Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Topik X Penilaian

9 Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan lima kriteria penilaian maklumat iaitu kewibawaan,
objektiviti, ketepatan dan kebolehpercayaan, kesemasaan dan skop; dan
2. Menilai dan memilih maklumat dengan menggunakan kriteria yang
dikenal pasti.

X PENGENALAN
Tidak semua maklumat di dalam buku-buku, artikel jurnal, kertas persidangan
atau laman web berkaitan atau sesuai untuk tugasan atau kerja kursus anda.
Anda akan mempunyai pengetahuan untuk menilai maklumat yang diperoleh
daripada pencarian maklumat. Anda boleh memilih apa yang anda fikirkan
penting untuk tugasan dan bacaan lanjutan. Seperti yang dinyatakan dalam
Topik 7, penilaian dan pemilihan maklumat yang berkenaan berlaku pada
langkah keempat Aliran Maklumat.

Peringkat yang ideal untuk menilai bahan-bahan yang diakses ialah pada waktu
anda membacanya, diikuti kriteria yang telah anda tetapkan sambil mengambil
kira akan sesuatu topik. Skop, kepelbagaian dan kedalaman persembahan anda
bergantung kepada kriteria penilaian dan pemilihan yang telah anda tetapkan.

Anda boleh menggunakan kriteria ini untuk menilai dan memilih maklumat yang
telah anda kumpulkan: kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, objektiviti,
kesemasaan dan skop.
224 X TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

9.1 KEWIBAWAAN
Untuk mengenal pasti kewibawaan sesuatu maklumat, anda boleh menilai
kewibawaan pengarang (peribadi atau korporat) tersebut terlebih dahulu sama
ada beliau merupakan seorang yang berwibawa tentang maklumat yang ditulis.
Langkah terbaik adalah dengan melihat kelayakannya di muka surat belakang
atau pada jaket buku. Dalam kes Internet, kewibawaan pengarang harus
dijadikan kriteria utama. Cuba lihat siapakah yang meletakkan sesuatu
maklumat itu di Internet. Cari nama pengarangnya. Adakah terdapat maklumat
mengenai latar belakang profesionalnya? Semak pautan daripada dokumen lain
untuk kelayakan dan kewibawaan pengarang mengenai sesuatu topik itu.
Periksa URL tersebut untuk mengetahui kebolehpercayaannya, sama ada ia
adalah sebuah direktori web peribadi atau organisasi. Dalam kes pengarang
korporat pula, tanya diri anda jika organisasi tersebut bertanggungjawab secara
langsung dalam penerbitan kandungan. Kita harus belajar membezakan antara
maklumat berwibawa dengan maklumat komersial.

Dalam bahagian berikut, kami menyediakan contoh pengarang buku yang


berwibawa bagi buku mengenai Net Markets. Maklumat ini telah diimbas
daripada jaket buku. Untuk menentukan kewibawan penulis, kami menyediakan
panduan untuk anda dalam bentuk soalan. Sambil membaca soalan-soalan
tersebut, sila rujuk juga pada Rajah 9.1 untuk mendapatkan jawapan.

Rajah 9.1: Maklumat mengenai penulis buku Net Markets


TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT W 225

Soalan-soalan berkaitan yang harus anda tanya ketika menilai buku tersebut
adalah seperti berikut:

(a) Adakah Tom Dagenais salah seorang pengarang yang menerajui Net
Marketing?
(b) Apakah latar belakang profesional beliau? Adakah ia mencukupi untuk
menjadikan beliau dikenali sebagai seorang yang berwibawa?
(c) Adakah beliau telah menulis beberapa buah buku atau artikel-artikel dalam
jurnal?

