Prinsip Reka Bentuk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Prinsip Reka Bentuk

Setiap orang memiliki kebolehan untuk menterjemahkan idea dan pengalaman, begitu
juga dengan perkara-perkara yang dilihat atau dirasai, ke dalam suatu bentuk yang
tersusun. Di dalam semua hasil kerja reka bentuk terdapat elemen-elemen reka bentuk
seperti ruang yang diisi atau dibiarkan kosong, pelbagai jenis garisan, bentuk tiga
dimensi, warna, nilai dan juga tekstur. Cara bagaimana elemen-elemen ini digunakan
atau digabungkan mampu menentukan kualiti hasil kerja.
Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang
bermakna daripada bahan yang digunakan, mereka menyedari bahawa bahawa melalui
proses keseimbangan, pergerakan, pengulangan, penekanan dan kontras terhadap
elemen-elemen reka bentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu mampu
dihasilkan. Proses inilah dikenali sebagai PRINSIP REKA BENTUK.

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan
satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual
serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan
membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-
elemen reka bentuk

Definisi Prinsip Reka Bentuk

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia


merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses

maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.
Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang
bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik
dan menyenangkan bila dilihat.

Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk :

Keseimbangan

Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologiSebagai prinsip reka


bentuk,
keseimbangan menempatkan komponenkomponen visual dalam susunan yang
menarik secara estetik. Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam
keadaan susunan yang simetri Keseimbangan informal terjadi apabila sisisisi tidak
simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang Keseimbangan
informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat
mengekalkan fokus
seseorang terhadap mesej visual tersebut.

Terdapat 3 jenis keseimbangan yang utama :

Keseimbangan mengufuk
Keseimbangan menegak
Keseimbangan radius

Perspektif
Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar
kelihatan lebih realistik

Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam


suatu ruang
Adakah segi empat yang berwarna gelap berada di hadapan bulatan atau berada di sisi
separuh bulatan?

Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang
bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan
seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan Persepsi boleh dicapai melalui
penggunaan saiz objek yang relatif, Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan
atau dijelaskan

Harmoni
Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu
sama lain
Harmoni menggabungkan komponenkomponen suatu imej visual Harmoni boleh
dicapai melalui pengulangan dan ritma. Pengulangan menekankan unit-unit
visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian. Ritma
merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma
membantu mengarahkan pergerakan mata.

Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni. Dengan mengulangi corak
dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.

Kesatuan atau Paduan


Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang
dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan
dan imej bersatu dan menghasilkan makna Kesatuan membantu menyusun suatu imej
visual, membantu interpretasi dan pemahaman Visual ini mengelirukan.
Perhubungan diantara pelbagai bahagian amat sukar untuk dilihat dan
difahami. Dengan kesatuan, visual ini sekaranglebih tersusun dan mudah
untuk difahami. Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentukbentuk yang
serupa. Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan satu corak yang serupa. Kesatuan
boleh dicapai melalui penggunaan ruang Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan
latar belakang yang serupa
REKABENTUK INDUSTRI

Definisi Rekabentuk.

REKA
1. Membuat sesuatu ciptaan
2. Baru (ilham, kajiselidik)
3. Lama (memperbaharui)

BENTUK
1. Menggunakan sains dan matematik
2. Proses kejuruteraan
3. Ekonomi.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka

Kreatif
Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea asai serta barangan asal.
(Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.)

Inovatif
Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru,
cara-cara baru (selalunya berguna untuk semua).

Ciri-ciri Rekabentuk yang baik

Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:


1. Berfungsi dengan baik dan cekap.
2. Sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan.
Kekangan dalam rekabentuk

1. Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Diantara


kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:
a). Kos
b). Keboleharapan (reliability).
c). Keselamatan.
d). Prestasi.
e). Kehendak akta kilang dan jentera.
f). Pertimbangan sosiologi.
g).Pencemaran
h). Penggunaan tenaga.

