SJH3143 Bahagian A New

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN
Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara.
Perlembagaan diwujudkan untuk membantu kerajaan mengendalikan
pentadbiran dengan licin dan saksama. Di dalam perlembagaan dinyatakan
dengan jelas mengenai pelbagai perkara termasuklah kebebasan asasi,
kehakiman, kewarganegaraan, kewangan, perkhidmatan awam,
undang-undang persekutuan, kerajaan persekutuan, pilihan raya dan
sebagainya (Md. Bohari Ahmad, 1997 dalam Asnarulkhadi Abu Saman dan
Jayum A, Jawan, 2006).1

Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah


diistiharkan sempena Hari Kemerdekaan. Dengan kemasukan Sabah dan
Sarawak pula, Perlembagaan Malaysia digubal dan seterusnya diisytiharkan
pada 16 September 1963. Menurut Tun Mohamed Suffian (1984),
Perlembagaan Malaysia sangat istimewa kerana kedudukannya adalah paling
tinggi di Malaysia jauh mendahului kedudukan parlimen.2

Perlembagaan negara kita sesungguhnya adalah hasil gabungan


kedua-dua unsur lama dan moden (Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj
Rohani, 2010). Ciri ini menjadikannya sesuatu yang sangat istimewa.
Unsur-unsur lama yang diamalkan oleh sistem pemerintahan Kerajaan Melayu
lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan
agama Islam telah dikekalkan dalam Perlembagaan 1957 sehingga hari ini.3
Mohd Salleh Abas (1985) melihat unsur-unsur tradisi ini diperlukan untuk
menjamin kestabilan dan kemajuan negara pada masa depan.4

1 Md. Bohari Ahmad dalam Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A, Jawan, Kenegaraan
Malaysia, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2006, hlm.132-135
2 Ibid.
3 Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani, MPW1133/2133 Pengajian Malaysia, Kuala

Lumpur: Open University Malaysia, 2010, hlm. 107


4 Mohd Salleh Abas, Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm.vii-viii


Perbincangan seterusnya akan dibuat berkaitan peninjauan tentang
peruntukan-peruntukan istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957, perlembagaan paling asal sekali dan
sejauhmanakah peruntukan-peruntukan itu tidak menjejaskan hak kaum-kaum
yang lain sehingga hari ini.

2.0 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN ISTIMEWA

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


Antara peruntukan-peruntukan istimewa dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah berkaitan dengan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan
orang-orang Melayu, kedudukan agama Islam dan hak asasi rakyat (Hasnah
Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani, 2010).

Bahasa Melayu Sebagai


Bahasa Kebangsaan

Kedudukan Istimewa Raja-


Hak Asasi Rakyat
Raja Melayu

Peruntukan Istimewa
Perlembagaan

Islam Sebagai Agama Kedudukan Istimewa


Persekutuan Orang-Orang Melayu

Rajah 2.1: Peruntukan Istimewa Perlembagaan


2.1 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa Melayu telahpun digunakan sebelum zaman penjajahan lagi.
Peruntukan ini sesungguhnya salah satu unsur tradisi dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia dicatatkan pada Perkara 152 dengan
menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.5 Malah Dewan
Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada tahun 1957 bagi mengembangkan
dan memajukan Bahasa Melayu. 6 Rasionalnya adalah untuk memenuhi
keperluan menyatupadukan berbagai kaum untuk menjadi sebuah negara
yang bersatu melalui satu bahasa yang sama. 7

Mengapa bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah


membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai Lingua Franca
sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini
digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan
diplomatik. Oleh itu, memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama
sebagai bahasa rasmi, basahan, komunikasi dan persuratan maka Bahasa
Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai
kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka pada tahun 1957.

Tambahan, jika ditelitikan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan


menyebut bahawa Bahasa Melayu harus digunakan untuk urusan rasmi
kerajaan, rakyat perlulah mendaulatkan dan menggalakkan Bahasa Melayu,
rakyat tidak mengira kaum tidak boleh menghina dan merendahkan Bahasa
Melayu, kerajaan juga tidak boleh menghalang penggunaan bahasa kaum lain
selagi mengakui Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun, tiada
sesiapa pun yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan,

5 Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani, op.cit, hlm. 108


6 Ibid.
7 Mohd Salleh Abas, op.cit., hlm.17-20
mengajar atau belajar bahasa asing. Maka dengan itu, meskipun Bahasa
Melayu sangat dititikberatkan, namun hak kaum lain tetap terpelihara.

