Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

John Dewey secara amnya dihargai dengan menghasilkan tesis ilmuwan yang pertama tentang peranan pemikiran refleksi

dalam
pendidikan.

Dalam bukunya How We Think (1933), Dewy menghuraikan pemikiran refleksi sebagai salah satu daripada tiga pilihan bagi seseorang
yang menghadapi situasi bermasalah. Pilihan pertama ialah menyatakan masalah lalu melupakannya. Pilihan kedua ialah menyatakan
masalah dan mengandaikan bawaha masalah itu tidak boleh diatasi tanpa sumber tambahan. Pilihan ketiga ialah memikirkan masalah
secara refleksi dan menyelesaikannya. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful
consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to
which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced
obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100101).
Dengan erti kata lain, seseorng boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang
nyata, koheren, tenang dan harmonis.

Dewey mengutarakan 5 fasa pemikiran refleksi. Apabila seseorang menghadapi keadaan bermasalah, kecenderungannya ialah untuk
terus bertindak dalam keadaan berkenaan dan cuba menggunakan sebarang cadangan dalam minda untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Pemikiran refleksi mengehendakkan seseorang menangguhkan tindakan untuk mencari dan menilai penyelesaian. Justeru itu,
fasa pertama ialah pengecaman penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi masalah berkaitan. Fasa kedua ialah 'problematize'
keadaan yang dihadapi atau menyifat dan menganalisakan keadaan masalah.

Sebaik sahaja keadaan masalah dikenalpasti, pemikir refleksi memasuki fasa ketiga dan mula menjanakan hipotesis yang mungkin
membawa kepada penyelesaian masalah. Hipotesis yang dijanakan dianggap sebagai tentatif dan berbentuk 'working hypoteses'. Dalam
pada itu, lebih banyak data diperoleh untuk menghalusi atau menyingkir hipotesis-hipotesis yang telah dijanakan. Dalam fasa keempat,
pemikir menggunakan penalaran (reasoning) untuk menentukan sama ada hipotesis berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pengetahuan sedia ada dan situasi spesifik mengenai masalah semasa adalah penting dalam fasa ini. Selepas hipotesis-hipotesis
dibangunkan dengan sepenuhnya, ia diuji dalam fasa kelima dan terakhir. Pengujian melibatkan tindakan nyata oleh pemikir. Hipotesis
tidak lagi berbentuk eksperimen minda (thought experiment) malah ia diaplikasikan dalam konteks masalah. Pada fasa ini, pemikir
boleh menentukan sama ada aplikasi emipiris hipotesis sepadan dengan akibat-akibat teori melalui penalaran, dan sama ada masalah itu
boleh diselesaikan. Jika tidak, maka proses refleksi kembali ke titik permulaan.

Walaupun menggunakan istilah fasa, namun ini tidak bererti fasa-fasa mesti menurut tertib yang ketat. Seseorang pemikir boleh
berulang-ulang di satu atau dua fasa sebelum beranjak ke fasa yang lain. Keadaan di mana aktiviti-aktiviti setiap fasa berlaku adalah
bergantung kepada tabiat intelek pemikir dan konteks situasi masalah.

Dewey juga mengenalpasti tiga sumber asli yang wajib untuk pemikiran refleksi: curiosity (keinginan tahu), suggestion (cadangan), dan
orderliness (ketertiban). Curiosity merujuk kepada cara-cara seseorang bertindak balas kepada rangsangan. Terdapat tiga aras
curiosity: organik, sosial dan intelek. Manusia menunjukkan keinginan tahu organik apabila ia menyoal tentang persekitarannya tanpa
menunjukkan minat yang khas dalam bidang yang spesifik. Keinginan tahu sosial merupakan bertanya orang lain untuk memberi
penjelasan fenomena-fenomena yang memerlukan jawapan fakta yang mudah dan secara terang. Penyoal tidak berminat membentuk
jawapan diri sendiri tetapi betul-betul berminat akan penerangan orang lain. Ahkirnya orang yang mempunyai keinginan tahu intelek
berminat untuk mencari jawapan sendiri untuk persoalan yang ia bangkitkan.

Cadangan merujuk kepada idea-idea yang dijanakan oleh seseorang akibat pengalamannya. Cadangan boleh berubah mengikut
kemudahan ia dikeluarkan, kepelbagainan, dan kedalamannya. Mengikut Dewey, untuk berfikir secara reflekif, seseorang mesti boleh
dengan mudahnya menjanakan banyak cadangan untuk situasi-situasi tertentu. Cadangan haruslah beraneka jenis (agar orang itu dapat
pilihan yang luas) serta mendalam (agar orang itu dapat memahami inti pati masalahnya) dan bukan superfisial, dangkal atau pada
permukaan sahaja (orang itu hanya dapat menangani hal-hal remeh-temeh).

Dewey menegaskan untuk berfikir secara reflektif, seseorang seharusnya mampu mencantumkan idea-ideanya untuk membentuk satu
hala tuju yang stabil ke arah kesimpulan yang bersepadu akibat daripada pemikiran konsisten dan lojik. Kebolehan ini disifatkan
sebagai sumber asli yang ketiga untuk pemikiran reflektif.

You might also like