
menggunakannya secara cermat dan tidak membazir; menguasai aspek yang dinilai atau belum. Penilaian juga
seharusnya tidak menekankan perbandingan pencapaian
8 antara seorang murid dengan seorang murid yang lain.
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak
murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui tahap maksimum. PBS mempunyai ciri-ciri berikut:
pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh 1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat
mereka. keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan
kemahiran serta pengamalan nilai murni.
Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. 2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan
Guru boleh mencatat dengan cara mencatatkan seiring dengan PdP.
kenyataan, menanda pada kenyataan dan memberi gred. 3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
Senarai semak ialah satu contoh merekod maklumat mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
penilaian. Penilaian yang dijalankan hendaklah 4. Merujuk standard prestasi yang dibina
direkodkan dalam buku rekod mengajar dan rekod profil. berdasarkan standard kurikulum.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS boleh dilaksanakan secara:
1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dengan proses PdP.
komponen utama dalam proses pengajaran dan 2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir
pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan unit pembelajaran, semester atau tahun.
pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta
mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang Pentaksiran Rujukan Standard
telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses
PdP. Standard yang diperkenalkan menggunakan Standard
Prestasi iaitu untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah ( growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan
pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
pelaporannya. berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan
aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi

9
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

standard. Kerangka Standard Prestasi


M T HURAIA
N TP
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk 2 Tahu dan Faham
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan
anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
dan kebolehan masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) ialah kriteria pencapaian yang
Standard Prestasi berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan
standard pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap
perkembangan pembelajaran murid yang diukur Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu
berdasarkan standard dan menunjukkan di mana domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan generik bagi memberi gambaran holistik tentang
pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu individu.
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara
mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (TP).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih
qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata
yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil
pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan
untuk guru menambahbaik Pentaksiran

10
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Tafsiran TP Secara Umum Tafsiran TP Mata Pelajaran RBT


TP TAFSIRAN TP TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas atau boleh 1 Mengetahui tentang kemahiran asas dalam
melakukan kemahiran asas atau memberi bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains
respons terhadap perkara yang asas. Murid rumah tangga.
2 Mengetahui dan memahami tentang
menunjukkan kefahaman untuk menukar
kemahiran asas dalam bidang teknikal,
bentuk komunikasi atau menterjemah serta
teknologi pertanian dan sains rumah
2 menjelaskan apa yang telah dipelajari. tangga.
Murid menggunakan pengetahuan untuk 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan
melaksanakan sesuatu kemahiran pada kefahaman tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
3
suatu situasi. sains rumah tangga.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran 4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
dengan beradab iaitu mengikut prosedur tentang kemahiran asas dalam bidang
atau secara sistematik. teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran tangga secara sistematik. Mengaplikasikan
5 pengetahuan dan kefahaman tentang
pada situasi baru dengan mengikut prosedur
kemahiran asas dalam bidang teknikal,
atau secara sistematik serta tekal dan
5 teknologi pertanian dan sains rumah tangga
bersikap positif. secara berinisiatif. Mengaplikasikan
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif 6 pengetahuan dan kefahaman tentang
dan inovatif, mempunyai keupayaan kemahiran asas dalam bidang teknikal,
membuat keputusan untuk mengadaptasi teknologi pertanian dan sains rumah tangga
6
permintaan serta cabaran dalam kehidupan secara kreatif dan inovatif.
seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan Setiap guru RBT perlu melaksanakan proses PdP dalam
ayat yang sesuai secara bertatasusila dan bilik darjah dengan merujuk kepada Standard
menjadi contoh secara tekal. Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru perlu ada bagi menentukan proses PdP
dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian. Dalam
keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan

11
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

murid dan menentukan tahap keupayaannya dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
berdasarkan senarai standard prestasi yang telah menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
disusun mengikut tajuk-tajuk pembelajaran. Guru dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk
seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai
untuk berupaya mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dan mencipta seperti Jadual 1.
dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan. KBAT
Penerangan
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
dan nilai dalam situasi berlainan untuk
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan melaksanakan sesuatu perkara
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta bahagian kecil untuk memahami dengan
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan lebih mendalam serta hubung kait antara
bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari bahagian berkenaan
dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran Mencipta
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, Menghasilkan idea atau produk atau
identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. kaedah yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum
sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran kumpulan mata pelajaran.
berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah
sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri,
memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
Tinggi (KBAT). menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta
minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas
pembelajaran mereka.
12
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

