Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENDIDIKAN DI NEGARA BRUNEI

Sistem Pendidikan dan Kurikulum Matematik


Negara Brunei

Sistem Pendidikan Brunei

Sejak tahun 1984 Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan dasar


pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua
bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mulai dari peringkat pra-sekolah hingga
darjah III, bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran adalah bahasa Melayu kecuali
mata pelajaran English Language. Daripada darjah IV dan seterusnya pelajar akan
mengikuti pengajaran yang menggunakan dua bahasa. Bahasa Melayu digunakan bagi
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan
Jasmani, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Sivik, dan MIB (Melayu Islam Beraja).
Manakala bahasa Inggeris pula digunakan bagi mengajar mata pelajaran seperti Sains,
Matematik, Geografi, Sejarah, dan Bahasa Inggeris itu sendiri. Persekolahan di peringkat
rendah hinggalah universiti bagi sekolah-sekolah kerajaan adalah percuma bagi rakyat
dan penduduk tetap Brunei Darussalam. Jumlah keseluruhan hari persekolahan adalah
antara 202 dan 210 hari setahun. Terdapat empat (4) penggal persekolahan sepanjang
persekolahan antara Januari hingga Disember. Sehingga tahun 2001 kadar kenal huruf di
Negara Brunei Darussalam berada pada tahap 92.5%.

Struktur Pendidikan dan Sistem Sekolah

Sistem sekolah formal di Brunei Darussalam menggunakan pola 7-3-2-2, yang


menggambarkan peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas, pra-tertier.
Pendidikan dan latihan di peringkat pasca-menengah, baik dalam bidang akademik
mahupun profesional, diberikan oleh Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi
Brunei, Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, dan
beberapa institusi dan pusat latihan teknikal dan vokasional.

Jabatan Sekolah-sekolah berperanan menyelaras pelaksanaan program pendidikan, projek


dan kegiatan Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah. Pada masa ini Jabatan
Sekolah-sekolah mengawal selia 123 sekolah rendah, 26 sekolah menengah, dan 70
sekolah bukan kerajaan. PERINGKAT MENENGAH
(a) Menengah Bawah

Jumlah jangka masa persekolahan di peringkat menengah adalah tiga tahun. Pada tahun
ketiga, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB). Pelajar
yang berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PMB mempunyai beberapa pilihan: -
Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas yang membawa kepada peperiksaan
Brunei-Cambridge General Certificate of Education (GCE 'O' Level) examination atau
GCE 'N'; atau, - Melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran pertukangan dan
teknikal atau institusi vokasional atau bekerja.

(b) Menengah Atas

Berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PMB, pelajar akan disalurkan ke dalam


aliran Sains, Sastera atau teknikal. Jangka masa persekolahan pada peringkat ini adalah
sama ada dua atau tiga tahun.

Pendidikan di peringkat menengah atas adalah bersifat umum dengan beberapa


peruntukan yang khusus dalam bidang sains, sastera dan teknikal. Pada akhir tahun
kedua, pelajar yang berkelayakan akan menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE
Ordinary level (GCE O Level). Manakala pelajar yang belum layak secara akademik
untuk mengambil peperiksaan GCE O Level akan menduduki peperiksaan GCE N
Level terlebih dahulu. Pelajar yang memperoleh kelulusan yang baik pada peringkat N
akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan GCE O Level selepas mereka tamat
satu tahun akademik.

Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat O yang mencukupi dan


relevan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti yang akan membawa
kepada peperiksaan Brunei-Cambridge Advanced Level Certificate of Education (GCE
'A' Level). Sementara yang lain sama ada mahu memasuki alam pekerjaan atau mengikuti
program pendidikan dan latihan di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah,
Universiti Brunei Darussalam, maktab teknik, sekolah vokasional, maktab jururawat atau
meneruskan pelajaran di luar negara
FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan Negara Brunei Darussalam adalah usaha yang berterusan bersumberkan naqli
dan aqli ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi
melahirkan insane yang berilmu dan berkepandaian, beriman, bertaqwa dan beramal serta
berakhlak Mulia yang akan menimbulkan suatu identiti kebangsaan berdasarkan falsafah
negara iaitu Melayu Islam Beraja bersendikan kepada ajaran-ajaran Agama Islam
menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai tapak pertumbuhan ketaatan kepada Agama,
Raja dan Negara Brunei Darussalam.

VISI

Pendidikan berkualiti ke arah kemajuan dan kemakmuran negara

MISI

Menyediakan pendidikan menyeluruh untuk semua bagi mencapai potensi maksimum

DASAR PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Melaksanakan sistem pendidikan negara yang mengutamakan Bahasa Melayu sebagai


bahasa rasmi dan menggunakan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan/atau
Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Menyediakan pendidikan selama 12 tahun bagi setiap pelajar iaitu 7 tahun pendidikan
rendah, 3 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas atau sekolah vokasional
atau,teknikal.

