Tatabahasa Struktural

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tatabahasa Struktural

Pengenalan

Perkembangan Tatabahasa Struktural dalam huraian bahasa di Amerika pada tahun


1930-an telah dikaitkan dengan kewujudan linguistik empiris atau linguistik ilmiah.
Pertumbuhannya secara meluas berlaku antara tahun 1940-an hingga pertengahan
tahun 1950-an. Pelopor utama bagi Tatabahasa Struktural ialah Leonard Bloomfield
yang turut menghasilkan buku Language pada tahun 1933. Buku yang dianggap Bible
of the American Linguistics telah memperlihatkan huraian tentang ilmu linguistik.
Bloomfield yang mengemukakan teori linguistik menyebarkannya pula ke Eropah.
Pengaruh Bloomfield turut merebak dengan giat di Amerika sehingga beliau digelar
sebagai pakar rujuk. Karya beliau menjadi penanda aras tentang kemajuan huraian
bahasa pada zaman berkenaan.

Tatabahasa Struktural yang diasaskan Bloomfield juga dikenali sebagai taxonomic


atau Bloomfieldian atau penentangan terhadap Nahu Tradisional. Tentangan
menunjukkan semua bahasa memiliki kategori yang universal. Tatabahasa Struktural
membuat deskripsi bahasa sebagai sistem lambang pertuturan. Data-data ialah bunyi-
bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli daripada bahasa yang hendak
diselidiki. Istilah bahasa pula merujuk kepada sistem yang diandaikan, manakala
ujaran dikaitkan dengan hasil ucapan seorang penutur asli. Tegasnya, Tatabahasa
Struktural mengkaji bahasa secara deskriptif. Pelaksanaan kajian pula bersifat
saintifik dan empirikal, manakala bahasa lisan merupakan bahasa yang dianalisis.

Analisis Bahasa

Analisis bahasa di dalam Tatabahasa Struktural, wujud sifat pemusatan struktur.


Setiap bunyi, perkataan atau sesuatu bahagian adalah berdiri secara bersendirian dan
tidak mempunyai kepentingan linguistik. Kepentingannya hanya wujud apabila adanya
pertentangan dan penggabungan dengan unsur-unsur lain dalam pola sesuatu sistem
linguistik. Tatabahasa yang dikategorikan pula tidak mengikut makna, tetapi
berdasarkan pembahagian dan struktur tanpa dikaitkan dengan aspek-aspek universal
bahasa. Hakikatnya tatabahasa telah berganjak kepada sifat formal dengan tidak
mengambil kira kategori-kategori psikologi, logik dan metafizik. Peringkat-peringkat
yang dianalisis dalam Tatabahasa Struktural pada asalnya bermula dengan bunyi.
Kemudiannya diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat, termasuk unsur-unsur supra
segmental. Peringkat-peringkat tatabahasa yang dianalisis juga adalah dengan
mengambil kira pembahagian dan fungsi setiap unit linguistik. Secara umumnya,
istilah kata nama dan kata kerja telah disingkirkan. Kata-kata pula dibahagikan
mengikut kelas seperti Kelas 1, Kelas 2 dan sebagainya.

Selain itu di dalam Tatabahasa struktural juga, ayat dipecahkan kepada konstituen-
konstituen tertentu. Konstituen yang terlibat ialah perkataan, frasa, klausa, subjek
dan predikat. Perkataan yang mempunyai morfem terikat juga boleh dipecahkan.
Setiap morfem terikat pula boleh berdiri sebagai satu konstituen. Terdapat pelbagai
cara untuk menggambarkan hubungan antara satu konstituen dengan satu konstituen
yang lain.

Antara cara yang digunakan untuk menghubungkan konstituen-konstituen dalam


sesuatu konstruk adalah ditunjukkan dalam rajah berikut:

Mereka membina rumah Ibu saya


membina rumah Ibu saya
rumah Ibu saya
Ibu saya
Rajah 2.2 Petak Berhierarki

Kaedah lazim yang telah diguna pakai oleh sarjana bahasa yang mengamalkan
Tatabahasa Struktural ialah kaedah konstituen terdekat. Kaedah ini ditampilkan oleh
sarjana dalam aliran tersebut untuk menganalisis ayat. Sarjana berkenaan
menyatakan bahawa konstruk dalam konstituen terdekat merupakan binaan sintaksis.
Konstruk tersebut dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dinamakan Konstruk
Endosentrik dan jenis kedua pula dipanggil Konstruk Eksosentrik. Konstruk Endosentrik
ialah salah satu daripada unsurnya boleh mewakili keseluruhan konstruk . Konstruk
Eksosentrik pula tidak ada satu unsur pun yang boleh mewakili keseluruhan konstruk.
Sila lihat rajah konstituen terdekat tersebut.

Amira bersarapan lewat pagi tadi

Rajah 2.3 Konstituen terdekat

You might also like