Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Isu Media

Media atau dikenali sebagai media massa ialah sejenis cara komunikasi melalui
penyebaran maklumat dengan alat-alat media tertentu seperti televisyen, radio, surat khabar,
filem dan juga internet. Jika kita melihat sejarah perkembangan media, era komunikasi interaksi
bermula pada tahun 1946. Media telah berkembang selepas wujudnya tulisan yang pernah
menjadi alat komunikasi antara manusia. Istilah media ini telah dicipta pada tahun 1920-an
ketika rangkaian radio serta jaringan suratkhabar dan majalah mula boleh didapati dengan
mudah di merata tempat. Penggunaan media semakin meluas dalam kalangan masyarakat
selepas wujudnya media dalam bentuk elektronik terutamanya internet dan telefon bimbit. Pada
abad ke-21 ini, media telah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.
Media berperanan menyampaikan pesanan serta isu-isu semasa kepada orang ramai. Melalui
media kita dapat menerima informasi terkini pada tempoh yang singkat sahaja. Kita sebagai
pengguna generasi baru haruslah menghargai ciptaan media dan elakkan diri daripada
menyalahgunakan media dengan tujuan mncemuh orang. Namun demikian, yang
mendukacitakan ialah masyarakat Malaysia telah menyalahgunakan media dengan
menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan menimbulkan isu-isu sensitif yang pasti akan
menggugat perpaduan negara. Ada dalam kalangan mereka juga yang menggunakan bahasa-
bahasa kasar dalam komunikasi bentuk talian. Sebagai contoh, kurang ajar untuk memarahi
orang yang kurang bersopan. Persoalannya, di manakah kesantunan dan budi bahasa
masyarakat kita? Adakah kesantunan masyarakat Malaysia sudah ditelan zaman? Tepuk dada
tanya selera.

Isu televisyen merupakan isu yang sentiasa menjadi buah mulut dalam kalangan
masyarakat. Televisyen merupakan salah satu alat media yang dapat menyebarkan maklumat,
alat mempengaruhi cara pemikiran seseorang dan sebagai medium hiburan. Tidak dinafikan
bahawa televisyen menjadi sebahagian daripada keluarga, hampir di semua rumah. Setiap
rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 1televisyen. Dalam Pemerkasaan Televisyen
dalam Mendidik Masyarakat, buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),
membicarakan peranan televisyen sama ada dapat mengalakkan kehidupan masyarakat yang
sihat dan berakhlak mulia atau bersifat ganas dan kurang peka terhadap keperluan golongan
yang berada dalam kesusahan. Buku ini juga membicarakan tentang kepentingan serta
implikasi pengaruh pegiklanan komersial terhadap cita rasa dan nilai hidup masyarakat.
Terdapat satu kenyataan yang telah mendasyatkan di Malaysia iaitu seramai 741 pelajar dan
1420 bukan pelajar berusia di bawah 18 tahun terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah akibat
penyiaran filem-filem ganas dalam televisyen. Selain itu,dalam tempoh sama, seramai 1,164
pelajar dan 1,877 bukan pelajar sudah ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah.
Menurut kajian MCPF( yayasan pencegahan jenayah malaysia) bertajuk Delinkuensi Juvana
pada 2002 telah mendapati bahawa program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap
masyarakat terutamanya remaja dan menunjukkan mereka mudah dipengaruhi oleh media
massa. Di samping itu, hampir dua kali ganda sampel remaja memberitahu mereka terpengaruh
dengan tingkah laku dan watak pelakon yang ditonton di televisyen dalam dari segi cara
pemikiran dan perspektif kehidupan. Pengaruh televisyen telah memberikan kesan yang negatif
terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui
kemasukan budaya barat yang semakin meluas. Televisyen telah memaparkan atau
menayangkan gambar-gambar dan filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang
tidak bersesuaian dengan budaya timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma
budaya yang berteraskan agama. Program-program dan filem-filem yang belum ditapis yang
disiarkan dalam televisyen dapat mempengaruhi minda golongan yang kurang berfikiran
matang. Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat
juga sesetengah filem yang memaparkan unsur-unsur yang kurang menyenangkan atau
menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan
dari ditayangkan. Di Malaysia, terdapat filem-filem yang telah ditapis dan diharamkan oleh
malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF kerana mengandungi unsur keganasan, sensitif
berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial. Antara filem-filem tersebut ialah
seperti Fifty Shades Of Greydan Sex Tape. Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai
menonton dalam internet. Sekiranya isu ini berjalan secara berterusan, ia akan mendatangkan
banyak kesan buruk kepada negara. Misalnya, negara akan kehilangan waris pemimpin yang
berkaliber dan berwawasan. Tambahan pula, masalah jenayah akan berleluasa di dalam
negara sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah
tersebut. Bagi mengatasi isu tersebut, setiap pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Pada pendapat saya, ibubapa merupakan pihak yang paling penting kerana ibu bapa
merupakan pihak yang paling mendampingi anak-anak. Anak-anak merupakan golongan yang
paling mudah dipengaruhi oleh media. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi didikan kepada anak-
anak tentang rancangan televisyen yang patut ditonton dan yang tidak patut ditonton. Bukan
begitu sahaja, ibu bapa harus sentiasa memeriksa dan memantau rancangan-rancangan
televisyen yang ditonton oleh anak-anak. Janganlah membiarkan anak-anak menonton apa-apa
rancangan yang disukai oleh mereka sahaja. Namun kini ramai ibu bapa sibuk mengejar
kebendaan hidup dan kurang masa bersama-sama anak menyebabkan anak-anak mudah
terdedah dengan unsur tidak sihat. Selain pihak ibu bapa, pihak kerajaan memainkan peranan
yang paling penting dalam pencegahan masalah ini. Akta pencegahan jenayah dan Akta
Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman globalisasi. Penguatkuasaan
undang-undang dengan pemberian hukuman yang tegas kepada pihak yang menjual DVD
haram adalah amat digalakkan. Kesimpulannya, televisyen mempunyai banyak kebaikan dan
keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan televisyen dan memastikan ia
digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting
agar generasi muda memanfaatkan televisyen demi melahirkan masyarakat berilmu di negara
ini.

