Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MAJAU

96700 KANOWIT, SARAWAK

______________________________________________

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL.1 / 2015

TARIKH

18 NOVEMBER 2014

TEMPAT

KELAS TAHUN 6

MASA

2.30 PETANG
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2015

SK ULU MAJAU 96700, KANOWIT

TARIKH : 18 November 2014


HARI : Selasa
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Kelas Tahun 6

KEHADIRAN : Seperti dalam lampiran kehadiran

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Alu-aluan Guru Besar

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan guru dan staf ke Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2015 dan
mengharapkan semua guru serta staf sokongan berada dalam keadaan sihat.
1.2 Guru Besar berharap semua guru agar dapat memberi sepenuh fokus dan perhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, termasuklah ketika kelas tambahan berlangsung. Hal ini
penting untuk memastikan pencapaian semua murid dan setiap tahun termasuklah pra sekolah
dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
1.3 Guru Besar juga menyarankan agar perbincangan mengenai pencapaian semua murid dapat
dibincangkan dengan lebih teliti pada tahun hadapan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

2.1 Setelah dibaca dan diteliti, maka minit mesyuarat yang lepas telah dicadangkan untuk disahkan
oleh Cikgu Pauline John Little dan disokong oleh Cikgu Mohd Syahrul Zarnan Bin Zakaria.
3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4. Panitia

4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa perancangan strategik akan dibuat dan diedarkan kepada
setiap ketua panitia yang bakal dilantik dan hendaklah dihantar pada Jumaat ini kerana ia akan
dibentangkan oleh beliau sendiri pada 1 hingga 2 Disember 2014 depan.
4.2 Guru Besar memberitahu bahawa Buku Rekod Persediaan Mengajar pada tahun hadapan akan
dibuat dalam fail seperti tahun ini. Beliau juga berharap agar semua guru dapat melengkapkan
Fail Persediaan Mengajar masing-masing sebelum sekolah dibuka pada 5 Januari 2015 depan
kerana pelawat akan datang pada bila-bila masa sahaja. Fail ini juga hendaklah dihantar pada
hari terakhir persekolahan pada setiap minggu. Beliau turut menyatakan bahawa beliau sendiri
akan membawa Fail Persediaan Mengajar semasa sesi pembentangan pada 1 hingga 2
Disember depan.
4.3 Guru Besar meminta agar semua guru dapat mewujudkan minit mesyuarat perbincangan dalam
fail panitia masing-masing.
4.4 Guru Besar juga menyatakan bahawa ujian akan dilakukan 4 kali setahun iaitu Ujian Pertengahan
Penggal 1, Ujian Penggal 1, Ujian Pertengahan Penggal 2 dan Ujian Akhir Tahun. Beliau turut
mengingatkan semua guru mata pelajaran agar dapat memberikan markah kepada guru kelas
selepas ujian dibuat kerana markah akan direkod ke dalam Buku Rekod Kemajuan untuk rujukan
ibu bapa.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

5. Program LINUS 2.0

5.1 Guru Besar memberitahu semua guru yang terlibat dengan program LINUS agar membuat
saringan seperti yang telah disarankan.
5.2 Cikgu Masnizan binti Hamdan mencadangkan agar kelas tambahan diwujudkan bagi membantu
murid-murid yang tidak melepasi ujian saringan.
Tindakan : Penyelaras dan guru LINUS

6. Pemulihan

6.1 Cikgu Mohd Syahrul Zaman selaku Guru Pemulihan memaklumkan bahawa untuk subjek Bahasa
Malaysia Tahap 2, seramai 2 orang murid iaitu Raymond (Tahun 5) dan Lydia Betty (Tahun 4)
telah berjaya melepasi saringan yang diberikan. Hal ini bermakna pada tahun hadapan hanya
seorang murid tahap 2 iaitu Stanley yang masih perlu dipulihkan.
6.2 Untuk subjek Bahasa Malaysia Tahun 3 pula, seramai 3 orang murid yang masih memerlukan
pemulihan guru iaitu Chan Choi Fui, Alexson dan Harreyson manakala untuk subjek Matematik
pula, murid yang terlibat ialah Darren Constantine dan Cristina.
6.3 Bagi kelas Tahun 2 pada tahun hadapan , 2 orang murid iaitu Abronie dan Stephanie masih perlu
dipulihkan untuk kedua-dua subjek, Bahasa Malaysia dan Matematik.

7. Pencerapan

7.1 Guru Besar menyatakan bahawa sesiapa yang diturunkan kuasa mencerap maka dia berhak
mencerap mana-mana guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
7.2 Markah yang diperoleh akan dimasukkan oleh Cikgu Peter Narawie ke dalam sistem online.
Menurut Cikgu Peter Narawie lagi, pencerapan Fasa 1 akan dijalankan sekitar bulan April hingga
Mei manakala Fasa 2 pula sekitar bulan Julai hingga Ogos.

8. Sasaran UPSR 20l5

8.1 Guru Besar menyatakan bahawa untuk UPSR tahun hadapan, pihak pentadbir bersepakat
meletakkan sasaran 90.91% keseluruhannya, iaitu seramai 10 daripada 11 orang murid.
8.2 Beliau turut memberitahu sasaran pencapaian untuk setiap kelas juga akan dibuat pada tahun
hadapan.
9. SAPS

9.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Cikgu Nor Sharnida akan mengambil alih tugas Cikgu Nurafni
Zanariah Binti Mohamad selaku Setiausaha Peperiksaan (SUP).
9.2 Cikgu Nurafni sempat mengingatkan semua guru mata pelajaran Tahun 5 dan Tahun 6 agar
mengisi markah pada web SAPS kerana beliau perlu membuat pengesahan secepat yang
mungkin sebelum berpindah.

Tindakan : Semua guru subjek dan SUP

10. Analisis Kehadiran Murid

10.1 Guru Besar memaklumkan bahawa sekiranya kehadiran murid untuk setiap kelas kurang
daripada 95%, maka beliau wajib membentang segala sebab dan bukti kepada pihak PPD.
Namun begitu, beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada guru dari SK Ulu Majau yang terlibat
dalam masalah seumpama ini.
10.2 Guru Besar juga menasihati agar semua guru tidak memberi pelepasan sewenang-wenangnya
kepada murid, kecuali atas hal-hal kecemasan. Sekiranya melebihi seminggu, nasihatkan ibu
bapa untuk berpindah bagi mengelakkan murid tercicir dari segi pembelajaran.
10.3 Guru Besar memohon semua guru kelas untuk membuat analisis kehadiran dan bagi murid
yang sering tidak hadir, beri surat amaran untuk memberi peringatan.

Tindakan : Semua guru kelas

11. Hal-Hal Lain

11.1 Program Transisi dan Guru Penyayang akan diambil alih oleh Cikgu Atikh yang menggantikan
Cikgu Cristy yang masih dalam cuti bersalin.
11.2 Kedudukan kelas pada tahun hadapan juga akan dikekalkan seperti tahun ini.
11.3 Guru Besar mengingatkan agar semua guru kelas dapat menyediakan jadual waktu sebelum
sekolah dibuka berserta analisis waktu.
12. Penutup

12.1 Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( NOR SHARNIDA BINTI DAUD ) ( MOHD AMIN BIN ABDULLAH )


Setiausaha Kurikulum, Guru Besar,
SK Ulu Majau, Kanowit SK Ulu Majau, Kanowit

You might also like