Kategori pengasilan rekabetuk

1. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan redesign di mana perubahan-


perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah pengeluaran
dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang
terutama di bahagian R&D.

2. Mengguna atau megambil rekabentuk sediaada dan direka supaya beroperasi dlm
keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dlm bentuk yang lain. Selalunya
perbezaan amalah besar dari asal.

3. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan
ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat
memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah
yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji
yang banyak diperlukan pada peringkat ini.
Jenis-jenis Rekabentuk Kejuteraan

1.Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:


a).Rekabentuk Komponen.
b).Rekabentuk Sistem.
c).Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran.

Rekabentuk Komponen

1. Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci.


2. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan ricihan, tegasan
dan sebagainya.
3. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang hampir serupa.
Contohnya: bol, bush, giar, pemelowap, pemampat dan sebagainya.

Rekabentuk Sistem.

1. Dalam rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas bagi menentukan
prestasi.
2. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci.
3. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai pereka akan
mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi setiap komponen yang mempunyai
fungsi yang sama akan beroperasi secara berlainan. Contohnya: sistem penyaman
udara dan sebagainya.

Rekabentuk produk industri / pengeluaran

1. Memerlukan prestasi secara kasar


2. Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan.
3. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan walaubagaimanapun fungsinya
sama / mungkin operasi dan prestasinya berbeza. Contohnya: pembuka tin, pemerah
jus buah-buahan, kerusi roda dan sebagainya.

Proses-proses dalam rekabentuk

1. Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin.


2. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal,
senireka, bahan dan sebagainya.
3. Sebagai contoh, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam
menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik,
senireka dan ergonomik.
4. Disiplin-siplin yang disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk menghasilkan
satu rekabentuk yang baik.
5. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yang boleh menguasai
semua bidang.
6. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau
tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yang melibatkan proses-proses tertentu tercetus
dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan kepada
penyelesaian.

Carta aliran rekabentuk

1. Keperluan kepada rekabentuk


2. Penakrifan masalah
(kajian perlaksanaan)

3. Rekabentuk konsep
4. Rekabentuk terperinci
5. Pembuatan

6. Keperluan kepada rekabentuk

Keperluan

1.Produk baru dihasilkan akibat:

a). Dorongan permintaan pengguna memerlukan suatu produk baru untuk


menyelesaikan sesuatu masalah.
b). Perubahan teknologi penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan
permintaan produk baru.
c). Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna
biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula
biasanya menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada.
Walaubagaimanapun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna
dan juga pengenalan teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih
canggih dan selesa dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk
memikat hati pengguna.

2.Sebarang produk baru mesti memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna, oleh itu
peranan perekabentuk adlah untuk memenuhi syarat tersebut. Maslow, seorang ahli
psikologi industri menerangkan lima peringkat keperluan manusia mengikut keutamaan:

a). Keperluan fisiologi-makanan dan minuman.


b). Keperluan perlindungan keselamatan-keselamatan dan tempat tinggal.
c). Keperluan kasih sayang dan kepunyaan-kasih sayang, persahabatan dan perasaan
kepunyaan kepada sesuatu kumpulan.
d). Keperluan penghargaan atau penghormatan perasaan suka dihormati, dipuji,
dihargai.
e). Keperluan pembangunan diri kepuasan, keyakinan diri, melahirkan perasaan,
martabat.
f). Menurut Maslow keperluan yang lebih utama perlu dipenuhi dahulu sebelum
keperluan lain dapat dipenuhi.

Penakrifan masalah

1.Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam


sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan
benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna.
Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.

Kajian Perlaksanaan

a). Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik?
b). Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih
baik?

1.Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah
satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada
kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus
idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh
itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.

Penghasilan Konsep
1.Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan untuk
menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai cara untuk
menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan seperti menggunakan kenderaan
elektrik, solar dan penggunaan penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian
perlu dilakukan untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.

Rekabentuk Terperinci

1. Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi
menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan
dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.