Menyediakan peperiksaan awam yang sesuai dan seragam mengikuti peringkat termasuk
bagi yang berkeperluan khas di semua sekolah seluruh negara.

Memberikan pendidikan agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui
kurikulum sekolah.

Menyediakan kemudahan dan keperluan pendidikan Matematik, Sains, Teknikal dan


Teknologi Maklumat dan kemahiran hidup bagi membolehkan pelajar-pelajar
memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang
sentiasa berubah.

Menyediakan program perkembangan dan pembangunan diri melalui kegiatan-kegiatan


kokurikulum yang sesuai dengan falsafah negara.

Menyediakan pendidikan tinggi bagi mereka yang berkebolehan dan berkelayakan,


berdasarkan kepada keperluan negara dari semasa ke semasa, melalui skim biasiswa
kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan biasiswa Syarikat Minyak Brunei Shell.

Menyediakan infrastruktur pendidikan yang sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan


negara dari semasa ke semasa.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK

Unit Matematik di Jabatan Perkembangan Kurikulum ini terbahagi kepada empat


bahagian. Bahagian Pertama ialah Bahagian Rendah Bawah. Bahagian berkenaan di
amanahkan untuk menangani perkembangan kurikulum bermula Darjah I hingga Darjah
III bagi seluruh sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan di negara ini. Bahan-bahan
yang disediakan oleh bahagian ini ditulis di dalam bahasa Melayu, selaras dengan akta
pendidikan dimana pembelajaran bagi murid-murid rendah bawah adalah di dalam bahasa
melayu. Bahagian Kedua ialah Bahagian Rendah Atas. Bahagian ini menangani
perkembangan kurikulum dari Darjah IV hingga Darjah VI. Bahasa yang digunakan bagi
rendah atas ialah bahasa Inggeris. Bahan-bahan yang disediakan bagi rendah bawah di
tulis dalam bahasa Inggeris. Bahagian Ketiga ialah bahagian Menengah Bawah. Bahagian
ini mengembangkan kurikulum untuk kegunaan sekolah-sekolah menengah bawah
bermula Menengah I hingga Menengah III dan Menengah I hingga III bagi penuntut level
II. Disamping pembahagian berkenaan Unit Matematik juga dipertanggung jawabkan
untuk menangani matapelajaran Additional Mathematics dan Statistics bagi menengah
atas.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT MATEMATIK


Mengkaji, merancang dan menyediakan rancangan-rancangan kurikulum sekolah
bagi mata pelajaran matematik mengikut dasar dan matlamat pendidikan negara.
Menyediakan dan menerbitkan bahan-bahan kurikulum matematik seperti sukatan
pelajaran, panduan guru, buku teks, buku kerja dan bahan-bahan mengajar sama
ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik.
Mencuba dan menguji berbagai rancangan dan bahan-bahan kurikulum matematik
secara terkawal di bilik darjah.
Menilai dan memperbaiki rancangan-rancangan kurikulum matematik dan bahan-
bahan yang disediakan dari masa kesemasa untuk memastikan kesesuaian
penggunaannya dan ketinggian mutunya.
Memberikan bimbingan kepada guru-guru di dalam penggunaan rancangan dan
bahan-bahan yang berkaitan dengan kurikulum matematik yang disediakan
supaya mereka mendapat orientasi yang betul dalam penggunaannya.
Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan amalan-amalan yang baru
dalam perkembangan kurikulum matematik.
Menyemak menilai dan menentukan buku-buku teks asas, tambahan dan buku-
buku rujukan serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain yang
berkaitan dengan kurikulum matematik untuk digunakan di sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam pelbagai
bidang yang berkaitan dengan kurikulum matematik.
Membuat liputan dan dokumentasi pendidikan yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran matematik untuk kegunaan sekolah-sekolah dan
pihak-pihak yang memerlukan.
Perbandingan Pendidikan

Brunei Darussalam merupakan salah satu negara di kawasan Asia Tenggara yang
terkenal sangat makmur. Brunei Darussalam yang merupakan anggota ke-6 ASEAN ini
mendapatkan kemerdekaannya dari Inggris pada tanggal 1 Januari 1984

I. Potret Sistem Pemerintahan


Brunei Darussalam merupakan salah satu negara di kawasan Asia Tenggara
yang terkenal sangat makmur. Brunei Darussalam yang merupakan anggota ke-6 ASEAN
ini mendapatkan kemerdekaannya dari Inggris pada tanggal 1 Januari 1984. Kepala
negara Brunei Darussalam adalah seorang Sultan yang sekaligus sebagai Kepala
Pemerintahan (Perdana Menteri). Kendatipun wewenang serta kekuasaan Sultan yang
diberikan Konstitusi begitu besar, namun sistem pemerintahan Brunei Darussalam
bersifat demokratis. Tetapi dalam hal cara pemilihan para birokrat di Brunei cenderung
dengan sistem rekruitmen tertutup. Sistem ini tidak menyerap personil dari seluruh
lapisan masyarakat. Jadi, Brunei merupakan negara kerajaan dengan kepala pemerintahan
berada di tangan sultan.

