Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengarah.

Perpustakaan Awam Tun Razak,


Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30100 Ipoh,
Perak 26 April 2017

Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
PERPUSTAKAAN AWAM TUN RAZAK

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah kami ingin
mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Awam Tun Razak pada :
Tarikh : 28 April 2017
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 PM
Bilangan Peserta : 26 orang murid dan 8 orang guru pengiring
3. Diharapkan pihak tuan menyertakan jadual atur cara lawatan. Pihak kami
berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan pihak tuan dapat memberi
maklum balas bagi memudahkan kami untuk membuat tindakan selanjutnya. Segala
sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

..
( EN. MAHADEVAN A/L PERUMAL PITCHAI )
GURU BESAR
SJKT Ladang Elphil, 33100 Sg. Siput, Perak

You might also like