Minit Mesyuarat Ketiga Panitia Muzik 2017

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SJK (T) LADANG REGENT

73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06-4316643
Kod Sekolah: NBD 5031 Fax : 06-4316643

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI KE 3/2017

Tarikh : 7.08.2017 (Isnin)


Masa : 1.45 Tengah Hari 3.30 Tengahari
Tempat : Bilik Pemulihan

Guru yang hadir : Pn. P. Navaneetham (Guru Besar)


Pn. K. Mary Janaki (GPK 1)
Cik. L. Sivagami (Ketua Panitia)
En. G. Tinagaran
En. S. Mutukumaran
En. M. Ravi
Pn. P. Kogela
Pn. V. Premalatha (Tidak hadir)

Agenda Mesyuarat : 1. Perutusan Pengerusi


2. Ucapan Guru Besar
3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Perkara - perkara yang berbangkit
5. Minggu Panitia Muzik 2017
6. Hal-hal lain
7. Penangguhan Mesyuarat
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ketua Panitia Muzik mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat


Panitia Muzik kali ke 3 bagi sesi 2017.
1.2 Beliau berharap semua guru supaya memberikan idea-idea yang bernas bagi

menjayakan segala aktiviti Panitia Muzik.

2.0 PERUTUSAN GURU BESAR (PN. P. NAVANEETHAM)

2.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima


kasih kepada para guru atas kehadiran mereka ke mesyuarat Panitia Muzik kali
ke 3 bagi sesi 2017.
2.2. Beliau mengingatkan walaupun subjek Muzik bukan subjek teras ia perlu
diberi keutamaan juga.
2.3. Beliau juga memberitahu bahawa subjek Muzik akan dicerap seperti subjek-
subjek teras yang lain pada semester ini.
2.4 Beliau mengingatkan bahawa subjek Muzik ini amat penting kerana ada
unsur keusahawanan dan mungkin menjadi sumber pendapatan kepada ramai
murid pada masa depan mereka.
2.5 Beliau berkata bahawa murid-murid suka subjek-subjek elektif seperti

subjek Muzik dan mereka tidak akan ponteng kelas hanya kerana keinginan
mereka untuk mempelajari subjek ini.
2.6 Beliau juga berkata ia lebih senang untuk mengajar subjek ini sekarang
kerana mempunyai rancangan pengajaran yang teratur dan jelas.
Tindakan: Ketua Panitia
2.7 Beliau memaklumkan bahawa Subjek Kesenian perlu dipastikan
kesinambungannya.
Tindakan : Ketua Panitia
2.8 Beliau juga berkata sekolah kini mempunyai semua barang-barang yang
dikehendaki bagi Panitia Muzik.
Tindakan: Makluman
2.9 Beliau berkata penilaian peperiksaan perlu dibuat dua kali iaitu pada
semester 1 dan semester 2 dan kedua-dua ujian amali dan teori perlu
dilaksanakan. Tiada ujian bulana.
Tindakan: Ketua Panitia
2.10 Beliau juga berharap guru-guru memahami beberapa elemen Muzik
walaupun tidak mahir subjek ini.
Tindakan: Guru-guru Muzik
2.11 Beliau memaklumkan guru-guru perlu melakukan penilaian PBS setiap
dua kali setahun.
Tindakan: Guru-guru Muzik

2.12 Beliau juga memaklumkan guru-guru perlu menulis refleksi subjek yang
diajar.
Tindakan: Guru- guru Muzik

3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Minit mesyuarat dibacakan oleh Cik. L. Sivagami. Minit mesyuarat Panitia
Muzik kali kedua tahun 2017 pada 25/05/2017 disahkan tanpa pindaan.

Tindakan:Makluman
3.2 Dicadang: En. S. Mutukumaran
Disokong: En. G. Tinagaran
Tindakan: Makluman
4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Nombor rujukan (muka surat 2 para 2.7). Guru Besar memaklumkan
bahawa Subjek Kesenian digabungkan dalam peperiksaan Akhir Tahun.

Ketua Panitia memberitahu bahawa peperiksaan Akhir Tahun telah


diselaraskan.
Tindakan: Ketua Panitia
4.2 Nombor rujukan (muka surat 4 para 6.4) En. Ravi mencadangkan supaya
membeli portable speaker bagi kegunaan pada waktu pdpc Mu
zik.

Ketua panitia memberitahu bahawa kita telah menerima satu portable speaker.
Tindakan : Ketua Panitia

4.3 Nombor rujukan (muka surat 4 para 6.5) Pn. Jothi meminta agar LDP
dijalankan bagi kefahaman yang mendalam dalam subjek Muzik.

Tindakan : Ketua Panitia

5.0 MINGGU MUZIK

5.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Minggu Muzik pada
bulan Ogos bersama dengan Panitia Seni Visual dalam sambutan
kemerdekaan yang akan dibuat pada minggu persekolahan terakhir bulan
Ogos.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pn. Jothi Malar menyatakan bahawa beliau mempunyai masalah pdpc
kerana beliau tidak mempunyai kemudahan televisyen untuk memasang lagu-
lagu dalam CD bagi subjek Muzik.
Tindakan: Ketua Panitia

6.2 GPK Pentadbiran memberi cadangan untuk meneruskan buku latihan yang
digunakan sekarang pada tahun-tahun akan datang.
Tindakan: Semua guru

7.0 PENUTUP

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Urusetia Mesyuarat Panitia Muzik


SJK (T) Ladang Regent
7 OGOS 2017

You might also like