Kertas Kerja Anti Dadah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SJKT LADANG ULU BERNAM 2

KERTAS KERJA PROGRAM ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH.

1.0 PENDAHULUAN
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bahayanya penglibatan diri
dalam dadah.Di samping itu, program ini juga bertujuan bagi melahirkan pelajar yang
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan budaya membenci dadah dalam kalangan murid
dan menyahut seruan kerajaan supaya membenci dadah kerana dadah telah terbukti
memusnahkan pemuda-pemudi harapan negara.

2.0 RASIONAL
Program ini diharap dapat memupuk kesedaran dan melahirkan anak murid yang tidak
merokok dan anti dadah.

3.0 TEMA
JAUHILAH DADAH

4.0 MATLAMAT PROGRAM


Memupuk kesedaran murid-murid supaya anti dadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM


5.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dadah,
5.2 Menanam sikap benci kepada dadah dalam diri pelajar.
5.3 Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah dan punca keruntuhan akhlak remaja.
5.4 Memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari ini
dan akan datang.
5.5 Melahirkan insan yang mempunyai sifat sayang pada diri sendiri.

6.0 CADANGAN TARIKH PROGRAM


25.4.2017 2.5.2017 ( kecuali hari cuti )

7.0 PERASMIAN PENUTUPAN


Pn.J.S.Pelominah (Guru Besar)

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SJK(T) Ladang Ulu Bernam 2.
9.0 AJK PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : PN.PELOMINAH
(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI 1 : EN.THILAINATHAN
(PK HAL EHWAL MURID)
NAIB PENGERUSI 2 : EN.HARIVALAGAN
(PK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 3 : EN.BATMANATHAN
(PK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD AFIQ
(PENYELARAS ANTI DADAH)
AJK : CIK VASUGI
CIK ASIHWINIY

10.0 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM MINGGU ANTI DADAH

BIL AKTIVITI SASARAN

Prasekolah, Tahap 1 &


1. Nyanyian Lagu Dadah Musuh Utama
Tahap 2
Prasekolah, Tahap 1 &
2. Pertandingan Mewarna Poster
Tahap 2
Prasekolah, Tahap 1 &
3. Menonton video dan sesi kuiz
Tahap 2
Pertandingan Menghasilkan Prasekolah, Tahap 1 &
4.
Model 3D ( Rokok, Jarum Suntikan & Pil ) Tahap 2
Prasekolah, Tahap 1 &
5. Perasmian Penutup Minggu Anti Dadah
Tahap 2
11.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH DAN SENARAI GURU
YANG BERTANGGUNGJAWAB

BIL TARIKH AKTIVITI/PERTANDINGAN SASARAN TINDAKAN

1. 25.04.17 Nyanyian lagu Musuh Prasekolah, En. Afiq


SELASA Dadah Utama Tahap 1 & Tahap Cik Asihwiniy
2 Semua guru

2. 26.04.17 Pertandingan Mewarna Prasekolah, En. Afiq


RABU Poster Tahap 1 & Tahap Cik Vasugi
2 Cik Asihwiniy
Semua guru

3. 27.04.17 Menonton video dan sesi Prasekolah, En. Afiq


KHAMIS kuiz Tahap 1 & Tahap Cik Vasugi
2 Cik Asihwiniy
Semua guru

4. 28.04.17 Pertandingan Menghasilkan Prasekolah, Semua guru


JUMAAT Model 3D ( Rokok, Jarum Tahap 1 & Tahap
Suntikan & Pil ) 2
5. 2.05.2017 Perasmian Penutup Minggu Prasekolah,
SELASA Anti Dadah Tahap 1 & Tahap Semua guru
2

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH

BIL BARANGAN JUMLAH

1. Alatan dan bahan RM 30.00

2. Hadiah pemenang RM 30.00

4. Dokumentasi RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00


13.0 PENUTUP

Diharap program ini akan mencapai objektif dan seterusnya dapat memberi kesedaran
betapa bahayanya merokok dan menghisap dadah kepada pelajar-pelajar seterusnya
kepada masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________________ ______________________
EN. MUHAMMAD AFIQ EN.THILAINATHAN
Peyelaras Anti Dadah PK.HAL EHWAL MURID
SJK(T) Ladang Ulu Bernam 2 SJK(T) Ladang Ulu Bernam 2

Disemak dan disahkan oleh,

__________________________________
PN.J.S.PELOMINAH
GURU BESAR
SJK(T) Ladang Ulu Bernam 2

You might also like