Minit Mesy Guru Bil 1 THN 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT JALAN PEEL


JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 27 Disember 2016 (Selasa)

Masa : 08.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn. Salina binti Othman

AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Pembentangan Kertas Kerja dan Laporan
5. Hal-hal Lain
6. Penangguhan

Nama Yang Hadir :

1. Pn.Salina Binti Othman


2. Pn.Esah Binti Kasim
3. Pn.Dewi Morni Binti Samion
4. Pn Marlia Binti Mohamed Nizar
5. Pn. Mazni Binti Mohamed
6. Pn.Siti Aishah Binti Abdul Lateh
7. Pn.Nur Amalia Auni Binti Redzuan
8. Pn.Thanga Malar A/p Andiappan
9. Pn.Siti Zariyah Binti Ibrahim
10. Pn.Rohimah Binti Ahmad
11. Pn.Mazlida Binti Mahadi
12. Cik Noraziahni Binti Asnan
13. Pn.Nazatul Shima bt Masdar
14. Cik Farhana Nadira Binti Abdul Rahim
15. Pn.Roshasnita Binti Hamid
16. Pn.Azianti Binti Abdul Aziz
17. En.Ahmad Syahir Bin Abdullah
18. En.Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin
19. Pn.Han Pei Yin
20. Cik Koay Bee June
21. Pn.Norlia Binti Jusoh@Ngah
22. Pn.Mani binti Sulong
23. Pn.Halijah Binti Haroon
24. Pn.Rahana binti Mohd Khatib
25. Pn.Norain Shatun Radiah binti Abu Bakar
26. Pn.Najibah binti Abdullah
27. En.Mohd Hazman bin Mansor
28. En.Mohamad Fazli bin Rejab
29. Pn.Aimi Nazihah Binti Shuaib
30. Cik Nurul Hidayah Binti Mohd Nor
31. En. Ahmad Muzir b Aripin
32. Pn. Thevasaina a/p Vellakannu
33. Pn. Nur Zety Roziyantie binti Razaie
34. Cik Junaida binti Mohamad Jonet
35. Pn.Nurhafiza Binti Zano
36. Pn. Sabariah bt Othman
37. Pn.Noor Aziela Binti Alias

Nama Yang Tidak Hadir :

1. Pn. Anjilin Dorothi a/p Krishnan Bersebab

Turut Hadir (Jika ada) :-

Urus Setia : Pn.Halijah binti Haroon

1. Ucapan Pengerusi (Pn. Salina binti Othman Guru Besar)

1.1 Pn Salina mengucapkan tahniah dan selamat kembali bertugas kepada semua
guru bagi sesi persekolahan 2017.
1.2 Beliau juga turut mengucapakan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam
menjayakan semua aktiviti dan program sekolah pada tahun 2016.
1.3 Beliau memaklumkan telah menceriakan beberapa kawasan sekolah seperti
lukisan mural, mengemaskini susun atur pejabat dan beberapa kawasan lain di
sekolah
1.4 Beliau turut memaklumkan bahawa beliau memahami perjalanan dan objektif
Sekolah Amanah Malaysia.
Tindakan : Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pn Rahana telah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Guru Bil 1/2017 disahkan
dan disokong oleh En. Muhammad Norhisyam.
3. Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit

4. Pembentangan Kertas Kerja dan Laporan

4.1 Pengurusan Pentadbiran (Guru Besar)

4.1.1 Perhimpunan Rasmi


4.1.1.1 Semua guru perlu menghadiri perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin
selama 30 minit.
4.1.1.2 Guru perlu memakai pakaian rasmi dan bersopan.

4.1.2 Fail Rekod Mengajar


4.1.2.1 Setiap guru perlu melengkapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Takwim, senarai nama murid,
Take Of Value (TOV), Estimated Target Result (ETR), Pelaporan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Kurikulum
Pembelajaran (DSKP), markah murid, Kalendar Persekolahan, Cuti-cuti
Am dan Takwim Peperiksaan.
4.1.2.2 Fail Rekod Mengajar (FRM) perlu dihantar oleh guru-guru pada setiap
minggu hari Jumaat pada SLT masing-masing.

4.1.3 Kelulusan Penyata Perjawatan


4.1.3.1 Terdapat seramai 41 orang guru dalam perjawatan, tiga orang pentadbir
dan tiga orang anggota pelaksana (pejabat).
4.1.3.2 Tiga orang pentadbir terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum (KO).
4.1.3.3 41 orang guru adalah termasuk :
- guru perpustakaan dan media
- guru data
- guru akademik
- guru Bahasa Cina
- guru pemulihan
- guru kaunseling
Tindakan : Makluman