Antara media yang paling kerap digunakan oleh masyarakat ialah internet. Era 1990-an
menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila
munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan
sekarang blog. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat.
Kini, internet merupakan saluran penghubung dunia tanpa sempadan yang beerti mengecilkan
dunia. Internet juga dapat menyalurkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini akan
memudahkan berjuta-juta peajar untuk mencari maklumat dalam kajian penyelidikan mereka. Di
samping itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Segala urusan berkaitan
politik, ekonomi, perubatan dan perbankan dapat berjalan secara efektif dengan internet. Walau
bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini
boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking yang kini banyak
berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan
negara juga akan terganggu kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa.
Andaikan seorang rakyat negara menyebarkan misi dan strategi negara dalam sesuatu isu
melalui laman web, maka anasir-anasir luar negara akan datang menceroboh negara. Selain itu,
malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
kemudahan internet untuk menyebarkan isu-isu sensitif seperti isu perkauman dan propaganda
yang memburuk-burukkan kerajaan secara terbuka. Penyebaran berita palsu ini amat
berbahaya terutama jika melibatkan isu keselamatan negara. Dalam konteks masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran isu-isu perkauman telah menggugat perpaduan
negara dan menjejaskan kesejahteraan negara. Peristiwa hitam iaitu rusuhan kaum seperti
yang berlaku pada 13 Mei 1969 akan berulang sekiranya masalah tersebut tidak dapat
dibendung dengan segera. Terdapat pihak yang menyalahgunakan hak kebebasan bersuara
dengan mencemuh atau mengkhianati musuh mereka dengan perkataan-perkataan kasar
melalui laman web seperti facebook dan wechat. Perbuatan sebegitu bukan sahaja telah
menjatuhkan maruah orang lain maka juga telah menjatuhkan maruah diri. Seseorang yang
lupa mengamalkan budi bahasa dalam pergaulan seharian atau komunikasi dalam media tidak
akan disanjung tinggi oleh masyarakat. Secara langsung, rakyat Malaysia akan dikenali sebagai
negara yang kurang bersopan-santun. Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas
hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti
menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Apabila ditegur,
mereka tidak berasa menyesal diri tetapi memarahi ibu bapa. Selain bermain permainan,
mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Contohnya, seorang mahasiswa yang
tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah menggunakan blog bagi
meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Ramai remaja dan dewasa yang melayari internet
untuk tujuan porno. Mereka yang dahagakan unsur-unsur tersebut menjadi sasaran kepada
peniaga porno untuk neneruskan promosi tanpa berhenti-henti. Di Malaysia, ramai pelajar
lepasan university diberkas kerana memuat turunkan video-video lucah secara umum. Hal ini
amat mengejutkan kerana kebanyakan mereka berkelulusan ijazah hingga pangkat kedoktoran.
Golongan ini sepatutnya memberikan sumbangan kepada negara dalam bidang-bidang yang
diceburi. Namun apa yang mendukacitakan mereka telah menjatuhkan maruah negara semata-
mata. Untuk memastikan peristiwa tidak berulang lagi, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan
Akta Jenayah Dan Siber dan mengenakan hukuman yang lebih tegas seperti denda atau
penjara atau kedua-duanya terhadap pesalah.