KESELAMATAN 8. pastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin sentiasa


diurus dengan baik dan selamat digunakan;
Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat perlu 9. pastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk
diberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti amali bagi menyimpan alatan dan bahan yang mudah terbakar,
mata pelajaran RBT. Justeru, peraturan dan langkah pecah dan berbahaya;
keselamatan hendaklah sentiasa diamalkan dan dipatuhi. 10. labelkan semua alatan dan bahan;
Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang melibatkan 11. jangan menggunakan bekas bahan beracun, bahan
faktor keselamatan boleh dilakukan secara bergilir-gilir kimia, dan bahan yang mudah terbakar;
dalam kalangan murid bagi memberi 12. sediakan peti pertolongan cemas dan alat
mereka pengalaman serta menanamkan semangat pemadam api yang mudah dilihat serta mudah dicapai
bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin. apabila diperlukan;
13. ambil tindakan keselamatan mengikut prosedur
Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah yang betul apabila berlaku kemalangan; dan
sentiasa memastikan tempat kerja bebas daripada 14. sediakan buku log untuk merekod kemalangan
perkara yang boleh mendatangkan bahaya dengan yang berlaku.
melaksanakan langkah-langkah keselamatan.
PERUNTUKAN MASA RBT
Perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan
yang perlu diberi perhatian: Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua
1. tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada waktu seminggu (2 x 30 minit) yang dijalankan secara
murid; giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam
2. pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh bulan. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan
semua pihak; cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan
3. tanamkan rasa tanggungjawab terhadap perancangan pengajaran dan pembelajaran.
keselamatan diri dan orang lain;
4. bimbing murid mengenal pasti perkara yang boleh PENDEKATAN MODULAR
mendatangkan bahaya;
Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan
5. pastikan keadaan tempat kerja mempunyai
pendekatan modular untuk memastikan penguasaan
pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik;
pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan
6. ruang tempat kerja yang selesa termasuk
baik dan berkesan. Dengan menggunakan modul yang
permukaan lantai yang selamat;
7. paparkan poster dan ilustrasi mengenai peringatan disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan
keselamatan yang mudah difahami oleh semua murid; kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu
melalui aktiviti yang bermakna.
13
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Pendekatan modular tetap menekankan 6. mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi
penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam tujuan mendapatkan maklum balas daripada orang lain
RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah untuk penambahbaikan.
untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana
yang ditetapkan dalam standard kandungan dan Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri
standard pembelajaran. keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengurusan
perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional dalam
Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap keusahawanan serta nilai moral dan etika
pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara teori keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam
dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kehidupan.
kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan.
Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan
Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal,
baik, menghargai pendapat dan usaha orang lain,
sains pertanian dan sains rumah tangga yang
bersedia menerima kritikan membina, memberi
digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum
dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara
(EMK).
koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk
semangat kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan
Elemen Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
ini boleh dipupuk semasa murid membuat pembentangan
memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti murid.
projek masing-masing.
Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam
mata pelajaran RBT termasuklah: Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
1. mereka bentuk dan membina projek dengan relevan harus merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah; cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha
mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia
2. menjana idea untuk mereka bentuk dan membina
menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati
projek;
3. menghasilkan lukisan projek dan lakaran; menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi
4. membuat keputusan memilih idea reka bentuk, kebiasaan dalam pengendalian dan pengurusan
kehidupan murid.
kaedah pembinaan projek, peralatan, perkakasan
dan bahan yang sesuai;
5. menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian
dengan hasil yang dihasratkan; dan

14
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
TAHUN 5

2. ASAS TEKNOLOGI

STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI


KANDUNGAN PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
2.2 Memasang dan 2.2.1 Membaca dan memahami 1 Membaca manual kit model berfungsi.
membuka kit model manual.
berfungsi secara
elektromekanikal 2.2.2 Menyatakan nama dan 2 ? Menyatakan dua nama dan fungsi alatan tangan untuk memasang
berpandukan fungsi alatan tangan yang dan membuka kit model.
manual. diperlukan untuk memasang dan ? Mengenal pasti nama dan fungsi dua komponen kit model.
(4 waktu) membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan 3 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
fungsi komponen kit model
seperti motor, gear, takal dan tali
sawat, gegancu dan rantai, roda Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model yang telah
dan gandar, alat kawalan jauh, dipasang.
sensor, bateri, sel solar, suis,
pemegang bateri dan kerangka. 4
? Membuat pengujian kefungsian kit model.
? Mengenal pasti masalah dan membuat pembaikan kit model.
5

15
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

2. ASAS TEKNOLOGI
STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
2.2.4 Memasang komponen kit 6 ? Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
model berpandukan sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik,
manual. bersikap positif dan boleh dicontohi.
? Membuka dan menyimpan komponen kit model dengan
2.2.5 Mengenal pasti sistem sistematik.
elektromekanikal kit
model.

