Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LALUAN MENJADI SEORANG

GURU

SPM IPG SK

Ini antara laluan paling mudah bagi menjadi seorang guru. Pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan
cemerlang (4/5 A dan ke atas) boleh memohon kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM) atau
lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan suatu ketika dahulu.

Mereka ini akan dilatih selama 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan. Seterusnya akan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah. Malah bagi meningkatkan kualiti
pendidikan guru, KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang
mendapat straight A yang berminat untuk menjadi guru.

SPM MATRIKULASI UNIVERSITI SMK

Bagi anda yang berminat untuk mengajar di sekolah menengah. Laluan ini merupakan antara laluan yang
paling popular. Selepas menamatkan SPM dan memperoleh keputusan yang baik, anda boleh membuat
permohonan menyambung pengajian di mana-mana Matrikulasi di seluruh negara. Suka diingatkan, anda
perlu memperolehi keputusan kredit untuk semua subjek yang diambil di peringkat SPM. Setelah diterima
belajar di matrikulasi selama tempoh setahun atau dua tahun, kemudian anda boleh memohon menyambung
pengajian ke universiti dengan mengambil kursus pendidikan. Selepas tamat pengajian anda akan
ditempatkan mengajar di sekolah menengah.
SPM STPM UNIVERSITI SMK

Laluan ini juga sangat popular. Majoriti guru yang ada sekarang datangnya daripada laluan ini.
Misalnya guru-guru tingkatan enam, mereka menggunakan laluan ini untuk bergelar guru. Laluan ini
sebenarnya dilihat membuka peluang kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan
dalam SPM. Oleh itu, jangan mudah berputus asa untuk menjadi seorang guru kerana anda masih
berpeluang menyambung pengajian di peringkat STPM, kemudian cuba usahakan bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan keputusan yang baik.
Selepas itu, buat permohonan melalui sistem UPU dan letakkan kursus perguruan sebagai pilihan
yang pertama. Selesai sesi saringan oleh UPU, sekiranya anda layak, anda akan diminta untuk menduduki
ujian Medsi (ujian menguji personaliti menjadi guru). Jika anda berjaya anda akan ditawarkan kursus
perguruan di universiti pilihan anda.

SPM DIPLOMA UNIVERSITI SMK

Laluan ini bagi mereka yang sudah menyambung pengajian di peringkat diploma selepas layak
menyambung pengajian sama ada di IPTA/IPTS seperti UiTM atau politeknik. Setelah memiliki diploma,
maka, anda boleh memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah dengan memilih ijazah sarjana
muda pendidikan. Tempoh pengajian perguruan adalah selama empat (4) tahun. Namun, sesetengah
universiti membenarkan anda memindahkan kredit subjek yang diambil ketika anda belajar diploma dahulu.
Misalnya subjek teras yang sama sahaja modulnya seperti ditawarkan di peringkat universiti, contohnya
subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), Kewarganegaraan dan sebagainya.
Bahkan, jika anda menyambung kursus pendidikan dalam bidang yang sama ketika belajar diploma
dahulu, contohnya perakaunan, terdapat subjek yang sama diajarkan di peringkat pengajian ijazah sarjana,
anda boleh memindahkan kredit bagi subjek tersebut. Jadi secara automatik anda tidak perlu mengambilnya
semula dan tempoh pengajian dapat dipendekkan.
STPM/DIPLO
SPM MA/MATRIKU UNIVERSITI JQAF SRK
LASI

Bagi anda yang memiliki ijazah dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan
dengannya, maka anda boleh mencuba untuk memohon menjadi guru JQAF. Kepada anda yang menjadi
guru dibawah program JQAF ini, anda akan ditempatkan terus megajar di sekolah yang berkenaan tetapi
setiap kali cuti sekolah bermula, anda perlu mengikuti program JQAF selama dua (2) tahun. Selesai sahaja
program berkenaan, anda akan ditempatkan semula di sekolah-sekolah rendah. Kemungkinan anda akan
ditempatkan di sekolah yang lama atau sekolah baharu, ianya tertakluk kepada kekosongan yang ada.

STPM/DIPLOM
SPM A/MATRIKULA UNIVERSITI MRSM
SI

Maktab Rendah Sains MARA turut membuka peluang kepada anda untuk memohon sebagai tenaga
pengajar. Sekiranya anda pernah ada kena mengena dengan MARA, misalnya bekas pelajar di bawah tajaan
biasiswa MARA semasa mengikuti pengajian di peringkat Ijazah sarjana muda atau lain-lain, maka peluang
cerah bagi anda untuk diserap masuk menjadi guru di Maktab berkenaan. Kaedah permohonan mudah
sahaja, anda hanya perlu sentiasa peka terhadap iklan jawatan kosong yang diiklan dari masa ke semasa.
Tawaran berkenaan sebenarnya tertakluk kepada kekosongan subjek dan keperluan semasa Maktab-Maktab
tersebut. Selalunya keutamaan akan diberikan kepada bekas penerima biasiswa MARA, namun sekiranya
sudah tertulis rezeki anda, siapalah yang hendak menidakkannya.
STPM/DIPLOM
SEKOLAH
SPM A/MATRIKULA UNIVERSITI
SWASTA
SI

Menjadi guru tidak semestinya mengajar di sekolah kerajaan sahaja, anda masih berpeluang untuk
merealisasikan cita-cita anda dengan memohon sebagai guru di sekolah swasta. Lambakan sekolah swasta
kini memerlukan ramai tenaga pengajar. Maka ambillah kesempatan yang ada. Walaupun tapisan kelayakan
agak ketat sedikit tetapi jika kena dengan subjek dan kekosongan yang ada, tentu sahaja ianya bakal menjadi
rezeki anda. Walaupun ianya adalah sekolah swasta yang mana pekerjaan anda bergantung kepada prestasi
diri tetapi gaji yang ditawarkan cukup lumayan berbanding guru di sekolah kerajaan dan sekiranya anda
sudah cukup berpengalaman, cuba sekali lagi untuk memohon menjadi guru di sekolah kerajaan. Anda tentu
akan menjadi calon pilihan memandangkan anda mempunyai cukup pengalaman dalam mengajar
berbanding pemohon yang lain.

STPM/DIPLO PROGRAM
SPM MA/MATRIKU UNIVERSITI "TEACH FOR SMK/SRK
LASI MALAYSIA"

Ini merupakan laluan terakhir sekiranya anda masih ingin bergelar guru. Pernahkah anda mendengar
mengenai Program Teach for Malaysia?. Program ini merupakan program anjuran Badan bukan Kerajaan
(NGO) yang aktif dalam membekalkan tenaga pengajar, guru-guru untuk mengajar subjek-subjek kritikal di
sekolah-sekolah yang kekurangan guru dalam subjek-subjek berkenaan.

Anda yang memohon untuk mengikuti program ini perlu menjalani ujian saringan. Selepas berjaya anda
akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang berkenaan. Bagi tujuan pemantapan ilmu perguruan, setiap kali
menjelangnya cuti sekolah, anda diwajibkan untuk mengikuti kursus Pemantapan Perguruan bersama rakan-
rakan Teach for Malaysia yang lain. Kontrak perguruan diberikan selama dua (2) tahun dan selepas tamat
kontrak anda boleh memilih untuk meneruskan kontrak atau sebaliknya.

You might also like