Pembuatan / Proses Pengeluaran

1. Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di


mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya
dipasarkan kepada mereka.

Pemasaran
1. Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan
mereka.

Pemberhentian Pengeluaran
1. Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna.

2. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa


berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.
Kenapa pentingnya ergonomik dalam rekabentuk industri?
Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini
kerana,tempat kerja disusun atur berdasarkan padapergerakan produk yang
efisien atau tempat yang sesuai untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira
keadaan pekerja. Lazimnya, pekerja terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk
penyusunan di tempat kerja tanpa menyedari risiko kesihatan yang bakal dialami.
Malangnya, tubuh manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan.
Ketidakserasian antara keupayaan pekerja dan kapisiti yang dituntut di tempat kerja di
samping tuntutan kerja itu sendiriankan membawa kepada ketidakcekapan dalam produksi,
penurunan kualiti kerja,peningkatan kadar kesilapan, kemalangan dan peralihan
kerja. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergon yang bermaksud
kerja sementara nomos membawa maksud peraturan. Menurut International
Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia
berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.
Ergonomi (atau faktor manusia) adalah disiplin ilmu yang bersangkutan den
gan
pemahaman interaksi antara manusia dan elemen lain dari sistem, dan profesi yang
menerapkan teori, prinsip, data dan kaedah untuk sistem kesejahteraan dan
mengoptimumkan keseluruhan manusia prestasi.Ergonomi digunakan untuk meme
nuhi dua tujuan kesihatan dan produktiviti. Hal ini adalah,
relevan dalam desain hal-hal seperti perabot yang selamat dan mudah digunakan
antara muka dengan mesin.
Di luar disiplin itu sendiri, 'ergonomi istilah umumnya digunakan untuk
merujuk kepada ergonomi fizikal yang berkaitan dengan tempat kerja (seperti
dalam contoh untuk kerusi ergonomik dan keyboard). Ergonomi di tempat kerja
harus dilakukan sebahagian besar dengan keselamatan pekerja, baik jangka masa
panjang dan jangka masa pendek.Ergonomi dapat membantu mengurangkan kos
dengan meningkatkan keselamatan.Hal ini akan mengurangkan wang yang dibayar
sebagai pampasan pekerja. Sebagai contoh, lebih daripada lima juta pekerja
mengalami kecederaan overextension pada setahun. Melalui ergonomi, tempat
kerja dapat menawarkan sehingga pekerja tidak perlu mengulur-ulur diri mereka
sendiri dan industri perkilangan boleh menjimatkan berbilion-bilion pampasan
pekerja.
Tempat kerja baik dapat mengambil pendekatan reaktif atau proaktif ketika
melaksanakan amalan-amalan ergonomik. ergonomi reaktif adalah ketika sesuatu
yang perlu diperbaiki, dan tindakan korektif diambil. ergonomi Proaktif adalah
proses untuk mencari kawasan yang boleh dipertingkatkan dan memperbaiki
masalah sebelum mereka menjadi masalah besar. Masalah mungkin sudah
ditetapkan melalui desain peralatan, rekabentuk tugas, atau desain
persekitaran. Peralatan perubahan desain, peranti sebenar fizikal yang digunakan
oleh orang-orang. perubahan desain Tugas apa yang dilakukan orang dengan
peralatan. Persekitaran perubahan desain persekitaran di mana orang bekerja, tetapi
bukan peralatan fizikal yang mereka gunakan.
Prinsip Ergonomik
Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja,
terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara
keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam
suatu sistem kerja. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:
1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti.
Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan
tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.
2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan
semasa bekerja.
Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap sambungan
atau sendi akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan atau kecederaan.
Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan
daya melampau yang dikenakan di samping meningkatkan hasil pengeluaran.
3. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu dalam
penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu digunakan
diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan
regangan.
4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan
keadaan tubuh badan.
135. Mengurangkan pergerakkan yang berlebihan semasa bekerja.
Gunakan peralatan yang sesuai bagi membantu mengurangkan jumlah tekanan