2.2.6 Menguji kefungsian kit


model.

2.2.7 Membuka dan menyimpan


komponen kit model.

16
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

4. PENGHASILAN PROJEK
STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN
4.2 Menghasilkan 4.2.1 Mengenal pasti projek 1 Menyatakan bahan logam yang digunakan untuk membuat projek.
projek berpandukan manual.
menggunakan
bahan logam dan 4.2.2 Menyatakan bahan logam 2 Menerangkan fungsi tiga alatan tangan dan komponen elektronik
bukan logam seperti aluminium, keluli, untuk membuat projek.
dengan litar zink dan bahan bukan
elektronik. (14 logam.
waktu) 3 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk
4.2.3 Menyatakan nama dan
membuat projek.
fungsi alatan tangan yang
digunakan untuk membina projek
iaitu gergaji besi, gunting logam, 4 ? Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan
gandin kayu, gandin getah, kikir
rata, kikir parut, playar gabung, pencantum.
pisau boleh laras, pengikis, ? Membuat kemasan projek.
penggarit, penebuk pusat, ragum ? Pengiraan kos bahan.
kakak tua dan ragum meja.

4.2.4 Menyediakan alatan dan ? Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.
bahan berdasarkan projek. 5 ? Menguji kefungsian projek.

? Membina projek yang berfungsi dengan mempunyai nilai


6 tambah secara kreatif dan inovatif
? Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

17
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

4. PENGHASILAN PROJEK
STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN

4.2.5 Mengukur, menanda dan


memotong bahan yang
digunakan untuk membuat
projek.
4.2.6 Memasang bahan projek
menggunakan pengikat
dan pencantum.

4.2.7 Membuat kemasan projek


menggunakan bahan iaitu
cat licau atau syelek.

4.2.8 Menyatakan nama, simbol


dan fungsi komponen
elektronik seperti diod
pemancar cahaya (LED),
perintang, kapasitor,
transistor, buzer dan suis.

4.2.9 Membaca litar skematik


dan litar bergambar
berdasarkan manual.

4.2.10 Membuat penyambungan


litar elektronik pada
projek.

18
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

4. PENGHASILAN PROJEK
STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN

4.2.11 Menguji kefungsian


projek.

4.2.12 Membuat
penyelenggaraan dan
penyimpanan peralatan.

4.2.13 Pengiraan kos bahan.

19
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

5. TEKNOLOGI PERTANIAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
5.1 Menanam benih 5.1.1 Memilih biji benih yang 1 Menyatakan dua ciri biji benih yang baik.
di dalam bekas. baik berdasarkan ciri-ciri seperti
(8 waktu) cukup matang, bernas,
berbentuk normal dan tidak 2 Menerangkan nama dan fungsi dua alatan.
diserang perosak.

5.1.2 Menyatakan nama dan 3 ? Mengenal pasti medium semaian.


fungsi alatan seperti sudip ? Menyediakan medium dalam bekas semaian dan penanaman yang
tangan, serampang sesuai.
tangan dan penyiram.

5.1.3 Menyediakan alatan iaitu ? Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
sudip tangan, serampang 4
tangan dan penyiram.
Menyemai biji benih halus atau kasar dengan kaedah yang betul.
5.1.4 Mengenal pasti medium
semaian seperti medium
campuran, peat most dan
? Melakukan penjagaan semaian dan tanaman.
cocoa peat.
5 ? Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman
mengikut prosedur.
5.1.5 Menyediakan medium dan
bekas semaian yang
sesuai.
Melakukan penanaman benih dalam bekas secara kreatif dan
inovatif dari aspek idea, teknik, peralatan dan bahan.
6

20
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

5. TEKNOLOGI PERTANIAN
STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN

5.1.6 Mengisi medium ke


dalam bekas semaian

mengikut prosedur. 5.1.7

Menyemai biji benih


halus atau biji benih kasar
dengan kaedah yang
betul.

5.1.8 Melakukan penjagaan


semaian iaitu menyiram,
merumput dan mengawal
perosak.

