Surat Bass

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR

06500 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN


Tel : 04-7876390 Fax : 04-7876391
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEDAH AMAN MAKMUR

Ruj.Kami : SMKL.60/002/14 [47]


Tarikh : 14 April 2016
Tuan Pengetua,
SMK Sultanah Asma,
Jalan Langgar,
05460, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

Memohon Pengangkutan Bas Untuk Membawa Pelajar


Menghadiri Majlis Hari Jaya Gemilang di Hotel Star City.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Hari Jaya Gemilang seperti berikut :

Tarikh 21 April 2016


Hari Khamis
Masa 7.30 pagi 2.00 tengahari
Tempat Hotel Star City, Alor Setar

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sebuah bas serta pemandu untuk
pengangkutan pelajar berkenaan. Untuk makluman tuan jumlah pelajar yang terlibat
sebanyak 40 orang.

4. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan, amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Saya yang menurut perintah,

...........................................
[ NOOR ASHIKIN BINTI YUSOFF ]
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar,
06500 Langgar, Kedah Darul Aman.

You might also like