2.2 KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU


Peruntukan yang kedua adalah berkaitan dengan keistimewaan
Raja-Raja Melayu. Institusi beraja telah diteruskan setelah Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan telah
meletakkan dua institusi raja-raja, yakni Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan
Agong pada suatu yang tempat yang tinggi dan penting.8 Terdapat pelbagai
peruntukan khusus mengenai Majlis Raja-Raja dengan kuasa dan peranan
yang tertentu. Manakala Yang di-Pertuan Agong pula diangkat sebagai Ketua
Utama Negara yang mempunyai kuasa budibicara dalam ketiga-tiga bidang
eksekutif, perundangan dan juga kehakiman.

Keistimewaan ini diberikan sempena hakikat sejarah yang tidak dapat


kita nafikan iaitu Raja-Raja Melayu merupakan pencetus dan menjadi dasar
kepada identiti tanah air kita. Kefahaman mengenai kedudukan Raja-Raja
Melayu tidak menjadi lengkap jika tidak dihayati falsafah hidup orang-orang
Melayu, terutamanya dalam aspek kedirajaan. Raja-Raja Melayu bukan
sahaja puncak kepada ketuanan Melayu, tetapi juga mempunyai ciri-ciri
kerabbanian atau bayangan Tuhan di muka bumi.9 Maka dengan itu, raja
menjadi terlalu penting. Baginda seterusnya diangkat dan diberikan
kedudukan paling tinggi dalam negara.

8 Shamrahayu A.Aziz, Kuasa dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan: Sejarah
dan Masa Depan. Kertas kerja yang dibentang di Seminar Perlembagaan Malaysia: Di Antara
Sejarah dan Tuntutan Semasa yang dianjurkan oleh Arkib Malaysia, di Auditorium Memorial
Tunku Abdul Rahman Putra,Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, pada 5 Julai 2012.
9 Ibid.
Yang di-Pertuan Agong sebagai pelindung pula atas penerusan Sistem
Feudal pada zaman dahulu di mana sultan diberikan hak istimewa yang
dianggap sangat berpengaruh, daulat dan menjadi pelindung kepada rakyat.
Sesungguhnya, kepercayaan inilah yang menjadikan sultan masih menjadi
tonggak penting di dalam hal pemerintahan negara. Bahkan orang Melayu
masih menganggap bahawa raja dan sultan masih mempunyai keramat serta
kesaktian kerana berdarah raja yang mana sangat berbeza darjatnya daripada
rakyat biasa.

Namun, peruntukan ini tidak sempurna dalam menjamin hak rakyat jelata.
Lantaran itu, pada tahun 1993, perlembagaan telah dipinda bagi
membolehkan prosiding undang-undang diambil terhadap mana-mana Raja
Melayu di dalam Mahkamah Khas. Keputusan ini diambil oleh Tun Dr.Mahathir
setelah Peristiwa Gomez10 berlaku pada tahun 1992. Antara pindaan yang
dilakukan termasuklah Perkara 181(2) yang membolehkan Raja-Raja Melayu
didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja, Perkara 182 yang menyatakan
Mahkamah Khas terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan
sebagai ketua dan Perkara 183 iaitu tiada tindakan yang boleh dimulakan
terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja kecuali dengan keizinan Peguam
Negara sendiri.

10 Pada 6 Disember 1992, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas
Gomez membuat laporan polis atas dakwaan dipukul Sultan Johor ketika itu, almarhum Sultan
Iskandar Sultan Ismail. Douglas sebelumnya mengkritik Jabatan Pendidikan Johor ekoran
tunduk dengan titah Sultan agar menarik diri daripada kejohanan kebangsaan. Susulan itu,
Dewan Rakyat memanggil sidang khas pada 10 Disember 1992 dan Timbalan Perdana
Menteri pada ketika itu, Tun Ghafar Baba yang membawa usul agar langkah diambil bagi
menyekat kekebalan golongan diraja mendapat sokongan sebulat suara 96 wakil rakyat.
2.3 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU
Seterusnya ialah kedudukan istimewa orang-orang Melayu. Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di
Semenanjung Malaysia. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa
orang Melayu adalah kuota kemasukan dalam sektor awam dan institusi
pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit
perniagaan. Sungguhpun begitu, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
mengganggu atau menarik balik sebarang keistimewaan kaum lain untuk
11
diberi kepada peribumi.