atau pergerakan.
6. Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.
Mengangkat beban pada posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama
dikenali sebagai beban statik. Beban statik ini akan menyebabkan keletihan
dan ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang dilakukan.
7. Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.
Titik tekanan kadangkala dikenali juga sebagai tekanan sentuhan. Ini kerana
titik tekanan ialah titik di mana berlakunya sentuhan di antara anggota tangan
dan peralatan yang digunakan. Titik ini akan memindahkan tekanan dari
peralatan kepada anggota badan yang terlibat.
8. Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa
semasa bekerja.
Suasana persekitaran tempat kerja yang baik dapat membantu pekerja
mencapai objektif kerja di samping meningkatkan usaha, keselesaan dan
menghapuskan tekanan kerja. Toleransi patut diamalkan bagi mengurangkan
tekanan kerja.
9. Menambahbaikkan organisasi kerja.
Keprihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan dan
pekerja adalah dua faktor kritikal yang diperlukan dalam menyelesaikan
masalah keselamatan dan kesihatan. Prinsip ergonomik secara amnya
haruslah difahami dan menggunakan alatan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah. Faktor rekabentuk kerja seperti penjadualan, motivasi, sistem
14peralihan, rehat dan perundingan dapat meningkatkan organisasi kerja dengan
melibatkan kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja.
10. Musnahkan halangan
Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan kerja atau
menyediakan situasi yang tidak mempunyai halangan ketika kerja dilakukan.
11. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar mudah difahami.
Rekabentuk alatan yang baik dapat membantu pekerja menyampaikan
maklumat dengan mudah dan difahami. Ini dapat meningkatkan produktiviti,
keselamatan dan komunikasi antara pekerja. Pengawalan alatan juga dapat
berjalan dengan lancar dan baik.
12. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.
Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan kecederaan,
manusia haruslah bersenam dan melakukan regangan sebelum memulakan atau
semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman ringan atau regangan amat mudah
dilakukan tetapi ia memberi kesan yang besar dalam menyelesaikan masalah
ergonomik kerana ia dapat membantu otot atau sendi berehat dan tidak
kejang. Prinsip-prinsip ergonomik ini perlu diambilkira dalam semua bidang
kajian terutama yang berkaitan dengan rekabentuk sesuatu benda, peralatan, ruang
kerja, persekitaran dan sebagainya.
Menurut Murrell (1969), ergonomik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
anatomi,15fisiologi dan psikologi. Bidang anatomi lebih menitikberatkan
mengenai struktur badan manusia manakala fisiologi menitikberatkan fungsi badan
manusia (proses biologi) untuk mengekalkannya. Psikologi pula menitikberatkan
mengenai tabiat atau perangai manusia (Kroemer, 1986). Namun begitu, dewasa
ini bidang ergonomik mencakupi pelbagai bidang sains dan teknologi selain
daripada anatomi, fisiologi dan psikologi iaitu dari segi kejuruteraan, perubatan,
antropologi dan rekabentuk industri (Macleod, 1995).
Faedah Ergonomik
Ergonomik memberi banyak faedah yang positif kepada industri kerana aplikasi
ergonomik dapat menyesuaikan kerja terhadap pekerja bukan menyesuaikan
pekerja dengan kerja (MacLeod, 1995; Wynn, 2003). Hasil daripada beberapa
kajian menunjukkan pelbagai faedah boleh diperolehi dengan mengamalkan
prinsip-prinsip ergonomik dalam merekabentuk sistem kerja dan
menjalankan program-program ergonomik. Antaranya, pekerja mempunyai
keupayaan untuk mengawal kerja mereka, dapat mewujudkan kepuasan ketika
bekerja (Maciel, 1998) serta meningkatkan prestasi pekerja (Wynn, 2003).
Aplikasi ergonomik juga dapat membantu meningkatkan kesedaran pekerja
mengenai hal keselamatan dan kesihatan (Springer, 1993). Secara tidak langsung
ia dapat membantu mengurangkan risiko kesakitan akibat pekerjaan,
meningkatkan tahap kesihatan pekerja (Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan, 2003)
dan mengurangkan kos perubatan pekerja (Pile, 2001). Selain itu, aplikasi
ergonomik dapat meningkatkan produktiviti (Kogi et al., 2003; Morgan,
2003; Springer, 1993) dan keuntungan pada organisasi (Cooper dan Kleiner, 2001;
Morgan,
2003).
SOALAN 2
Hubungan kos harga produk dalam rekabentuk?
Dari segi sejarah, harga memainkan peranan utama dalam membuat pilihan dalam
pembelian. Namun keadaan ini berlaku hanya kepada negara dan rakyat miskin
dan barangan komoditi. Walaubagaimana pun faktor harga bukan lagi menjadi
