Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENGENALAN KEMERDEKAAN

-rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-51.


-hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia .
-pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan.
-berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan.
Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga
kerana usaha membebaskan Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai
kejayaan.
-Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa
dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada
masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin
yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan atau
diproklamirkan bebas daripada penjajahan
-tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat
Malaysia terutama generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada
zaman pemerintahan Jepun dan juga British.
-semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka

Semangat Patriotisme

-perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk
mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan
dalam apa-apa bentuk sekalipun.
-sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban
atau tamadun manusia.
-mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak
boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada
kalangan anak watan sendiri.
-anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan
menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki
sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain.
-rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad
harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan
gelap.
-Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya yang pertama
dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan
keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada
September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan
disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua cabaran yang
direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh
generasi masa kini.
-Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh
kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin semangat
cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan
pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam
untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-
lamanya.

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT


PATRIOTIK/PATRIOTISME

1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat


patriotik dalam kalangan anak watan
-jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal
-pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi
nasional dengan lebih cepat dan berkesan.
-memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza
-sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina
dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan.
-setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing
-setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi
kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang
-keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang
kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama
-konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari
sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan
perpaduan.

2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme


-Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM
-bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta
merupakan satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme
-mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum
-pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini
-menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu
sama lain dalam pelbagai elemen.
-fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam
kalangan remaja
-Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan
kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain
-program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan
perpaduan di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat
-mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara

3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik


-Hari perpaduan disambut pada 16 september
-berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati
tarikh persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan
Sarawak yang bersatu di bawah satu bendera
-memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita
-rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain,
hidup aman dan harmoni
-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme
merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara.
-mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei
1969 telah membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan
keharmonian amat penting untjk negara.
-Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat
supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga
tidak perlu lagi berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia
ada.
-sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah,
dialog, pameran, pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan
kaum.

4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang


digalakkan malahan diberi keutamaan
-ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang
lain, hak sesama Islam, hak jiran dan sebagainya.
-semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana
yang membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat.
-selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
-pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit
memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-
mana kuasa asing
-pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat
kata kerana muafakat.

5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di
sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara.
-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang
ancaman di negara ini.
-para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara
kaum di Malaysia .
-Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang
terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara.
-menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan
perpaduan negara.
-sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan
kepentingan semangat patriotisme negara.
-kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan
penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat
patriotisme.

6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi


rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme.
-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu
dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh”
-majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-sama
-menikmati juadah bersama-sama
-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang
bersama-sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan
sahabat handai bertemu…
-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka
Malaysia . Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan
berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu.
Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama
ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke
seluruh negara.
-intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara
rakyat

7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk.

-Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan
kurikulum yang sama.
-sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi
patriotik
-kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.
-kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di
kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.
-langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian
Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai
dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar.
-para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa sejarah dan
mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.
-sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para
pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum.
-Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah
-Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi
-Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan
pelajar
-Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran
kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an.
Jawatankauasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh
Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik
diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang
mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu.
-melahirkan rakyat yang berperwatakan positif.

Kesimpulan
-semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan
ekonomi
-pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-
masing mempunyai inisiatif untuk membangun negara
-industri pelancongan dapat dikembangkan
-negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai
-negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan
sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.
1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat
patriotik dan berkeperibadian Malaysia .

2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:

a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.

b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.

c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis.

d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan

e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-


isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan

f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk
kemajuan bangsa dan negara.

3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan Pemupukan


Patriotisme Di Sekolah Rendah,'' Pusat Perkembangan Kurikulum 1993 untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program itu.

4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk
menerapkan unsur-unsur patriotisme.

5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah


berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:

a. kerja projek

b. permainan

c. simulasi

d. lakonan
e. drama

f. perbincangan

g. lawatan

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen
perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta,
kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa.

Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan,


kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk
mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan
bangsanya.

Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan,


kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan,
ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-
gugat oleh sesiapa.

Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau
perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan
jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.

Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan


dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang
menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang


berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan
sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah.
Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia
menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan
berbahaya.

Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat


Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di
puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.

Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi


kemasyhuran bangsa Malaysia memenangi Hadiah Nobel, kejayaan menerokai angkasa
lepas, memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang
sains, teknologi dan perubatan, serta menjadi pemain global dalam semua bidang.

Berikut adalah antara beberapa definisi patriotisme mengikut beberapa kamus dan
ensaiklopedia Melayu dan Inggeris:

``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.'' Semangat cinta tanah air dan sikap
bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara.

``Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa.

``Cinta dan setia kepada negara.''

``Dedikasi yang tinggi kepada negara.''

``Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya.''

Beberapa cendekiawan Malaysia dari pelbagai latar belakang pula pernah memberikan
definisi patriotisme seperti berikut:

``Kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya.''

``Kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.''

``Ikatan spiritual antara individu dan negaranya.''


``Sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam
kepada negara.''

Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan


pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan,
keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada
agama, bangsa dan negaranya.

Patriotisme penting kepada Malaysia . Ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan


bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional.

Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba,
agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas
dari pengaruh universalisme, perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan
masa depannya terus cerah.

Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi
senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh
mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara.

Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh aspek perjuangan


individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Ia perlu mementingkan prinsip-prinsip perjuangan dan pengorbanan, kewajipan dan


tanggungjawab, komitmen dan dedikasi, kesungguhan dan kesukarelaan, keberanian
dan keperkasaan.

Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar mencakupi aspek


kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan, kesetiakawanan dan
kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian, disiplin dan undang-undang.

Di samping itu, patriotisme Malaysia juga perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan
integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran,
keamanan dan kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan.
Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia tidak berasaskan
prinsip-prinsip ini, ia mungkin menghasilkan jingoisme, cauvinisme dan ekstremisme.

Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan
dan penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini
perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh.

Ini kerana senario dunia mutakhir memerlukan barisan bangsa Malaysia yang lebih
patriotik, bersatu padu, berdedikasi, berakhlak mulia, cekap dan berilmu serta
berkemahiran di semua bidang kehidupan.

Maksudnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia bukan


untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di medan perang.

Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan
bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti
keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa.

Ini kerana musuh bangsa Malaysia di hari muka bukan hanya aggression ketenteraan
seperti peperangan antiterorisme global. Musuh mereka akan menjelma dalam pelbagai
bentuk dan rupa.

Mungkin dalam bentuk peperangan ekonomi dan manipulasi pasaran yang


menggunakan senjata seperti derivatif, pelaburan berisiko tinggi, spekulasi mata wang,
blok perdagangan, tindakan undang-undang mengenai hak cipta dan cap dagangan,
bentuk cukai dan tarif yang canggih, sistem penentuan harga dan tarif, manipulasi ke
atas faedah pinjaman dan sebagainya.

Musuh bangsa Malaysia di hari muka juga mungkin dalam bentuk subversion, infiltration
dan juga pengaruh ideologi americanisme dan universalisme.

Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia


hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan
pengetahuan, di peringkat yang paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang
setinggi-tingginya.
Proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia perlulah
didukungi oleh seluruh bangsa Malaysia .

Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan


Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan.

Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara


atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.

Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan segera
oleh semua pihak supaya seluruh resipi, strategi dan dasar ke arah mewujudkan
patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras dengan
kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT, perkembangan bioteknologi serta
kebangkitan neoimperialisme.

Hanya sesudah itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan
mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung; biar putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di
Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi
penangkisnya!

DI 09:31

1 ULASAN:

...annyssophillea... berkata...

asalamualaikum..
saya seorg pelajar dan perlu mmbuat tugasan mengenai patriotisme
dalam pendidikan..sy mendapati isi2 dlm blog ini sgt berguna
skali..boleh kah sy tahu apekah sumber rujukan fakta2 yg disebutkan
di ats..supye sy boleh mnjadikan fkta di ats lebih kukuh..terima kasih..
2009 O K TO BER 4 06:25

CATAT ULASAN

PAUTAN PADA CATATAN INI

Buat Pautan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

CIKGU NORIAH AHAMAD

UMINUR

KAMUNTING, PERAK, MALAYSIA

beramah mesra dengan semua peringkat usia, tanpa mengira status


dan kaum. Suka bersendiri untuk mencari penyelesaian segala
masalah, sentiasa bergantung kepada yang maha pencipta dan tabah
dengan ujian.

LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

KOMEN

YOU ARE VISITOR

ARKIB BLOG
 ►  2010 (7)
o ►  Julai (2)
 INGAT LAGI TAK?
 MINGGU SAINS
o ►  April (2)
 Khasiat Pokok Tanjung DiSUSUN OLEH : Bawang Goreng...
 From: Shahrul Zamri Badaruddin Sent: Thu, April 2...
o ►  Mac (1)
 TAHNIAH
o ►  Februari (2)
 cell-note 1
 cell -note

 ▼  2009 (31)
o ►  Disember (1)
SELAMAT TAHUN BARU, AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU,
C...
o ►  September (4)
 LDL? HDL? APA BENDA TU ??????
 structured questions science form 2
 model science form 2
 SALAM AIDIL FITRI
o ►  Ogos (1)
 Birthday asrama smke7 ha..ha..ha.
o ►  Julai (6)
 sukan komunity asrama
 RENUNGAN
 Healthy Eating
 Eat More Fish to Cheat Death Forget that icelandi...
 LAGI TENTANG IBLIS
 IBLIS...IBLIS....IBLIS Iblis Datang Menganggu Manu...
o ►  Jun (5)
 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
 Scheme of work -paper 2 (cont)
 Scheme of work -paper 2
 Scheme of work - science form 1/2009 (mid year)
 TAHUKAH ANDA?
o ▼  Mei (14)
 PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISM
 VERY INTERESTING INDEED.
 WATER
 SELAMAT BERCUTI SMESTER PERTAMA

 FLU
 paper 2 mid year sc form 1
 midyear exam
 systems
 memproses capsul ubat
 keputusan amali sains tg 2
 cell
 DEMAM DENGGI
 Salam Sejahtera Untuk Semua Murid tersayang

PAUTAN

http://w w w .scien

Science Projects - Interactive Exhibition and Exhibit Design and Build : Science
Centres : Travelling Exhibitions

Yahoo!

http://w w w .usm.


university sains malaysia

http://w w w .moe.

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

http://bestari.smk

Bestari SMK King Edward VII

Portal Pendidikan Utusan

http://beritapendid

Berita dan Artikel - Berita Sains & Teknologi

Free Myspace Clocks

MINERAL ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK


TERNILAI.

terokailah keindahannya dalam


Type of minerals
CALORIE CALCULATOR

ARIZONA PHOTOS

NATIONAL GEOGRAPHIC POD

You might also like