Sejarah menunjukkan bahawa orang Melayu telah diberikan hak


istimewa atas permintaan penjajah Britian. Untuk mencapai kemerdekaan,
British telah meletakkan syarat bahawa Persekutuan Tanah Melayu perlu
menerima kaum pendatang yakni Cina dan India sebagai warganegara.
Sebagai timbal balik, British memperkenalkan undang-undang yang memberi
hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang diterjemahkan secara legal
dan termaktub ke dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

Tujuannya adalah untuk memastikan pembelaan dan bantuan dapat


diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Hasratnya, orang
Melayu yang menjadi terlalu ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan
berbanding dengan kaum pendatang rentetan pembukaan lombong-lombong
bijih timah dan ladang getah serta dasar pintu terbuka imigresen dapat
mampu bersaing dengan kaum lain dan mencapai taraf hidup yang lebih
tinggi.12

11 Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani, op.cit, hlm. 110-111


12 Mohd Salleh Abas, op.cit., hlm.24
Apa-apapun, menurut Mohd Salleh Abas (1985), kedudukan istimewa
orang Melayu ini tidak mutlak, akan tetapi diseimbangkan dengan kepentingan
sah kaum-kaum yang lain. Misalnya, hak mendapat kewarganegaraan
Malaysia, hak kebebasan beragama, hak menggunakan bahasa ibunda, dan
yang paling penting, hak untuk mendapat layanan yang sama rata. 13
Peruntukan ini menjadi tanda orang Melayu sudi berkongsi tanah air mereka
dengan kaum-kaum pendatang yang lain. Justeru itu, peruntukan ini tidak lagi
patut dipersoalkan kerana ia memenag adil dalam memelihara kepentingan
kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu.

2.4 ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN


Selepas merdeka, agama Islam telah dijadikan agama persekutuan dan
kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 3. Sebagai agama
rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa memperuntukkan sebahagian
daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan
agama Islam seperti perbelanjaan mengurus, pembinaan masjid dan sekolah
agama. Sungguhpun agama Islam diberi keutamaan dalam perlembagaan,
namun menurut Perkara 3, agama-agama lain tetap bebas diamalkan oleh
pengikut mereka dengan aman dan damai.

Mengapa agama Islam diangkat sebagai agama persekutuan?


Rasionalnya, agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak lebih
daripada 600 tahun dahulu. 14 Malah, di negeri-negeri Melayu, sebelum
penjajahan kuasa Barat, penggunaan undang-undang Islam telah
dilaksanakan. Contohnya, Hukum Kanun Melaka yang dilaksanakan di Zaman
Kesultanan Melayu Melaka sejak abad ke-15 lagi. Malah, setelah negara kita

13 Ibid, hlm.25
14 Ibid, hlm.11
telah dijajah, dalam tempoh selama 446 tahun itu, Islam masih terpelihara dan
kekal sehingga hari ini di Malaysia. Hal ini demikian kerana walaupun urusan
pentadbiran dan ekonomi dikawal sepenuhnya oleh pihak penjajah, kuasa
menjaga Islam itu masih kekal di tangan Raja-Raja Melayu sebagai ketua
agama Islam tanpa campur tangan penjajah.

Sehubungan dengan itu, agama Islam telah wujud cukup lama di negara
ini dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu
berbanding dengan agama lain. Semasa penjajahan British juga, kedudukan
agama Islam tidak pernah diganggu dan diserahkan urusannya kepada
Raja-Raja Melayu. Perlembagaan Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 turut mengecualikan perkara ini. Malah, Islam sesuai
dengan takrif Melayu seperti yang terdapat dalam Perkara 160. Maka atas
pertimbangan-pertimbangan ini, agama Islam memang layak diangkat sebagai
agama Persekutuan.

Kini, kedudukan agama Islam adalah sebagai agama negeri di semua


negeri dalam Malaysia kecuali Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak. 15 Dalam
semua negeri Melayu pula, Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri
masing-masing, dan agama negeri ialah agama Islam manakala Yang
di-Pertuan Agong pula menjadi wakil ketua agama bagi negeri-negeri bukan
Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan
Sarawak. 16

15 Tun Mohamed Suffian, H.P.Lee dan F.A. Trindade, Perlembagaan Malaysia


Perkembangannya:1957-1977, Petang Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1987, hlm.60
16 Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, Sistem Undang-Undang di Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm.258.