II. Kondisi Demografi dan Potensi Income


Kira-kira dua pertiga jumlah penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok
etnik minoritas yang paling penting dan yang menguasai ekonomi negara ialah orang
Tionghoa (Han) yang menyusun lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Etnis-etnis ini
juga menggambarkan bahasa-bahasa yang paling penting: bahasa Melayu yang
merupakan bahasa resmi, serta bahasa Tionghoa. Bahasa Inggris juga dituturkan secara
meluas, dan terdapat sebuah komunitas ekspatriat yang agak besar dengan sejumlah besar
warganegara Britania dan Australia.
Islam ialah agama resmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan kepala agama
negara itu. Agama-agama lain yang dianut termasuk agama Buddha (terutamanya oleh
orang Tiong Hoa), agama Kristen, serta agama-agama orang asli (dalam komunitas-
komunitas yang amat kecil).
Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran keusahawanan dalam
negeri dan asing, pengawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran
minyak mentah dan gas alam terdiri dari hampir setengah PDB.
III. Filsafat Pendidikan yang Dijadikan Dasar Pengembangan Pendidikan
Program pendidikan diarahkan untuk menciptakan manusia yang berakhlak dan
beragama dan menguasi teknologi. Pemerintah telah menetapkan tiga bidang utama
dalam pendidikan, yaitu :
Sistem dwibahasa di semua sekolah
Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kurikulum sekolah
Peningkatan serta perkembangan sumber daya manusia termasuk pendidikan vokasional
(kejuruan) dan teknik.

IV. Kebijakan Strategis Bidang Pendidikan


Dalam bidang pendidikan, Pemerintah Brunei Darussalam lebih mengutamakan
pada penciptaan SDM yang berahlak, beragama, dan menguasai teknologi. Sistim
pendidikan umum di Brunei Darussalam memiliki banyak kesamaan dengan negara-
negara commonwealth seperti Inggris, Malaysia, Singapura, dan lain-lain. Salah satu
target yang akan dicapai di bidang Pendidikan adalah meningkatkan angka lulusan
Pendidikan sekolah tinggi di Brunei Darussalam. Upaya yang telah dilakukan antara lain
sejak tahun 2003, UBD telah membuka peluang bagi keterlibatan sektor swasta di bidang
penelitian. Peluang keterlibatan pihak swasta dimaksudkan agar Pemerintah dan pihak
swasta dapat bekerjasama dalam pembangunan nasional di bidang Pendidikan.

V. Kebijakan Pemerintah di Bidang Pendidikan Agama


Baginda merumuskan, semua objektif di dalam pendidikan ialah bagi
melahirkan rakyat yang taat beragama di mana mereka akan menjadi pelita ummah yang
mempunyai fahaman dan pegangan yang betul.
Ke arah itu, baginda turut berharap supaya dikemaskinikan mata pelajaran
Pengetahuan Agama Islam atau Islamic Religious Knowledge (IRK) dalam persekolahan
umum.
Yakni, titah baginda, manusia yang dirancang dan akan lahir daripada program
tersebut ialah manusia Brunei yang berilmu, mahir dan beramal salih.
Baginda menambah titah, semenjak kerajaan memperkenalkan sistem
persekolahan agama hampir setengah abad yang lalu, rakyat negara ini telah dapat
mempelajari ilmu-ilmu agama khasnya Ibadat dan Al-Quran dan seterusnya perlaksanaan
Pelajaran Dewasa Agama.
Semenjak itulah juga, titah baginda, persekolahan agama telah berjaya
mencorakkan hidup kita selaku orang-orang Islam di mana daripadanya terpancar sinar
agama menyinari kehidupan ini.

