Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN KETUA MURID HARI KANAK-KANAK 2015

Terima kasih tuan pengerusi majlis.


Yang Berusaha Puan Guru Besar _________________________________________________.
Yang Dihormati En. Muhamad bin Ismail Guru Penolong Kanan 1,
Yang Dihormati Puan Norlaila binti Othman Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati En. Rizatun bin Omar Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Disayangi Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sebelum kata bersusun bicara, terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak
sekolah kerana telah memilih saya untuk berucap bagi mewakili rakan-rakan sempena dengan sambutan
Hari Kanak- Kanak Sedunia peringkat SK Dato Shah Bandar Abu Bakar Labu Hilir pada hari ini.
Rakan rakan yang dihormati,
Hari ini adalah hari yang istimewa untuk kita yang bergelar kanak-kanak. Ada berjuta kanak-kanak di
dunia. Kita adalah di antara kanak-kanak yang paling bertuah. Hari ini kita diraikan dan kita meraikan Hari
Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria, gembira dan selamat. Menginsafi rakan-rakan diceruk dunia yang
berbeza, dengan seribu satu warna kehidupan dan cerita lara, kita adalah insan terpilih untuk mengecapi
nikmat diberi di bumi Malaysia. Justeru, sewajarnya kita harus berbangga menjadi warganegara Malaysia
dan kita seharusnya menjadi permata di bumi yang permai ini.
Guru-guru yang disayangi,
Kami adalah kanak-kanak yang dahagakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan didikan. Kami sedar tanpa
ilmu, kami akan ketinggalan dalam perkembangan dunia pada hari ini. Bimbinglah kami, ajarkan kami,
sayangilah kami. Tanpa guru siapalah kami. Kami adalah cerminan warna dunia pendidikan pada hari ini
untuk menjadi pewaris generasi masa depan.
Rakan-rakan sekalian,
Kita sedia maklum bahawa kita adalah generasi pewaris bangsa, penerus tradisi budaya dan tunggak
kecemerlangan negara. Maka dengan itu, marilah kawan-kawan, kita membuka tekad baru untuk berazam
menjadi kanak- kanak dan murid yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan berdaya saing untuk maju
dalam akademik serta kokurikulum dan mengharumkan nama sekolah.

Sebelum berlabuh tirai bicara, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang sudi
mengajar dan membimbing kami. Gurulah ratu dihati kami. Tanpa guru, siapalah kami. Terima kasih daun
keladi kerana sudi meraikan kami pada hari ini.
Akhir kata saya ucapkan
Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak.
Sekian, terima kasih.

You might also like