Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan

pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan
pengeluar kereta pertama Malaysia.Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan
oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi
semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan
Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia
Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan
Mitsubishi.

Pemegang saham terdiri daripada:

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)


Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:

Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.


Tanjung Malim, Perak

Pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga yang pertama telah dikeluarkan. Kereta Proton
telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta penumpang di Malaysia
dan juga di luar negara sejak tahun 1990.

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005,
tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan
pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun,
Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan
mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion
daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjong Malim.

Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel,
kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana
aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak
termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung
kos operasi.

Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd
telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada
2004 dengan harga 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui
bahawa ia mempunyai hutang sebanyak 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun.
Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohammad dan
bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang
mempersoalkan sama ada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang lebih
mahal didapati.

Selain itu Proton turut dilaporkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada harga
potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000 buah kereta selama
3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai
kesilapan strategi Proton.

Syarikat Proton telah menghasilkan 15 jenis kereta dan Proton Exora merupakan kereta
MPV pertama yang dikeluarkan oleh Syarikat Proton. Pada 2 Ogos 2008, Syarikat Proton
telah berjaya mengeluarkan kereta ke-3juta.
1. Syarikat Proton ditubuhkan oleh Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad.
2. Syarikat Proton ditubuhkan pada 13 Mei 1983.
3. Kilang Proton terletak di Selangor dan Perak.
4. Pemegang saham terdiri daripada 4 syarikat.
5. Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri
dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah kurang daripada RM4 bilion.

6. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina


kilang Proton di Tanjong Malim.

7. Proton turut dilaporkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada harga
potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta.
8. Syarikat Proton telah berjaya menghasilkan 14 jenis kereta selepas ditubuhkan.
9. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) merupakan pemegang
saham proton yang tertinggi.
10. Kereta pertama yang dikeluarkan oleh Syarikat Proton ialah Proton Iswara.
11. Kereta Proton telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta
penumpang di Malaysia dan juga di luar negara sejak tahun 1990.
12. Syarikat Proton merupakan syarikat pengeluar kereta pertama di Malaysia.
13. Mitsubishi Motor Corporation dan Mitsubishi Corporation merupakan pemegang
saham Proton dari Jepun.
14. Proton Exora merupakan kereta MPV pertama yang dikeluarkan oleh Syarikat
Proton.
15. Syarikat Proton telah berjaya mengeluarkan kereta ke-3juta mereka pada 2 Ogos
2008.

You might also like