Walau bagaimanapun, kebebasan beragama terus diamalkan oleh orang
bukan Islam di Malaysia. Kebebasan beragama ini dijamin dalam
perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak
untuk menganut dan mengamalkan agamanya. Mereka juga berhak untuk
menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara
institusi bagi maksud agama atau khairat, memperoleh dan memiliki harta
benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

2.5 HAK ASASI RAKYAT


Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada
perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang
dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah
membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu
kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan
bersuara, kebebasan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi
manusia, termasuk hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Menurut Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani (2010), hak asasi
setiap individu, khususnya di negara-negara Barat adalah dijamin dan
dilindungi sepenuhnya oleh akta-akta hak asasi manusia. 17 Tujuan
dibentuknya adalah untuk mengekal kesejahteraan kehidupan rakyat di
negara tersebut, mengatur perilaku manusia, dan melindungi hak-hak yang
yang telah ada pada manusia sejak dia dilahirkan . Begitu juga kedudukannya
di Malaysia, setiap individu di Malaysia dijamin hak-hak asasinya dalam
Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.18

17 Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani, op.cit, hlm. 111-112


18 Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, op.cit., hlm.193
Dalam Perlembagaan Malaysia, sembilan kebebasan telah digolong
sebagai asasi. 19 Tujuannya adalah untuk menjamin hak asasi seseorang
warganegara yang sah dari segi undang-undang. Sebagai contoh, menurut
Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap rakyat akan
mendapat perlindungan undang-undang yang sama kecuali diperuntukan oleh
Perlembagaan, tiada perbezaan di antara warganegara dari segi kedudukan
politik, sosial, pekerjaan dan taraf ekonomi.

Perkara 5 hingga 13 dalam Bahagian 2 Perlembagaan Malaysia


seterusnya memberi gambaran kepada kita tentang maksud hak asasi dalam
negara Malaysia iaitu setiap satu warganegara Malaysia yang sah mendapat
jaminan perlindungan daripada kerajaan, tanpa mengira bangsa dan agama.
20 Maka dengan itu, setiap rakyat tidak kira kaum dan agama adalah istimewa
dan berhak asasi di sisi Perlembagaan Persekutuan.

19 Tun Mohamed Suffian, H.P.Lee dan F.A. Trindade, op.cit, hlm.31 dan Hasnah Hussiin dan
Lanang Jaya Hj Rohani, op.cit., hlm. 112
20 Hasnah Hussiin dan Lanang Jaya Hj Rohani, op.cit, hlm. 111-112
3.0 RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa
Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi satu perlembagaan yang sangat
terperinci, istimewa dan berhati-hati dalam menjaga kepentingan rakyat
berbilang kaum. Sesungguhnya, apabila kita melihat kembali sejarah negara,
maka tidak sukar untuk kita memahami dan menyedari mengapa negara kita,
Malaysia, sebuah negara yang kecil, mempunyai dan memerlukan sebuah
perlembagaan yang begitu panjang sekali.

Meskipun perlembagaan negara kita telah dipinda beberapa kali


semenjak tahun 1957. Namun, hal ini bukan bermakna Perlembagaan 1957
tidak sempurna tetapi adalah kerana setiap negeri dan pihak yang terlibat
berkepentingan tidak berhenti mendesak supaya jaminan hak masing-masing
dimaktubkan dalam perlembagaan. Permintaan-permintaan itu akhirnya ada
yang dibuat pindaan bagi melicinkan urusan pentadbiran negara,melindungi
kepentingan rakyat dan ketenteraman negara, kesesuaian dengan keperluan
dan fikiran semasa.

Sehubungan dengan itu, ketenteraman negara sangat bergantung


kepada kebijaksanaan kerajaan dalam mengimbangi kedudukan istimewa
orang Melayu dan kepentingan kaum-kaum lain. Walau bagaimanapun, setiap
warganegara harus ingat tanggungjawab mereka dalam mempertahankan
kedaulatan perlembagaan negara kita. Perlembagaan ini harus kekal utuh
demi keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara Malaysia pada masa
hadapan.

You might also like