AKTIVITI 9.1

1. Masukkan yang berikut ke dalam enjin carian di Internet: Tentang


Malaysia.
2. Imbas laman web yang diberikan enjin carian.
3. Pilih tiga hingga lima laman web dan akses.
4. Kenal pasti satu laman web yang terpilih.
5. Nilaikan kewibawaannya.
6. Apakah kriteria yang anda gunakan? Senaraikannya di bawah:
(a)
(b)
(c)

9.2 KETEPATAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


Tanya diri anda jika maklumat adalah tepat dan dari sumber yang boleh
dipercayai.

Adakah terdapat maklumat sokongan dalam bentuk statistik, laporan, nota kaki
dan sebagainya? Adakah hujah yang disampaikan dengan fakta boleh disahkan
oleh sumber-sumber lain yang disebut dalam teks? Setiap fakta mesti tepat dan
ada kebolehpercayaan.
226 X TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

Apabila berhubung kait dengan penggunaan Internet, tanya diri anda soalan-
soalan berikut:

(a) Bolehkah maklumat disahkan menggunakan cetakan atau sumber lain?


(b) Adakah pengumpulan data dan penerangan kaedah penyelidikan
disertakan?
(c) Adakah kaedah yang digunakan sesuai?
(d) Siapakah penerbit?
(e) Apakah jenis domain yang digunakan?
(f) Adakah maklumat diperoleh daripada badan pendidikan, komersial,
kerajaan atau bukan kerajaan?

Marilah kita membuat bandingan antara laman web A dengan laman web B dan
lihat apakah yang membuatkan laman web A lebih tepat dan boleh dipercayai
(sila rujuk Jadual 9.1).

Jadual 9.1: Perbandingan di antara Laman Web A dan Laman Web B

Laman Web A Laman Web B


http://www.statistics.gov.my/ http://goldsea.com/
English/pressdemo.html Asiagate/malaysia. html

Tepat Pada tahun 2000, jumlah penduduk Tidak Menurut laman web
Malaysia ialah 23.27 juta seperti yang Tepat Goldsea Intelligence
diperoleh daripada Jabatan Statistik, Asiagate, penduduk
Laman Web Kerajaan Malaysia. Malaysia adalah kurang
daripada 20 juta.

Boleh Maklumat ini adalah berdasarkan Tidak Maklumat ini adalah


Dipercayai kenyataan akhbar mengenai Boleh berdasarkan nota editor
"Laporan Taburan Penduduk dan Dipercayai tanpa apa-apa bukti
Ciri-ciri Asas Demografi: Banci tentang fakta yang
Penduduk dan Perumahan 2000" diberikan.
yang bertarikh 11 Jun 2001. Laporan
ini dibuat oleh kerajaan Malaysia.
Liputan banci penilaian tentang kaji
selidik telah dijalankan antara 7
hingga 26 Ogos 2000.
TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT W 227

9.3 OBJEKTIVITI
Dalam penulisan akademik, objektiviti bermaksud penyampaian maklumat
berdasarkan fakta. Ia tidak seharusnya menjadi bahan propaganda atau berat
sebelah dalam politik, agama, jantina, bangsa, negara atau falsafah peribadi.
Persoalannya, adakah penulisan ini berat sebelah? Cuba anda tanya diri anda
soalan ini.

Anda perlu ingat bahawa dalam tugasan, andalah yang membentangkan fakta-
fakta, bukan pengarang buku yang anda rujuk. Tugasan anda wajar berfokus
kepada fakta, idea dan hujah-hujah yang dibentangkan. Justeru, pastikan bahawa
ia disokong oleh maklumat yang objektif dan boleh dipercayai dan bukan
pengulangan propaganda orang lain. Seterusnya, bolehkah anda mengesan tulisan
yang ada propaganda komersial? Adakah artikel yang ditulis mempromosi atau
menjual beberapa produk?

