Kata Ganda Berentak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kata Ganda Berentak

1. bukit-bukau
Terdapat banyak bukit bukau di sepanjang perjalanan kami pulang ke kampong

2. bertungkus-lumus
Beberapa orang pelajar bertungkus-lumus menyapu lantai.

3. gelap-gelita
Rumah saya gelap-gelita kerana terputus bekalan elektrik.

4. Calar-balar
Badan Leman calar-balar setelah terjatuh dari basikal.

5. Gopoh-gapah
Leman gopoh gapah menyiapkan kerja sekolah yang di suruh oleh guru

6. kaya-raya
Dia berasal dari keluarga yang kaya-raya

7. lalu-lalang

Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut


8. serta-merta
Mangsa kemalangan itu dihantar ke hospital dengan serta-merta.

9. ulang-alik
Abang ulang-alik ke pejabat dengan menunggang motosikal setiap hari.

10. mundar-mandir pergi balik / ulang-alik


Encik Gibrail mundar-mandir di dalam pejabatnya sejak setengah jam yang lalu

11. hingar-bingar
Suasana hingar-bingar di pasar malam itu telah menarik perhatian orang ramai.

12. huru-hara ;
Suasana di tempat kejadian menjadi huru hara disebabkan letupan itu

13. berkali-kali
Emak telah menasihati abang berkali-kali supaya rajin belajar.

14. sekurang-kurangnya
Murid-murid harus bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

15. kusut-masai
Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.

16. comot-momot sangat kotor

Muka budak itu comot-momot setelah makan aiskrim tersebut

You might also like