4.1.4 Takwim dan Waktu Persekolahan


4.1.4.1 Guru Besar telah memaklumkan sesi persekolahan Tahun 2017 bermula
pada 3 Januari hingga 24 November 2017 mengikut Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 18 dan bilangan hari persekolahan
adalah sebanyak 204 hari.
4.1.4.2 Beliau turut memaklumkan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
Semakan 2017 bagi sesi persekolahan adalah selama 40 minggu mengikut
peruntukan jadual waktu dan masa minimum untuk Sekolah Kebangsaan
(SK) selama 192 jam.
4.1.4.3 Aktiviti kokurikulum bagi sesi 2017 akan dilaksanakan pada waktu pagi
iaitu 7.30 hingga 9.30 pagi.
Tindakan : Makluman
4.1.4 Lain-lain
4.1.4.1 Guru perlu maklum tentang visi, misi, FPK, 5 Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia,, 6 Aspirasi Murid, 11 Anjakan, dan 4 Strategic Goals.
4.1.4.2 Semua guru diminta mengisi surat Aku Janji secara bersama-sama.

4.2 Laporan Unit Kurikulum (Puan Esah)

4.2.1 Pn. Esah mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan semua guru
kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan program serta aktiviti di bawah unit kurikulum sepanjang
Tahun 2016 contohnya Majlis Anugerah Cemerlang.
4.2.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua Middle Leaders (ML)
kerana telah membantu perjalanan pengurusan Sekolah Amanah.
Tindakan : Makluman

4.3 Laporan Unit Hal Ehwal Murid (Puan Dewi Morni)

4.3.1 Puan Dewi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru kerana
telah berjaya melaksanakan program-program seperti Program Penyayang,
Sambutan Hari raya, Gotong-royong Perdana, Hari Kanak-kanak dan
lain-lain.
4.3.2 Beliau turut memaklumkan sebarang program sekolah tidak
dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa komitmen dan kerjasama
dari semua guru.
Tindakan : Makluman
4.3.3 Beliau mengingatkan Ketua-ketua Unit HEM sesi 2016 untuk
menghantar pelaporan atau dokumentasi segala aktiviti yang dijalankan
pada tahun ini untuk tujuan persediaan pemantauan sama ada.
Tindakan : Ketua Unit-unit HEM

4.4 Laporan Unit Kokurikulum (Puan Marlia)

4.4.1 Puan Marlia mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir,


Setiausaha dan Naib Setiausaha Kokurikulum serta semua guru kerana
telah membantu beliau melaksanakan program di bawah unit
kokurikulum pada Tahun 2017 dengan jayanya.
Tindakan : Makluman
4.4.2 Beliau turut memaklumkan data SEGAK dan PAJSK murid Tahun 4, 5
dan 6 telah selesai dihantar.
4.4.3 Beliau turut mengharapkan kerjasama yang sama oleh guru-guru pada
tahun hadapan bagi menjayakan program di bawah unit Kokurikulum.

Tindakan : Makluman

5. Hal-hal lain :

5.1 Pn Rahana memaklumkan buku manual keselamatan murid bagus untuk


dibeli oleh semua murid.
5.2 Murid-murid juga perlu membeli Buku Peraturan dan Disiplin, PAJSK,
NILAM dan PAFA untuk rujukan murid dan markah pelaporan.
5.3 Puan Thangamalar memaklumkan Dual Language Programme (DLP)
akan dilaksanakan pada murid Tahun 1 untuk mata pelajaran Matematik
dan Sains bermula Tahun 2017.
5.4 Beliau turut mencadangkan surat kebenaran murid perlu dikeluarkan bagi
mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.
Tindakan : Makluman
5.5 En. Hazman telah memaklumkan tarikh 2 Mac dan 2 Ogos perlu
dimasukkan ke dalam Takwim Persekolahan untuk pelaksanaan Ujian
SEGAK.
Tindakan : Ketua Panitia PJK
5.6 Pn Rahana turut mengingatkan guru-guru supaya menyediakan sebarang
buku program dalam dwibahasa untuk meningkatkan SG3.
5.7 Pn Mani turut memaklumkan tarikh penukaran KEMASA dalam takwim.
5.8 Pn Aimi memaklumkan tarikh pemulangan dan pemberian buku teks
perlu dimasukkan ke dalam takwim persekolahan.
5.9 Guru Besar mewajibkan semua guru untuk menulis Action Research
untuk tujuan pemarkahan bagi akreditasi Sekolah Amanah.
Tindakan : Semua guru
5.10 Guru Besar memaklumkan semua guru perlu memakai pakaian unit
beruniform pada setiap kali perhimpunan rasmi kokurikulum (Minggu
ketiga) setiap bulan.
Tindakan : Semua guru
5.11 Guru-guru diingatkan supaya menyemak buku latihan dan buku aktiviti
murid secara berterusan dan meninggalkan latihan seandainya guru keluar
berkursus atau pada waktu cuti sekolah.
Tindakan : Semua guru

6. Ucapan Penangguhan

6.1 Mesyuarat guru bil 1/2017 ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ................................
(PN. HALIJAH BINTI HAROON) ( )

You might also like