penentu dalam pilihan pembelian pada masa sekarang.Namun harga masih
memainkan peranan penting dalam menentukan syer pasaran dan
keuntungan.Penentuan harga merupakan satu keputusan yang penting dan unik
kerana harga adalah satu-satunya elemen dalam campuran pemasaran yang
mendatangkan hasil kepada firma. Elemen yang lain merupakan kos.
Harga adalah elemen campuran yang sangat fleksible kerana ia boleh diubah
dengan cepat oleh pengguna tidak seperti ciri-ciri produk dan komitmen saluran
agihan. Penentuan dan persaingan harga adalah masalah nombor satu pada
eksekutif pemasaran. Masalah yang kerap berlaku ialah :
Penentuan harga terlalu berorientasikan kos, Harga tidak dikaji secukupnya
untuk gambarkan perubahan pasaran. Penentuan harga tidak mengambil kira
elemen campuran pemasaran yang lain dan harga tidak dipelbagaikan untuk
keluaran, segmen dan situasi pembelian.
Bagaimana harga berinteraksi dengan lain-lain komponen campuran
pemasaran.?
Produk
Produk juga disebut sebagai nadi dalam program pemasaran sesebuah
organisasi kerana ia menjadi titik permulaan dalam pembentukan campuran
pemasaran. Faktor produk yang berkait seperti rekabentuk, bahan mentah,
kepakaran pembuatan dan ciri-ciri produk menpengaruhi perletakkan harga
produk yang dipasarkan.Sebarang perubahan kos yang berkaitan dengan perkara
tersebut akan turut mengubah harga sesuatu produk. Contohnya rekabentuk produk
memerlukan perbelanjaan yang tinggi, maka harga produk berkenaan perlu
diletakkan lebih tinggi untuk menampung perbelanjaan yang tinggi.
Saluran Pengedaran
Saluran pengedaran penting untuk memastikan produk atau servis akan
sampai ketangan pengguna. Biasanya saluran pengedaran dikaitkan dengan orang
tengah dan golongan ini yang akan memainkan peranan-peranan tertentu dengan
cekap dan efektif serta inovasi.Ia berkaitan dengan urusan pengedaran produk
seperti tambahan pengangkutan, perluasan liputan pasaran dan pergudangan.
Faktor ini juga juga mempengaruhi harga sesuatu produk.Contohnya jika upah
mengangkut meningkat disebabkan peningkatan harga minyak kenderaan, maka
harga produk berkenaan juga perlu diletakkan lebih tinggi untuk menampung
belanja pengankutan yang meningkat.Saluran pengedaran yang digunakan turut
mempengaruhi harga sesuatu produk. Jenis saluran pengedaran yang boleh
digunakkan seperti intensif, selektif dan eksklusif. Jika saluran pengedaran yang
digunakan ialah eksklusif maka harga bagi produk tersebut adalah lebih mahal.
Promosi
Promosi adalah alat komunikasi yang dilakukan oleh firma untuk
memberitahu, memperkenalkan, menggalak dan menyakinkan pengguna dan bakal
pembeli agar tertarik untuk mencuba atau membeli produk yang dipasarkan. Firma
perlu memaklumkan kepada pengguna bahawa mereka boleh mendapatkan
produk pada masa, tempat dan harga yang sesuai. Empat alat promosi yang biasa
digunakan ialah pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan serta
perhubungan awam dan publisiti. Penggunaan alat promosi ini turut
mempengaruhi perletakkan harga produk.Contohnya jika kadar mengiklankan
sesuatu produk meningkat maka harga produk berkenaan juga perlu diletakkan
lebih tinggi.
Posisi Bukan Harga
Faktor-faktor yang berkaitan dengan usaha pemposisian bukan harga adalah
seperti penambahan perkhidmatan sampingan ke atas produk yang
dijual.Contohnya jika sesebuah organisasi memutuskan untuk menambah
perkhidmatan di pasaran, ini akan membawa kepada peningkatan kos bagi
memasarkan produk berkenaan. Ini seterusnya menyebabkan pihak pengeluar perlu
meletakkan harga produk lebih tinggi lagi.
Strategi Campuran Pemasaran
Keputusan perletakkan harga mestilah diselaraskan dengan rekabentuk
keluaran, pengagihkan dan promosi untuk mewujudkan program pemasaran yang
konsisten dan efektif.
Keputusan yang dibuat ke atas pembolehubah campuran pemasaran yang
lain akan mempengaruhi perletakan harga. Contohnya samada tetapkan harga
terlebih dahulu kemudian baru tentukan aspek campuran pemasaran yang ingin
digunakan atau tetapkan promosi terlebih dahulu kemudian baru tentukan harga.
Biasanya syarikat akan meletakkan harga dan kemudian baru tetapkan keputusan
campuran pemasaran pada harga yang mereka kehendaki. Kebanyakkan syarikat
menyokong strategi penentuan harga ini dengan teknik yang dipanggil pengkosan
sasaran. Pengkosan sasaran merupakan proses sonsangan dari yang biasa dengan
cara menentukan harga jualan ideal kemudian baru tentukan kos
sasaran. Contoh: Syarikat Compaq menggunakan teknik ini
.1)Tentukan harga sasaran yang ditentukan oleh pemasar dan margin keuntungan
yang ditentukan oleh pihak pengurus.
2)Tentukan kos supaya boleh mengenakan harga sasaran.