Selain media dalam bentuk elektronik, media cetakan seperti majalah dan surat khabar
juga menjadi alat penyebaran maklumat yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat.
Media massa juga boleh mendatangkan keburukan kepada pengguna melalui pengiklanan.
Banyak majalah sentiasa memaparkan iklan-iklan bagi produk-produk tertentu. Terdapat
pengguna yang dipengaruhi oleh iklan yang dipaparkan kerana mereka berpendapat iklan
tersebut amat menarik dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Kebanyakan syarikat pengiklanan tidak memberikan maklumat yang tepat kepada pengguna.
Mereka melebih-lebihkan maklumat palsu dan cuba memperdayakan pengguna. Sebagai
contoh, produk makanan yang tidak menepati khasiat dan timbangan yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan dengan tujuan menikmati keuntungan yang berlebihan. Syarikat-
syarikat tersebut sanggup mengabaikan kesihatan pengguna demi kepentingan diri sendiri.
Pengguna sering terpedaya dengan tipu helah peniaga atau syarikat yang menyorok barangan
dan menaikkan harga produk sesuka hati. Terdapat ramai pengguna juga terpedaya oleh
majalah berkaitan kualiti barang yang dipromosikan. Bak kata pepatah Melayu, indah khabar
daripada rupa, Apabila mendapatkan barang, mereka mengadu bahawa barang tersebut
mudah rosak dan tidak bertahan lama. Yang menyedihkan hati tentang pengiklanan ialah
pengiklanan yang menjatuhkan maruah wanita. Wanita dalam majalah minuman keras, iklan
rokok dan kereta mewah dijadikan umpan seks untuk memikat hati wanita. Daripada peristiwa
di atas, kita mendapati bahawa pihak majalah dan syarikat tidak menepati asas kesantunan
iaitu nilai amanah dalam urusan jual beli dan hak asasi manusia.

Sejak dulu, surat khabar menjadi alat media yang popular dalam kalangan masyarakat.
Sebelum media elektronik diperkenalkan, masyarakat bergantung kepada surat khabar untuk
mengetahui perkembangan semasa dunia. Membaca surat khabar menjadi amalan kepada
setiap keluarga. Selain mengetahui perkembangan semasa, pembaca dapat menambahkan
ilmu pengetahuan seperti harga di bursa saham, hiburan, kemahiran asas dalam kehidupan
seharian serta idea-idea untuk kemajuan diri. Surat khabar dapat menjadi saluran untuk
mengalakkan pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Contoh yang paling
mudah ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia telah menyiarkan berita mengenai idea
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan rakyat Malaysia termasuk
pelajar yang belajar di sebarang laut untuk memahami konsep dan prinsip 1Malaysia. Melalui
saluran ini, rakyat Malaysia dapat menyerap nilai cinta akan negara dalam jiwa mereka. Rakyat
akan menjadikan nilai tersebut sebagai amalan hidup. Melalui akhbar,rakyat akan menjadi amat
peka dan sentiasa memerhatikan keadaan di sekelilingnya seperti ancaman bahaya, perubahan
cuaca, ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yang kemudiannya memberi amaran kepada
khalayak agar bersiap sedia secara fzikal dan spiritual. Akan tetapi ada segelintir pihak yang
tidak rasional sengaja menghebah-hebahkan khabar angin yang tidak relevan sehingga
menimbulkan suasana huru-hara. Sebagai contoh, laporan muka depan akhbar The Star pada
12 Jun 2009 mengenai ancaman selesema babi atau influenza A H1N1. Tetapi jika khalayak
tidak meneliti dengan mendalam laporan terbabit dan tidak mendapat maklumat sebenar situasi
selesema babi di negara ini, ia akan membawa kepada keburukan yang serius.Hal Ini demikian
kerana keadaan itu mungkin akan menimbulkan keadaan kelam kabut pada tahap awal,
contohnya, orang ramai tidak berani keluar dari rumah untuk bekerja. Sekiranya tidak
dibendung ia akan menyebabkan ekonomi negara terjejas dan keadaan negara menjadi tidak
stabil sehingga menyebabkan pelabur bimbang untuk melabur modal di negara kita. Syarikat
penerbitan surat khabar Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara tetapi ini bukan
bermakna semua isu boleh dibicarakan. Media Malaysia dilarang melaporkan sebarang berita
buruk tentang pemerintah, kerabat diraja atau hak istimewa orang Melayu. Kerajaan telah
mengharamkan akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The
Herald. Pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar didapati melanggar garis panduan penerbitan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan
kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan, moral,
menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang,
memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara. Di samping itu,
terdapat siaran akhbar sebagai alat hiburan sering memaparkan berita tentang artis-artis
terkenal di dalam mahupun di luar negara. Ramai yang ketaksuban terhadap artis kegemaran
akan meniru secara buta tuli dan mengikut apa sahaja yang dibuat oleh idola mereka. Perkara
ini mendatangkan keburukan apabila ada di antara yang membawa budaya barat yang
bercanggah dengan budaya timur.

Secara amnya, media massa di negara ini telah memainkan peranannya untuk
membangunkan negara ini walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa tidak ada
kebebasan media. Media berfungsi sebagai pemberi maklumat dan hiburan dan masyarakat
patut menghayatinya. Konsep kebebasan media dalam Malaysia beerti rakyat Malaysia bebas
mengeluarkan pendapat dan idea-idea di dalam ruangan yang disediakan tanpa mencetuskan
isu-isu sensitif yang akan menimbulkan persengketaan dalam masyarakat. Berdasarkan prinsip
ini rakyat Malaysia dapat hidup aman damai meskipun terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum.

(2061 patah perkataan)

You might also like