5.1.9 Menyediakan medium


dan bekas penanaman
yang sesuai.

5.1.10 Mengubah anak benih ke


dalam bekas penanaman
mengikut prosedur.

5.1.11 Melakukan aktiviti


penjagaan tanaman iaitu
merumput, menggembur,
membaja, menyiram dan
mengawal perosak.

21
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

6. SAINS RUMAH TANGGA


STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN
6.2 Menyediakan 1 Menyatakan sanitasi penyediaan makanan dengan betul.
sajian. 2 Menerangkan nama dan fungsi tiga alatan.
(6 waktu) 6.2.1 Mengenal pasti sanitasi 3 Memilih menu sarapan atau minum petang.
penyediaan makanan 4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.
dengan betul. 5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian mengikut menu yang
6.2.2 Menyatakan nama dan 6 dipilih.
fungsi alatan seperti Menyedia, memasak dan menghidang sajian secara kreatif dan
kutleri, sudip, senduk, inovatif.
mangkuk adunan, alat Membersihkan alatan dan ruang memasak.
penyukat, alat penimbang, Menyelenggarakan dan menyimpan alatan.
kuali, periuk, dapur, alat
pengadun kek, alat
pengisar, cerek elektrik,
pembakar roti dan oven
elektrik.
6.2.3 Memilih menu sarapan
atau minum petang.
6.2.4 Membuat anggaran kos
bahan mengikut menu
yang dipilih.
6.2.5 Menyediakan, memasak
dan menghidangkan
sajian.

22
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

6. SAINS RUMAH TANGGA


STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN

6.2.6 Membersihkan alatan dan


ruang memasak.

6.2.7 Menyelenggarakan dan


menyimpan alatan.

23
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

6. SAINS RUMAH TANGGA


STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PENGUASAAN
6.3 Menghias dan 6.3.1 Menyatakan bahan hiasan 1 ? Menyatakan dua bahan hiasan pada makanan.
membungkus seperti aising, coklat urai, ? Menyatakan satu jenis pembungkus makanan.
makanan. jem dan kelapa parut
(4 waktu) kering.
2 Menerangkan dua maklumat pada label pembungkus makanan.
6.3.2 Menyatakan jenis
pembungkus makanan seperti
kertas pembungkus dan bekas Menghias dan membungkus makanan.
plastik.
3
6.3.3 Mengenal pasti maklumat
pada label pembungkus makanan
iaitu jenama, nama makanan, 4 Menghias dan membungkus makanan mengikut kesesuaian.
kandungan, tanda harga, tanda
halal, berat dan tarikh luput.
5 Menghias, membungkus dan melabel makanan.
6.3.4 Menghias dan
membungkus makanan
seperti kek, roti, donat dan 6
biskut. Menghias, membungkus dan melabel makanan yang disediakan
mengikut kesuaian secara kreatif dan inovatif.

24
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

PEMETAAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
TAHUN 5

Tahun 5
BIL. STANDARD KANDUNGAN Waktu Minit
(min)
1 2. ASAS TEKNOLOGI

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara 4 120


elektromekanikal berpandukan manual.

2 4. PENGHASILAN PROJEK

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan 14 420


logam dengan litar elektronik.

3 5. TEKNOLOGI PERTANIAN

5.1 Menanam benih di dalam bekas. 8 240

4 6. SAINS RUMAH TANGGA

6.2 Menyediakan sajian. 6 180

6.3 Menghias dan membungkus makanan. 4 120

JUMLAH BESAR 36 1080

25
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

PEMETAAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
TAHUN 4, 5 DAN 6

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
1 1. ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL
11 30
1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel.
30
1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel. 4

2 2. ASAS TEKNOLOGI 120

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi.


4 120
2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara 6
elektromekanikal berpandukan manual.
180
3 3. REKA BENTUK 14

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental. 420

4 4. PENGHASILAN PROJEK

4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam 14 420


dengan litar elektrik.

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


bukan logam dengan litar elektronik.

26
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
24 720
4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
logam, bahan logam dan elektromekanikal.
5 5. TEKNOLOGI PERTANIAN

5.1 Menanam benih di dalam bekas. 8 240

5.2 Menanam secara hidroponik. 12 360

6 6. SAINS RUMAH TANGGA

6.1 Menghasilkan artikel jahitan. 10 300

6.2 Menyediakan sajian. 6 180

6.3 Menghias dan membungkus makanan. 4 120


JUMLAH BESAR 36 1080 36 1080 36 1080

27
Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

You might also like