VI. Sistem Perjenjangan Pendidikan yang Dikembangkan


Sistem pendidikan umum Brunei memiliki banyak kesamaan dengan negara
Commonwealth lainnya seperti Inggris, Malaysia, Singapura dan lain-lain. Sistem ini
dikenal dengan pola A7-3-2-2" yang melambangkan lamanya masa studi untuk masing-
masing tingkatan pendidikan seperti: 7 tahun tingkat dasar, 3 tahun tingkat menengah
pertama, 2 tahun tingkat menengah atas dan 2 tahun pra-universitas.
Untuk tingkat dasar dan menengah pertama, sistem pendidikan Brunei tidak
jauh berbeda dengan Indonesia. Pendidikan dasar bertujuan memberikan kemampuan
dasar bagi murid-murid dalam menulis, membaca, dan berhitung disamping membina dan
mengembangkan karakter pribadi.
Pendidikan TK yang merupakan bagian tingkat dasar mulai diterapkan di Brunei
tahun 1979 dan sejak itu setiap anak berumur 5 tahun diwajibkan memasuki TK selama
setahun sebelum diterima di SD kelas 1. Kenaikan tingkat dari TK ke SD dilakukan
secara otomatis. Di tingkat SD, mulai dari kelas 1 dan seterusnya setiap murid akan
mengikuti ujian akhir tahun dan hanya murid yang berprestasi saja yang dapat
melanjutkan ke kelas berikutnya. Sementara yang gagal harus tinggal kelas dan sesudah
itu baru mendapat kenaikan kelas otomatis.
Setelah mengikuti pendidikan dasar 7 tahun, murid yang lulus ujian akhir dapat
melanjutkan pendidikannya ke SLTP selama 3 tahun. Bagi siswa yang lulus ujian akhir
SLTP akan memiliki pilihan yaitu:
Dapat meneruskan pelajaran ke tingkat SLTA . Di tahun ke-2, siswa akan menjalani
ujian penentuan tingkat yang dikenal BCGCE (Brunei Cambridge General Certificate
of Education) yang terdiri dari 2 tingkat yaitu tingkat AO dan AN. Bagi siswa yang
berprestasi baik akan mendapat ijazah tingkat AO artinya siswa dapat meneruskan
pelajaran langsung ke pra-universitas selama 2 tahun untuk mendapatkan ijazah Brunei
Cambridge Advanced Level Certificate tingkat AA. Sementara itu, siswa tingkat AN
harus melanjutkan studinya selama setahun lagi dan kemudian baru dapat mengikuti
ujian bagi mendapatkan ijazah tingkat AO.
Bagi siswa tamatan SLTP yang tidak ingin melanjutkan pelajarannya ke universitas
dapat memilih sekolah kejuruan seperti perawat kesehatan, kejuruan teknik dan seni,
kursus-kursus atau dapat terjun langsung ke dunia kerja.

VII. Perbandingan Dengan Sistem Pendidikan Indonesia


Dari paparan di atas kita dapat melihat adanya perbedaan sistem yang
digunakan Brunei dan Indonesia antara lain pendidikan dasar Brunei dimulai sejak Taman
Kanak Kanak ketika anak berumur 5 tahun sementara di Indonesia baru dimulai pada
tingkat sekolah dasar ketika anak berumur 6 tahun.
Pendidikan menengah pertama antara Brunei dan Indonesia memiliki banyak
kesamaan sedangkan pada tingkat menengah atas, sistem pendidikan Brunei memberikan
peluang bagi siswa berprestasi memuaskan untuk dapat menyelesaikan pendidikannya
setahun lebih cepat dibandingkan dengan siswa berprestasi kurang. Dengan menghemat
waktu setahun memungkinkan pula siswa berprestasi tersebut menyiapkan diri lebih
cepat ke jenjang perguruan tinggi. Dengan sistem di Indonesia sekarang ini dapat
disamakan dengan siswa unggul yang lompat kelas.
Dalam kemampuan penyerapan bahasa asing, di Brunei Darussalam sejak kelas
3 SD, murid-murid sudah diarahkan menguasai bahasa Inggris sebagai bahasa pengantar
resmi di sekolah disamping bahasa Melayu. Beberapa mata pelajaran seperti matematika,
geografi diajarkan guru dengan menggunakan bahasa Inggris. Berbeda dengan di
Indonesia dimana bahasa Inggris hanyalah merupakan salah satu mata pelajaran,
sedangkan bidang studi lainnya diajarkan dalam bahasa Melayu.
Bagi siswa yang ingin terjun ke dunia kerja dengan sistem pendidikan di
Indonesia, sejak pendidikan menengah pertama (SLTP) sudah mulai mengarahkan
siswanya untuk mengambil jalur kejuruan sementara di Brunei Darussalam sekolah
kejuruan tersebut baru diperkenalkan setelah siswa tamat SLTP. Seperti negara
Persemakmuran lainnya, Brunei mengenal adanya pendidikan pra-universitas yang
berlangsung selama 2 tahun, sedangkan di Indonesia para tamatan sekolah menengah atas
(SMU) dapat langsung mengikuti Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN). Bagi
siswa yang tidak diterima di PTN, siswa dapat melamar di berbagai perguruan tinggi
swasta dalam negeri.

You might also like