Untuk capai sasaran kos, pasukan pereka syarikat telah berunding


bersunggguh-sungguh dengan semua bahagian dalam syarikat yang
bertanggungjawab bagi aspek yang berbeza. Contonnya Jurutera Compaq telah
mecipta satu mesin yang mempunyai sedikit bahagian dan mudah untuk
dikendalikan. Manakala bahagian pengeluaran pula memperbaiki kilang agar tiada
sebarang kerosakkan akan berlaku bagi mengelakkan peningkatan kos.
KEPENTINGAN PENENTUAN HARGA UNTUK SYARIKAT BERTAHAN
DALAM PASARAN
-Syarikat boleh mengendalikan penentuan harga dalam bebagai cara mengikut saiz
dan kapasiti syarikat.
-Bagi syarikat-syarikat kecil harga ditetapkan oleh pengurus atasan dan bukan
jabatan pemasaran atau jualan.
-Syarikat-syarikat besar pula, harga ditetapkan oleh pengurus bahagian atau
pengurus barisan keluaran. Walaubagaimanapun pengurus atasan menetapkan
harga objektif dan polisi penentuan harga dan meluluskan harga yang
dicadangkan oleh pengurus tahap bawah atau jurujual.
-Dalam industri di mana harga adalah faktor utama seperti syarikat penerbangan,
industri minyak masak, mereka mempunyai jabatan penentuan harga.
Syarikat akan membuat satu jabatan penentuan harga untuk menentukan harga
serta membantu jabatan lain dalam menetapkan harga yang sesuai

You might also like