AKTIVITI 9.2

1. Adakah maklumat di atas berat sebelah ke arah sesuatu ideologi?


2. Adakah ia bahan yang berbentuk propaganda?
3. Adakah maklumat di atas bertujuan untuk mempromosikan sessuatu
produk?
228 X TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

9.4 MAKLUMAT TERKINI


Maklumat semasa adalah penting dalam kriteria penilaian ini. Sila ingat bahawa
bukan semua maklumat adalah semasa atau terkini. Oleh itu, proses membuat
keputusan adalah di tangan anda. Apabila anda mencari sesuatu maklumat,
soalan yang timbul ialah: Mengapakah kita membaca maklumat yang
ketinggalan zaman melainkan ia adalah untuk tujuan sejarah? Mengapakah kita
membaca edisi kedua sedangkan terdapat edisi kelima di pasaran?

Edisi yang terkini bermaksud maklumat yang dibaca adalah semasa. Kita harus
berusaha mencari edisi yang terkini. Pemerolehan maklumat terkini adalah
tanggungjawab akademik yang perlu diberi perhatian serius atas nama
pembangunan korpus ilmu. Tahun penerbitan dalam halaman hak cipta buku
adalah penting untuk menentukan sekiranya kandungan maklumat adalah
semasa (rujuk Rajah 9.2).

Jika maklumat semasa tidak penting, berikan tumpuan kepada kewibawaan.

Rajah 9.2: Copyright muka surat buku oleh Tom Dagenais & Gautschi Daud dalam Net
Markets: Driving success in the B2B networked economy

Untuk memahami konsep kesemasaan dengan lebih jelas, sila lihat soalan-soalan
di bawah (sila rujuk kepada Rajah 9.2).

(a) Bilakah buku itu diterbitkan?


(b) Adakah ia edisi terkini?
(c) Adakah maklumat berdasarkan dapatan terkini?
(d) Adakah senarai rujukan menunjukkan bahan-bahan yang terkini?
TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT W 229

Apabila berhadapan dengan Internet, maklumat semasa adalah penting bagi


sesetengah jenis maklumat seperti maklumat statistik. Laman web perlu
mempunyai tarikh untuk menunjukkan bila maklumat tersebut telah diwujudkan
dan tarikh ia telah diposkan. Jika tiada tarikh, jangan menganggap ia bersifat
semasa. Anda perlu ingat bahawa organisasi atau orang yang mencipta laman web
harus mampu menyelenggarakan lamannya.

9.5 SKOP
Skop merujuk kepada tahap liputan pembaca. Untuk menentukan skop
kandungan yang sedang anda baca, tanya diri anda soalan-soalan berikut:

(a) Untuk kumpulan sasaran manakah maklumat tersebut ditulis?


(b) Adakah ia bacaan umum ataupun bacaan akademik?
(c) Berapa menyeluruhkah skop untuk kumpulan sasaran tersebut?
(d) Adakah pembaca perlu membaca beberapa buah buku hanya untuk
mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu aspek sahaja?

Skop maklumat sesuatu penulisan adalah penting kerana jika ianya tidak
menyeluruh, anda membaca beberapa buah buku untuk mengumpul maklumat
yang sama.

AKTIVITI 9.3

Kumpulkan maklumat mengenai serangan jantung/pencegahan strok


dan jawab soalan-soalan berikut:

(a) Adakah skopnya menyeluruh?


(b) Adakah terdapat topik-topik utama dan subtopik-subtopik? Jika ya,
adakah terdapat liputan yang mencukupi?
230 X TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

x Keluasan maklumat yang boleh diakses oleh pelajar OUM sama ada dalam
bentuk bercetak mahupun elektronik menjadikan penilaian maklumat dan
penggunaan maklumat yang relevan sahaja lebih kritikal.

x Terdapat lima kriteria yang digunakan dalam penilaian maklumat iaitu:


kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, objektiviti, semasa dan skop.

x Dengan memikirkan mengenai tugasan yang diberi serta bahan-bahan


bacaan, anda seharusnya boleh menggunakan kriteria yang relevan dalam
penilaian sebelum anda memilih maklumat.

Kebolehpercayaan Objektiviti
Kewibawaan Skop
Maklumat semasa

You might also like